CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14124|Reply: 82

ke mana arah tuju selepas diceraikan.

[Copy link]
Post time 29-12-2011 04:40 PM | Show all posts |Read mode
salam semua..
        sebenarnya, ni bukan masalah aku, tapi akak tersayang aku yang berproblem. citer dia macam ni, kakak aku ni dah masuk 9 tahun kahwin, anak dah empat. yang sulung 7 tahun, dan yang bongsu setahun lebih. dipendekkan cerita akak aku ni second wife. cintan tahap gaban punya pasal, dia kahwin ngn abang ipar aku 9 tahun yang lalu dengan restu si isteri pertama.. masa kawen tu dia dah agak berumur la, umur 29 tahun. madu dia is a nice person. mereka berbaik-baik sebagai madu dan pernah naik kereta sekali time balik kampung, makan tengahari sekali, dan saling melawat-melawati.

        kakak aku ni lepasan ijazah. lepas kahwen ngn jejaka idaman dia tu, dia decide berenti kerja sebab tempat kerja dia jauh ngn umah sewa diorang. jadi dia pun pindahlah ke bandar X. rumah madu dia pun dekat-dekat situ jugak. senang nakk berulang-alik bagi pihak suaminya. lepas berenti kerja, tak sangka pulak susah nak dapat kerja, kakak aku cuma jadi kerani kontrak je lepas dia berenti kerja.madu dia kakitangan kerajaan. manakala suami tersayang dia tu kerja syarikat besar.

        dipendekkan citer lagi ( sebab ni 9 tahun punya citer, byk aku kena skip) suami dia ni nak balik kerja kat negeri asal, sebab dah boring kerja kat bandar. mereka bertiga adalah dari daerah yang sama. selepas pohon, dapatla suami tu pindah ke pekan Z. akak aku ni ikutlah jugak sebab kontrak kerja dah habis. pekan Z tu lebih kurang 4-5 jam dari kampung mereka bertiga. selepas tidak beberapa lama, si isteri pertama pun menyusul berpindah jugak. rukunlah mereka di satu tempat tanpa perkelahian.

        masalah bermula apabila, di pekan Z itu peluang kerja sangat terbatas lagipun . ditambah dengan kakak aku yang semakin aktif beranak ( haruslah beranak cepat sebab dia dah tua) jadi peluang pekerjaan semakin tertutup. maka tinggallah kakak aku di rumah menjadi surirumah sepenuh masa.

       rupanya hal ini tidak begitu disenangi oleh si suami. abang ipar aku mengharapkan isterinya berkerja untuk membantu sedikit sebanyak perbelanjaan rumah. suaminya itu anggap kakak aku sebagai beban saje. ( dia tak nyatakan secara direct, tapi kakak aku tahulah melalui percakapan dan perbuatannya itu)

      abang ipar aku ni kalo tgk mata kasar, seorang yang sangat mewah, selalu tukar kereta, pakai baju ratus2 harga tapi kat rumah kakak aku, satu perabot pun takde, tv pulak tak dapat siaran sebab dia tak ejas ariel. berbeza dengan rumah bini pertama dia, astro, perabot, semua lengkap. kakak aku tak jeles sebab bini belah sana bekerja, tapi apa2 yang abang ipar aku beli, mesti diletakkan kat rumah bini pertama. ( seolah-olah rumah bini kedua sebagai rumah tumpangan sajork)

      layanan kepada anak-anak juga berbeza. anak belah sana dia layan seperti anak kesayangan. tapi anak belah sini layan macam anak tiri. kalo tengok fb dia, banyak gambar dengan anak-anak belah sana, buat cake bersama, pegi bercuti.. tapi anak-anak dengan kakak aku langsung takde.. kesian.

      sekarang masalah semakin meruncing. antara mereka dah hilang komunikasi. abang ipar aku balik rumah kakak aku hanya untk tanggungjawab. balik lewat malam time anak dah tidur. pagi-pagi keluar bekerja. time giliran belah sana pukul 8 malam dah keluar pergi sana. alasan nak tgk berita ( sbb rumah kakak aku tv tak boleh tengok). bercakap time perlu sahaja. ngan anak-anak langsung takde gurau senda.

