CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: genot

Bahasa dan Etnik Mon di Thailand

[Copy link]
 Author| Post time 24-12-2011 12:19 PM | Show all posts
perkataan sama bunyi berlainan makna

cih teliti           cih racun
tu tukul           tu lutut
sae lebah         sae ramping
klok babi         klok kain sarung
he'nok gatal    he'nok besar

sebenarnya setengah perbendaharaan kata Mon Purba terselamat diserap dalam bahasa Siam. orang Khemir dari Kemboja yang selalu membuat dakwaan bahasa Siam menyerap bahasa mereka sahaja sebenarnya hanya bermimpi. bahasa Siam mempunyai perbendaharaan kata dari bahasa Tai-Lao, bahasa Mon, bahasa Khemir, bahasa Melayu, dan bahasa2 lain dalam empayar Siam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-12-2011 03:21 PM | Show all posts
Taburan Pengaruh Orang Mon

Orang Mon dikenali oleh orang Burma dan orang Eropah sebagai orang Talaing. Mungkin berdasarkan kepada nenek moyang orang Mon yang membangunkan penempatan di Myanmar dan Suvarnabhumi (dataran Siam) pada zaman purba sebelum kedatangan orang Burma dan orang Tai.

Pengaruh bahasa Mon melebar juga dari Tengah sampai ke Selatan Siam dan Utara Siam menunjukkan bahawa orang Mon telah melebar ke seluruh arah di Tanah Besar Asia Tenggara. Bahasa Mon menembusi kawasan sejauh negeri Prome (sekutu negeri Tai) di Utara. Di Prome pun sebenarnya tidak ada orang Mon yang memerintah di situ tetapi bahasa mereka sampai juga ke situ.

Dipercayai juga pengaruh orang Mon merebak sampai ke selatan iaitu di Segenting Kra di negeri Ligor sehingga ke sempadan Utara negeri Johor di Malaysia. Di dalam hutan2 di Malaysia, ada kaum2 asli yang mengira dengan penggunaan nombor yang sama dengan bahasa Mon abad ke-11 M sampai nombor tujuh.

Abad2 pertengahan, orang Mon mula dihalau dan terpencar merata2 disebabkan oleh penjajahan Burma. Negeri2 orang Mon terpecah dan dirampas oleh orang Burma dari kerajaan Bagan. Orang Mon dan orang Tai di kawasan Myanmar banyak memberontak menentang orang Burma.

Contoh orang Tai berhubungan baik dengan orang Mon adalah dalam tahun 1281 apabila raja Wareru dilantik menjadi raja negeri Mon di Burma, dan raja tersebut memakai budaya serta bahasa rakyatnya. Selepas 1281, negeri orang Mon di Myanmar terbahagi tiga wilayah iaitu di Bassein, Pegu, dan Mottama. Ibu kota mereka di Pegu. Negeri orang Mon di Myanmar Selatan dipanggil sebagai Ramannadesa atau singgkatannya Reman. Penduduk negeri ini dikenali juga sebagai orang Reman atau Mon sahaja menurut kepada batu bersurat abad ke-15 M. Kerajaan Ramannadesa berakhir pada 1540 apabila orang Burma dari dinasti Toungoo menaklukinya. Utara Myanmar iaitu negeri2 orang Tai-Shan juga ditakluki. Kejadian ini melemahkan kuasa politik orang Mon. Mereka banyak memberontak sampai abad ke-18 M pun tapi tidak berjaya.

Taburan Pengaruh Bahasa Mon

Bahasa Mon tidak banyak diketahui oleh sarjana zaman moden ini sama ada yang di Barat apatah lah lagi di Timur kerana sarjana Barat selalu memulakan pengkajian dahulu bukan orang Timur. Kini ramai sarjana mula berminat untuk mengkaji penulisan2 bahasa Mon purba bagi mengkaji bahasa Mon kerana mempunyai khazanah tidak ternilai.

