|
Soal penggantungan Safee tidak timbul: Lalu Mara\rPELITA Jaya tidak akan menghiraukan hukuman dikenakan ke atas mereka oleh Jawatankuasa Disiplin Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) selepas menganggap keputusan itu dibuat tanpa mengikut cara yang betul.\r\n\n\n\n\rSehubungan itu, soal sama ada kapten pasukannya, Safee Sali masih boleh dibenarkan mewakili pasukan kebangsaan - Malaysia - juga tidak timbul kerana bagi Pelita Jaya, Liga Super Indonesia (ISL) tetap sah berdasarkan keputusan Kongres II PSSI di Bali, Januari lalu.\r\r\n\n\n\n\n“Pelita Jaya tidak hiraukan hukuman terbabit kerana ia ternyata ‘salah alamat’,” kata pengurus Pelita Jaya, Lalu Mara ketika dihubungi semalam.\r“PSSI tidak boleh menjatuhkan hukuman kepada pasukan yang mengikuti ISL kerana pertandingan itu sah mengikut Kongres II di Bali.”\rKetua Umum PSSI, Datuk Djohar Ariffin kelmarin mengeluarkan kenyataan bukan saja pemain tempatan, malah pemain import yang menyertai kelab-kelab dalam ISL termasuk Safee, boleh dikenakan hukuman penggantungan daripada mewakili pasukan kebangsaan masing-masing kerana menyertai liga yang diharamkan.\rSemalam, PSSI mengenakan denda kepada lapan kelab ISL kelmarin, termasuk Pelita Jaya kerana beraksi dalam liga yang diharamkan selepas Djohar mengambil alih kepimpinan badan induk bola sepak yang bermasalah itu daripada Nurdin Halid.\r\n\n\n\rMenurut Lalu Mara, pengurusan baru PSSI sewenang-wenangnya menukar status liga utama tanpa mengikut cara yang betul. \r“Jika PSSI ingin mengubah format kejohanan, ia harus dilakukan menerusi kongres kerana format kejohanan adalah produk kongres.\r“Keadaan ini tak ubah seperti yang salah menghukum yang benar. Kongres di Solo Julai lalu hanya memilih ketua umum baru dan jawatankuasa eksekutif. Tidak bermakna pengurusan baru boleh menukar format sesuka hati selepas berkuasa,” katanya. \rSebuah laporan berita agensi semalam menyebut, selain Pelita Jaya, PSSI turut mendenda enam kelab lain 500 juta rupiah (RM175,346) manakala juara Liga Prima yang mengalih tumpuan ke Liga Super, Persib Bandung didenda 1 bilion rupiah (RM350,692).\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|