       kakak aku skang terpikir nak cerai. dia rasa dia terlalu membebankan suami dia skang. tanpa pekerjaan untuk membantu si suami, dia rasa dia takde sumbangan langsung dalam rumah tangga. ditambah dengan sikap dingin suami dia skang. bayangkan, kakak aku nk kirim beli gula pun takut. lagipun, daripada hint2 yang diberikan, suami dia rela melepaskan dia pergi. mungkin sudah tiada cinta barangkali.

      masalah kakak aku sekarang adalah, bolehkah dia survive lepas dia bercerai??. kakak aku tak sanggup nak balik kampung sambil heret 4 orang hero dia yang masih kecil sekaligus menambahkan beban mak pak aku yang sudah tua di kampung. kakak aku sudah berumur early 40 skang, takkan ada orang nak bagi dia kerja lagi. dia nk bercerai, sebab dia rasa nilah jalan yang terbaik, tapi dia tidak tahu mana arah tuju dia jika diceraikan kelak.. tolonglah kakak ku ini..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2011 02:05 AM | Show all posts
la..takde makcik2 yg nak reply ke?

mungkin dorang marah sebab akak kau rampas laki org kut...

kat sini semua anti poligami..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 08:26 AM | Show all posts
Reply 2# lavapanas


    bro .. u terlalu terus terang la..

bukan x baik terus terang .. depend on situation juga .. ada sesetengah waktu kena kerus terang .. ada ada waktunya tidak ..

but i like u style ..  patut la u ada ramai bini ...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 08:39 AM | Show all posts
la..takde makcik2 yg nak reply ke?

mungkin dorang marah sebab akak kau rampas laki org kut...

...
lavapanas Post at 30-12-2011 02:05



   meh aku tlg reply...

to TT,

kalo lah penceraian tu adalah langkah yang terbaik utk akak ko, dan dia balik kampung...maka wajiblah akak ko pulak yg carik jalan mcm mana nak besarkan anak2 dia tu dengan kudrat sendiri...lagipun akak ko ada ijazh kan?gunalah ilmu tu utk berbisnes waima ala2 kampung sekalipun....sedangkan yg takda ijazah pun blh berjaya, masakan yg ada ijazah nak tunggu duit jatuh ke riba?no way beb..kene usaha~

lagi satu, kene uruskan betul2 tuntutan nafkah dari ex hubby...hak penjagaan anak2 pulak mcm mana..sebab hasben pun ada hak ke atas anak2 akak ko...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 11:41 AM | Show all posts
Reply  lavapanas


    bro .. u terlalu terus terang la..   

bukan x baik terus terang .. ...
tuakang Post at 30-12-2011 08:26



oiiiii.... leng chai, ko hidup lagi ek...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 11:56 AM | Show all posts
Reply 5# lavapanas


    ya lor.. umo i x sempat i nak mati lagi la bro ..

u pun nampak gembira saja ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2011 02:38 PM | Show all posts
TT, seeloknya jgn bercerai. Suruh kakak u upgrade diri..mulakan dari bawah..buat business kecil-kecilan. Jiran aku kat kg, lulus SPM jer tapi sekarang boleh pakai Estima dgn hanya menjual baulu pd mulanya di pasar-pasar malam dgn suaminya dan sekarang dia upgrade lagi knowledge buat kek yang canggih2 tu. Now, dah kaya raya..

My point here, nak upgrade diri dan jadi senang bukan semestinya kena kerja makan gaji..asalkan ada kesungguhan dan rajin belajar. Kakak jiran aku kat kg ni memang rajin..dulu mak mertua dia buat lebih kurang jer ngan dia tapi bila dia dah berjaya macam hari ni tak ada sapa lagi berani pijak kepala dia. Itu memang kenyataan..bila kita berpangkat besar dan berduit percayalah layanan suami dan keluarga mertua memang baik sebab mmg kenyataan hidup mcm tu..sound a bit cruel but this is reality. Kawan-kawan saya pun pernah bercerita yg sama iaitu semasa diaorg cuma surirumah atau bekerja biasa-biasa, suami dan keluarga mertua mereka jarang nak ambik kisah pendapat mereka tapi bila diaorg dah berpangkat seperti sekarang barulah terasa suami dan keluarga mertua respect setiap pandangan dan kata-kata mereka.