Bahasa Mon merupakan bahasa dalam keluarga Austroasia yang banyak terpecah2 dalam keluarga bahasa. Keluarga bahasa Austroasia ini tersebar dari paling barat iaitu dari kawasan sempadan barat wilayah India Tengah, Assam dan Indo-China lalu turun ke selatan di Semenanjung Tanah Melayu. Keluarga bahasa ini mempunyai ciri2 yang berbeza dalam struktur ayat dengan bahasa lain tetapi terputus hubungan dengan bahasa Asiatik lain seperti bahasa Melayu-Polinesia. Cabang bahasa Austroasia lain dari bahasa Mon adalah bahasa Khemir iaitu bahasa kebangsaan Kemboja yang terselamat kerana wujud negara moden yang melindungi bahasa tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2011 03:50 AM | Show all posts
etnik ni lawa2 orangnya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2011 10:37 AM | Show all posts
Gadis Keturunan Mon dalam Pesta Songkhrant Kalendar Saka









Kanak2 Mon di Kanchanaburi, Thailand



Anak2 Yatim Pelarian Keturunan Mon, Thailand




Kanak2 Suku Kaum Palaung-Wa, sub-etnik Mon-Khemir di Thailand

Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2011 12:51 PM | Show all posts
rasa nak pergi tempat ni pulak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2011 01:02 PM | Show all posts
Sayang susah nak masuk ke Myanmar. Ada orang kata nak masuk ke Myanmar boleh masuk secara haram dari Ranong di Selatan Thailand. Visa boleh dapat agaknya tapi Myanmar memang negara yang menarik. Kawasan Utara Myanmar tu dah bersambung dengan banjaran Himalaya, maksudnya ada salji di situ

Sampai tahun 2005, Malaysia ada wakil untuk PBB di Myanmar untuk pembebasan Aung San Suu Kyi n demokrasi di sana. Wakil tu Tan Sri Razali Ismail. Ujung tahun 2005 dia lepaskan jawatan tersebut sebab susah hendak masuk ke Myanmar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-12-2011 01:17 PM | Show all posts
Gunung Khakaborazi, Negeri Kachin, Myanmar Utara





Pinggiran Gunung di Utara Myanmar





Sempadan China-Myanmar



Satu2nya kawasan yang bersalji di Asia Tenggara. Negara2 lain di Asia Tenggara tak ada salji agaknya lah. Pergerakan manusia dari kawasan daratan lebih mudah dikaji berbanding dengan unjuran ke selatan kerana kawasan ini bersambung dengan benua India dan benua China. Kawasan pergunungan ini terletak dalam kawasan Naungmung di wilayah orang Kachin. Kawasan Utara Malaysia (negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang) dan Myanmar sebenarnya pernah dimasukkan sekali oleh British dalam kewilayahan empayar Maharaja British-India (Wizurai India). Orang Utara Asia Tenggara sampai ke Utara Semenanjung Malaysia serumpun dengan orang2 Mongol dari India Purba kalau tak sepenuhnya pun.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2011 02:21 PM | Show all posts
Ringkasan Kerajaan2 orang Mon di Tanah Besar Asia Tenggara

1. Phra Nakorn Dvaravati-Suvarnabhumi di Siam Tengah abad kesatu masehi
- serangan Khemir menyebabkan kerajaan terpecah dua menjadi Lopburi sebelah timur dan dinasti Suvarnabhumi sebelah barat.
- raja Siam yang hantar ekspedisi kempen perang ke pelabuhan Melaka dalam kurun ke-14 M tu adalah maharaja Rameswara Brahma Trailoganath Bopitar dari dinasti Suvarnabhumi. Bondanya dari dinasti Sukhothai. Dinasti Sukhothai masuk ke pemerintahan Ayutthaya selepas sepupu Trailoganath mangkat. Sebelum itu ia sebuah negara sniri.

2. Thathon abad ke-9 M di Myanmar Selatan
3. Hamsavati abad ke-12 sampai ke-15, pembentukan kesatuan negara Ramannadesa dengan gabungan 3 kawasan dengan rakyat berbahasa Mon:
    a. Pegu (Bago)
    b. Mottama (Martaban)
    c. Lembangan Irrawaddy  
4. Hamsavati Baru tahun 1740-1757
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2011 04:30 PM | Show all posts
Ringkasan Kerajaan2 orang Mon di Tanah Besar Asia Tenggara

1. Phra Nakorn Dvaravati-Suvarnabhumi  ...

genot Post at 26-12-2011 14:21


Jangan lupa Langkasuka ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2011 04:37 PM | Show all posts
Post Last Edit by genot at 26-12-2011 16:48

Langkasuka dari segi etnik adalah Austronesia bukan Austroasia sebab duduk di pantai. Zaman dulu hang ingat ada kah sistem PBB mengelaskan kebangsaan orang ikut sistem Westphalian. Orang sebelah kawasan Utara bukan kaki klaim macam hangpa. Maaf lah jawatotok, hang nak klaim Kejawen hang klaim lah. Takdak sapa hendak pun, low caste

http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa-bahasa_Austronesia
http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Austro-Asia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2011 04:50 PM | Show all posts
Orang Acheh katanya masuk ke Sumatera Utara dalam abad2 awal Masehi dari Tanah Besar. Bahasa Acheh keluarga bahasa apa? Austroasia kah bahasa Austronesia jawatotok? Bahasa Acheh serumpun dengan bahasa Cheam di Vietnam. Bahasa Cheam kira bahasa Austroasia macam bahasa Mon... bahasa Khemir?

