CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 149|Reply: 0

Lemah, lesu

[Copy link]
Post time 16-12-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Norish tampil lemah ketika jayakan pementasan monologMEMILIH artis popular untuk menjayakan sesebuah pementasan ada kala memang berbaloi kerana kehadiran mereka mampu menggamit perhatian peminat untuk datang menonton. Ketiak sebahagiannya berjaya melunaskan tanggungjawab diberi dengan baik, sehingga membuatkan penonton pulang dengan rasa puas di hati, sebahagian yang lain belum tentu berbaloi dipanggil menjayakan pementasan terbabit.\n\n\n\nFestival Monodrama anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP), Istana Budaya dan CTRA Production beberapa hari turut menggunakan formula sama, apabila mengundang tiga nama popular, Misha Omar, Jasmin Hamid dan Norish Karman, untuk memperkuatkan persembahan, selain beberapa lagi penggiat teater.\n\n\n\n\nSayangnya, tidak seperti biasa, kemunculan Norish pada pementasan itu gagal memberikan impak. Persembahannya ketika menyampaikan monolog Drama Bukan Dejavu arahan Rosminah Tahir kurang menyerlah. Lontaran suaranya lemah dan pergerakannya juga kelihatan terbatas. Malah, dia satu-satunya pelakon yang menggunakan mikrofon kecil yang dilekatkan di pipi untuk membolehkan suaranya didengar khalayak.Bahkan, pelakon Sayang Salmah ini juga dilihat memegang kertas, yang dikatakan membantunya mengingati dialog yang perlu dilontarkan pada persembahan berkenaan. Jelas sekali, dia seperti tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab diberikan. Sedangkan, kemunculan di pentas teater seperti itu bukanlah sesuatu yang boleh dianggap main-main, apatah lagi dalam kalangan penggiat seni persembahan.Lalu, sebaik saja tamat persembahan malam kedua yang juga malam terakhir festival, beberapa wakil media ingin mendapatkan penjelasannya berhubung perkara berkenaan. Kenapa dia begitu mengecewakan sekali pada pementasan terbabit, sedangkan Norish antara pelakon disegani dan acap kali menerima pujian atas keberkesanan lakonannya sebelum ini?\n\n\nNamun sayangnya, wanita jelita ini menghilangkan diri sebaik saja selesai persembahan. Difahamkan, pelakon itu terus melenyapkan diri tanpa sesiapa pun tahu sebabnya, tidak lama kemudian. Sekali lagi, wakil media kehampaan untuk mendengar penjelasan daripadanya.Sebelum ini, Norish menyepikan diri daripada dunia seni sebaik saja selesai pementasan Terima Kasih Cinta, Februari lalu. Lalu, pembabitannya dalam festival monodrama ini tentu saja menarik perhatian media untuk mendapatkan perkembangan terbaru daripadanya. Persembahan mengecewakan yang ditampilkan pada pementasan terbaru itu menguatkan lagi keazaman wartawan untuk menemu bual pelakon terkenal berkenaan. Sayangnya, sekali lagi Norish menghilang.Jasmin kembalikan keceriaanANDAINYA persembahan Norish tidak mencapai tahap yang diharapkan, kemunculan pelakon lain rata-rata membanggakan. Penampilan Jasmin Hamid yang baru-baru ini beraksi sebagai perempuan joget bernama Dara dalam Badai Semalam, cukup menghiburkan. Dia berjaya menguasai setiap ruang pentas yang pada mulanya agak hambar. Patutlah bekas penari dan bekas model sejak berusia 15 tahun itu diletakkan pada saat akhir kerana dia mampu menceriakan kembali keadaan. Aksi spontannya membawa empat watak dalam satu masa harus diberikan tepukan gemuruh seperti mana figura ini memperolehnya setiap kali dia menamatkan dialog melalui monolog daripada drama Empat Dara Pingitan, yang mengisahkan empat sahabat mengharungi kehidupan penuh dengan kelucuan pada zaman kanak-kanak. Persembahannya bertenaga dan membuatkan penonton teringat-ingat walaupun selepas lama pertunjukannya tamat.Keupayaan Jasmin mengisi ruang pentas dan berinteraksi dengan penonton membuatkan suasana cukup santai. Karya Ismail Kassan itu tidak bertambah berharga jadinya dengan cara Jasmin mengadaptasikan skrip ke lakonan. Malah, Jasmin tidak segan menari dan mengalunkan lagu Empat Dara, yang turut dinyanyikan penonton, sebaik saja mereka menyaksikan figura itu cukup yakin mempersembahkan monolog terbabit dengan gaya bersahaja.Monolog Gadis Yatim yang disampaikan Misha Omar juga dilihat amat baik kerana dia mampu menghayati watak gadis yang gelisah dan sedih setelah kematian ibu, sehinggalah dinasihatkan seorang sahabat supaya mendoakan kesejahteraan wanita itu yang berada dalam alam kubur, dengan meyakinkan. Artis kelahiran Kota Bharu ini semakin matang dalam lakonan, yang kian terserlah seperti mana ditonjolkannya dalam pementasan berkenaan.Perjuangan bawa padahSementara itu, sesi awal monodrama dimulai dengan kehadiran bakat baru, Nur Amalina Jamil, menerusi monolog Nisya Khaleed, yang mengisahkan perjuangan seorang isteri berjihad bersama suami dengan cara yang salah, dan akhirnya membawa padah. Sentuhan dan arahan Ahmad Hashim ini cukup lemaknya kerana meruntun perasan tatkala bait dialog dilontarkan kemas oleh pelajar Universiti Sains Malaysia itu.Habis persembahan penuh melankolik itu, timbul pula Monodrama berjudul Lara Di Kala Senja karya Mizalmi Ahmad yang diterajui Mohd Suhaimi Ahmad. Naskhah yang disampaikan ini cukup tertib dalam membicarakan perjuangan seorang sasterawan, tetapi bicara yang diterjemahkan dalam monodrama itu menerbitkan sedikit kebosanan penonton sehingga tumpuan pada sesi itu agak longgar. Pendidik di Kuala Kangsar itu dilihat terlalu berpandukan skrip dan pergerakan berulang serta terhad, mungkin bagi mengawal ketaksuban seorang anak muda yang menceritakan kisah penulis veteran bernama Pak Aziz yang dipinggirkan masyarakat ketika meniti usia tua.Monolog Sehasta Perjuangan yang dibawa Mohd Fazreen, seorang petugas di Radio Televisyen Malaysia (RTM) Negeri Sembilan, secara bersahaja bagaimanapun menaikkan semula gelodak yang membelenggu penonton, dengan kisah anak zaman kini yang hanya mengetahui sejarah negara melalui ibunya, bernama Timah Lawa. Walaupun ringkas, apa yang cuba disampaikan bakat teater dan pengarahan ini begitu jelas. Ketika ini, mood penonton kembali pulih dengan dendangan lagu lama yang membelai jiwa untuk terus memahami corak penceritaan berkenaan.Manakala karya Timang Tinggi-Tinggi yang dipersembahkan Norjehan A Kadir yang mengangkat isu buang bayi juga mudah difahami penonton walaupun sesekali dialog dilontarkan dalam dialek Kelantan, yang mengundang ketawa penonton. Namun karya Ujang Arief dan diarah Alloy Azzaly ini dianggap berada di paras biasa kerana mengutarakan persoalan yang kerap dipaparkan.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:20 PM GMT+8 , Processed in 0.234440 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list