CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sarizu

Kahwin

[Copy link]
 Author| Post time 1-3-2012 07:25 PM | Show all posts
Post Last Edit by sarizu at 2-3-2012 18:32

Episod 6

“Iya sangatlah tu...,” Akma ketawa kecil dihujung ayatnya.

“Buat keje sendiri tu dulu. Jangan nak menyibuk kerja orang. Karang kalau bos tanya itu ini, sapa nak jawab? Tak de maknanya akak nak nolong.”

Anis tidak memberi respon, terpaksa bersetuju saja dengan kata-kata yang didengarinya. Nasib baik sikitnya Yusof tidak ada ketika itu, kalau tak bertambahlah nahasnya dia terpaksa menadah telinga mendengar ayat-ayat power yang akan bersahutan di antara mereka berdua.

“Jangan ambil hati ya dik, akak gurau je, jangan fikir serius plak,” Akma menyambung bicaranya mematikan suasana yang tenggelam seketika tanpa sebarang bunyi daripada Anis. “Akak faham sangatlah orang tengah berdarah manis ni.”

Anis ketawa kecil, memberi tanda bahawa dia sedang ok sahaja.

“Akak dah tengok draf design kad jemputan kahwin Anis tu. Simple and sweet. Ada taste jugak adik akak ni.”

“Ada la sikit-sikit, kak. Saya ambil inspirasi daripada kad-kad kahwin artis yang banyak kat internet tu.”

Akma sekadar mengangguk kepalanya. Matanya fokus pada skrin komputer sambil jemarinya sibuk benar mengetuk-ngetuk keyboard.

“Ambil inspirasi tak pe, jangan tiru bulat-bulat,” Akma bersuara juga. “Biar ada identiti tersendiri. Sekurang-kurangnya ia akan menjadi kenangan abadi sehingga ke akhir hayat.”

Anis sangat bersetuju dengan pendapat itu. Tentu sahaja dia mahukan sesuatu yang bermakna pada kad jemputannya nanti, biar ia menjadi suatu kenangan terindah di dalam diari hidupnya.

Kalau Akma dah bagi komen yang agak baik, membawa makna bahawa kad jemputan kahwinnya itu tersenarai dalam tugasan yang tidak perlu dirisaukannya lagi.

“Akak ada nak komen apa-apa lagi tak pasal kad tu?” Anis bertanya manalah tahu ada kekurangan yang perlu dia perbaiki lagi. “Tulisan dia ok tak?”

Akma tidak terus menjawab, tetapi sekadar menganggukkan kepalanya.

“Dah ok semua tu. Tinggal nak print je lagi.”

Giliran Anis pula menganggukkan kepalanya. Tepat sekali dia membuat pilihan kad tempohari, dengan persetujuan Iddin, kerana mereka bercadang untuk menyatukan kad jemputan bagi kedua-dua belah pihak.

“Terima kasih bagi komen, kak,” Anis bersuara lembut menyedari bahawa Akma sentiasa ada untuk memberinya sokongan disaat dia memerlukan.

Kedengaran kerusi Akma berkeriut. Dia bangun menggeliat kecil membetulkan urat saraf setelah kian lama duduk untuk menyiapkan tugasan yang sedikit tertangguh semalam.

“Akak dah jumpa orang tu... maknanya kami dah kenal satu sama lain. Akak nampak dia ok juga.”

Anis terkejut, tapi nyatanya dia sangat berminat untuk mendengar lagi cerita yang disampaikan Akma kali ini.

Ini sudah jadi realiti! Dulu dia hanya mendengar Akma bercerita tentang seorang lelaki yang dikenalinya di ruang siber.

“Dia ajak nak jumpa. Nak kenal satu sama lain. Akak bawak Dina sekali. Tak selesalah nak pergi sorang-sorang.”

Anis menunjukkan wajah penuh minat untuk terus mendengar. Dia sedar bahawa Akma juga mahu dia mendengar cerita yang satu ini. Anis tersenyum lebar.

“Elok sangatlah tu akak pergi berteman. Bolehlah dia kenal bakal ayahnya. Sekurang-kurangnya dia boleh bagi komen, ya tak?”

Wajah Akma meruap merah tersenyum malu mendengar komen Anis.