Kenal tak kelas bahasa?
1. Austroasia
2. Austronesia
3. Tai-Kradai
4. Hmong-Mienh

Tak kenal kot... patut dok klaim sana sini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2011 06:42 PM | Show all posts
Post Last Edit by genot at 26-12-2011 18:43

Keluar tajuk sebentar....

Didapati bahawa apabila disebut Indo-China sahaja orang2 semua ingat tidak ada etnik berbahasa Austronesia di situ. Ingat manusia zaman purba berfahaman politik Partai Sosialis atau Parti Kebangsaan Bersatu seperti zaman moden kah?

Antara etnik berbahasa Austronesia di Indochina adalah seperti:
1. Etnik Jarai di Vietnam
2. Etnik Rhade
3. Etnik Cheam

Etnik Jarai dan Rhade di Vietnam mempunyai tradisi rumah panjang. Mereka ada tajau (pasu) menyimpan arak, mereka ada sompoton (ding nam) lebih kurang macam orang Borneo.

Etnik yang berbahasa serumpun bahasa Mon dan Khemir dikelaskan dalam etnik berbahasa Austroasia (Orang Tanah Besar).
1. Etnik Kachok
2. Etnik Mon
3. Etnik Khemir
4. Etnik Khrung
5. Etnik Kraol
6. Etnik Kuy
7. Etnik Phnong
8. Etnik Thamphuan
9. Etnik Stieng
10. Etnik Samre

Orang Khemir pun terbahagi banyak jenis....
1. Khemir Kandal (Kemboja Tengah)
2. Khemir Khrom (Selatan Vietnam)
3. Khemir Surin (Utara, dalam Thailand)

Bahasa Melayu hanya merupakan salah satu bahasa dalam kategori Austronesia.
Di kawasan Segenting Kra, bahasa Khemir Purba (empayar Funan-Chenla), bahasa Melayu Purba (empayar Sriwijai), bahasa Bali-Sanskirit (keagamaan dan budaya), dan bahasa Tai loghat Melayu (empayar Sukhothai dan Siam) digunakan mengikut zaman.
Melayu merupakan salah satu kerajaan/negeri di Selatan Sumatera yang ditakluki oleh Sriwijai.
Orang yang berbahasa hampir2 nak sama dengan bahasa Melayu tak semestinya adalah orang Melayu
Kawasan Tanah Besar Kebenuaan bukan seperti Kepulauan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2011 09:14 PM | Show all posts
Cantik juga diaorang ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2011 09:49 PM | Show all posts
Bahasa Melayu hanya merupakan salah satu bahasa dalam kategori Austronesia.
Di kawasan Segenting Kra, bahasa Khemir Purba (empayar Funan-Chenla), bahasa Melayu Purba (empayar Sriwijai), bahasa Bali-Sanskirit (keagamaan dan budaya), dan bahasa Tai loghat Melayu (empayar Sukhothai dan Siam) digunakan mengikut zaman.
Melayu merupakan salah satu kerajaan/negeri di Selatan Sumatera yang ditakluki oleh Sriwijai.
Orang yang berbahasa hampir2 nak sama dengan bahasa Melayu tak semestinya adalah orang Melayu

Kawasan Tanah Besar Kebenuaan bukan seperti Kepulauan.genot Post at 26-12-2011 18:42


Banyak pakar sejarah asia tenggara yang menyatakan bahwa penduduk awal semenanjung sebenarnya adalah bangsa Mon-Khmer yang kemudian dimelayukan oleh Sriwijaya sewaktu Sriwijaya menguasai semenanjung ...tapi sayangnya teori ini tak dapat diterima oleh banyak orang, terutama orang melayu di Malaysia ... mengapa ?
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2011 10:57 PM | Show all posts
very interesting pieces of info...
thanks for sharing tok genot...

myanmar... negara yang penuh ngan resia... full of mysteries
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2011 12:26 AM | Show all posts
Di Malaysia, etnik Melayu telah dijadikan satu kebangsaan berdasarkan konsep negara-bangsa British bagi negara Malaysia dengan berdasarkan kepada bahasa dan juga etnik keturunan Austronesia yang mendiami kawasan selatan dan jugak bertaburan di negeri2 dalam Persekutuan Malaysia.

