CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 22536|Reply: 63

Bahasa dan Etnik Mon di Thailand

[Copy link]
Post time 22-12-2011 12:37 AM | Show all posts |Read mode
Pengenalan

Etnik Mon merupakan etnik yang tidak mempunyai negara sendiri kerana mereka hanya menjadi etnik minoriti sama ada di Myanmar, Thailand, atau Malaysia. Di Thailand, etnik Mon adalah penduduk asli yang bertutur dalam bahasa Nyah Kur yang dikategorikan sebagai bahasa cabang Austroasia yang serumpun dengan bahasa Khmer di Kemboja. Dalam bahasa Thai, orang Mon dipanggil sebagai chao bon yang bermaksud orang Atas. Budaya mereka berasaskan ajaran Buddha Theravada dan 99% beragama Buddha Theravada manakala bakinya adalah Brahmin.

Orang Mon di Thailand adalah saki baki dari negara2 kota yang membentuk Phra Nakorn Dvaravati atau Suvarnabhumi. Mereka pernah diserang oleh orang Khmer dari empayar Angkor pada sekitar abad ke-9 M serta ke-11 M dan bangunan2 serta stupa2 yang mereka bina telah dihancurkan sampai rata. Kini di bahagian tengah Thailand hanya ada phreang (pagoda) senibina Khmer sahaja dan seringkali juga orang Kemboja di bawah pentadbiran Hun Sen mendakwa mereka bertanggungjawab dalam kebudayaan di Thailand sedangkan hal sebenarnya orang Khmer telah menyerang tempat orang lain dan memusnahkan kebudayaan orang yang bertanggungjawab menyebarkan ajaran Buddha Theravada kepada mereka. Orang Mon bertanggungjawab menyebarkan ajaran Buddha Theravada pada abad ke-5 kepada orang Khmer, menyebarkan budaya Hindu, dan menyebarkan abjad hindu-pallava kepada seluruh kawasan Asia Tenggara dari kawasan Barat Tanah Besar Asia Tenggara selain mengajarkan adat2 Brahmin melalui resi2 (orang alim Hindu).

Taburan penutur bahasa Mon di Thailand

Bahasa Mon Siam atau bahasa Nyah Kur dituturkan oleh beberapa ribu orang di Tengah dan Barat Daya Thailand:
1. Wilayah Phetchaburi
2. Wilayah Phitsanulok
3. Wilayah Chaiyaphum
4. Wilayah Nakorn Ratchasima mukim Dan Khun Thot, Pak Thong Jai, dan Khon.

Sejarah Ringkas

Penutur bahasa Mon atau bahasa Nyah Kur moden di Thailand merupakan penduduk Mon yang tidak sempat lari ke Barat (Myanmar) semasa penaklukan empayar Angkor dalam abad ke-9 dan ke-11 M. Bahasa Mon di Myanmar dan di Thailand bertumbuh dari bahasa Mon Purba. Bahasa Mon-Siam atau Nyah Kur mula ditemui pakar bahasa sekitar abad ke-20 M tapi tidak diketahui pula oleh pakar bahasa yang ia berkaitan dgn bahasa Mon di Myanmar selama 70 tahun lamanya. Disebabkan dasar 1Thai oleh kerajaan, penutur bahasa Mon-Siam sebagai bahasa pertama berkurang mendadak dan ada banyak jangkaan menunjukkan bahawa ia akan pupus menjelang beberapa abad ke hadapan kecuali jika langkah memulihara bahasa ini diambil oleh pelbagai pihak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-12-2011 12:55 AM | Show all posts
Bilangan dalam bahasa Mon Purba

1 moy
2 baar
3 pik
4 pan
5 masun
6 tudow
7 dumpoh
8 denjaam
9 denjit
10 chaih

Bilangan dalam bahasa Mon-Siam

1 muei
2 baar
3 pih
4 pan
5 chuun
6 traau
7 empoh
8 enjaam
9 enjit
10 chaih

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 03:56 AM | Show all posts
Post Last Edit by haniryan at 22-12-2011 05:42

ini gambar org Mon





budak perempuan yang tgh tu mirip seorang murid sekolah(org melayu) yang saya kenal... adakah keturunan org mon juga ada malaysia??

