|
Isu kontroversi menghangatkan beberapa nama selebriti Indonesia di dada mediaBUKAN tahun biasa kerana atmosfera hiburan Indonesia sepanjang 2011 juga dibaluti pelbagai insiden panas dan kontroversi, meletakkan beberapa nama begitu dominan menghiasi dada media. Ketika populariti bakat baru mencuri perhatian khalayak, langit hiburan Indonesia turut disurami ledakan berita negatif selebriti yang memusnahkan karier dan masa depan gara-gara penyalahgunaan dadah.\rSeawal Januari hingga 2011 menutup bilah harinya menyaksikan sederet nama selebriti yang memasuki daftar hitam angkara terjebak dalam kes kontroversi yang berakhir dengan terkurung di penjara. Setiap insiden mempunyai pro dan kontranya. Ketika sebahagian masyarakat melaungkan kemarahan yang dilepaskan menerusi siri demonstrasi, sebahagian lain pula memberikan sokongan moral menyedari selebriti juga ialah manusia yang biasa yang terperangkap dengan kelemahan sendiri.\r\n\n\n\n\r GLAMOR menyorot rentetan peristiwa yang menyita perhatian luar biasa penggemar industri hiburan Indonesia sepanjang 2011.\r\r\n\n\n\n\nPaling menjadi bualan sepanjang 2011\rSEAKAN bersahabat dengan kontroversi, Julia Perez menduduki tangga teratas sebagai selebriti paling diperbualkan sepanjang 2011. Perseteruan panjang dengan Dewi Perssik, bertitik tolak ketika mereka membintangi filem Arwah Goyang Karawang berlarutan ke pengetahuan pihak berkuasa apabila Dewi mendakwa Julia atau Jupe mencakarnya. Enggan mengambil pusing masalah itu, malah menganggap apa yang dilakukannya sekadar memenuhi keperluan adegan berakhir apabila Jupe dijatuhi hukuman penjara tiga bulan. Bagaikan belum berakhir kontroversi mengaitkan namanya, nama Jupe kembali meledak apabila dilarang muncul dalam persembahan di kota seperti Bandung, Palembang dan Malang. Beberapa siri konsertnya terpaksa dibatalkan apabila keizinan ditarik balik pihak berkuasa selepas menerima arahan daripada Majlis Ulama Indonesia.\rSAMA hebatnya dengan Jupe, Dewi Perssik juga sering menimbulkan kontroversi. Pengakuan terbuka dia menjalani pembedahan memulihkan selaput dara di Mesir mencipta isu hangat di Indonesia. “Pro dan kontra itu wajar, Kalau tidak kontroversi, itu bukan Dewi Perssik namanya. Saya selalu konsisten dan tidak pernah berbohong,” katanya lewat satu temubual bersama VIVA News, sedikit masa lalu. Mempertahankan pengakuan jujurnya itu, bekas isteri Saipul Jamil ini berkata, dia mempunyai semua bukti yang diperlukan jika masih ada yang enggan mempercayai kata-katanya. Biarpun pelbagai tanggapan negatif diberikan kepadanya, wanita yang mesra disapa Depe itu enggan memikirkan secara serius. Bagi Depe, semua yang dialaminya adalah lumrah dalam kehidupan sebagai seorang artis. Dia juga tidak pernah memaksa semua orang supaya menyokong setiap tindak tanduknya. “Saya akan belajar daripada setiap masalah supaya menjadi manusia yang dewasa dan tetap berpegang teguh pada prinsip diri,” katanya.\rBerputar sekitar kisah percintaannya dengan pasangan duet, Ashanty, Anang Hermansyah menuai populariti berterusan sepanjang 2011. Masih berteka-teki mengenai tarikh pernikahan mereka, pasangan itu dikhabarkan akan menaiki jenjang pelamin pada awal 2012. Hubungan mereka mendapat restu kedua-dua belah pihak, malah dua anak perkahwinan terdahulu Anang dan Krisdayanti juga menerima kehadiran Ashanty yang kini dipanggil mereka sebagai bunda. Perseteruan dengan bekas teman duetnya, Syahrini juga meletakkan Anang dalam situasi panas namun mereka kembali berdamai bertemu pada malam SCTV FTV Awards 2011 di Balai Sarbini, Jakarta, Julai lalu. \r\n\n\n\rSINONIM dengan isu kontroversi, Ahmad Dhani masih membolosi senarai terhangat 2011 rentetan perbalahan dengan bekas isterinya, Maia Estianty yang masih belum bernoktah. Bapa tunggal tiga cahaya mata itu kembali terkait isu sensasi pada Mei lalu apabila didakwa menerima undangan meraikan hari ulang tahun ke-63 Israel di Jakarta. “Itu cuma khabar angin. Berita seperti ini tidak perlu dilayan. Bahkan ia tidak penting kerana saya tidak pernah tahu mengenainya,” katanya.