CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 146|Reply: 0

PNB beli aset di luar negara

[Copy link]
Post time 28-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Sektor hartanah jadi bidang pelaburan teras tingkat pertumbuhan dana\rPERMODALAN Nasional Bhd (PNB) akan menjadikan sektor hartanah sebagai antara bidang pelaburan terasnya dengan meninjau pembelian aset berpotensi secara lebih agresif di luar negara dalam usaha mengembangkan lagi portfolio pelaburannya.\r\n\n\n\n\r  Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berkata PNB perlu mempelbagaikan bidang pelaburannya selain tumpuan kepada ekuiti, supaya dana berjumlah lebih RM190 bilion yang diuruskannya dapat diperluaskan.\r\r\n\n\n\n\n  Langkah itu, katanya, juga bertujuan memastikan PNB mampu mengagihkan pendapatan kira-kira RM9 bilion kepada semua pemegang sembilan tabung unit amanah di bawah tanggungjawabnya setiap tahun.\r“Memang pelaburan hartanah akan menjadi antara teras pelaburan PNB, tetapi kita perlu menentukan setiap pelaburan yang akan dibuat mendapat pulangan seperti yang diharapkan dan kurang risiko.   \r“Kalau hendak dibandingkan dengan ekuiti, pelaburan dalam sektor itu adalah lebih besar. Bagaimanapun, PNB juga akan terus meninjau peluang pelaburan hartanah yang baik di luar dan dalam negara,” katanya pada sidang media selepas pengumuman pengagihan pendapatan Skim Amanah Saham Nasional (ASN) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011 di Kuala Lumpur, semalam.  \rSebelum ini, PNB dilaporkan telah membeli bangunan pejabat, Milton and Shire House di Silk Street, Central London pada harga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:41 PM GMT+8 , Processed in 0.361567 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list