CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 207|Reply: 0

Penggunaan kad debit naik

[Copy link]
Post time 11-1-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
PERBELANJAAN menggunakan kad debit Maybank bagi tempoh November 2010 sehingga Disember lalu meningkat lebih daripada 20 peratus, sekali gus mencerminkan penerimaan pengguna terhadap kaedah pembayaran seumpama itu di negara ini.\rMalayan Banking Bhd dalam kenyataannya berkata, bilangan pemegang kad debit turut mengukuh lebih daripada lapan peratus dalam tempoh sama.\r\n\n\n\n\rNaib Presiden Eksekutif dan Ketua Bahagian Kad, Kekayaan dan Pembayarannya, B Ravintharan, berkata pertumbuhan keseluruhan dalam penggunaan kad debit, termasuk perbelanjaan di luar negara, menunjukkan pengguna semakin sedar mengenai keperluan, keselesaan dan keselamatan berbelanja menggunakan kad debit.\r\r\n\n\n\n\nRavintharan berkata, Maybank turut menganggarkan yang perbelanjaan menggunakan kad debit akan berkembang 60 peratus tahun ini, didorong menerusi promosi baru serta lebih banyak kempen dan program kesedaran pengguna.\rPerbelanjaan kad debit Maybank mengukuh 24 peratus dari April hingga September tahun lalu berbanding tempoh sama tahun sebelumnya, dirangsang penganjuran kempen ‘Gunakan Debit Kad & Pandu Pulang Volkswagen (VW) Polo.’  – BERNAMA

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 03:40 PM GMT+8 , Processed in 0.887898 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list