CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7394|Reply: 30

(2012) SESUATU YANG TERTINGGAL (SERAM)

[Copy link]
Post time 8-1-2012 12:42 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by RatuDunia94 at 14-1-2012 11:39

TARIKH TAYANGAN : 5 JANUARI 2012


Filem "Sesuatu Yang Tertinggal" bergenre seram ini mengisahkan enam orang penghuni rumah anak yatim, Arshad, Mona, Zakiah, Ashraf, Daud dan Murni yang melalui satu pengalaman yang menghantui mereka ketika menetap di sebuah rumah lama. Cerita bermula apabila mereka dan penghuni-penghuni Rumah Anak Yatim Setia harus berpindah ke sebuah rumah yang telah diwakafkan oleh seorang lelaki. Rumah itu adalah milik arwah datuknya.

Sebuah almari antik telah dijumpai oleh anak-anak yatim tersebut semasa proses pembersihan dan mereka mengambil keputusan untuk mengalihkan almari itu ke bilik yang lain. Semasa mereka memindahkan almari tersebut,  mereka tergelincir dan menyebabkan lantai kayu usang terkopak. Arshad menjumpai sebuah cermin muka tua melalui celahan bahagian yang terkopak dan menghadiahkan kepada Mona tanpa mengetahui bahawa cermin itu bakal menjerumuskan mereka ke ambang kemisterian. Setelah beberapa hari Mona mula berubah sikap.


Bella, pelajar yang sering memperlekehkan Mona di sekolah dan seorang pengawas sekolah yang menyukai Mona telah dikejutkan dengan peristiwa ngeri yang menimpa mereka. Daud pula cuba meyakinkan Arshad bahawa Mona telah dirasuk melalui penelitiannya terhadap komik-komik seramnya. Akhirnya mereka merancang sesuatu untuk memerangkap kuasa yang telah mendampingi Mona. Berjayakah mereka? Apakah sebenarnya yang mengganggu hidup Mona? Adakah cermin lama dan almari antik yang berada di dalam rumah lama itu saling bersangkut paut?


Pelakon : Sara Ali, Zahiril Adzim, Shera Aiyob, Rafael El Arash, Daniel El Arash, Farhanna, Namron, Ainur Syakina, Beto Khusyairi.

Pengarah :Asrull Hisyam



Trailer :


                                         

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2012 03:13 AM | Show all posts
Post Last Edit by neory at 8-1-2012 03:17



pelakon pelakon baru.. mesti tonton.
(TULISAN BESAR GEDABAK).
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2012 10:55 AM | Show all posts
ada si Ainur Syakina tu ek...x tau ler knp aku menyampah tngok dia berlakon....over sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2012 10:59 AM | Show all posts
tak sedap lah citer ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 09:14 AM | Show all posts
Post Last Edit by junkredish at 10-1-2012 09:17

not bad. mula2 je mcm bosan sket

gua rasa sara ali mmg sesuai jd antu wpon mekap kurang. dh mcm hagraven
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 12:10 PM | Show all posts
sebab ada Beto...aku mesti tengok!!!!
hehehhe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2012 09:13 AM | Show all posts
beli cd jela...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2012 02:25 PM | Show all posts
aku memang minat citer seram. nanti aku nak tengok. tapi beli cd je la kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2012 11:18 PM | Show all posts
trailer mcm not bad
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2012 01:55 AM | Show all posts

GABUNGAN pengarah dan pelakon baru dalam genre seram terbitan Primeworks Studios, Sesuatu Yang Tertinggal ternyata menjadi apabila ia mendapat sambutan memberangsangkan daripada peminat filem tanah air, sejak menjengah pawagam tempatan 5 Januari lalu.


Filem arahan pengarah muda, Asrul Hisyam ini mempertaruhkan gandingan pendatang baru di persada hiburan iaitu Zahiril Adzim, Shera Aiyob, Sara Ali dan Eina Azman.


Pengurus Besar, Filem Dan Drama, Primeworks Studios, Tengku Iesta Tengku Alaudin berkata, kutipan filem ini sudah melebihi RM1 juta sejak enam hari menjengah 66 pawagam tempatan.


“Pihak kami berpuas hati dengan jumlah kutipan awal filem ini. Pada masa sama, kami yakin jumlah itu akan terus meningkat sehingga tempoh tayangannya berakhir nanti.


“Hasil tinjauan kami di beberapa pawagam tempatan, rata-rata penonton memberi maklum balas memuji lakonan Sara Ali yang berjaya melakonkan watak gadis yang dirasuk hantu dalam filem ini. Lakonan Zahiril dan Shera juga tidak kurang hebatnya,” katanya.

Kata Iesta lagi, filem Sesuatu Yang Tertinggal menjalani penggambaran kira-kira dua tahun yang lalu.

“Semua pelakon utama seperti Zahiril juga masih baru ketika itu. Zahiril juga dikenali ramai sejak tahun lalu. Begitu juga dengan isterinya, Shera yang banyak berlakon filem sekarang.

“Pada masa sama, ia filem pertama garapan Asrul yang juga pengarah baru dalam bidang seni. Menyusul selepas filem ini, Asrul juga mengarah filem barunya yang juga genre aksi berjudul Pecah pada minggu lalu,” katanya.