“Entahlah, susah juga nak bagitau anak-anak ni, akak sendiripun bukannya bersedia lagi, lagi kita berusia lagi banyak yang kita perlu fikirkan,” terang Akma panjang.

Anis bersetuju dengan apa yang Akma khabarkan, namun dia mengharapkan sesuatu yang baik akan berlaku nanti. Kalau boleh dia mahu mereka disatukan pada saatnya nanti, mengharapkan sesuatu yang indah akan berlaku pada Akma. Dia mahu Akma sekali lagi bergelar isteri.

“Lagipun baru sekali je jumpa dia. Borak-borak, makan-makan, itu je.”

Anis menadah telinga mendengar sambungan cerita. Kalau boleh biarlah pengakhirannya yang indah-indah hendaknya.

“Dia ada ajak untuk jumpa lagi,” Akma menyambung dengan nada ceria sambil tersenyum.

Anis tersenyum lebar lagi.

“Lebih dari tu dia ada ajak balik kampung dia, jumpa mak ayah dia, macam-macam lagilah,  tunggu keputusan akak je.”

“So, akak macamana?”

“Entah. Nak tanya Anis la ni, pendapat Anis camana? Manalah tahu ada idea yang best2 utk akak ni.”

“Nak idea ya?”

Wajah Akma manis semacam saja sejak dari tadi memancarkan satu sinar bahagia dalam hatinya.

“Yes, nak kena belajar balik apa-apa yang patut.”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2012 09:26 PM | Show all posts
sambung byk ckit...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 11:04 AM | Show all posts
''Ada test jugak adik akak ni.”

test ke taste ?..

best jgk crite ni..ntah2 temn lelaki akma tu iddin x?..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2012 06:31 PM | Show all posts
''Ada test jugak adik akak ni.”

test ke taste ?..

best jgk crite ni..ntah2 temn lelaki akma ...
awanjingga Post at 2-3-2012 11:04


mak aih...boleh tsasul plk...
saya edit ya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2012 04:22 PM | Show all posts
Episod 7

Anis cuba mengukir senyum melihatkan ada emel di dalam inboxnya, siapa lagi kalau bukan dari Iddin. Semalam dia ada bertanyakan beberapa perkara perihal perhubungan mereka dan tentunya emel ini adalah jawapan kepada persoalannya.

‘Tinggal tiga bulan lagi sebelum saya bergelar isteri, tapi nampaknya ada sesuatu yang tidak kena di antara kita sejak kebelakangan ini. Terkilan juga rasanya. Tapi, saya masih ingin berkongsi berita baik, ayah sudah janji akan menghadiahkan kita tiket penerbangan honeymoon ke luar negara, mak pula nak bagi tiket untuk percutian dalam negara.

Seronokkan? Harap kita boleh habiskan masa bersama-sama, boleh jalan-jalan menghirup udara di tempat orang, boleh berta’aruf panjang, dan tak lupa untuk merasa menu negara orang, awakkan suka makan...kan?

Harap ianya akan menjadi kenyataan tidak lama lagi, insyaAllah!

Honeymoon nanti saya harap kita boleh santai jalan-jalan melihat tempat orang. Ambil peluang ni untuk kita release tension, tentunya kita sama-sama letih menguruskan majlis nanti. Rasa macam tak sabarnya...

Masa tu kita hanya berdua saja. Tak ada orang yang nak ganggu kita lagi, bak kata orang, dunia tu milik kita berdua saja, bagai merpati dua sejoli, tak gitu?

Kerja-kerja pejabat pun kita tinggalkan buat sementara waktu. Kita buat hal kita saja, segala-galanya adalah hanya untuk kita berdua saja. Seronok sangatkan? Saya sungguh teruja dan memang menunggu-nunggu saat itu.’

Selesai membaca emel Iddin yang tidaklah seronok dibaca, Anis terus membalas emel tersebut.

Dia bangun mengambil sepiring biskut, mengunyahnya, dalam percubaan menghilangkan resah yang sedang bertakhta di hatinya.

‘Kenapa perlu ada rasa terkilan ini disaat sedang meniti bahagia?’ monolognya sendiri walaupun sering saja dia mendengar bahawa banyak dugaan yang harus ditempuhi pasangan dalam tempoh pertunangan ini.