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2011 12:10 PM | Show all posts
Ya, etnik Mon ada di Malaysia. Mereka setengahnya adalah pelarian dari Myanmar bawah bawah panji2 Pertubuhan Bangsa Bersatu. Negeri mereka di Myanmar bawah sebenarnya antara negeri termaju dalam Kesatuan Myanmar sama seperti negeri2 Selatan Thailand bersempadan dengan Tenasserim (negeri Melayu). Di Thailand penduduk etnik Mon ada di kawasan sekitar Bangkok dan etnik Mon di Myanmar sebenarnya berasal dari Thailand/Siam. Etnik Mon merupakan antara penduduk terawal di Asia Tenggara dan membangunkan negara2 kota purba dari Utara Thailand sampai ke Selatan Thailand. Negara kota yang kuat akan memerintah negara kota lain yang di sekeliling dan sistem negara berpusat mereka tidak tetap.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2011 01:20 PM | Show all posts
Bahasa Mon Purba

anak kon
ayer daak
nasik pung
makan chak
lari dau
turun chis

Bahasa Mon-Siam

anak kuen
ayer daak
nasik phung
makan cheak
lari thau
turun chih

Contoh ayat

bahsa Mon Purba

Aku pergi makan nasik
Ku-ei kaar chak pung

Hari ni hujan turun
Tengey noh brei gur

Mon-Siam

Aku pergi makan nasik
Wuei kaar chaak phung

Hari ni hujan turun
Tengaai noou phrey chih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2011 02:18 PM | Show all posts
Pemandangan Negeri Mon di Kesatuan Myanmar

Rumah Suwarnabhumi Lama, Thathon




Pekan di Bandar Moulmein






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-12-2011 02:37 PM | Show all posts
Pemandangan Desa di Moulmein








Wabak Dengi di Hospital Negeri Mon, Kesatuan Myanmar




Masjid Jamek Soorthi, Moulmein, Negeri Mon




Anak-anak Sekolah di Moulmein







Wanita Mamak di Negeri Mon




Kompleks Pagoda Kyaikthikyo, Tapak Suci Penganut Buddha











Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2011 06:15 PM | Show all posts
contoh tulisan bahasa Mon Purba di Bangkok


Batu Bersurat, Wat Jamatevi, Lamphun, Chiangmai Thailand



Transkripsi Huruf Mon Lama di Gua Narai, Salaburi, Thailand

Yang atas tu huruf Mon purba, bawah huruf Mon moden. Huruf hampir nak sama dengan huruf batu2 bersurat di Sumatera dan di Pulau Penang Seberang Perai.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2011 08:30 PM | Show all posts
apa kaitan orang mon dengan melayu?...betoi ka org melayu sebelah utara ada kaitan dengan org mon ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2011 09:22 PM | Show all posts
Negeri Tenasserim dalam wilayah Myanmar bawah dimasukkan sekali dalam Monland oleh Parti Mon Myanmar. Negeri Tenasserim dahulunya bawah jajahan kesultanan Kedah yang mana kerabat2 diraja Kedah dihantar ke sana untuk mentadbir. Atas sedikit dari Tenasserim, itu negeri etnik Mon bahagian negara kota Thathon. Lain2 negeri etnik Mon di dalam Siam di Haripunjaya, Dvaravati, dan Lopburi. Dengar cerita suami kepada ratu pertama negeri Haripunjaya di Chiangmai dari empayar Sriwijaya sebab negeri Haripunjaya pun bermula sekitar abad ke-7 M. Melayu awalnya nama kerajaan kecil dalam empayar Sriwijaya sebelah Sumatera sana. Tak tahu macam mana boleh jadi nama etnik, mungkin sebab bahasanya tersebar melalui jaringan empayar Sriwijaya kot sebab negeri Melayu antara negeri yang diidam2kan oleh Sriwijaya untuk ditakluki.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2011 10:00 PM | Show all posts
Mungkin kaitan persemendaan atau perkahwinan juga. Kawasan Segenting Kra sampai Utara Tanah Besar Asia Tenggara memang menjadi titik pertembungan antara pelbagai jenis manusia dari Utara dan Barat misalnya dari kawasan2 empayar China dan India purba.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2011 10:18 PM | Show all posts
Huruf Mon

