CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 196|Reply: 0

Jualan pembuatan negara catat pertumbuhan positif

[Copy link]
Post time 11-1-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
JUALAN pembuatan Malaysia mencatatkan pertumbuhan 6.3 peratus pada November 2011 kepada RM47.6 bilion berbanding  RM44.8 bilion pada tempoh sama tahun sebelumnya.\rDalam perbandingan bulan ke bulan, nilai jualan merosot 7.5 peratus atau RM3.9 bilion, kata Jabatan Perangkaan dalam kenyataannya semalam.\r\n\n\n\n  Nilai jualan Oktober 2011 disemak semula positif 11.8 peratus tahun ke tahun ke paras rekod RM51.5 bilion.\r\r  Peningkatan nilai jualan tahun ke tahun pada November 2011 dijana pertumbuhan dalam 81 industri atau 70.4 peratus daripada 115 industri yang diliputi di dalam kaji selidik itu.\r\n\n\n\n\n\rNilai jualan lima industri utama yang ketara meningkat ialah pembuatan produk petroleum bertapis (30.7 peratus), pembuatan produk besi asas dan keluli (47.5 peratus), pembuatan kimia lain yang tidak terkelas di mana-mana (65.2 peratus), pembuatan perkakas pengagih dan pengawal elektrik (67.5 peratus), dan pembuatan baja dan sebatian nitrogen (85.7 peratus).\rKemerosotan nilai jualan bulan ke bulan adalah berikutan penurunan nilai jualan 72 industri atau 62.6 peratus daripada 115 industri.\rNilai jualan lima industri utama yang merosot ialah pembuatan produk petroleum bertapis (10.2 peratus), pembuatan penerima televisyen dan radio, rakaman bunyi atau video atau peralatan rakaman semula dan barangan (19.1 peratus), pembuatan peranti semikonduktor (15.3 peratus), pembuatan komputer dan peranti komputer (13.5 peratus), dan pembuatan kenderaan bermotor (14.9 peratus).\rSelain itu, sejumlah 1,004,325 orang bergaji dalam sektor pembuatan pada November 2011, yang susut 268 orang atau 0.03 peratus berbanding bulan sebelumnya.\rBilangan pekerja yang bergaji meningkat 11,670 orang atau 1.2 peratus pada November 2011 berbanding  992,655 orang pada November 2010. \rBilangan keseluruhan pekerja bergaji pada Oktober 2011 disemak semula positif 1.5 peratus tahun ke tahun kepada 1,004,593 pekerja.\rDalam pada itu, nilai gaji dan upah yang dibayar pada November 2011 meningkat 1.4 peratus atau RM32.1 juta bulan ke bulan kepada RM2,348.4 juta. \rPurata nilai gaji dan upah yang dibayar bagi setiap pekerja bergaji pada November 2011 meningkat 1.4 peratus bulan ke bulan kepada RM2,338. \rProduktiviti atau purata nilai jualan setiap pekerja bergaji pada November 2011 juga meningkat 7.5 peratus bulan ke bulan kepada RM47,392.– BERNAMA

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 05:16 AM GMT+8 , Processed in 0.081991 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list