CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7379|Reply: 34

“Apa itu uang kertas (note)":uang kertas dalam sejarah Manusia

[Copy link]
Post time 22-1-2012 12:50 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by bluezink at 22-1-2012 10:15



Hari ini kalau ada yang berazam ntok tidak mahu menggunakan uang kertas ,urang berkenaan ‘wajib’ berpindah ke dalam gua atau hutan. Begitu  pentingsekali sekeping uang kertas bergelar ‘note’ menguasai seluruh keidopan manusea


sos:How the "Bank" of Rome Creates "Federal" Reserve Dollars out of Nothing
Sejarah mencatatkan bahawa antara uang yang paling awal muncul di dunia ini adalah uang emas yang digunakan pada empayar rom di eropah, berkurun lama sebelom kedatangan islam di bumi arab. uang emas terus digunakan oleh dunea Islam dan bhagian2 dunea yang laen cth. Kearajaan melayu melaka pda kurun ke-14 Masehi jugak telah menggunakan uang emas
penggunaannya berakhir pada 1924 berikut runtuhnya krajaan khilafah Islamiah terakhir iaitu Khalifah Uthmaniah yang berpusat di istanbul, turki. Selepas itu, dunea beralih kpada uang kertas yang bersandarkan emas.Namun, sejarah uang kertas diwarnai mysteri, tipu daya dan pembelitan yang dahsyat. TG Edward Griffindalam buku The Creature From Jekyll Island berkata

bahawa titik bermulanya penti~pooan uang kertas adalah pada 1910. Mesyuarat mysteri di pulau jekyll,  pada tahun itu membawa kepada penubuhan the Federal Reserve Department (FRD) pada tahun 1913 yang keahliannya bukan di kalangan rakyat atau institusi kerajaan Amerika Syarikat. Sebaliknya dianggotai oleh syarikat milik persendirian asing atau swasta. Penggunaan perkataan ‘federal’ (persekutuan) ke atas sesuatu yang berbentuk persendirian adalah pembohongan yang nyata. Kongres Amerika Syarikat pula terpaksa meluluskannya secara curi-curi.Sehingga hari ini, FRB digunakakn oleh industri perbankan di seluruh dunia termasuk Malaysia untuk mencipta wang sesuka hati dalam jumlah yang berlipat kali ganda melebihi kekayaan sebenar.
Berikutan penubuhan FRD, banyak peristiwa beso berlaku sehingga membolehkan British mengusai Jerusalem pada 1919. Penguasaan itu menandakan berakhirnya era Perang Salib yang berlangsung selama 250 tahun antara umat Islam dan Kristian. Dunea pun berubah dengan mendadak. Kemuncaknya ialah kejatuhan Kerajaan Khalifah Uthmaniah.Peristiwa demi peristiwa terus mengejutkan dunea, antaranya WW1 dan krisis ekonomi dunea beso-besoran pda 1929. pada 1944, muncul pula perjanjian Bretton Woods yang melibatkan 44 buah Negara dunea yang bersetuju untuk menyandarkan mata uang kertas masing-masing kpada dolar amerika dgan jaminan bhawa USD35 bersamaan dengan satu auns emas....
Nilai yang dicetak di atas uang kertas kini ditentukan oleh kerajaan yang mengeluarkannya dan kwasa pasaran (market forces). Ini bermakna nilainya bergantung kpada permintaan dan manipulasi pihak yang mengeluarkannya. Ia hanya lah ‘janji’ ntok membayar dan pihak yang mengeluarkannya tidak semesti menunaikan ‘janji’ itu. Atas inilah, sebagai cth, pada uang kertas Ringgit M'sia yang kiter gunakan sekarang, tercetak ayat, “uang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai….”.
uang kertas digelar fiat kerana ia bukan berbentuk komoditi tetapi dikeluarkan oleh pihak tertentu dan dijamin nilainya oleh pihak yang mengeluarkan. Pengertian sebenar disebalik uang kertas ialah sekadar ‘sekeping kertas’ yang diterima pakai untuk seme urusan jual beli. asas penerimaan kertas ini hanya atas dasar kepercayaan terhadapnya. Kepercayaan semata2. Itu jerr. Sekiranya di suatu masa kelak, seme urang ilang kepercayaan terhadap ‘kertas ini’ lalu ia tidak laa lagi berguna, sekalipun jumlahnya berguni.
Sejarah membuktikan bahawa  peperangan, mata uang sesebuah Negara dilanda krisis akan "hancur" lalu uang kertas dilambakkan seperti bukit di satu tempat dan dimansuhkan dengan cara membakarnya hingga hangus.  sebahagian besar generasi sebelum merdeka masih lagik mengingati istilah ‘duit pisang’ atau ‘duit nippon’ yang menyaksikan berguni duit kertas tidak mampu untuk membeli secawan beras. Ungkapan ‘duit tak laku’ bukan lah sesuatu yang asing buat urang lama yang penah melalui pengalaman buruk itu.
*info yg  bole laa dicarik dlm tenet