Huruf Mon berasal dari huruf India Selatan yang dibawa ke Asia Tenggara dalam abad ke-3 sampai ke-4 M. Etnik Mon menggunakan tulisan India Selatan ini untuk menulis bahasa mereka seperti bahasa Melayu ditulis menggunakan tulisan Jawi. Dalam abad ke-11 sampai ke-13 M, orang Burma dan orang Tai mengambil sistem tulisan Mon menjadi sistem tulisan mereka. Orang Tai mengubahsuai huruf India Selatan yang dipakai dalam bahasa Khemir manakala orang Burma memakai terus tulisan orang Mon menjadi tulisan bahasa mereka.

Huruf Mon adalah huruf berdasar kepada suku kata. Tanda2 vokal ditambah pada depan konsonan, belakang, di bawah dan atas konsonan. Nilai2 asal bunyi tulisan Hindu itu sudah berubah disebabkan oleh rakaman bahasa Mon yang berbeza bunyi dengan bahasa2 India. Hal ini sama seperti bahasa Inggeris yang dieja lain disebut lain pula bunyinya. Tulisan dan bunyi tidak seragam. Rupa bentuk tulisan Mon yang ada "bulat2" itu dibuat oleh penjajah British bagi memudahkan rekod2 pada daun lontar.

Walaupun sistem tulisan Mon dan Burma sama tapi bunyi bagi tulisan Mon lebih rumit lagi kerana mempunyai huruf2 kecil yang melambangkan bunyi tambahan jika dibandingkan dengan bahasa Burma. Orang Burma tak boleh baca bahasa Mon dengan betul walaupun huruf dipakai adalah sama. Begitu juga orang Mon tak boleh baca bahasa Burma dengan betul walaupun kenal huruf. Hal sama seperti penutur bahasa Melayu bertulisan Jawi tak boleh membaca bahasa Urdu atau bahasa Arab dan begitu sebaliknya.

Huruf Mon Moden

Konsonan




Vokal dan Diftong




Huruf Mon juga boleh digunakan menulis bahasa Bali-Sanskrit dan bahasa Burma tapi bunyi bahasa Burma berbeza dari bunyi bahasa Mon.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2011 10:24 PM | Show all posts
Lambang Kebangsaan Mon

Hamsawati (Angsa)

Pengaruh ajaran Hindu dalam lambang Angsa dan dewi Saraswati sebagai pelindung kesenian dan kebudayaan masyarakat Mon.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2011 10:53 PM | Show all posts
Post Last Edit by genot at 22-12-2011 22:55

Antara tokoh2 berketurunan Mon sama ada sebelah bapa atau ibu:

Siam - Sri Ayutthaya

Dinasti U-Thong

1. Somdet Phra Chao U Thong/Ramadhipatti I (1350-1369)
2. Somdet Rameswara (1369-1395)

Dinasti Suphannaphum/Suvarnabhumi

1. Somdet Phra Brahmarajadhiraja I (1370-1388)

Thailand

Dinasti Chakri

1. Somdet Phra Bhumibol (Maharaja)
2. Anand Panyarachoon (PM Thai 1991)
3. Luang Phor Acharn Tala Uttama
4. Suchinda Kraprayoon (PM Thai 1992)

Malaysia

1. Tunku Abdul Rahman (PM Malaysia 1957-1963)
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 03:22 PM | Show all posts
genot, keturunan hang Mon?
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 04:58 PM | Show all posts
genot bukan keturunan mon, dia keturunan lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-12-2011 06:54 PM | Show all posts
Sejarah Mon Zaman Klasik