Sebagai rakyat Malaysia, kami sedia maklum akan hal ini. Tak perlu jawatotok mengajarkannya kepada kami kerana di bahagian Utara kami mengetahuinya dengan jelas dibandingkan dengan keturunan jawatongkang selatan yang dineutralizekan dalam dasar asimilasi negara atau diingatkan oleh jawatotok di Pulau Jawa sekangkang kera itu.  

Ada berjenis2 etnik Austronesia yang bukan berbahasa Melayu di Utara Semenanjung Malaysia begitu juga di Borneo seperti etnik Iban, etnik2 Borneo yang sejenis dengan etnik Melayu. Kependudukan bukan berdasarkan kepada nama negara tapi berdasarkan kepada taburan manusia yang berumpun. Kalau negara tersebut dominan dengan sesuatu bangsa pun tak semestinya bangsa2 lain tak wujud dari zaman purba. Ingat negara China dan India tu pun ada sejenis bangsa sahaja? Penggunaan bahasa juga boleh dipengaruhi walaupun etnik yang bertutur tu tak semestinya dari etnik bukan penutur bahasa tersebut misalnya beberapa puak orang asli di Malaysia yang berbahasa rumpun Mon-Khmer tapi bukan etnik dari rumpun Mon-Khmer kerana dari segi genetik mereka dari rumpun Negrito (Semang)   

Di Myanmar Selatan dan juga Selatan Thai ada etnik orang Laut berbahasa rumpun Austronesia dikenali sebagai etnik Moken, Urok Lawoi yang tinggal di sekitar pantai menghadap Laut Andaman seperti di Phuket, Koh Phi Phi, Lanta, Bulon, Lipeh, kawasan dalam wilayah Phang Nga seperti di Thap Tavant. Bahasa mereka dalam rumpun keluarga bahasa Melayu tapi tak semstinya mereka beragama Islam atau dikenali sebagai orang Melayu sudah negara mereka dikenali sebagai negara Thailand. Dalam bahasa Thai, orang2 ni dikenali sebagai Chao Nam (Orang Air) atau Chao Thale (Orang Laut). Orang Mon dikenali sebagai Chao Bon (Orang Gunung).

Sebelum kemasukan orang empayar Funan yang lebih awal daripada negara2 kota Sumatera sana ke kawasan timur semenanjung pun sudah ada penduduk tempatan. Teori orang Mon-Khemir di Sumatera pun ada berdasarkan pengaruh bahasa Mon-Khmer dalam bahasa2 etnik di Sumatera
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-12-2011 12:55 AM | Show all posts
Contoh teori Mon-Khmer di Sumatera Utara

Paul Sidwell dari Universiti Kebangsaan Australia Jabatan Bahasa Pasifik dalam kajian bahasa Cheam dan bahasa2 Austronesia di Kebenuaan (2005) ada menyebut dalam penelitiannya yang kata2 dalam bahasa Aceh ada berakar dari perkataan2 dalam rumpun bahasa Mon-Khemir walaupun bahasa Aceh bukan bahasa rumpun Mon-Khemir sebaliknya rumpun bahasa Cheam-Aceh. Di wilayah Aceh ada juga orang asli dikenali sebagai suku kaum Bante. Bahasa mereka dalam rumpun Austroasia (Mon-Khmer). Utara lagi di Laut Andaman ada suku kaum Mon-Khmer di Pulau Weh di kepulauan Nicobar dalam wilayah India. Ada teori menyatakan hal ini memberikan pengaruh di Sumatera Utara

Ada juga orang2 tua di Aceh seperti di Selimuem yang menyebut mengenai perkataan2 dari bahasa orang asli suku kaum Bante di Sumatera Utara contoh seperti:

1. rhak = naik
2. lok-lok = tembus
3. khop-khop = makan (bg haiwan seperti anjing)

