CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42953|Reply: 0

Karangan SPM: Kepentingan Teknologi Maklumat kepada Kita

[Copy link]
Post time 17-1-2012 04:36 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by 88karangan at 17-1-2012 16:40

Tajuk: Pada alaf baru ini, penguasaan teknologi maklumat (IT) amat penting terhadap golongan pelajar. Bincangkan kepentingan penguasaan IT.

Contoh Pendahuluan: Malaysia kini telah kian maju memasuki era teknologi maklumat (IT) dengan terbentuknya Koridor Raya Multimedia (MSC). Oleh itu, pelajar sentiasa disarankan supaya melengkapkan diri dengan kemahiran IT. Penggunaan computer,
Internet, e-mel, e-perdagangan, mesin faks, kad pintar, e-pentadbiran dan sebagainya merupakan beberapa contoh penggunaan IT pada masa kini.

Contoh Isi Kandungan:
  • Untuk mencapai matlamat negara untuk mencapai Wawasan 2020, kecelikan IT merupakan sesuatu pekara yang penting dan perlu dikuasai.  Menyedari pernyataan tersebut, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil langkah pertama untuk melahirkan generasi celik IT dengan memgasaskan 99 buah sekolah bestari.
  • IT telah banyak mengubah aspek kehidupan manusia. Pengurusan pentadbiran kerajaan, perundangan, perdagangan, interaksi internasional, dan ekonomi banyak dikendalikan dengan menggunakan IT.  Oleh sebab yang demikian, golongan pewaris generasi masa depan haruslah mahir dalam penggunaan IT.
  • Melalui penggunaan IT, dunia kini menjadi semakin kecil di mana penggunaan komputer dan internet membolehkan kita untuk berinteraksi dengan pihak lain dengan masa yang lebih cepat. Penggunaan internet boleh dikatakan telah menjadi salah satu daripada budaya kehidupan masyarakat zaman kini.
  • Golongan pelajar masa kini merupakan bakal pemimpin negara haruslah berpengetahuan tinggi dalam penggunaan IT  supaya negara kita mampu bersaing dengan negara – negara yang maju di hadapan.

Contoh Penutup: Konklusinya, kepentingan dalam penguasaan IT dalam golongan tidak dapat dinafikan dalam matlamat negara untuk mencapai Wawasan 2020. Kemahiran IT juga mampu membantu negara untuk berkembangan dengan lebih pesat lagi.

88karangan.com
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 07:30 AM GMT+8 , Processed in 0.263086 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list