View: 90|Reply: 0
|
Kelayakan tanpa Chong Wei?
[Copy link]
|
|
Kelayakan tanpa Chong Wei?Oleh Hussain [email protected] 2012/01/19\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nZol, Kok Keong mahu pemain No 1 dunia tumpu Sukan Olimpik\rWALAUPUN Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sudah menyenaraikan namanya, kelibat jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei sama ada beraksi atau tidak bersama skuad negara menghadapi laluan berduri di pusingan kelayakan Piala Thomas di Macau bulan depan menimbulkan tanda tanya.\r\n\n\n\n\r Ketika Chong Wei bersedia mengerah tenaga membantu pasukan, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong berkongsi pendapat dengan bekas pemain negara Foo Kok Keong supaya pemain nombor satu dunia itu melupakan saja saingan piala berprestij itu.\r\r\n\n\n\n\n “Saya setuju dengan pendapat Kok Keong supaya tumpuan Chong Wei kini harus dijuruskan kepada temasya terulung itu. Jadi, saya mahu BAM mengkaji semula penyertaannya kerana Piala Thomas dan Sukan Olimpik terlalu dekat antara satu sama lain.\r“Lagipun, jika mahu diukur kekuatan pasukan kita dan pencabar lain, peluang kita menang Piala Thomas tipis. Justeru, lebih baik kita memberi peluang kepada pemain muda menimba pengalaman dan Chong Wei boleh memfokuskan tumpuan mempersiapkan diri menghadapi temasya itu,” katanya.\rZolkples berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran autobiografi Chong Wei ‘Dare To Be A Champion’ di Sports Arena @ Sentosa semalam. Pelancaran buku yang menceritakan kisah pemain berusia 30 tahun itu sejak kecil dan pembabitan dalam badminton dilancarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.\rChong Wei yang ditemui selepas majlis itu bagaimanapun mengakui Sukan Olimpik adalah penting dan menjadi fokus utamanya tetapi demi negara dia sedia mengerah kudrat membantu pasukan menghadapi Piala Thomas.\r\n\n\n\r“Saya sedia membantu pasukan walaupun peluang kita tipis. Lagipun, saya tidak kisah menang atau kalah tetapi apa yang penting dapat membantu dan menyemarakkan semangat rakan sepasukan lain,” katanya.\rDia yang sudah memenangi dua kejuaraan pertama tahun ini - Terbuka Korea dan Malaysia - juga berharap dapat mencatat kejuaraan hatrik di Seluruh England Mac ini selain berharap autobiografi yang dilancarkan itu dapat membantu dan merangsang pemain muda memburu kejuaraan sepertinya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|