CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7554|Reply: 28

- Mengapa Jutawan Sendayu Tinggi Pakai Purdah

[Copy link]
Post time 17-12-2011 10:32 AM | Show all posts |Read mode


Rasanyasudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana banyak majalahmenyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahu menjadi pencetussemangat untuk wanita di luar sana.Biar mereka tahu, sebagai manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untukberjaya dalam hidup.

Sayapernah jadi penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan bermacam-macam kerjakampung untuk menampung hidup. Malah pernah juga cuba berniaga kedai runcit,menyertai MLM dan bekerja kilang.

Apabilaberjaya dengan perniagaan Sendayu Tinggi, saya mula sedar manusia perlu adatiga sifat jika mahu berjaya. Pertama, mereka mesti mengorak langkah untukmemulakan perkara kecil dalam diri. Kemudian, jangan pernah berkata tidaksebelum mencuba kerana tiada apa yang mustahil. Ketiga, jangan suka menyalahkanorang lain.

Nilai sepuluh sen

Bilasudah berjaya mengumpul kekayaan, tiap-tiap tahun saya pergi umrah. Ada banyak peristiwayang dialami di tanah suci namun ada satu pengalaman yang paling menarik. Iaberlaku ketika saya tidur lalu bermimpi, satu suara menyuruh saya membacabeberapa ayat daripada surah Al-Baqarah.

Sekembalinyasaya ke tanah air, saya terus mencari tafsir Al- Quran. Saya mendapati antaramaksud ayat yang disuruh baca itu ialah mereka yang mendapat hidayah namun jikamemalingkan mukanya, mungkin tiada lagi hidayah untuknya selepas itu.

Sayamemang sudah lama terdetik mahu berganjak ke alam (fasa) lain sebaik sahajausia mencecah 40 iaitu membuat persediaan untuk mati. Saya mula melihat betapakehidupan di dunia ini sangat singkat, indah dan perlu dinikmati. Saya sedihmengenang ramai orang yang berjaya dalam perniagaan tetapi hidup tidak bahagia.

Ketikasaya mengejar dunia, hidup dirasakan huru-hara. Pernah saya beli sebuah keretadengan harga RM1 juta. Setiap kali tiba di satu-satu tempat, saya senangmelihat banyak mata memandang dan berbisik-bisik kagum. Namun lama-kelamaansaya tersedar, rasa bangga melihat kekaguman orang itu menimbulkan perasaanriak dan mahu menunjuk-nunjuk.

Jikasyiling sepuluh sen terjatuh, pernah satu ketika saya tidak mahu mengutipnyasemula. Waktu itu saya memikirkan kelas sebagai seorang jutawan. Tetapi hariini, saya tidak mahu lagi bersikap begitu. Saya mahu buang rasa riak, sebabnilai duit sepuluh sen itu besar nilainya pada sesetengah orang dan tidak patutdibazirkan begitu sahaja.

Sayatidak pandai mengaji dan tidak tinggi ilmu agama. Jadi saya mengupah seorangustazah yang tinggal bersama di rumah ini untuk mengajar serta seorang ustazuntuk berkongsi ilmu agama. Sehari setiap minggu, rumah saya dibuka untuk orangramai menyertai majlis ilmu yang dibuat di sini.

Impiansaya yang masih belum tercapai ialah membina sebuah kompleks hasil perniagaan.Di kompleks berkenaan saya mahu membangunkan aktiviti dakwah di sampingmemberikan kehidupan kepada fakir miskin menerusi perkongsian ideologi perniagaan.

Sayatidak mahu golongan susah yang saya bantu ini memandang saya sebagai sumberkewangan. Saya tidak memberikan mereka ‘ikan’ tetapi ‘pancing’ untuk mengubahkehidupan. Caranya saya beri mereka produk untuk dipasarkan. Saya jugamengambil kuih, kerepek dan lain-lain daripada mereka untuk dijual.

Satulagi impian yang sedang diusahakan, saya mahu bina sebuah rumah perlindunganuntuk anak yatim piatu dan mualaf. Rumah sudah ada, tenaga pengajar pun tidakada masalah. Cuma tinggal mencari bayi dan kanak-kanak untuk dibesarkan denganpendidikan akademik berserta ilmu agama di rumah tersebut.

Kini mula berpurdah

Purdahini sudah lima bulansaya pakai. Bukan sebab alim, dan bukan juga sebab H1N1. Sebaliknya inilahantara cara saya menjaga hati daripada dirasuk perasaan riak. Bila mengenakanpurdah, tiada orang yang mengenali saya jadi tiada lagi layanan istimewa yangbiasa saya dapat.

Sayatidak malu untuk mengaku, selama ini memang saya pakai tudung tetapi hati masihkotor. Ini kerana walaupun memakai tudung saya sering kalah bila syaitanberbisik supaya bersolek setiap kali ke luar rumah sesuai status selakupengasas produk kecantikan.

“Kaukenalah pakai baju yang menampakkan kelangsingan, barulah orang tahu produk kaubagus”  – itu juga antara bisikannya yang sering menewaskan saya.Barangkali ketika itu saya antara wanita akhir zaman yang disebut dalam hadis‘menutup aurat tetapi masih bertelanjang’ .

