CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 264|Reply: 0

Dana asing di Bursa Malaysia meningkat

[Copy link]
Post time 13-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Dasar kerajaan berjaya tarik minat pelabur luar\rBURSA Malaysia bakal menyaksikan kemasukan lebih banyak dana pelaburan asing tahun ini, berikutan meningkatnya keyakinan pelabur terhadap dasar yang dilaksanakan kerajaan dalam mengemudikan ekonomi negara, kata Naib Presiden yang juga Ketua Strategi Pelaburan dan Penyelidikan (Produk Pengurusan Kekayaan) Citibank Bhd, Steven Yong CS.\r\n\n\n\n\rBeliau berkata, pegangan asing dalam saham syarikat di Bursa Malaysia meningkat kepada 28 peratus ketika ini, berbanding 23 peratus pada akhir suku ketiga 2011 dan ia dijangka meningkat lagi tahun ini.\r\r\n\n\n\n\n“Dasar dilaksanakan kerajaan hari ini dilihat positif. Ini dicerminkan peningkatan kemasukan dana asing ke dalam pasaran saham tempatan.\r“Bagaimanapun, ia (pegangan asing) belum lagi mencecah tahap puncak sekitar 35 peratus seperti direkodkan sebelum ini dan saya melihat Bursa Malaysia berpotensi menerima lebih banyak dana asing tahun ini,” katanya pada taklimat mengenai tinjauan pelaburan runcit bagi 2012 di Kuala Lumpur, semalam.\rYong berkata, pelabur asing biasanya memasuki pasaran bagi prospek jangka panjang dan tempoh mereka banyak bergantung kepada keberkesanan dasar kerajaan.\rBeliau berkata, keputusan pilihan raya umum yang dijangka diadakan dalam separuh pertama tahun ini turut menjadi faktor penting.\r\n\n\n\rMengenai tinjauan prestasi Bursa Malaysia, beliau berkata, KLCI FBM dijangka berlegar menghampiri paras 1,600 mata tahun ini.\r“Masih ada banyak ketidakpastian sehingga kita sampai ke pertengahan tahun ini. \r“Apakah dasar yang akan dilaksanakan tahun ini akan memberi kesan kepada pasaran,” katanya.\rYong berkata, KLCI FBM yang menutup tirai 2011 melebihi paras 1,500 mata, iaitu lebih tinggi daripada unjuran Citibank sebanyak 1,450 mata, didorong terutama oleh belian asing.\rBagi tahun ini, beliau berkata, sektor pilihan termasuk minyak dan gas serta perladangan.\rCitibank menjangka ringgit akan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) tahun ini berdasarkan perspektif asas ekonomi jangka panjang negara.\rBeliau berkata, pada dasarnya, disebabkan jangkaan pertumbuhan ekonomi Malaysia pada lima peratus berbanding dua peratus bagi Amerika Syarikat (AS), nilai ringgit dijangka mengukuh tahun ini.\rBagaimanapun, katanya dalam jangka pendek, kelemahan euro akan memberi manfaat kepada dolar AS dan akan mempunyai kesan terhadap prestasi mata wang tempatan.\rYong mengunjurkan ringgit berada dalam lingkungan RM3.2 dan RM3.23 bagi setiap dolar AS dalam tempoh tiga bulan akan datang dan dijangka mengukuh kepada RM3.10 dan RM3.12 dalam tempoh enam bulan akan datang.\rCitibank mengunjurkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berkembang lima peratus tahun ini dan mengukuh kepada enam peratus tahun berikutnya, manakala inflasi tahun ini diunjurkan berlegar sekitar 2.7 peratus.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.057135 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list