Sekali lagi dia bangun menuju ke dapur, mencipta milo sejuk dengan harapan setiap tegukannya nanti mampu memberi rasa nyaman kepada dirinya yang dalam keresahan.

Selesai sudah minum petangnya, sekali lagi dia menerima emel daripada Iddin.

‘Harap segalanya ok sebagaimana dirancang. Tapi sepatutnya saya yang membayar segala urusan honeymoon mahupun percutian untuk kita berdua. Saya rasa segan apabila urusan ini ditanggung oleh mak dan ayah. Tentunya lebih bermakna jika saya yang settlekan semua urusan ini.

Hari tu awak juga yang cakap, tak nak menyusahkan mak ayah. Tentunya saya lebih lagi tak mahu menyusahkan mereka.

Kita pun dah bincang hari tu pasal benda ni, dah pilih beberapa buah negara yang akan kita lawati.

Saya pun dah ajak awak pergi jumpa ejen pelancongan tempohari, ajak buat pasport, itu semua bukti kesungguhan saya kan?’

Anis sekadar membaca setiap baris emel Iddin, tiada bereaksi, sekadar melumat-lumatkan coklat yang berada di dalam mulutnya. Apa hal lah dengan mamat sorang ni. Susah sangat ke nak memahami benda tu sebagai hadiah perkahwinan? Bukannya sesuatu yang pelik jika ibubapa pengantin yang membayar kos honeymoon untuk anak mereka sebagai hadiah untuk pengantin baru. Anis masih lagi berpendirian sama bahawa tindakan mak ayahnya adalah betul.

‘Cukuplah dulu kita bincang pasal ni. Lain kali kita sambung lagi. Relax dulu bagi fikiran tenang. Lepas tu kita bincang secara rasional.’

Emel dihantar, Anis tidak lagi mahu melayan emosinya kala itu. Dia ke bilik air, mengambil wudhu’ untuk menunaikan solat Maghrib. Selepas ini dia ada janji dengan teman serumah untuk keluar makan-makan.

Usai melipat telekung sembahyang, sekali lagi dia menghadap laptop. Tepat rasa hatinya apabila ada balasan emel untuknya.

‘Tak payah bincang lagi pasal ni. Tak honeymoon pun tak pe. Duduk serumah berdua pun dah boleh sangat nak habiskan masa bersama-sama, tak de gangguan orang lain pun. Ambil cuti lama sikit dapatlah kita bertaa’ruf panjang dan boleh buat aktiviti lain banyak lagi. Dah sah jadi suami isteri apapun kita boleh buat.

Tapi kalau rasa nak pergi ke mana-mana, saya yang akan uruskan sendiri.

Ni saya sedang uruskan pendaftaran untuk kursus kahwin, insyaAllah 2, 3 minggu lagi kita akan pergi sama-sama. Bila dah dapat tarikh nanti saya akan bagitau untuk awak freekan hari tu.’

Emel itu sekadar dibaca, tidak dibalas. Dia menukar pakaian, menyarungkan palazzo hijau, berblouse longgar putih dan bertudung hijau berbunga putih. Kemudian menyarungkan sarung kaki, mengambil purse dan kunci kereta lalu melangkah keluar dari bilik.

Jemarinya mengetuk pintu bilik teman serumah yang masih tidak kelihatan di ruang tamu. Anis mengukir senyuman kepada Nadia kala temannya itu membuka pintu. Dia mahu melupakan emosinya terhadap Iddin yang baginya bersikap kebudak-budakan, tidak sebagaimana umurnya yang sepatutnya sudah matang.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2012 07:30 PM | Show all posts
sambung lg yer...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-3-2012 03:56 PM | Show all posts
Post Last Edit by sarizu at 20-3-2012 16:01

Episod 8

Anis membuat semakan terakhir terhadap kertas kerja yang disiapkannya, sebelum diserahkan kepada Bos tengahari nanti. Kalau boleh dia tidak mahu sebarang kesilapan berlaku pada  kertas kerja itu. Semua maklumat yang dikehendaki oleh lelaki itu telah disenarai lengkapkan. Mudah-mudahan idea tambahan yang diberikannya dalam kertas kerja ini, akan menambahkan lagi nilai tinggi pada cadangan yang diutarakan olehnya untuk menaik taraf pejabat.