Siam Tengah

Penemuan roda dharmma di Nakhorn Pratom di Bangkok membuktikan wujud penempatan awal manusia di kawasan Bangkok. Di Nakorn Pratom juga ditemui Phra Prathom Chedi yang merupakan tinggalan ketamadunan Dvaravati di Siam. Penduduk di Dvaravati dan kawasan lingkungannya menerima penyebar ajaran Buddha Theravada dari Tamrapanni (Sri Lanka). Hal ini berbeza dengan etnik serumpun iaitu etnik Khemir di Kemboja dan etnik Cheam di Vietnam moden yang menganut ajaran Hindu. Batu bersurat pertama dalam tulisan Mon ditemui di gua di Saraburi bertarikh 550 M. Kebudayaan tamadun Dvaravati merebak ke Thathon di Myanmar moden dan juga ke wilayah Timur Laut Thailand.  

Lepas abad kesatu masehi, penduduk Mon di Dvaravati mengalami tekanan dan penyeksaan dari serangan etnik luar yang merebak masuk ke kawasan mereka. Dalam abad ke-9 dan ke-11 M, orang Khemir dari timur menyerang Dvaravati walaupun Dvaravati juga dipercayai mempunyai penduduk berketurunan Khemir dan lain-lain. Selepas diserang etnik Khemir, etnik Mon diserap masuk dalam masyarakat Khemir dan wujud pulak kerajaan Lavo-Khemir sekitar abad kesatu masehi di tengah Siam. Penduduk berbahasa Mon di Dvaravati ramai terbunuh dalam perang, ditangkap menjadi tawanan perang, dan dipaksa memakai budaya bangsa yang menyerang mereka. Selepas itu penduduk Mon hampir tidak kelihatan lagi di Lembangan Chao Phraya akibat faktor2 tersebut.

Utara Siam

Negeri etnik Mon yang masih bertahan selepas itu adalah negeri Haripunjaya yang dibuka oleh puteri Jamatevi dari Lavo (Lopburi) dalam abad ke-7 M. Haripunjaya mempunyai dua ibu kota iaitu di Lamphun dan Lampang dalam wilayah Chiangmai moden. Dalam pemerintahan Adityaraja sekitar abad ke-12 M, negeri Haripunjaya berperang dengan raja Suryavarman dari empayar Angkor dan membangunkan Chedi Phra Dhatu Haripunjaya. Tahun 1230, raja Mungrai dari Lanna (ribuan sawah) menakluki kerajaan Haripunjaya. Kebudayaan masyarakat Mon diserap masuk oleh orang Tai-Yuan yang berasal dari negeri Lanna. Begitu juga dengan ajaran Buddha Langkawong diterima oleh orang Tai-Yuan selepas mereka menakluki orang Mon di Chiangmai.

Myanmar Bawah

Negeri Thathon di Myanmar pula ditakluki oleh raja Anirudha dari kerajaan Bagan (Burma) dalam tahun 1057. Tulisan orang Mon memang sudah lama digunapakai oleh orang Burma sebelum orang Burma menakluki negeri Thathon. Sehingga kini pun penduduk berbahasa Mon masih merupakan majoriti di Myanmar bawah.

Tahun 1287, negeri Bagan jatuh dan tiada pengganti. Panglima perang etnik Tai dari kerajaan Sukhothai dikenali sebagai Wareru melanyik dirinya menjadi raja di Mortaban/Mottama. Beliau diakui oleh penduduk2 Mon di Mottama sebagai raja mereka. Pusat kerajaan diubah ke Pegu. Sampai tahun 1539, perkembangan kebudayaan Mon dan kekuasaan etnik Mon di Myanmar berjalan lancar.