The Fed (Federal Reserve Bank)




Maps of the FED districts

sos:How the Fed Works

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-1-2012 06:50 PM | Show all posts

the truth of federal reserve note



us dollar 1913 ~ 1934


us dollar 1934 ~ 1968


us dollar 1968 ~ 1998


sbenar nya penggunaa mata wang  dollar pd masa skrg telah berubah mngikot kepentingan amerika khusus nye Federal reserve,cuba perhatikn petak merah ,pd tahun us dollar 1913 ~ 1934  ada perkataan *"redeemable in gold on demand at the united states treasury...." , dan " will pay to the bearer on demand" ,ttpi pd tahun 1968 ~ 1998,perkatan tu sudah tadak!!!...tat wat??!..so nak demand hape nye kalu mcm neh, itu laa sbb nye begitu mudah nye FD bley nak cetak uang kertas,sbb uang kertas diatas tak boleh  redeemable in hape pon..cuma bole tukar duit ngan duit sebijik mcm duit monopoly


sapa tahu nnti amerika suatu hari nnti akn jadik mcm duit zimbabweweh,da laa inflasi tak kawal ,ikot sesuka hati nak print bbrapa bnyak mak latok dia penye sukak
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2012 07:41 PM | Show all posts
sakit mata baca tulisan bahasa lain..
tulis bebetul la..
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2012 07:42 PM | Show all posts
Wang Kertas : Penipuan Terbesar Dalam Sejarah Manusia

Hari ini kalau ada yang berazam untuk tidak mahu menggunakan wang kertas, orang berkenaan ‘wajib’ berpindah ke dalam hutan. Begitu sekali sekeping wang kertas bergelar ‘not’ menguasai seluruh kehidupan manusia.“ Apa itu wang kertas?” wacana tentang riba dan wang emas tidak mungkin lengkap kalau tidak menyentuh soal wang kertas kerana kedua-dua matawang ini dan riba ada hubung kaitnya dari segi sejarah.

Sejarah mencatatkan bahawa antara wang yang paling awal muncul di dunia ini adalah wang emas yang digunakan pada empayar Rom di Eropah, berkurun lama sebelum kedatangan Islam di bumi Arab. Wang emas terus digunakan oleh dunia Islam dan bahagian-bahagian dunia yang lain setelah keadatangan Nabi Muhammad s.a.w. Kearajaan Melayu Melaka pada kurun ke-14 Masehi juga menggunakan wang emas.

Namun, penggunaannya berakhir pada 1924 berikut runtuhnya kerajaan Khilafah Islamiah terakhir iaitu Khalifah Uthmaniah yang berpusat di Istanbul, Turki. Selepas itu, dunia beralih kepada wang kertas yang bersandarkan emas.Namun, sejarah wang kertas diwarnai misteri, tipu daya dan pembelitan yang dahsyat. Warga Amerika Syarikat, G Edward Griffin dalam buku The Creature From Jekyll Island berkata bahawa titik bermulanya penipuan wang kertas adalah pada 1910.

Mesyuarat misteri di pulau Jekyll pada tahun itu membawa kepada penubuhan the Federal Reserve Department (FRD) pada tahun 1913 yang keahliannya bukan di kalangan rakyat atau institusi kerajaan Amerika Syarikat . Sebaliknya dianggotai oleh syarikat milik persendirian asing. Penggunaan perkataan ‘federal’ (persekutuan) ke atas sesuatu yang berbentuk persendirian adalah pembohongan yang nyata. Kongres Amerika Syarikat pula terpaksa meluluskannya secara curi-curi.

