|
EDARAN Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM), pengedar tunggal kenderaan Nissan di Malaysia yakin masih mampu mencatatkan pertumbuhan jualan tahun ini walaupun masih menerima kesan daripada banjir besar di Thailand.\rPengarah Eksekutifnya, Datuk Dr Ang Bon Beng berkata, tahun lalu ETCM menjual 33,000 unit pelbagai model Nissan dan menjangka jualan tahun ini akan berkembang pada kadar hanya satu angka.\r\n\n\n\n\r “Kami menjangkakan jualan pada suku pertama tahun ini sedikit perlahan berikutan kesan bencana itu,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan kunci kepada pemenang kempen Pandu Uji dan Menang, di Kuala Lumpur, semalam.\r\r\n\n\n\n\n Dalam perkembangan lain, Ang berkata, kilang automotif kumpulan itu di Danang, Vietnam yang mula dibina pada Jun 2010 akan memulakan operasinya menjelang Mac ini.\r“Sebagai permulaan, kilang itu akan memasang kenderaan segmen B dengan kapasiti pengeluaran sehingga 1,200 sebulan khusus bagi pasaran Vietnam dan Indochina.\r“Jumlah berkenaan akan bertambah mengikut permintaan semasa,” katanya.\rSementara itu, pada kempen pusingan kedua berkenaan, Tengku Norul Karlina Tengku Yunus dari Kuala Lumpur dipilih pemenang dengan membawa pulang sebuah Nissan Sylphy bernilai RM114,880.\r\n\n\n\rPusingan ketiga kempen berkenaan yang menawarkan sebuah Nissan Teana atau 370Z sudah bermula 1 Disember lalu dan akan tamat pada 31 Mac ini.\rUntuk menyertainya, peserta hanya perlu memandu uji sebarang model kenderaan Nissan di bilik pameran ETCM atau pengedar sah yang mengambil bahagian.\rSetiap pandu uji akan diberikan satu penyertaan manakala mereka yang membeli kenderaan Nissan akan memperoleh enam penyertaan.\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|