Suku kaum berbahasa Mon-Khemir di Sumatera ini disebut dalam Majalah Aceh Point edisi perdana bulan kedua tahun 2008. Punca rencana dikenali sebagai En. Abdul Shafi'ie dari Kampung Jalin berusia sekitar 100 tahun pada ketika ditemuramah. Beliau tinggal di pernah tinggal di wilayah Seumileuek pedalaman Jantho menyatakan tempat itu adalah kampung terakhir suku kaum Bante sebelum penduduk2 dipindahkan ke Jalin oleh Belanda sekitar tahun 1942. Jadi waktu itu sebenarnya ada lagi penduduk berbahasa (etnik?) Mon-Khemir di situ tetapi tidak disedari orang ramai. Cuma majalah tersebut tidak membuat penelitian bahasa suku kaum ini sahaja. Maklumat yang diperolehi adalah dari tahun 1940-an. Ketika itu suku kaum Bante sudah menjadi warga kota berdasarkan kepada tindakan Belanda memindahkan penduduk. - sumber dari penelitian dalam blog belajar bahasa Aceh.

Contoh kognitif perkataan bahasa Aceh dengan bahasa Melayu negeri Kedah atau disebut bahasa Kedah sahaja:

pak/pok - bapa
ku - panggilan orang2 besar dan orang tua
chom - cium
cuco' - maksudnya membilas, bahasa Kedah sebut cucoq ayarq dengan maksud yang sama
senanyan - isnin, ni perkataan pinjaman bahasa Arab tapi di Kedah pun ada sebutan begini

Konsonan pengakhir perkataan seperti konsonan "l" disebut jadi diftong "ai". Gejala ni ada di Aceh dan di Kedah. Penutur bahasa Melayu dari etnik Jawatotok akan menyebutnya berbunyi seperti tingga"L" bunyi "L" tu tebe"LLL" sampai nak tercabut gigi2.

tinggal - tinggai/tinggay
tebal - tebai/tebay

Kanak2 yang bertutur bahasa Melayu negeri Kedah atau negeri Kelantan menurut kawasan2 dari pedalaman tak pandai bercakap dan tak faham bahasa Melayu loghat Riau macam di Selatan kecuali jika didedahkan sahaja sebab bahasa Melayu mereka pakai ada tatabahasa dan kepenggunaan sendiri. Sekarang ni dah berbeza dengan 15-20 tahun dahulu sebab pengaruh media-massa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2011 01:09 AM | Show all posts
Etnik Moken, Thailand

Ni serumpun dengan Melayu tapi bukan Melayu. Ada di Thailand Selatan dan Myanmar Selatan juga.





Etnik Urok Lawoi, Selatan Thailand

Upacara hantar ancak bagi kat penunggu laut...





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2011 01:17 AM | Show all posts
Orang Jakun

Ni orang Asli pedalaman di Pahang, Perak, sampai ke sempadan utara Johor. Rumpun Austronesia bukan Mon-Khemir, tapi bukan Melayu. Bahasa mereka pakai ni dikelaskan dalam bahasa Proto-Melayu.



Bahasa etnik Jakun bukan bahasa Melayu tapi ada yang bunyi nak sama mcm bahasa Melayu. Dekat Johor dipanggil sebagai orang Laut atau orang Kuala kalau tidak silapnya.

Bahasa Melayu = Bahasa Jakun

Saya = Hema, kema, kami, kok
kamu = ajih
orang = urang
orang dewasa = urang tuha
bapa = bapak
emak = emok
isteri = bini
suami = laki
lelaki = jantan
perempuan = betinok
kanak-kanak = anok-anok
mereka = dia semo
kawan = saing/rodong
begini = begika/macam ika
tolong = tulung
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2011 06:20 AM | Show all posts
Post Last Edit by gustijuragan at 27-12-2011 06:28

Reply 36# genot
Ada sesuatu yang hingga saat ini menggangu akal sehat saya ---> mengapa definisi suatu bangsa di malaysia harus dikaitkan dengan agamanya, bangsa melayu haruslah beragama islam?  mengapa hal paling aneh ini boleh terjadi di negara anda?
Satu lagi .... mengapa anda kelihatan benci dan tidak suka dengan orang-orang semenanjung di selatan yang majority adalah pendatang dan masih berkerabat dengan orang-orang di Indonesia, padahal merekalah yang saat ini majority di semenanjung?

Khas untuk daerah-daerah di utara semenanjung, bukankah lebih baik mereka bergabung dengan Thailand karena memang daerah-daerah ini dahulunya dikuasai dan diperintah oleh mereka atau merdeka menjadi negara sendiri terpidah dari malaysia  -- misalkan Republik Langkasuka atau Patani ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 11:22 PM GMT+8 , Processed in 0.132598 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list