CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 167|Reply: 0

Perkukuh hubungan serantau

[Copy link]
Post time 22-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Perkembangan ke peringkat serantau tingkat perdagangan\rSEKTOR kewangan Malaysia akan dikembangkan ke peringkat serantau dan dihubungkan ke peringkat antarabangsa di bawah Pelan Sektor Kewangan 2011-2020.\r\n\n\n\n\r  Bank Negara Malaysia dalam laporan pelan bagi tempoh 10 tahun itu berkata, hubungan rentas sempadan lebih kukuh akan meningkatkan peluang perdagangan dan pelaburan dengan mengembangkan pasaran bagi memenuhi permintaan yang muktamad, dengan meningkatkan pengumpulan modal dan menambah baik faktor produktiviti.\r\r\n\n\n\n\n  “Hubungan rentas sempadan sedemikian akan turut meningkatkan peluang Malaysia dan rantau ini untuk mengambil kesempatan daripada kelebihan perbandingan yang pelbagai di rantau ini,” kata bank pusat itu.\rBank Negara berkata, Malaysia akan melaksanakan inisiatif bagi meningkatkan hubungan sektor kewangan dengan ekonomi baru muncul yang lain bagi menyokong saling pengukuhan pertumbuhan.\rHubungan lebih kukuh dengan ekonomi serantau dan antarabangsa adalah asas utama dalam peralihan Malaysia ke arah ekonomi bernilai tambah dan  berpendapatan tinggi, katanya.\rSementara itu, hubungan antarabangsa akan turut diperkukuhkan melalui pertumbuhan berterusan Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia dan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa (IBFC) Labuan.\r\n\n\n\rSehingga akhir 2010, aset seberang laut keseluruhan dan sumbangan keuntungan sebelum cukai seberang laut kumpulan perbankan Malaysia  masing-masing ialah RM240.2 bilion dan 13.6 peratus berbanding RM3.3 bilion dan -4.3 peratus pada 2002.\rDi bawah pelan itu, Malaysia akan menggalakkan penyertaan asing yang lebih meluas dalam sektor kewangan mengikut pendekatan strategik dan terurus bagi menjadikan sektor kewangan dipelbagaikan dan bersepadu.\rAntara inisiatif utama di bawah strategi itu termasuk menerbitkan lesen baru kepada institusi kewangan yang mempunyai kepakaran khusus bagi menyokong aktiviti ekonomi bernilai tambah Malaysia yang tinggi, memberi perkhidmatan kepada kawasan pertumbuhan baharu, menggalakkan pembangunan pasaran kewangan dan menyumbang ke arah peningkatan pembangunan bakat mahir di Malaysia.\rStrategi lain termasuk inisiatif kolektif lebih maju yang menyokong integrasi ekonomi serantau di bawah Komuniti Ekonomi ASEAN dan pewujudan wadah hubungan pelabur sektor kewangan yang akan menjadi satu titik tunggal antara muka yang komprehensif dan cekap.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:32 PM GMT+8 , Processed in 0.053186 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list