Sebagaimajikan pula, kadangkala saya memarahi pekerja kerana mahu semuanya serbasempurna. Saya menjadi sungguh takut apabila tersedar dan berfikir bagaimanapula saya di sisi majikan paling besar iaitu Allah Taala? Dia pun berhakmarahkan saya kerana sungguhpun solat, di mana zikir dan amalan sunat bagimenyempurnakan lagi amalan kepadanya?

Syukurlah,perubahan yang dibuat melimpahkan bahagia dalam hidup. Anak-anak (Nurhayati, Alif Syukri, Aiman Hazim, Nurazizah dan NurainSufiyah)  dan suami melengkapkan lagi dunia wanita ini.

Kinihari-hari saya lalui sambil meneguk kelazatan ilmu akhirat. Melayan keletahanak-anak, mengulit orkid, epal Madura, daun kesum, kedondong, kari, limaupurut dan pokok herba lain; juga melayan burung, ayam, lampam, puyuh, puyu dantilapia melengkapkan lagi kediaman bak syurga dunia yang saya gelar Sorga Ammi.

Sesudahsolat Subuh, tatkala berdiri di balkoni rumah menyaksikan kabus berlalu dibawaangin sambil merenung kalam-kalam bukit , saya semakin yakin betapa perlunyasaya bersyukur menjadi hamba yang dilimpahi kasih sayangNya.

p/s: jadi pada sesape saudara muslim yang masih belum bertudung,bukalahmata.berubah untuk kebaikan.Dunia ni hanya pinjaman.semoga Allah membukahidayah pada semua

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2011 03:38 PM | Show all posts
like this! tapi artikel ni dh lama kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2011 08:35 AM | Show all posts
dunno .. baru jer terbaca kat FB,, tapi mmg dah tau dia dah lama berpurdah...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 02:11 PM | Show all posts
baru minggu lepas berjalan melalui office dia kat tepi jalan Tengku Abd Rahman tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2011 02:20 PM | Show all posts
eh bukan opis dia kat bukit tinggi klang ke? sapa tau rumah dia kat mana...
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2011 09:52 AM | Show all posts
jln tar tu branch dia...byk tmpt lg ada branch ST ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-12-2011 02:26 PM | Show all posts
aritu tengok rancangan sempena Maal Hijrah kat oasis
pasal dier nie lah... dan juga beberapa orang lain yg dh dapat hidayah
seronok tengok rancangan tuuu
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2011 05:01 PM | Show all posts
alhamdulillah....sejuk je bace...nak sampai ke tahap  tu memang kene kuat sangat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2011 08:49 PM | Show all posts
alhamdulillah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2011 07:52 AM | Show all posts
terbaca kat mana eh, wanita2 yg berkorban menutup muka seperti berpurdah n Allah kurniakan cahaya pada wajah mereka.. sapa2 leh confirmkan>?
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2011 10:53 AM | Show all posts
saya rasa dia pakai purdah macam dia nyatakan tadi.saya sangt setuju.

ok contoh kalau dia masih menutup aurat orang stil kenal dia,kalau dia tak bermakup tak cantik macam mane nak jadi contoh yang baik pade pelanggan.

ok dengan berpurdah seperti sekarang,dia lebih selamat.orang tak kenal dia,so dia boleh pergi ke mana sahaja sebb tak kenal dia kan,n ape sahaja dia buat takde la mnjadi perhatian orang di luar..

saya setuju ape yang dia lakukan sekarang..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2011 10:58 AM | Show all posts
saya rasa dia pakai purdah macam dia nyatakan tadi.saya sangt setuju.

ok contoh kalau dia masih m ...
buluhbetung Post at 27-12-2011 10:53


betul sesgt ni.. me pun setuju... me pun teringin to do the same... cuma me ni pun pangai hu ha hu ha... cam " really.. ? " .. senang lau nak gi mana2
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2011 02:39 PM | Show all posts
dia cantik, even nampak mata saja...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2011 12:17 PM | Show all posts
dia cantik, even nampak mata saja...
lalunagujiwa Post at 27-12-2011 14:39


a'a,betul tu....
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2011 12:20 PM | Show all posts
i loikkee...kisah hidup n kejayaan dia memberi insprirasi...yg baik jadikan teladan ....
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2011 12:22 PM | Show all posts
saya rasa dia pakai purdah macam dia nyatakan tadi.saya sangt setuju.

ok contoh kalau dia masih m ...
buluhbetung Post at 27-12-2011 10:53


me pun setuju.........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2011 12:24 PM | Show all posts
a'a,betul tu....
miss_qasehs Post at 29-12-2011 12:17


kheeennnzzzz
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2012 08:38 PM | Show all posts
hari tu tgk dia on TV....salute dengan kegigihan dia...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2012 04:46 PM | Show all posts
suke tgk dia da berpurdah...
n bertuah jd ank dia, xyah susah2 nk keje, mak da ade harta byk...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 01:41 PM | Show all posts
terharu baca kisah dia..org kaya yng x bangga diri dengan kekayaan yg dikecapi..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 07:43 PM GMT+8 , Processed in 0.329849 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list