Jabatan ini kemudiannya mentadbir segala urusan kewangan Negara Amerika Syarikat., antaranya mencetak wang kertas Dolar Amerika dan memperkenalkan Fractional Reserve Bangking (FRB) atau Fractional Reserve Requirement (FRR) yang menjadi asas perjalanan sesebuah bank. Sehingga hari ini, FRB digunakakn oleh industri perbankan di seluruh dunia termasuk Malaysia untuk mencipta wangsesuka hati dalam jumlah yang berlipat kali ganda melebihi kekayaan sebenar.

Berikutan penubuhan FRD, banyak peristiwa besar berlaku sehingga membolehkan British mengusai Bandar Jerusalem pada 1919. Penguasaan itu menandakan berakhirnya era Perang Salib yang berlangsung selama 250 tahun antara umat Islam dan Kristian. Dinia pun berubah dengan mendadak. Kemuncaknya ialah kejatuhan Kerajaan Khalifah Uthmaniah.

Peristiwa demi peristiwa terus mengejutkan dunia, antaranya Perang Dunia Pertama dan krisis ekonomi dunia besar-besaran pada 1929. Pada 1944, muncul pula perjanjian Bretton Woods yang melibatkan 44 buah Negara dunia yang bersetuju untuk menyandarkan mata wang kertas masing-masing kepada Dolar Amerika dengan jaminan bahawa USD35 bersamaan dengan satu auns emas.

Negara-negara dunia tidak lagi menyandarkan mata wang kertas kepada rizab emas masing-masing seperti sebelum ini. Setahun selepas Dolar Amerika mendapat ‘daulat’ berkenaan, International Monetory Fund (IMF) pun ditubuhkan. Pada 1948, Negara Israel mendapat pengiktirafan sebagai sebuah Negara berdaulat di tengah-tengah Negara Palestin yang sah.

Seterusnya pada 1971, kerajaan Amerika Syarikat pimpinan Ricard Nixon hampir bankrap gara-gara Perang Vietnam dan masalah deficit imbangan pembayaran yang berterusan. Tuntutan rasmi terhadap rizab emas Amerika Syarikat melambung kepada USD32 bilion sedangkan rizab emas yang ada hanya satu pertiga. Keyakinan terhadap Dolar Amerika punah.

Berduyun-duyun bank pusat negara lain memeras ugut Amerika Syarikat dengan cara menebus pegangan Dolar Amerika masing-masing. Emas mengalir keluar dari Amerika Syarikat lalu dengan sendirinya meruntuhkan nilai Dolar Amerika.

Namun Amerika licik bertindak dengan memutuskan ikatan antara Dolar Amerika dan emas. Ini bermakna Amerika Syarikat memungkiri perjanjian Bretton Woods dan bertindak secara unilateral untuk menguburkan system piawaian emas.

Selepas 15 ogos 1971, dollar tidak lagi bersandarkan kepada emas. Sejak itu, nilai dolar ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing. Kesannya, semua matawang dunia berubah menjadi matawang fiat iaitu matawang yang bernilai sifar. Ini bermakna setiap Negara bebas mencetak wang kertas tana perlu bersandarkan kepada apa-apa rizab.

Kalau ada pun, ia dalam jumlah yang kecil seperti yang ditetapkan oleh Special Drawing Rights IMF. Bayangkan betapa liciknya permainan ini. Pun begitu apa jua tipu daya tetap ada kelemahannya seperti mana yang disebut oleh Allah dalam al-Quran,Firmannya :

Maksudnya :
“Orang-orang yang beriman dan berperang di jalan Allah dan orang-orang yang kafir berjalan di jalan thaghut, sebab itu perangi lah kawan-kawan syaitan itu kerana tipu daya syaitan itu adalah lemah.” [surah an-Nisa’, ayat 76]

Sekarang, ‘tabir’ yang melindungi wajah sebenar wang kertas semakin terungkai. Dunia mula mengetahui apa ada di sebalik wang kertas. Wang kertas tidak mempunyai nilai intrinsik seperti mana wang sebenar (contohnya emas, perak, sebakul barangan dan lain-lain).

