CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 154|Reply: 0

Bisnes Dunia: Bajaj lancar kereta termurah

[Copy link]
Post time 4-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pengeluar kenderaan  India perkenal model kompak  jimat minyak\rBAJAJ Auto dari India semalam mempamerkan kereta kos rendahnya, iaitu penerokaan pertamanya dalam pasaran kenderaan empat roda dengan meletakkan kereta itu sebagai penyelesaian kepada masalah pencemaran dan kesesakan di bandar.\r\n\n\n\n\r  Kumpulan itu mempamerkan kereta kompak ‘RE60’ di New Delhi, dengan menekankan kepada penjimatan minyak serta pelepasan karbon dioksida yang rendah oleh kereta itu, tetapi tidak mendedahkan harga jualannya.\r\r\n\n\n\n\n  “Di Bajaj Auto, kami percaya penduduk di dunia ini berhak mendapat yang lebih baik dan yang lebih laju,” kata Pengarah Urusan kumpulan yang terkenal dengan motosikal dan kenderaan beroda tiga, Rajiv Bajaj.\rKereta dengan enjin 200cc yang hanya memerlukan satu liter petrol bagi perjalanan sejauh 35 kilometer dan hanya mengeluarkan 60 gram karbon dioksida setiap kilometer itu dijangka memasuki segmen pasaran yang sama dengan kenderaan termurah di dunia yang juga buatan India, Tata Nano.\rBajaj berkata, pelepasan asap kereta  berkenaan adalah separuh daripada yang dilepaskan kereta kecil yang ada di pasaran ketika ini.\rSasaran utama pembelinya adalah mereka yang kini menggunakan beca roda tiga bermotor, dan sesiapa saja apabila ia mula dijual tahun ini, kata Bajaj.\r\n\n\n\rKereta empat tempat duduk itu boleh mencapai kelajuan sehingga 70 kilometer sejam dan hanya seberat 400 kilogram, dengan Bajaj menekankan bahawa ia di-\rreka khas bagi penggunaan di bandar.\rIndia   menjadi pusat bagi rekaan, kejuruteraan dan pengeluaran kereta kecil, dengan permintaan untuk kereta murah meningkat apabila berjuta penduduknya meningkatkan kedudukan ke dalam   golongan kelas pertengahan setiap tahun.\rTata Nano dilancarkan pada 2009 dan berharga serendah 140,888 rupees (AS$2,770) untuk model asas.\rAwal tahun lalu, Bajaj membatalkan projek usaha sama dengan Renault dari Perancis dengan rakan kongsinya dari Jepun, Nissan untuk membangunkan kereta kos rendah. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.040312 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list