\rCURANG dengan lelaki yang masih berstatus suami, berpisah dan hamil luar nikah mewarnai siri kontroversi penyanyi popular, Krisdayanti. Mengakhiri cinta larangan mereka dengan pernikahan pada 20 Mac lalu, Krisdayanti atau KD kini bahagia dengan cahaya mata perempuan hasil perkahwinan keduanya itu, Arrianha Amora Lemos.\rPENYEBARAN foto ghairah Syahrini sempat membadai kehidupan penyanyi yang cukup popular dengan lagu, Aku Tak Biasa ini. Biarpun kerap menerima cacian dan hinaan, Syahrini tegar melangkah tanpa gentar.\rKejutan, sensasi, kontroversi\rVokalis Peterpan, Ariel dijatuhkan hukuman tiga tahun dan enam bulan penjara serta denda apabila didapati bersalah oleh Hakim Pengadilan Negeri Bandung atas kesalahan penyebaran rakaman dua video lucah, membabitkannya dengan Luna Maya dan Cut Tari.\rKemalangan maut memisahkan buat selama-lamanya Saipul Jamiell dan Virginia Anggraeni yang ketika itu baru enam bulan mengecap nikmat berumah tangga. Virginia menghembuskan nafas terakhir di lokasi kecelakaan di Tol Cipularang pada 3 September lalu. \rBekas suami Rossa, Yoyo ditahan polis pada 27 Februari lalu kerana memiliki syabu dan diperintahkan menjalani pemulihan di Yayasan Kesatuan Peduli Masyarakat di Mega Mendung, Bogor, Jawa Barat selama setahun. Pemain dram\rPadi itu mula terbabit dengan penyalahgunaan dadah sejak 1995.\rArtis popular 80-an, Iyut Bing Slamet juga menerima nasib yang sama selepas ditemui tidak sedarkan diri di kamar sebuah hotel di Mangga Besar, Jakarta Pusat pada 8 Mac lalu. Iyut terpaksa menghuni pusat pemulihan selama setahun selepas perbicaraan di Pengadilan Negeri Jakarta Barat berakhir 24 Ogos lalu.\rVokalis Kangen Band, Andika terheret dalam permasalahan dadah apabila keretanya digunakan oleh pemandunya untuk membeli ganja. Dia yang pada mulanya menafikan mengambil dadah akhirnya mengakui bersalah selepas polis merampas daun ganja kering dan tanaman itu di tempat latihan mereka di Cibubur, Jakarta Timur. Andika diperintahkan menjalani rawatan di Panti Rehabilitasi Lido, Sukabumi, Jawa Barat selama setahun sejak pertengahan Ogos lalu.\r3 pasangan bercerai\rTiti DJ dan Ovy Rif \rDILIHAT serasi dalam perkahwinan mereka, pasangan Titi DJ dan Ovy Rif membuat kenyataan rasmi dalam satu temubual bersama Kapanlagi.com yang mereka sepakat berpisah. Perpisahan itu tanpa dipinta menuai kontroversi apatah lagi Titi sebelum ini pernah tiga kali bernikah dan bercerai \rSarah Sechan dan Emir Hakim \rSEJAK bernikah pada 29 Jun 2003, rumah tangga Sarah Sechan dan Emir Hakim dilihat begitu rukun. Namun sejak September 2011, khabar kurang enak mengenai pasangan itu mula bertiup. Sarah mengakui rumah tangganya sedang dilanda badai. Enggan menyatakan sebab perpisahan, pasangan itu sepakat mengakhiri pernikahan mereka pada 3 September lalu. \rSophia Latjuba dan Michael Villareal \rBERMULA dengan kontroversi, pasangan itu mengejutkan banyak pihak apabila memaklumkan rumah tangga mereka musnah pada pertengahan Oktober lalu. Kecurangan dikatakan menjadi penyebab utama kepada perpisahan itu.\rBagaimanapun, Sophia dan Michael lebih banyak berdiam diri dan membiarkan masyarakat berteka-teki mengenai punca perceraian mereka.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|