Jangan bercerai kerana itu bukan jalan penyelesaian yang terbaik. Bercerai pun tak akan membuatkan hidup kakak u lebih baik mungkin lebih menyusahkan diri dia dan juga org lain terutamanya ibu bapa. So, minta kakak u bangun dan berusaha ubah keadaan ini. Berbincang dengan suami baik2..minta modal sikit nak buat business..business online pun laku apa?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2011 02:39 PM | Show all posts
Reply 2# lavapanas


   itulah.. aku pun marah akak aku rampas laki orang.. tapi ape nk buat,, sudah jodoh tertulis dia kawen ngn laki orang..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-12-2011 02:43 PM | Show all posts
meh aku tlg reply...

to TT,

kalo lah penceraian tu adalah langkah yang terbaik u ...
leylapple Post at 30-12-2011 08:39



   thanks dear. aku pun rasa dia kena bisnes jgk kalo balik kg. kalau ada cadangan boleh la tolong suggestkan untukku bisnes apa yang sesuai di kampung.. kalau nk bukak kedai makan, susah sikit, modal pun xde, skill kurang. aku pun tak tau nk suggest apa untk akak aku.. hari tu dia ingat nk ambik loan tekun. tapi mcm susah pulak nk apply tekun tu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 02:51 PM | Show all posts
Reply 1# mama_jahat


    salam tuan rumah..

sptutnya takde pon 'celaan tak langsung' dari somi pada istri yg menjaga makan minumnya, melahirkan zuriatnya.. bukannya tak mampoo.. cuma takde empathy dan kesedaran utk bagi nafkah yg wajib pd istri.. bersifat pemileh plak tu.. betapa sedihnya lelaki mcm ni.. so pathetic..

aku pon tak nampak, cemana bercerai leh membuatkan akak ko lebih bahagia.. why not ko mintak akak ko daftar ngan MARA ke, hadirkan diri dlm kursus2 usahawan.. or mintak bantuan dari channel2 yg ada di Jabatan Pembangunan Wanita.. (tak tau bawah kementerian mana, dato ijat la kot).. amik upah menjahit ke, masak ke, wat bisnes kecil2an dulu..

mak mentua aku anak 8 orang, somi meninggal waktu anak paling kecik umo 2 tahun.. juga seorg surirumah.. pelan2 dia do just bout anything yg halal utk menyara anak2.. amik upah noreh, wat nasik lemak, pastu ada modal sket bukak kedai runcit.. mmg laku sgt, tapi pekerja plak curi duit kedai.. dugaan mmg sentiasa datang, amun itulah kehidupan.. ada masamnya, ada pahitnya.. Allah tu adil, Dia takkan bagi masam jahh.. insyaAllah akan datang manisnya, tpi kena ikhtiar la..

wat masa skang, akak ko takleh malu2 arnab.. MINTAK NAFKAH DARI SOMI.. itu kan hak dia+anak2.. nape nak kena malu/takut kena marah dek laki? org pompuan yg ada inferior dlm diri mcm ni la yg membolehkan somi2 ni pedajal dan aniaya mental istri..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2011 02:51 PM | Show all posts
Reply 7# Shamilia79


   thanks for replying. skang ni memang tak cerai lagi. tapi masa depan tak tahu macam mana lagi. sebab rumahtangga mereka sekarang mcm telur di ujung tanduk dah. kak aku bukan tak nak berniaga. tapi banyak sangat kekangan. contoh: kekangan kenderaan. kat rumah diorang  ada 2 kereta, satu husband pakai, satu first wife pakai. lagi satu kekangan anak. anak seramai 4 orang, yang bongsu setahun lebih, memang perlu extra care sebab tengah lasak. modal pun jadi masalah jugak disamping tiada support dari husband. lagippun husband dia ni jaga imej sikit. kalo akak aku nk brniaga tepi jalan or pasar malam dia takkan bagi. nanti dia cakap, kalo kawan2 dia nampak mcm mana?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2011 03:03 PM | Show all posts
Reply  mama_jahat


    salam tuan rumah..

