CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 144|Reply: 0

Sunway beli tanah RM745.3j

[Copy link]
Post time 20-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Usaha sama dengan Khazanah Nasional bakal dimajukan projek RM12b\rSUNWAY Bhd menerusi usaha sama dengan Khazanah Nasional Bhd membeli dua bidang tanah di Iskandar Malaysia di Johor yang bakal dimajukan dengan projek hartanah bernilai RM12 bilion.\r\n\n\n\n\r  Kedua-dua tanah bersebelahan seluas 276.4 hektar di Medini Iskandar, Mukim Pulai itu dibelinya pada harga RM745.3 juta.\r\r\n\n\n\n\n  Pengasas yang juga Pengerusi Sunway, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah, berkata ia adalah pembelian tanah terbesar dilakukan Sunway selepas penggabungan perniagaan Sunway Holdings Bhd dengan Sunway City Bhd Ogos lalu yang menyaksikannya muncul antara lima syarikat hartanah terbesar di Bursa Malaysia.\rBeliau berkata, kawasan Zon F Medini yang baru diperoleh itu akan meningkatkan simpanan tanah Sunway sebanyak 30 peratus daripada 858 hektar sebelum ini, manakala cadangan pembangunannya bakal meningkatkan GDV semasa syarikat itu kepada RM32 bilion.\r“Dengan pengambilalihan itu, Sunway akan memiliki 302 hektar tanah pembangunan di Johor, iaitu tambahan kepada simpanan sedia ada di Bukit Lenang, dengan anggaran GDV RM13 bilion.\r“Pengambilalihan ini adalah sejajar strategi syarikat untuk terus mengembangkan kepakaran dalam pembinaan dan pengurusan bandar bersepadu, seperti di Bandar Sunway, Sunway City Ipoh, Sunway Velocity, dan Sunway Damansara.\r\n\n\n\r“Kami mahu mencontohi kepakaran di Johor dan membangunkan pembangunan ikonik yang dapat menembusi pasaran serantau dan antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan semalam.\rCheah berkata, projek itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aliran tunai Sunway menjelang 2013.\rZon F Medini terletak di tengah-tengah Iskandar Malaysia, kira-kira 10 minit dari Singapura menerusi Laluan Kedua Malaysia-Singapura dan 25 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.\rBerhampiran tanah itu terletak LEGOLAND Malaysia dan Pinewood Iskandar Malaysia Studio, yang dijadualkan siap masing-masing pada 2012 dan 2013, Edu City, Kota Iskandar dan Kawasan Kewangan Antarabangsa.\rSunway sebelum ini mengumumkan  usaha sama (JV) dengan Dayang Bunting Ventures Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional, bagi menubuhkan syarikat JV Semerah Cahaya Sdn Bhd, yang akan terbabit dalam konsep, pengurusan, pelaksanaan dan pembangunan tanah itu.\rSunway ketika ini menguasai 38 peratus dalam JV itu tetapi akan meningkatkannya kepada 60 peratus dalam tempoh 54 bulan daripada tarikh perjanjian pembelian.\rPengarah Urusan Khazanah Nasional, Tan Sri Azman Mokhtar pula, berkata pembabitan Sunway itu mencerminkan keyakinan pelabur tempatan dalam pembangunan di Iskandar Malaysia.\r“Sunway memiliki rekod pencapaian terbukti sebagai pemaju utama di Malaysia dan usaha sama ini adalah petunjuk hubungan akrab Khazanah dengan sektor swasta,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:53 PM GMT+8 , Processed in 0.085928 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list