CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5607|Reply: 31

Anzalna belum bersedia

[Copy link]
Post time 31-12-2011 08:31 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by faisyah at 31-12-2011 08:33





Bekas finalis Dewi Remaja 2010, Anzalna Nasir, antara nama baru dalam industri hiburan tanah air yang semakin mendapat perhatian pengarah dan penerbit filem serta drama.

 
Ternyata rezeki gadis manis ini semakin mencurah-curah apabila menerima pelbagai tawaran berlakon hingga tidak menang tangan dibuatnya.
 
Baru sahaja selesai penggambaran drama adaptasi novel di TV3, Gemersik Kalbu, anak kelahiran Pulau Pinang ini bagaimanapun tidak mahu terlalu tamak meraih peluang yang ada.
 
Menurut Anzalna, buat masa ini dia lebih selesa memegang watak pembantu dalam sesebuah drama kerana masih belum bersedia memikul tanggungjawab sebagai pelakon utama.
 
“Saya selesa dengan apa yang ada sekarang walaupun sekadar memegang watak sampingan kerana saya masih dalam proses belajar menghayati watak yang ditawarkan kepada saya.
 
“Sebelum ini ada beberapa pengarah menawarkan saya watak utama dalam drama mereka, tetapi saya terpaksa tolak. Belum masanya lagi untuk saya ambil tawaran seperti ini kerana banyak lagi yang perlu saya perbaiki,” katanya.
Katanya, walaupun masih baru dalam bidang lakonan, setiap watak yang diberikan kepadanya akan cuba dihayatinya sebaik mungkin.
 
“Saya akui lakonan saya tidak sebaik pelakon lain, tapi saya akan lakukan yang terbaik dan saya harap penonton dapat menerimanya,” katanya.
 
Pelakon berusia 23 tahun ini juga bakal membintangi dua filem iaitu Sepah The movie arahan MP Roslin yang akan menemui penonton pada Jun 2012 dan filem Tyickoouns yang akan memulakan penggambaran pertengahan tahun depan.

 
Mahu rehat secukupnya
 
Jika rakan seperjuangannya di Dewi Remaja 2010 seperti Neelofa dan Izara Aisyah semakin mencipta nama, Anzalna juga tidak kurang hebatnya.
 
Menurut Anzalna, sejak empat bulan lalu, jadualnya amat padat dengan sesi penggambaran drama dan filem.
 
“Baru-baru ini saya terpaksa berulang-alik dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur selama seminggu untuk menghadiri penggambaran filem Sepah The Movie dan drama Gemersik Kalbu.

 
“Bukannya tamak, tapi atas beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan membuatkan jadual saya menjadi kucar-kacir dan terpaksa berulang-alik,” katanya.
 
Maka, selepas tamat saja penggambaran Sepah The Movie dan Gemersik Kalbu, Anzalna merancang untuk menghabiskan masanya dengan berehat.
 
“Saya akui sangat keletihan dan tidak mendapat rehat yang cukup akibat aktiviti penggambaran tanpa henti.
 
“Oleh itu, saya ambil keputusan untuk berehat seketika sebelum kembali sibuk dengan aktiviti lakonan,” katanya yang sudah memiliki teman istimewa ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2011 08:37 AM | Show all posts
kokesen jugek bf nya.....boley la tahan.....
bkn dulu bercinta dgn pelakon suria dicordoba ke.....ntah apa namanya.....ivy dah lupa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2011 08:38 AM | Show all posts
Kalau dah couple dgn mat saleh...comfirm dah $:!;87(9($
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2011 08:48 AM | Show all posts
Reply 3# faisyah

dah apa??dah barai??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2011 09:09 AM | Show all posts
Reply 4# ogata


    Sendiri mau ingt lah..x kan mat saleh tgk jer...mcm nabil ckp..lu fikirlah sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2011 09:27 AM | Show all posts
Reply  ogata