Nilai yang dicetak di atas wang kertas kini ditentukan oleh kerajaan yang mengeluarkannya dan kuasa pasaran (market forces). Ini bermakna nilainya bergantung kepada permintaan dan manipulasi pihak yang mengeluarkannya. Ia hanya lah ‘janji’ untuk membayar dan pihak yang mengeluarkannya tidak semesti menunaikan ‘janji’ itu. Atas inilah, sebagai contoh, pada wang kertas Ringgit Malaysia yang kita gunakan sekarang, tercetak ayat, “wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai….”.

Wang kertas digelar fiat kerana ia bukan berbentuk komoditi tetapi dikeluarkan oleh pihak tertentu dan dijamin nilainya oleh pihak yang mengeluarkan. Pengertian sebenar disebalik wang kertas ialah sekadar ‘sekeping kertas’ yang diterima pakai untuk semua urusan jual beli. Asas penerimaan kertas ini hanya atas dasar kepercayaan terhadapnya.

Kepercayaan semata-mata! Itu sahaja! Sekiranya di suatu masa kelak, semua orang hilang kepercayaan terhadap ‘kertas ini’ lalu ia tidak lagi berguna, sekalipun jumlahnya berguni.

Sejarah membuktikan bahawa dalam peperangan mata wang sesebuah Negara dilanda krisis akan hancur lalu wang kertas dilambakkan seperti bukit di satu tempat dan dimansuhkan dengan cara membakarnya hingga hangus. Di Malaysia, sebahagian besar generasi sebelum merdeka masih lagi mengingati istilah ‘duit pisang’ atau ‘duit Jepun’ yang menyaksikan berguni duit kertas tidak mampu untuk membeli secawan beras. Ungkapan ‘duit tak laku’ bukan lah sesuatu yang asing buat orang lama yang pernah melalui pengalamn buruk itu.

Selain wang kertas, wang fiat juga merujuk kepada wang dalam bentuk angka dalam akaun, hutang-hutang yang dikeluarkan oleh bank atau institusi kewangan dan kad plastic digital. Wang ini tidak disokong oleh apa-apa aset yang nyata. Nilainya mudah dimainkan oleh speculator matawang yang berniat jahat, tamak dan tidak berperikemanusian.

Krisis ekonomi Asia pada 1997 adalah contoh yang paling dekat dengan kita. Spekulasi dan manipulasi menyebabkan berlaku susut nilai matawang atau lebih buruk, matawang itu langsung tidak bernilai. Keadaan yang dinamakan ‘money meltdown’ ini sudah pun berlaku dalam tahun-tahun kebelakangan (kejatuhan Dolar Amerika pada 1973 dan 1980).

Keadaan ini pasti akan berulang. Krisis ekonomi dunia diramal menjadi lebih teruk berbanding pada tahun 1929.
Sistem ekonomi kapitalis, bank dan institusi kewangan dengan cara tidak bertanggungjawab telah mencipta wang fiat dengan banyak di pasaran sehingga menyebabkan inflasi. Wang itu dicipta melalui kepelbagaian deposit, memberi hutang dan mengenakan faedah. Setiap wang fiat yang didepositkan ke dalam bank akan mencambahkan tiga wang fiat lagi yang boleh diberikan kepada individu dan syarikat perniagaan. Ekonomi ini adalah ekonomi palsu yang tidak berasaskan kepada pengeluaran sebenar.

Sesetengah kerajaan mencetak wang sewenang-wenang tanpa bersandarkan kepada pengeluaran sebenar dalam Negara bagi kepentingan pemerintah dan pengekalan kuasa.