sptutnya takde pon 'celaan tak langsung' dari somi ...
ParinAmat Post at 30-12-2011 14:51



   yes.. aku ngaku akak aku ni ada sikit rendah diri sebab dia tak kerja. langsung tak boleh menyumbang kepada ekonomi rumah tangga, dan ni faktor terbesar kenapa rumah tangga mereka dingin. abang ipar mcm anggap akak aku ni liabiliti dalam rumah tangga.. bayangkan, dia sengaja tak masukkan astro dan biarkan anak bini dia hidup tanpa tv, sebab dia rasa akak aku deserve takde semua tu sebab tak kerja. (ni anggapan aku je sebab kalau nk masukkan astro ataupun pasangkan ariel dia lebih dari mampu tapi dia tak buat pun) akak aku kirim tepung gandum pun merungut, sedangkan dia selalu pergi makan ayamas, secret recipe.. entahlah.
kakak aku memang nk berniaga,, sebab tu je cara dia nk lepaskan beban kewangan ni. tapi.. itulah banyak kekangan mcm yang aku post kat atas tu. kalau dia masih ngn suami dia, dia takkan mampu buat satu bisnes pun.. support suami tak de mcm mana bisnes mau jalan? takkan dia nk berniaga jalan kaki sambil kendong anak kecil 4 orang kesana sini?

aku sedih sangat ngn kakak aku,, tapi aku nak tolong pun tak boleh.. aku duk jauh dan sudah bersuami.. kalo aku duk dekat aku dah tolong pergi jaga anak dia masa dia pergi berniaga.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 03:03 PM | Show all posts
Kalau tak nak berniaga kat pasar malam pun, ambik tempahan buat kuih or makanan dari rumah..sambil-sambil tu boleh tengok2 anak..buat waktu malam lepas anak-anak dah tido. Jiran aku tu dulu ambik tempahan dari rumah jer sebelum mampu beli van untuk berniaga kat pasar malam.

Dia mula-mula kawin cuma naik motor cabuk jer, tapi aku mmg respect kakak ni..dia memang rajin sgt upgrade diri..dan utk pengetahuan u dia tak ambik mana2 pinjaman pun..bermula dgn modal yg sgt kecil. Sampai MARA, TEKUN dan byk lagi agensi kerajaan dtg rumah dia nak tawar pinjaman kerana kagum dgn kejayaan dia tapi dia tak nak segala pinjaman..dia beli segala peralatan sikit2..anak2 dia pun ramai dan dia tak de maid juga time tu..mak mertua dia benci kat dia time tu langsung tak nak jaga anak dia.

Dia usaha sendiri sampai pernah jatuh sakit kerana kuat sgt bekerja. Now, dia dah senang dah tubuhkan syarikat sendiri dan mampu menggajikan ramai ibu2 tunggal dan org2 kg yang susah.

TT, kalau kita suka bagi alasan kat diri sendiri sampai bila pun kita tak akan bangkit..Apa kata korang adik beradik bagi dia suntikan modal sorang sikit..tak perlu byk..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 03:26 PM | Show all posts
thanks dear. aku pun rasa dia kena bisnes jgk kalo balik kg. kalau ada cadangan boleh la to ...
mama_jahat Post at 30-12-2011 14:43



   ala, jual jer nasi lemak kat tepi jalan dulu.....jual kuih2 dulu ker....sebab akak ko ada berpelajaran sikit, dia leh monitor perbelanjaan (cashflow) bisnes dia nanti....then leh guna ijazah tu utk mohon TEKUN tu...kalo tak cuba, tak tau kan?
tapi skrg lom cerai kan?

so apa kata ko suggest dgn akak ko, dari dia rasa diri dia jadi beban dan kurang kasih sayang hubby (KKS), baik dia tunjukkan kat hubby yang dia pun mampu nak generate income walaupun duk kat rumah...dari makan gaji pun berapa jer leh dapat...

