View: 100|Reply: 0
|
Chelsea hidup semula peluang
[Copy link]
|
|
LONDON: Andre Villas-Boas yakin Chelsea bimbingannya kembali mencerahkan peluang dalam perebutan mahkota kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas memberikan kekalahan pertama 2-1 ke atas pendahulu, Manchester City di Stamford Bridge, awal pagi semalam.\rKemenangan itu menyaksikan Chelsea melonjak kepada hanya tujuh mata di belakang City yang mengalami kekalahan pertama daripada 15 perlawanan liga setakat ini.\r\n\n\n\n\rSelepas mengesahkan kemaraan ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara Eropah, pengurus Chelsea, Villas-Boas yakin nasib kelab London itu sudah berubah selepas mengharungi beberapa minggu sukar hinggakan masa depannya turut dipersoalkan.\r\r\n\n\n\n\n\"Ia kemenangan yang baik buat kami. Ia mengubah cabaran kami untuk kejuaraan EPL,\" kata Villas-Boas mengenai kemenangan hasil jaringan Raul Meireles dan sepakan penalti Frank Lampard ke atas barisan 10 pemain City selepas Gael Clichy dibuang padang pada minit ke-58.\r\"Tujuh mata dalam EPL tatkala banyak pasukan bersaing untuk merebut kejuaraan tidak membawa apa-apa makna,\" kata pengendali berbangsa Portugal itu.\r\"Man City akan menentang Arsenal minggu depan, kami akan menentang Tottenham tidak lama lagi.\r\"Realitinya ialah kita mengakui bahawa tidak pernah ada terlalu banyak pasukan bersaing untuk merebut kejuaraan.\r\n\n\n\r\"Man City sedang bersaing, Tottenham juga sedang bersaing, Liverpool tampak mantap, Arsenal bangkit daripada situasi berbahaya untuk kembali menghidupkan cabaran mereka merebut kejuaraan.\r\"Saya mungkin silap tetapi saya tidak ingat ada terlalu banyak pasukan yang begitu kuat.\"\rBegitupun, Villas-Boas mengingatkan: \"Bagi memastikan cabaran kami merebut kejuaraan terus hidup, kami perlu terus mantap dalam jadual perlawanan bulan ini untuk menentukan di mana kedudukan sebenar kami dan sama ada segala-galanya kini kembali ke landasan sebenar.\" - AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|