Tahun 1383 sampai 1422, raja Rajadarit berjaya menghalang penaklukan orang Burma dari negeri Ava di utara. Negeri orang Mon di Burma berada dalam keamanan dalam pemerintahan ratu Shin Sobu (1453-1472) dan raja Tharmmaseti (1472-1492). Orang Burma mendapat kekuatan mereka di Toungoo dalam abad ke-16 M. Negeri orang Mon jatuh akibat diserang oleh raja Tabinshweti dari Toungoo dalam 1539. Lepad kemangkatan raja Tabinshweti, orang Mon bebas dari pemerintahan empayar Burma selepas Smim Htaw memberontak. Dalam 1551, raja Bayinnaung (Burennong) menakluki negeri orang Mon semula. Ibu kota orang Burma ditubuhkan di Pegu dan orang2 Mon dihalau keluar dari istana. Dalam 200 tahun lepasnya, Burma bawah berada dalam pentadbiran Burma.   

Burma bawah menjadi emdan pertempuran antara empayar Burma, empayar Siam, dan Arakan. Raja Naresuan (Nareswaran) yang memerintah Siam menjalankan kempen menentang Burma. Penduduk2 Mon di Myanmar selatan sama ada dipaksa atau sukarela telah berpindah ke Siam. Kejatuhan kuasa politik etnik Mon menyebabkan penghijrahan meluas etnik Mon dari Myanmar masuk ke empayar Siam. Mereka dibenarkan tinggal di kota Ayutthaya (Ayodhya). Seorang sami Buddha etnik Mon dilantik menjadi ketua penasihat kepada raja Naresuan.

Kota Pegu telah dicerobohi oleh orang Arakan dalam tahun 1599. Pentadbiran Burma jatuh dan penduduk2 Mon di sekitar Martaban mula memberontak membebaskan diri. Dalam tahun 1616, raja Anauhpetlun menyatukan semula empayar Burma dan menyebabkan orang Mon juga dipaksa menjadi Burma. Tahun 1661, orang Mon memberontak tapi berjaya ditenteramkan oleh raja Pyeh. Pelarian Mon diberi kebenaran oleh maharaja Siam untuk tinggal di sebelah Barat Siam dan sempadan Burma-Siam. Di Siam, orang Mon masih memainkan peranan dalam ketenteraan dan pentadbiran. Satu rejimen khas ditubuhkan dengan orang Mon sahaja menjadi anggotanya oleh maharaja Siam.

Kuasa orang Burma mula berkurangan dalam awal abad ke-18. Orang Mon asyik memberontak sahaja di kota Pegu dalam tahun 1740. Mereka dibantu oleh orang Tai-Shan dari puak Gwe yang juga dijajah Burma. Seorang sami Buddha Burma dari kerabat diraja Burma negeri Toungoo melantik dirinya menjadi raja di Pegu dan kemudian diganti pula oleh Binnya Dala dalam tahun 1747.

Orang Mon mendapat sokongan Perancis untuk membangunkan negeri merdeka selama 17 tahun lamanya bermula dari 1757 selepas kejatuhan Alaungpaya. Pada saat itu, pemerintahan Burma sangatlah kejam. Orang Mon dibunuh beramai2 sehingga memaksa setengahnya yang terselamat lari ke Siam dan kerajaan Lanna di Chiangmai. Orang Mon memberontak lagi di Dagon dalam pemerintahan raja Shinbyushin dari dinasti Kobaung. Kota Burma dihancurkan rata ke bumi. Dalam 1814, orang Mon memberontak juga dan ditenteramkan dengan kejam. Pemberontakan2 ini juga menjana penghijrahan orang Mon dari Myanmar ke empayar Siam dan ia disambut sendiri oleh kerabat diraja Siam seperti putera Mongkut atas dasar seketurunan. Penduduk Mon di Siam bertumpu di Pak Kred di Nonthaburi dan di Phra Pradaeng di Samut Prakan. Lain2 berterabur di Siam Tengah. Pada saat ini, kebanyakan orang muda keturunan Mon menganggap diri mereka sebagai orang Thai dan berbahasa Thai sahaja. Hanya yang tua dalam lingkungan 70-80-an sahaja berbahasa Mon.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2011 12:10 AM | Show all posts
Tatabahasa Mon

Bahasa Mon berbeza dari segenap segi daripada bahasa jiran2nya yang kuat seperti bahasa Thai atau bahasa Burma. Bahasa Mon bukan bahasa berasaskan nada bunyi macam bahasa Burma atau bahasa Thai yang jenis bahasa seperti bahasa Cina.