sekarang banyak bisnes kain or beg online....or kakak ko leh buat consultancy based apa yg dia tau (kalau kakak ko seorang engineer, arkitek or peguam la)
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 03:37 PM | Show all posts
Reply 12# mama_jahat


    buat online pon takpe.. tpi kena ada product dan tahu mana nak dpt/buat product yg nak dijual tu.. kena buat field study lah sket..betulkan niat akak ko tu.. kerja bukan nak SUPPORT somi, tapi utk SAVING anak2 dia.. jgn lupa terus mintak somi kasi nafkah.. astro/tv takde takpe, leh dimaafkan lagi.. tapi kalo somi buat donno jah hatta nak beli tepung gandum sekalipon mmg rasa nak makan pelempang ParinAmat jah..

kalo mintak TEKUN jgn lupa kena amik tahu ketua umno bahagian (atau AJK2 UMNO) area tmpt akak ko bermastautin.. dah cuba rikki2 Jabatan Kebajikan Masyarakat or Jabatan Pembangunan Wanita?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2011 03:59 PM | Show all posts
Kalau tak nak berniaga kat pasar malam pun, ambik tempahan buat kuih or makanan dari rumah..sambil-s ...
Shamilia79 Post at 30-12-2011 15:03


aku rasa, kalo nak berniaga mcm tu, kalo sebelum cerai memang susah,, memang akak aku boleh buat kuih or nasi lemak sikit2, tapi kena consider jugak mcm mana nk hantar ke kedai, barang-barang nak beli kat pasar.. itu semua kena ambik kira sedangkan kakak aku susah nak bergerak ke sana sini sebab tiada kenderaan dan anak ramai.nak harapkan laki pun laki pergi keja, balik pun dah lewat malam atau tak balik lansung..  satu je cara yang boleh dipikirkan.. bercerai dan start berniaga kat kampung.. tapi itu keputusan yang sangat besar.. ntah aku pun pening memikirkannya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-12-2011 04:04 PM | Show all posts
Reply  mama_jahat


    buat online pon takpe.. tpi kena ada product dan tahu mana nak dpt/buat  ...
ParinAmat Post at 30-12-2011 15:37



   kalau jabatan kebajikan masyarakat dan pembangunan wanita  tu kalau bukan ibu tunggal dia terima ke?? aku rasa orang yang ada suami tak boley terima kan??
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 04:13 PM | Show all posts
kalau jabatan kebajikan masyarakat dan pembangunan wanita  tu kalau bukan ibu tunggal dia t ...
mama_jahat Post at 30-12-2011 16:04



    aku rasa mesti dorang ada scheme gak utk wanita2 teraniaya (tak bercerai tapi jenis tersepit mcm akak ko)
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 04:23 PM | Show all posts
Salam, cuba suruh akak kau belajar menjahit, kos ko adik bradik tolong sapot/ cari klas yg free pun ada kot , pas tu adik-bradik  kumpul duit sorang sikit belikan mesin jahit, kl dah mahir boleh ambik upah menjahit, tak yah kuar umah tp boleh dpt duit, mula2 memang susah sikit kot tp kl ada usaha , pasti Allah mudahkan.....

Adikbradik kena main pranan bg moral support, dan kumpul duit sorang sikit utk wat modal cth kl ada 5 bradik, s0rang bg 200 dah ada 1000 boleh lepqs kos belajar tambah lg sikit boleh beli mesin jahit sekenhen .
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 04:26 PM | Show all posts
dia rasa dia takde sumbangan langsung dalam rumah tangga

TT.....anak2 la sumbangan yg x ternilai harganya dri harta2 lain

cam ni la...baik tt suh akak tt bincng gan somi dia......rasanya kurng komunikasi kot dlm hubungan dia&somi..
kalo x pn mntk akak tt mntk somi dia pnjmkn modal tuk wat bisness,kalo x boleh nak wat bsnss besar2,wat bisnes kecik2 kat depn umah dlu pn jadi la....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:44 PM GMT+8 , Processed in 0.167665 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list