View: 86|Reply: 0
|
BAM garis dua perancangan berbeza
[Copy link]
|
|
Untuk pastikan Chong Wei, Kien Keat-Boon Heong lebih bersedia hadapi Olimpik 2012 DUA perancangan berbeza digariskan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk memastikan Lee Chong Wei dan pasangan beregu Koo Kien Keat-Tan Boon Heong lebih bersedia untuk menghadapi Sukan Olimpik London 2012.\n\n\n\n Pemain nombor satu Chong Wei bakal dikurangkan penyertaan kejohanan tahun depan manakala Kien Keat-Boon Heong yang kurang mengumpul mata kelayakan, perlu beraksi lebih kerap.\n\n\n\n\n\n “Kami memutuskan jadual kejohanan untuk Chong Wei dikurangkan dengan hanya menyertai kejohanan wajib dan utama kerana dia sudah layak ke Olimpik tetapi Kien Keat-Boon Heong tidak mempunyai pilihan lain kerana sebelum berakhir April, mereka perlu mengumpul seberapa banyak mata untuk menduduki ranking empat teratas dunia bagi mencerahkan peluang pingat di Olimpik,” kata Setiausaha Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Ng Chin Chai selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (CTC) BAM, semalam.Chin Chai berkata, mesyuarat CTC itu turut membincangkan jalan penyelesaian kepada prestasi tidak konsisten pasangan beregu negara itu serta hala tuju semua pemain untuk tahun depan.Mengenai peringkat kelayakan Piala Thomas yang dijadual berlangsung di Macau, 14-19 Februari, Chin Chai berkata, kejohanan itu penting untuk mengumpul mata ranking ke Olimpik serta penting bagi semua pasukan terutama dalam perebutan empat slot daripada negara Asia.“Yang pasti, kita perlu menghantar skuad terbaik kerana melayakkan diri itu lebih penting dan ini bukan kejohanan pendedahan untuk pemain muda,” katanya.\n\n\nChina selaku juara bertahan sudah mengesahkan satu tempat ke Piala Thomas tetapi negara itu dikhabarkan masih menyertai perlawanan kelayakan bagi mengumpul mata ranking yang pastinya menyukarkan laluan skuad negara.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|