Apabila semakin banyak wang dicetak, nilai wang fiat akan berkurangan dan menyebabkan inflasi. Kuasa beli rakyat pula akan berkurangan. Satu wang fiat tidak memungkinkan kita membeli barangan yang sama kita beli seperti sepuluh tahun yang lalu. Ini menjadikan nilai wang kertas fiat hanya terletak pada barangan yang kita beli hari ini. Sebagai contoh, tiga puluh tahun lalu, seseorang yang bergaji RM 1000 sebulan mampu memiliki kereta import berjenama dan sebuah banglo. Hari ini, gaji sebanyak RM 20 000 sebulan belum tentu menjanjikan kereta import dan banglo. Harga barangan menjadi terlalu tinggi iaitu meningkat berkali ganda berbanding peningkatan dalam pendapatan.

Orang sekarang berkerja siang dan malam serta melakukan bermacam-macam jenis pekerjaan, tetapi masih berada di dalam keadaan kekurangan. Harta pada hakikatnya dimiliki oleh bank atau institusi kewangan. Hampir semua orang berhutang dengan bank atau institusi keewangan dan pada bila-bila masa boleh menjadi papa kedana kerana hutang itu. Malah hutang bank juga boleh diwarisi sehingga ke anak cucu.

Kadar pengangguran dan kegagalan syarikat perniagaan pula semakin meningkat dari hari ke hari. Semua ini angkara sistem kewangan fiat yang menyebabkan ekonomi berkembang secara tidak stabil serta mewujudkan jurang besar antara golongan berada dengan golongan tidak berada. Jelas wang kertas adalah wang yang tidak adil dan tidak jujur. Apabila Amerika Syarikat meluluskan penubuhan FRD dan Amerika Syarikat mengadakan perjanjian Bretton Woods pada 1944, seluruh ummah sebenarnya sudah ditipu ‘hidup-hidup’. Inilah penipuan terbesar dalam sejarah manusia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2012 09:22 PM | Show all posts
Saya dah start boikot wang kertas. Kumpul gold coin skg ni. Nak guna bila akhir zaman nanti. Skg masih belum pindah ke hutan/gua, just pindah ke kg jer dulu. Kui3

Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2012 02:04 AM | Show all posts
Reply 5# muda_nerq

aku nasihatkan beli tanah jugak..
tanah lebih banyak berguna dari emas..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-1-2012 06:20 AM | Show all posts
Nak guna bila akhir zaman nanti ...
muda_nerq Post at 22-1-2012 21:22



Akhir zaman tu bila? Musykil ni...~
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2012 08:03 AM | Show all posts
Reply 7# Dzulqarnain

akhir zaman tak tau bila tapi sistem monetary aku jangka akhir tahun ni collapse..
sebab hutang US melambung sangat..
inflasi gila gila..
ekonomi setiap negara merudum..
perang pun dah makin banyak nak berlaku contoh skang Iran tengah krisi ngan US, arab hari tu, bermacam la..
perpecahan masyarakat bukan saja di malaysia tapi seluruh dunia..
banyak.. nak selamat g la beli emas tapi jangan beli emas dari public bank..
tapi aku lebih rekemenkan tanah dari emas..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2012 09:08 AM | Show all posts
tapi kalau beli emas pun, tengah zaman yg barangan atau sumber berbentuk makanan lebih berharga, ada ke orang nak membarterkan emas dengan beras/gandum contohnya? mula2 mungkin org terima tapi kalau keadaan ni berpanjangan dan sumber makanan semakin sikit akibat peperangan dan kehancuran alam sampai kebuluran kronik berlaku, emas tu laku dan bernilai lagi ke waktu tu?

cuba bayangkan orang dekat afrika yg dah tinggal tulang tu, ditawarkan emas dan makanan rasanya mereka ambik makanan. sekadar bertanya...
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2012 03:14 PM | Show all posts
Reply 9# manap77

tu la pentingnya tanah...
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2012 09:38 PM | Show all posts
Reply 10# pawangBuaya


   tu la pasal...jgn ade yg jual tanah ngn cine sbb nk beli syiling emas dah laa...
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2012 09:44 PM | Show all posts
jual tanah beli emas? em... klu bayak tanah boleh gak, bleh guna duit untung jual tanah tu utk buat modal usahakan tanah yg balance tu. klu jual tanah beli emas mcm x practical jer, aper jer boleh buat dgn emas tu?
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2012 11:04 PM | Show all posts
orang melayu ada bnyak tanah di kampung, tp tumbuh lalang, nak usahakan? modal ada ke? kepakaran ada? kudrat ada ke, tambahan bekerja di ibukota, takkan nak balik kampung tanam jagung pula
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2012 12:41 AM | Show all posts
Federal reserve adalah satu entiti swasta tapi xpernah reveal dia punya account.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2012 12:45 AM | Show all posts
Bank note penting sebab sapa nak bawak emas berkilo pegi shopping.tapi yg salahnya cetakan note tu tidak ikut value emas tu sendri.

