View: 150|Reply: 0
|
Pasukan Perak uji keserasian pemain di Medan
[Copy link]
|
|
WALAUPUN tanpa kelibat pemain import, Lazar Popovic, skuad Perak yang sudah pun tiba di Medan, Indonesia akan menggunakan kesempatan tiga perlawanan ujian menguji keserasian dan kombinasi pemain dalam menghadapi Liga Malaysia, musim depan.\rKetua jurulatih skuad Seladang, Norizan Bakar, berkata Popovic dari Serbia yang juga bekas penyerang Kelab FK Zeljeznicar dalam Liga Perdana Bosnia tidak dapat bersama menyertai perlawanan itu kerana masalah kesihatan dan visa.\r\n\n\n\n\r Namun, katanya, seorang lagi pemain import, Michal Kubala yang juga bekas pemain FC Astra Ploiesti dalam Liga Romania akan mengharungi perlawanan itu bersama pemain Seladang yang lain untuk menguji tahap kemampuan sebenar selepas menjalani latihan intensif.\r\r\n\n\n\n\n “Kami mengadakan tiga perlawanan ujian dengan kelab tempatan di Medan bertujuan membentuk keserasian dan kombinasi pemain supaya dapat menyesuaikan diri di dalam satu pasukan yang mantap serta digeruni pihak lawan pada musim depan.\r“Semua pemain diberi peluang yang sama pada perlawanan ujian ini dan berharap mereka dapat menggunakan peluang yang diberikan ini untuk mempamerkan kemahiran selepas menghampiri latihan fasa akhir,” katanya ketika ditemui di Medan, semalam.\rNorizan berkata, skuad Seladang akan berdepan perlawanan ujian dengan salah satu pasukan Liga Super Indonesia iaitu Kelab PSMS Medan dan berharap muka baru atau lama bersama skuad Seladang dapat mempamerkan permainan yang bermutu jika mahu disenaraikan di dalam kesebelasan utama.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|