Dalam tulisan Mon tidak ada tanda bunyi harakat panjang pendek nada bagi membezakan makna perkataan yang sama bunyi. Bahasa Mon menggunakan dua jenis daftar bunyi berbeza yang keluar dari nafas dan dari dalam dada. Perkataan yang keluar dari daftar bunyi pertama disebut terang jelas, nada yang tinggi manakala daftar bunyi kedua ditandakan dengan bunyi yang kurang jelas dan berangin biasanya nada rendah.

Bahasa Mon mempertahankan beberapa tinggalan yang kaya dengan sistem infleksi termasuklah imbuhan depan dan imbuhan tengah seperti dalam bahasa Melayu. Bahasa Thai dan bahasa Burma berdasarkan rekod2 kurun ke-11 dan ke-13 M tidak ada sistem morfologi semacam ini.

Bahasa Thai dan bahasa Burma mempunyai penunjuk bilangan bagi kata nama contoh seorang rakan, kereta dua bijik, satu hari, dua kilo tapi dalam bahasa Mon jarang disebut sama ada dalam tulisan atau dalam percakapan. Rekod bahasa Mon abad ke-6 juga menununjukkan hal yang sama walaupun kemungkinan bahasa Mon purba ada sistem seperti penunjuk bilangan bahasa Thai dan bahasa Burma. Hal ini masih dalam kajian ahli kaji bahasa (linguist).

Susunan ayat yang mudah dalam bahasa Mon:

Kata Nama + Kata Kerja + Kata Nama
Subjek + Predikat + Objek
Pelaku + Perbuatan + Mangsa


Contoh susunan ayat mudah bahasa Mon dengan terjemahan bahasa Melayu:

Ku-ei cheak phung
Aku makan nasik


Predikat penting dalam pembentukan ayat mudah bahasa Mon. Subjek tak begitu penting kalau benda yang dibincangkan tu diketahui umum, ia boleh digugurkan.

Contoh:

Huerk cheak
Tak makan


Subjek contoh macam
ku-ei (aku) digugurkan sebab diketahui orang tu merujuk siapa.

Kata sifat menurut kata nama dalam suatu ayat mudah.

Contohnya:

hoek he'nok
rumah besar

hoek hakue
rumah aku

hoek noak
rumah ini


Kata Hubung

Bahasa Mon jarang guna kata hubung ayat. Dalam kebanyakan kes ayat, kata nama dan kata kerja sahaja digunakan.

Contoh:

Hakue kak chab Bangkok rak
Aku pergi sampai Bangkok sana


Kata hubung biasa bahasa Mon

due (e sebut mcm bahasa melayu selatan) dalam, pada
nu dari
ko, koh, kok dengan, untuk, kepada, ke

Ejaan rumi bahasa Mon susah hendak ditulis sebab tidak seragam. Siapa2 orang Utara (kelantan, hulu kedah, selatan thai) mungkin boleh menyebut bunyi dengan betul.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2011 12:19 AM | Show all posts
Kata Ganti Diri bahasa Mon

Hakue aku
Poi kami
Peh engkau
Peh toh engkau orang
Nyeah dia
Nyeah toh mereka
Deh dia (kasar)
Deh toh mereka (kasar)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2011 12:09 PM | Show all posts
sedikit perkataan bahasa Mon. tanda e' sebutan macam sebutan orang selatan pada e'.

phoa penoh
plae pemuda
thawt kuat
khah bagus
klon buat
loaih/loah (sebut macam kelantan) luas
neang  bulu pelepah
khra ruang
preang  kerbau
pya  biru
cheyh kuda
krip lari
kwan kampung
khlang sedih
chu tulis
prea wanita
klang banyak
mahn tanya
phya/he'ya pasar
he'nam kulit
phle'ng api
kraoh lelaki
khok cawan
kya angin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 05:47 PM GMT+8 , Processed in 0.524783 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list