CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5702|Reply: 89

Lelaki kurung, ikat anak dalam bilik air ditahan

[Copy link]
Post time 30-12-2011 12:29 AM | Show all posts |Read mode

BUTTERWORTH 29 Dis. — Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki mendera dua orang anaknya dengan mengikat kaki mereka dan mengurung kedua-duanya dalam bilik air di rumah mereka di Jalan Raja Uda di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara, ACP Zulkifli Alias berkata, lelaki berusia 40-an itu telah mengikat kaki anak perempuannya berusia enam tahun dan anak lelaki berusia dua tahun itu dengan rantai besi sebelum keluar bekerja pada 3 petang semalam.
Dua beradik itu dipercayai berlapar lebih lima jam selepas bapa mereka keluar rumah di Taman Mawar di Raja Uda di sini.
Lelaki yang bekerja dengan sebuah syarikat penghantaran di sini, telah berpisah dengan isterinya seorang warga Thailand sejak sebulan lepas.
Zulkifli berkata, kedua-dua beradik itu ditemui dalam keadaan sangat letih kerana kelaparan dan mereka hanya memakai baju dan seluar dalam dengan kaki berantai besi.
"Siasatan awal mendapati bapa kanak-kanak itu bertindak demikian kerana tidak mempunyai penjaga dan anaknya pula dikatakan nakal,” katanya.
Lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak yang jika bersabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali. — BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2011 04:25 AM | Show all posts
Kesiannya budak2 tu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 06:49 AM | Show all posts
Mak I dulu garang juga.. agaknya kalau zaman ni.. silap2 my mom pun dah kena siasat..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 06:51 AM | Show all posts
Mak I dulu garang juga.. agaknya kalau zaman ni.. silap2 my mom pun dah kena siasat..
maizana Post at 30-12-2011 06:49


No wonder you have turned to be what you are today......
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 07:04 AM | Show all posts
ko rasa plk mcm mana kena kurung dlm lokap tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 07:53 AM | Show all posts
nakal tu biase ar...mane dia tau makne nakal tu pe....
bg jer budak tu kt org klu rase xnk jage....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2011 08:24 AM | Show all posts
sampai hati memperlakukan anak-anak yg tidak mempunyai dosa walau sebesar zarah begini
mudahan Tuhan itu akan membalas perbuatannya dengan selayaknya...
Jika beginilah sikap rakyat Malaysia, patutlah ALLAH menurunkan bencana membersihkan manusia bersarungkan syaitan ini...
semakin tipis nilai akhlak
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 08:26 AM | Show all posts
aku bila baca berita nie tak tau nak ckp apa...sekarang parenting memang mencabar..esp kalo jenis family miskin dan terpaksa kluar bkerja, anak2 takder sapa yg pantau...kesian dgn family nie~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2011 08:36 AM | Show all posts
aku rasa nak ngamuk baca biter ni tadi kat metro on9..kalo pun dia mmg sibuk kije perlu ke dia kurung anak dia dlm bilik air..kenapa pi rantai kaki?xde tempat selesa ke nak bagi..sampai makan minum pun tak bagi..anak nakal kena kurung n rantai mcm binatang yea?anak tu ujian bg ibubapa..nakal ke apa tu perkara normal terima sahajalah keadaan itu dan hadapinya sebagai ibubapa mendidiklah sehabis baik..bykkanlah bersabar..
aku mmg xleh terima keadaan camni..lebih2 lg berlaku kat malaysia biasanya hat kurung2 anak tinggal anak sensorang ni kat china.

.kalo kurung anak sbb anak tu giler,sakit mental ke apa takut cederakan org lain aku leh terima sekurang2nya kurung pun bg makan,dan ada tmpt tido siap..  org xkurung budak kecik biasanya yg tua besar gedang..ini anak2 kecik dibuatnya gini..nmpk sgt bapaknya saiko
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 08:37 AM | Show all posts
Enam tahun dan dua tahun.....kecik sgt lagi utk dihukum sebegitu. Dah la dirantai, kurung pulak dalam bilik air. Kesejukan, kelaparan, kesiannya..


Anak2 aku 5 org.....semuanya nakal. Hinggakan pengasuh diaorg pun tak sanggup nak jaga lagi. Tapi, mak aku kata, budak2 nakal ni tandanya diaorg bijak. Cuma larang jika diaorang buat perkara2 yg membahaya diri saja. Yg lain tu biarkan...Sementara nak besar, sabar aje lah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 08:47 AM | Show all posts
bapak mental!
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 08:53 AM | Show all posts
inilah hakikat kehidupan..kalo x keje x makan....bini lak dah larik....keje lak masih x mampu nak bagi duit kat pengasuh jaga ank...cara terbaik ikat ank supaya x melakukan perkara2 merbahaya dlm rumah.....sian family nih....
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 08:53 AM | Show all posts
zalimnya bapak budak ni........ kecik2 lagi anak2 dah kena seksa.
kesiannyaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 08:56 AM | Show all posts
aku cukup bengang nagn citer2 mcm ni...smpi hati ko gi rantai budak tu & x kasi makan..bodoh punya bapak, tau wat anak je. Nak kata bapaknya muda lg, tgk umo rasanya org yg dah berakal, tp maybe akal dia singkat / akal x berapa nak cukup....{:4_232:}
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 09:00 AM | Show all posts
niat si bapa baik tp cara tak betul
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 09:07 AM | Show all posts
motip berlapa??? ikat kaki?? hello! sakai sngt pangai bapaknyer ..

aku dolo tinggal gak kat umah ngan adik2 masa mak bapak gi keje..takde plak mak bapak aku ikat dlm bilik air ..smpi takde makan minum???

siap masak..tinggal nasik lauk seme..kenyanglah melantak smpi die balik keje ptg nanti..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2011 09:08 AM | Show all posts
dh tgk pic budak2 ni dlm metro pg ni.,ala...kecit je lg...sian kt adk umo 2 thn tu...terperuk kt sudut toilet..baya ank ai je...sedìhh.. Mmg rasanya kes bapak yg xde pilihan nk tinggai ank kt mana.nk sruh org jaga x mampu,so nk bg ank x bkeliaran nak2 anknya nakal,kurung la..ttekan pun ye sbb baru cerai..in d end ank2 yg jd mangsa..sian budak2 nih..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 09:10 AM | Show all posts
niat si bapa baik tp cara tak betul
kecimpret Post at 30-12-2011 09:00


Betul cakap ko... kesusahan orang siapa yang tahu kan... yang tukang kutuk tu kalu bapak budak tu mintak korang tolong jaga anak dia sementara dia gi keje tanpa apa2 bayaran sanggup tak korang nak jaga.? Kalau korang pun tak sanggup nak jaga secara percuma, apa jalan yang bapak dia ada? Memang perbuatan tu nampak zalim dan bapak mana sampai hati nak buat macam tu, tapi kita pun kena think positif, mungkin bapak dia terdesak takde pilihan lain terpaksa buat macam tu...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 09:13 AM | Show all posts
dh nama pun budak2
memang ada yg nakal
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 09:13 AM | Show all posts

Lelaki kurung, ikat anak dalam bilik air ditahan

Simpati pada anak2 itu dan simpati gak pd bapa sbb x bijak menangani situasi.aku x rasa dia dera..kdg2 lelaki ni,pemikiran mrk pelik dan lain dr manusia normal


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 08:36 AM GMT+8 , Processed in 0.066223 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list