Ternyata kata Iesta, filem genre seram masih relevan dan turut mendapat tempat daripada peminat filem tempatan.

“Apa yang menarik, Sesuatu Yang Tertinggal adalah filem seram pertama yang membuka tirai di pawagam pada 2012.

“Sebenarnya, Sesuatu Yang Tertinggal sudah dihasilkan sebelum isu membabitkan genre seram timbul. Walaupun ia bukan berdasarkan kisah benar, filem ini tetap mempunyai tarikan dan kekuatan tersendiri untuk menarik penonton ke pawagam berhampiran,” katanya.

Sesuatu Yang Tertinggal hasil tulisan Ienas Mokhtar ini menceritakan enam penghuni rumah anak yatim - Arshad (16), Mona (15), Zakiah (15), Ashraf (11), Daud (10) dan Murni (9) yang melalui satu pengalaman yang menghantui mereka ketika menetap di sebuah rumah lama.

Cerita bermula apabila mereka dan penghuni Rumah Anak Yatim Setia harus berpindah ke sebuah rumah yang diwakafkan oleh seorang lelaki.

Rumah itu adalah milik arwah datuknya. Sebuah almari antik dijumpai oleh anak-anak yatim berkenaan ketika proses pembersihan dan mereka mengambil keputusan untuk mengalihkan almari itu ke bilik yang lain.

Semasa mereka memindahkan almari itu, ia tergelincir dan menyebabkan lantai kayu usang terkopak. Arshad menjumpai sebuah cermin muka tua melalui celahan bahagian yang terkopak dan menghadiahkan kepada Mona tanpa mengetahui bahawa cermin itu bakal menjerumuskan mereka ke ambang misteri. Mona mula berubah sikap.

Bella, pelajar yang sering memperlekehkan Mona di sekolah dan seorang pengawas sekolah yang menyukai Mona dikejutkan dengan peristiwa ngeri yang menimpa mereka.

Daud pula cuba meyakinkan Arshad bahawa Mona dirasuk melalui penelitiannya pada komik-komik seramnya. Akhirnya mereka merancang sesuatu untuk memerangkap kuasa yang mendampingi Mona.

Berjayakah mereka?

Apakah sebenarnya yang mengganggu hidup Mona? Adakah cermin lama dan almari antik yang berada di dalam rumah lama itu saling bersangkut?

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2012 05:12 PM | Show all posts
Kutipan terkini

Sesuatu Yang Tertinggal
SERAM / DRAMA        0.80 juta        05.01.2012        0.41 juta        65


*Kutipan terkini sehingga 12 Januari 2012
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2012 07:00 PM | Show all posts
TARIKH TAYANGAN : 5 JANUARI 2012


Filem "Sesuatu Yang Tertinggal" bergenre seram ini mengisahkan ...
RatuDunia94 Post at 8-1-2012 00:42



    aku menyampah betol citer hantu buat hantu tu ternganga2 feeling2 nk bg seram. x bleh ke buat hantu yg biase2 saja
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2012 03:24 AM | Show all posts
aku menyampah betol citer hantu buat hantu tu ternganga2 feeling2 nk bg seram. x bleh ke b ...micha Post at 12-1-2012 19:00





  abis tu ak hantu cemana? bangun tido, bangun tido je ke?
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2012 09:59 AM | Show all posts
abis tu ak hantu cemana? bangun tido, bangun tido je ke?
RatuDunia94 Post at 13-1-2012 03:24



    nok hantu kumalasari dulu2 mana ada terngnga2 feeling2 hantu ganas sgt nihhhh
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2012 04:41 PM | Show all posts
nok hantu kumalasari dulu2 mana ada terngnga2 feeling2 hantu ganas sgt nihhhh
micha Post at 13-1-2012 09:59



setuju. masa tu citer2 hantu takde pun kuar muka hantu buruk2 kasik seram. cukup dengan penataan bunyi, lagu latar, jalan citer ngan pelakon yang hebat. tu aje.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2012 05:23 PM | Show all posts
setuju. masa tu citer2 hantu takde pun kuar muka hantu buruk2 kasik seram. cukup dengan penata ...
billionman78 Post at 13-1-2012 16:41



    kannnnn. x boleh ke buat hantu tuh biase2 saje, mcm manusia biase, tp buat la effect pucat mcm xde darah ke.

nih bukan main lg hantu muke buruk x hengat pastu ternganga siap bunyi singa lg, mcm alien meroyan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2012 11:26 PM | Show all posts
best ke citer nih???
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2012 09:24 AM | Show all posts
biasa je cite ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2012 01:45 PM | Show all posts
dh tgk dh citer ni...tp ending mcm tergantung...pastu lgsg xde pihak dr luar yg dtg mmbantu...
biasa citer antu ni ada la bomoh or ustaz kan yg dtg tolong....tp ntah la...xbest sgt la...huuu
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2012 04:50 PM | Show all posts
Sesuatu Yang Tertinggal
SERAM / DRAMA        0.80 juta        05.01.2012        0.66 juta *        65


*Kutipan terkini sehingga 17 Januari 2012
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 08:36 AM GMT+8 , Processed in 0.301355 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list