|
Rakyat Britain pertama dinobat Pemain Terbaik Tahunan Jelajah PGA \rJACKSONVILLE (Florida): Luke Donald kelmarin dinamakan sebagai Pemain Terbaik Tahunan Jelajah PGA 2011, menjadi rakyat Britain pertama memenangi anugerah itu sejak ia diperkenalkan pada 1990. \r\n\n\n\n \r Anugerah yang ditentukan menerusi undi daripada pemain Jelajah PGA, diumumkan hanya dua hari selepas pemain yang kini menduduki ranking nombor satu dunia itu menjadi pemain pertama menduduki senarai teratas hadiah kemenangan Jelajah Eropah dan Order of Merit sirkit Amerika Syarikat (AS).\r\r\n\n\n\n\n Pemain Amerika, Keegan Bradley, yang memenangi kejuaraan Kejohanan PGA di Atlanta tahun ini, dinamakan Pemain Muka Baru Terbaik Jelajah PGA.\r“Tahniah dari saya buat Luke dan Keegan atas kejayaan memenangi anugerah 2011,” kata pesuruhjaya Jelajah PGA, Tim Finchem dalam satu kenyataan.\r“Kedua-dua pemain mempamerkan prestasi cemerlang dan mantap sepanjang tahun dan undian rakan pemain menggambarkan penghormatan terhadap mereka.”\rDonald, 34, memenangi Kejohanan Match Play WGC-Accenture dan kejohanan penamat musim Jelajah PGA tahun ini, Disney Classic selain 14 kali menamatkan saingan di kedudukan 10 teratas daripada 19 kejohanan.\r\n\n\n\rWalaupun gagal memenangi sebarang kejohanan utama, ia membuktikan prestasi konsisten pemain itu sepanjang tahun ini yang membolehkannya memenangi Trofi Jack Nicklaus.\r“Ini adalah satu penghormatan hebat, untuk melengkapkan tahun menakjubkan saya,” kata Donald. – Reuters
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|