    Sendiri mau ingt lah..x kan mat saleh tgk jer...mcm nabil ckp..lu fikirlah se ...
faisyah Post at 31-12-2011 09:09


mana tau mat salleh yg beriman..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-12-2011 09:27 AM | Show all posts
dewi remaja? kenapa takde dewa remaja? mane tahu remaja buleh nampak mmc dewa yunani
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2011 09:33 AM | Show all posts
dewi remaja? kenapa takde dewa remaja? mane tahu remaja buleh nampak mmc dewa yunani
Gabot Post at 31-12-2011 09:27



    kalau pompuan dewi remaja....
kalo lelaki hero remaja.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2011 09:51 AM | Show all posts
kalau pompuan dewi remaja....
kalo lelaki hero remaja.....
ivyporsha Post at 31-12-2011 09:33


kenapa rase bersalah kalau guna kan dewa tapi tidak untuk dewi? pade hal maksud yg same jugak?
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2011 10:49 AM | Show all posts
cehh
velakons sperti bendul pintu umah nenek aii, ade hati nk pegang watak pembantu skaliponnn?:@
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2011 10:51 AM | Show all posts
mana tau mat salleh yg beriman..
zul_arif Post at 31-12-2011 09:27



    beriman ye? mat saleh tu agama mende ek??
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2011 10:56 AM | Show all posts
MAT SALLEH? confirm dah main
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2011 11:03 AM | Show all posts
Reply 5# faisyah


Blh elaborate rak? ramai sangat yg ineseng kat porum nihh....
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2011 11:57 AM | Show all posts
mmg tanak buruk sangka..... kalau kapel dengan mat salleh mesti dah barai kan ... tapi melihatkan dari cara posing ... mmg sah pergaulan bebas disitu....... kompem dah di uli.....

bukan kapel ngan mat salleh je bleh barai...liat aja.. bangsa milayu pon dah makin hibat...
aku yakin... remaja kapel skarang ni tak lari..mesti dah romen..........
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2011 12:42 PM | Show all posts
Reply 14# perembes


    amboi ayat ko tak mencerminkan yg ko dh kawen dan dh ada anak..peace uolsss
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2011 12:52 PM | Show all posts
apasal lah org2 glamor zaman la nama susah nak sebut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2011 12:59 PM | Show all posts
jgn la tuduh bukan2
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2011 01:08 PM | Show all posts
Reply  perembes


    amboi ayat ko tak mencerminkan yg ko dh kawen dan dh ada anak..peace uolss ...
aina_shaira Post at 31-12-2011 12:42



   itu adalah kenyataan yg harus kita terima........
ibu bapa masa kinii tanggungjawabnya amat2 lah besar bg mreka yang mahu berfikir....................
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2011 01:21 PM | Show all posts
kenapa rase bersalah kalau guna kan dewa tapi tidak untuk dewi? pade hal maksud yg same jugak?
Gabot Post at 31-12-2011 09:51



    ntah la bot......mungkin bunyi dia tak sedap kot.....dewa remaja....mcm tak kena. hero remaja sedap sket bunyinya.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2011 01:29 PM | Show all posts
uols tak baek menuduh pompuan suci berzina tanpa dikemukakan 4 orang saksi .. sori iols bukan nak fefeeling setazah tapi nak share knowledge je

Menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina tanpa mengemukakan empat orang saksi lelaki yang adil hukumnya adalahharam dan termasuk dalam dosa besardan wajib dikenakan hukuman had Qazaf (sebat) sebanyak 80 kali sebat, dan tidak boleh diterima penyaksiannya selama-lamanya kerana dia adalah orang fasiq. Sebagaimana Firman Allah Taala yang bermaksud:

”Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa empat orang saksi. Maka sebatlah mereka 80 kali sebat, dan janganlah kamu terima persaksian mereka itu selama-lamanya kerana mereka itu adalah orang yang fasiq”.
(Surah An- Nur ayat 4)

bertaubat lah uols.. nak gegosip, gegosiplah tapi jangan tuduh orang berzina tanpa bukti tau..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 156748 Replies : 3843
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 3990 Replies : 66
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 18875 Replies : 72
Anoboy
anoboyvipAnoboy
Views : 303 Replies : 0
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 3737 Replies : 13
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 187788 Replies : 1711
Dakwa Lauk-Pauk itu telah Dipanaskan Beberapa Kali Selepas Sudah Merasainya,Pelanggan Luah Serik Bantu Peniaga Kedai Makan Yang Lengang
YgBenarDakwa Lauk-Pauk itu telah Dipanaskan Beb
Views : 6160 Replies : 31
Mak nyah nak jadi lelaki sejati, insaf selepas menonton Siksa Neraka
JoyahMengayahMak nyah nak jadi lelaki sejati, insaf s
Views : 11743 Replies : 12
Minyak Diesel naik bermula Isnin. Tiada subsidi lagi
kanam316Minyak Diesel naik bermula Isnin. Tiada
Views : 8552 Replies : 152
COVID INFO & DATA WAREHOUSE VOLUME 43
farhana008COVID INFO & DATA WAREHOUSE VOLUME 43
Views : 4943 Replies : 139

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 06:54 PM GMT+8 , Processed in 1.398061 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list