Fakta.contoh dalam bank ada 100 coin emas.tapi bank dibenarkan untuk mencetak duit lebih 10kali ganda dari value emas tu.sebab inflasi skang.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2012 07:37 AM | Show all posts
Reply  Dzulqarnain

akhir zaman tak tau bila tapi ...
pawangBuaya Post at 23-1-2012 08:03



Semoga saudara² sempat hidup pd 'akhir zaman' tu nnt ye...insya Allah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2012 07:40 PM | Show all posts
Semoga saudara2 sempat hidup pd 'akhir zaman' tu nnt ye...insya Allah.
Dzulqarnain Post at 24-1-2012 07:37



   InsyaAllah. Sama2 la kita prepare yer. Mungkin kita x sempat, anak cucu kot dpt tengok zaman tu. Papehal, sediakn payun sebelum hujan. Dlm kes ni, "sediakan bot/kapal seblum banjir besar". Memang besar puny banjir kali ni. Diorang dah tinggikan "empangan" halang "arus". Makin tinggi "empangan" makin besar "arus tu bila lepas nnt. Harap2 keluarga kita terselamat la nanti bila "empangan" tu pecah.
   Teori 2 kupang...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2012 07:49 PM | Show all posts
InsyaAllah. Sama2 la kita prepare yer. Mungkin kita x sempat, anak cucu kot dpt tengok zama ...
muda_nerq Post at 24-1-2012 19:40



...sbb bg saya akhir zaman itu relatif kpd peringatan ter'akhir' (penyelamat/pesuruh terakhir - nabi), jd dh 1400 berlagsung 'end of history' tu. Tggu masa 'end of time' a.k.a. hari kiamat.

Kalo yg lain masih menunggu tiba 'akhir zaman' tu, well...good luck~
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2012 02:41 PM | Show all posts
Reply  pawangBuaya


   tu la pasal...jgn ade yg jual tanah ngn cine sbb nk beli syiling emas da ...
thessailly Post at 23-1-2012 21:38


itu betul.........dan aku rasa emas ni tetap ada value sampai bila2........dr zaman firaun lagi emas ni dh ada value..........malah siapa yg simpan emas kene kuarkan zakat kalo aku tak silap.........dan emas juga ada disebut dlm quran rasanye...........so aku fikir emas tetap ada value cuma mgkn value tanah lagi tinggi kot nanti..........tapi kalo dunia dah porak peranda, perang sana sini, tanah pun rasanya dh tarak value.....duduk je la mana nk duduk.......tp emas mgkn masih dipandang tinggi sbg simbol status dn sebagainye......dan bila dunia dh habis berperang dn stabil, emas mgkn dijadikan matawang utama utk beli tanah, makanan etc...........so simpanlah emas dan belilah tanah.......hehehehe.......just my two (2) cents.......
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2012 02:49 PM | Show all posts
...sbb bg saya akhir zaman itu relatif kpd peringatan ter'akhir' (penyelamat/pesuruh terakhir  ...
Dzulqarnain Post at 24-1-2012 19:49



    apa-apapun aku berharap bala bencana akhir zaman spt bencana alam yg melampau, keluarnya dajjal dan keluarnya yakjuj makjuj tdk berlaku di zaman kita tetapi di era slps kita..........tak sanggup rasanya nk menghadapi dugaan tu semua apatah lg dgn iman yg tipis........krn bila dajjal kuar, dugaannya amat besar buat kita org islam............tapi kalo ditakdirkan kita hidup mengharungi era keluarnya dajjal, harap2 la dpt jadi salah seorang dr tentera imam mahdi......hehehe
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:03 AM GMT+8 , Processed in 0.129985 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list