CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 120|Reply: 0

Jol akui kurang pengalaman punca Fulham tersingkir

[Copy link]
Post time 16-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
LONDON: Martin Jol meletakkan faktor pengalaman dan kebijaksanaan sebagai punca utama Fulham tersingkir daripada saingan Liga Europa selepas pemain simpanan Odense, Djiby Fall menyamakan kedudukan 2-2 pada akhir masa kecederaan.\rFulham turun pada perlawanan Eropah ke-14 mereka dalam musim paling cemerlang dengan sasaran menewaskan pasukan tercorot Kumpulan K itu untuk menempah tempat ke kelompok 32 terakhir saingan.\r\n\n\n\n\r   Namun Fulham yang turun sebagai tuan rumah gagal mengekalkan kelebihan 2-1 apabila dibolosi tiga minit dalam masa kecederaan, sekali gus membolehkan Wisla Krakow menduduki tangga kedua kumpulan.\r\r\n\n\n\n\n   “Kami mendahului 2-1 dan 30 minit sebelum tamat, kami tidak cukup bijak dan berpengalaman untuk mengekalkan bola dalam kawasan lawan,” kata Jol. “Ia bermula dengan gerakan (Orlando) Sa, 25 saat sebelum wisel penamat.\r“Daripada pergi ke kawasan lapang dan mengawal bola di sana, dia memilih membuat percubaan ke arah gol dan dia kehilangan bola, dan lawan menyerang balas. Cukup mengecewakan mengalami situasi ini di laman sendiri ketika permainan berbaki 15 saat.\r“Kami boleh menang sekiranya dia memilih untuk terus memegang bola dalam beberapa saat terakhir, tetapi dia tetap mahu mencari gol. Kemudian anda tersingkir kerana keputusan itu. Ia cukup mengecewakan, sama seperti gol pertama.” – Agensi\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:21 PM GMT+8 , Processed in 0.059725 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list