Penuh yakin Anis melangkah ke bilik Bos. Dia faham benar dengan karisma yang dimiliki oleh lelaki itu, maka jangan sesekali mengundang jelingan tajam daripada lelaki pertengahan umur itu.  

“U busy tak hari ni? I nak ajak U keluar lunch...dengan my wife sekali. Dia nak kenal dengan U. Kalau U setuju I confirmkan dengan my wife.”

Satu tawaran yang hebat! Dah la lunch dengan Bos, dengan wife dia lagi!

Kepala Anis ligat berfikir untuk menemukan jawapan saat dia melangkah keluar dari bilik Bos. Sekali lagi dia meneliti jemputan lelaki itu tadi. Tiada jawapan ditemukan melainkan sejambak bunga kering penghias meja yang sejak tadi menjadi tenungannya.

Anis puas berfikir dan akhirnya dia hanya merasakan bahawa jemputan Bosnya itu adalah ikhlas.

Dari mejanya dia memandang ke bilik Bos, di balik pintu kaca dia dapat melihat lelaki itu yang sedang meneliti kertas kerjanya tadi. Harap-harap tiadalah ulasan-ulasan yang akan menyentap ulu hatinya selepas ini.

Anis kembali menghadap skrin komputernya, menyemak gambar-gambar ruang pejabat yang dirakamkannya dimana ruangan itu harus dibaikpulih. Sebulan lalu dia telah diarahkan untuk meneliti cadangan bagi menaik taraf pejabat ini. Satu cadangan yang amat baik bilamana dia mendapat maklum bahawa hampir 10 tahun sudah pejabat ini langsung tidak melakukan sebarang baik pulih secara besar-besaran.

Telefon di mejanya berdering, tentu Bos yang mencarinya. Dia segera menjawab ringkas, bangun dari kerusinya, melangkah terus ke bilik Bos.

Pintu bilik Bos dibuka, kelihatan dia sedang berdiri seolah-olah sedang bersedia untuk keluar. Lelaki itu yang segak bergaya dengan kemeja ungu cair disuai padankan dengan tali leher putih purak itu memandangnya sekilas. Mungkin sedang tergesa-gesa, dia hanya menghulurkan sekeping kertas kepadanya.

‘Madam Kwan’s Restaurant @ KLCC @ 1pm’

Anis melipat kertas itu lalu keluar dari bilik Bos. Tentu sahaja dia merasa di awang-awangan... Sekali lagi dia melihat tulisan tangan itu, tiba-tiba dia merasa berdebar-debar.

“Tolong saya, kak Akma...tengok ni,” Anis menghulur kertas putih itu dengan wajah musykilnya. “Bos ajak lunch.”

Anis tahu sangat bahawa Bosnya itu bukanlah berniat tidak baik, kalau berniat serong masakan dia bawa isterinya sama. Mungkin isterinya yang juga pemilik bersama syarikat ini sekadar mahu mengenalinya sebagai pekerja baru di sini.

Dia sendiri sekadar tahu nama empunya diri, Maria, tidak pernah sama sekali bersua muka namun mengenali wajahnya di bingkai gambar dalam bilik Bos. Lebih dari itu dia tidak tahu apa-apa pun.

Malah, dia sendiri langsung tidak mahu ambil peduli tentang keluarga Bosnya. Tidak penting! Cukuplah dia menjadi pekerja yang baik di syarikat ini, itu sudah memadai sangat.

Tak perlu nak melebih-lebih, buat beban otak saja.   



Atas nasihat profesional daripada Akma dan rengekan manja daripadanya, maka dia bersetuju untuk ‘date’ tersebut ditemani Akma. Dia kekok untuk pergi bersendirian, sampai di sana nanti tahulah dia nak explain kepada Bos nanti.



“Assalamualaikum Bos, Puan Maria,” Anis menyalami Maria sopan.

“Waalaikumussalam...Anis ya...? Terima kasih lah Akma, U dapat datang sama,” Maria bersuara sopan sambil tangannya menyalami Akma pula.

