CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 179|Reply: 0

Jutawan muda

[Copy link]
Post time 24-12-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
Pendapatan Park Yoochun RM31 juta\rUSIANYA baru menjangkau 25 tahun, namun pencapaian yang dicipta Park Yoochun barangkali mengundang cemburu mereka yang turut memburu cita-cita sebagai anak seni.\r\n\n\n\n\rPark Yoochun berada dalam senarai lima selebriti muda yang meraih pendapatan lumayan mencecah RM31 juta (AS$10 juta) setahun, sekali gus menjadi inspirasi kepada ramai anak muda lain untuk mencipta kegemilangan sepertinya.\r\r\n\n\n\n\nTidak hanya meraih populariti di negara sendiri, Yoochun menjadi kegilaan peminat di Jepun. Ledakan populariti yang diraihnya membolehkan Yoochun menerima antara RM90,000 hingga RM100,000 untuk setiap kemunculan.\rKeselesaan itu tidak diperoleh Yoochun sekelip mata. Permulaan hidupnya juga berdepan kesukaran, namun dia tidak mengalah serta berserah nasib kepada takdir.\rDilahirkan dan dibesarkan di Seoul, Korea pada 4 Jun 1985, keluarganya berhijrah ke Virginia, Amerika Syarikat (AS) pada usianya 13 tahun. \r“Mereka yang berada di keliling mengandaikan penghijrahan ke AS itu akan merubah hidup saya. Mereka menyifatkan saya sebagai seorang yang bertuah.\r\n\n\n\r“Mengimbas detik itu membuatkan saya tidak ingin mengulanginya lagi. Kedudukan kewangan keluarga saya parah, mendorong saya untuk bekerja keras,” katanya.\rPermulaan hidup mereka yang merentasi pelbagai kesulitan memberi impak yang besar kepada jejaka yang akrab disapa Micky dan Yuchun oleh peminatnya.\rBagaimanapun, segala-galanya berubah pada 2003 apabila SM Entertainment menganjurkan satu uji bakat di AS dan Yoochun terpilih dalam sesi itu. Bersama empat ahli lain, dia menyertai TVXQ dan meraih populariti pantas hingga dilabel sebagai bintang Asia, selain raja kepada gelombang Korea.\rTVXQ meraih pelbagai pengiktirafan di negara sendiri, malah Yoochun menjadi antara tulang belakang yang mengukuhkan perjalanan kumpulan itu.\rPencapaian mereka tidak hanya di Korea. Populariti pantas TVXQ menjalar di Jepun dan seminggu selepas kemunculan pertama, mereka mula menyusun pelbagai aktiviti di Negara Matahari Terbit itu.\rBakat penulisan yang dianugerahkan Tuhan mendorong Park Yoochun untuk menulis lagu, Kiss The Baby Sky yang menjadi lagu tema sebuah program berita pagi di Jepun membolehkannya menerima pendapatan lumayan.\rBagaimanapun, langit tidak selalu cerah. Pada 2009, Yoochun berdepan krisis terbesar yang mengundang pelbagai kemungkinan ketika karier seninya sedang memuncak.\rNamun, kebimbangan itu beransur pergi apabila dia diberi peluang untuk memulakan sesuatu yang baru dalam karier seninya.\rDia memilih untuk bergelar pelakon dan menerusi Sung Kyun Kwan Scandal yang dijual ke beberapa negara, royalti diterimanya mencecah RM20 juta. Ia juga diangkat sebagai drama televisyen paling digemari.\rPeminatnya di Jepun memberikan respons positif terhadap drama itu, sekali gus membolehkan Yoochun menerima sejumlah bayaran menerusi penjualan DVD.\rDia menerima RM951,000 untuk setiap episod drama, manakala RM380,000 lagi diterima daripada penjualan di negara luar sekali gus meletakkan Yoochun sebagai selebriti dengan pendapatan mencecah RM63 juta.\rTidak sekadar berlakon, Yoochun yang dinobat sebagai Artis Paling Popular Asia itu juga menyanyikan lagu tema untuk drama itu yang meraih pelbagai pengiktirafan dalam carta online.\rMereka juga menerbitkan album yang dijual melebihi 410,000 salinan, selain mengumpul jumlah jualan keseluruhan 780,000 salinan untuk beberapa single popular di Jepun.\rPada 2010, lebih 1.2 juta salinan album dijual yang secara tidak langsung menyumbang pendapatan lumayan kepada jejaka itu.\rPada pertengahan 2009, Yoochun bersama dua lagi anggota TVXQ, Kim Jaejoong dan Kim Junsu memfailkan saman terhadap SM Entertainment disebabkan kontrak berat sebelah.\rPerbicaraan kes itu masih berjalan tetapi mahkamah membenarkan mereka untuk bergerak aktif dalam industri hiburan. Pada Oktober 2010, mereka bergabung membentuk JYJ.\rPopulariti yang sedia mekar itu menjadikan trio itu, terutama Yoochun sebagai rebutan pengiklan di Korea Selatan. \rSepanjang 2011, Yoochun secara individu memperoleh kontrak lumayan sebagai duta produk minuman teh jenama Tio, Nintendo Wii sempena pelancaran permainan video edisi terbaru Zelda, rangkaian pizza Black Smith dan terbaru ramen jenama Ottogi. \rBersama JYJ, Yoochun muncul dalam iklan LG Optimus Q2 dan menjadi jurucakap jenama pakaian NII, Penzal Q, rangkaian membeli belah, Lotte Duty Free dan syarikat kosmetik, Nature Republic. \rPROFIL:\rNama penuh : Park Yoochun\rNama pentas : Yuchun atau Micky Yoochun\rTarikh Lahir : 4 Jun 1984\rAdik Beradik : Sulung, adik lelaki bernama Park Yoohwan\rDrama TV bersiri : Sungkyunkwan Scandal dan Miss Ripley\rIklan komersial: Minuman teh Tio, Black Smith Pizza, Nintendo Wii untuk edisi terbaru Zelda dan ramen Ottogi\rPencapaian Individu (Lakonan): Anugerah Pelakon Baru Lelaki Terbaik, Anugerah Artis Pilihan Internet dan Anugerah Pasangan Pilihan di KBS Drama Awards 2010,Anugerah Pelakon Lelaki Paling Popular, 47th Baeksang Arts Awards (2011), Anugerah Pelakon Popular di Asia dan Pelakon Lelaki Terbaik di Seoul International Drama Awards 2011 \rAlbum bersama JYJ: The Beginning [Oktober 2010] mendapat tempahan  500,000 unit dan In Heaven [ September 2011] mendapat tempahan 300,000 unit

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:24 PM GMT+8 , Processed in 0.067462 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list