Anis lega, tidak perlulah dia rasa bersalah sangat. Namun, berada semeja dengan Bos dan isterinya membuatkan dia rasa sedikit kalut. Cukuplah untuk kali ini, tak perlulah Bos ajak dia lunch ke, apa ke, dilain waktu. Rimas!

Dengan harapan dia boleh berlagak profesional saat ini, hendaknya tiada yang memalukan akan berlaku kepada dirinya. Dia mahu menjadi dirinya yang sebenar, tak payah nak buat-buat apa-apapun. Ligat otaknya meneutralkan dirinya sendiri. Beban!

“U nak makan apa?” Maria menyambung bicaranya. “Order je, kita makan sambil borak-borak.”
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 06:44 PM | Show all posts
aiiikk.... ciput je....
sambung panjang2 ye... tq in advance...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2012 09:09 AM | Show all posts
sikitlah kak...
x cukup...
kalu free letak n3 lagi k...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2012 07:32 PM | Show all posts
panjang la lg...huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2012 11:08 PM | Show all posts
maaf ya kawan2...
ciput2 ni psl masa x brp nk ckup utk bkhayal
bkhayal lebih2 pun idea pun x brp nk ada gak...
tp tgn gtl je nk nulis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2012 11:10 PM | Show all posts
Episod 9

Anis tak keruan melihatkan menu makanan yang sangat pelbagai dengan harganya yang kurang masuk akal membuatkan separuh nafsu makannya melayang. Dia menjeling Akma dengan ekor matanya. Nak juga dia tahu apa pilihan sahabatnya itu. Dengan harapan dapatlah idea untuknya membuat order nanti.

Kalau silap order tak ke malu...

“Saya minta Nasi Bojari. Nampak cantik...harap-harap sedaplah,” kata Anis akhirnya sambil ketawa kecil menghilangkan rasa gugup dalam diri. Lagipun pilihan nasi adalah paling selamat buat dirinya, sementelah melihatkan di hadapan Maria sepinggan laksa kari yang kelihatannya pekat pedas. Ohhh...dia memang anti cili! Bos pula memilih spaghetti bolognese. Diaorang ni memang tak makan nasi ke...?

Maria tersenyum memandangnya sambil mengangguk kecil mengiakan apa yang dikatanya.

Anis masih membelek menu, macam-macam ada, nasi lemak, nasi ayam, kari kepala ikan, rendang daging, dan banyak lagilah. Ais kacang dan cendol pun ada...uhhh...menggugat iman sungguh!

Dia mengalih pandangan ke panorama sekeliling. Seronok melihatkan begitu ramai manusia yang sedang menjamu selera dengan kepelbagaian menu menjadi pilihan mereka.

Nasi Bojari hadir di hadapannya, berlaukkan ayam, udang, telur, sungguh berselera bagaikan mahu saja disudukan ke mulutnya terus.

Anis cepat-cepat sedar diri, menunggu Bos dan Maria terlebih dahulu menjamah hidangan mereka yang sejak tadi belum juga disentuhnya.

Melihatkan semua hidangan sudah tersedia, mereka mula menjamu selera bersama sambil berbual mesra.

Selang setengah jam kemudian, semua hidangan telah mereka selesaikan.

Pertemuan itu memberi peluang untuk Maria lebih mengenali Anis. Melihatkan penampilan pekerja barunya itu, Anis merupakan seorang gadis muda yang masih mengekalkan ciri-ciri kesopanan yang sememangnya perlu ada kepada semua anak-anak muda melayu hari ini.

Dari perbualan mereka tadi, dapat Maria simpulkan bahawa gadis bertubuh kecil molek itu seorang sunti yang masih menjaga nilai ketimurannya, tahu menghormati orang lain dan pandai berbicara, juga berketrampilan menarik walaupun hanya berbaju kurung, bermekap tipis dan tidak mengenakan sebarang aksesori berjenama menghiasi dirinya.

Sebenarnya itu semua sudah dimaklumnya daripada bicara suaminya sendiri. Bukan sekadar itu yang dia tahu, tetapi suaminya sering memuji bahawa Anis seorang pekerja yang berkemahuan dalam menjalankan tugasannya. Walaupun belum mencapai setahun berada di posisinya sekarang, dia sudah menunjukkan suatu peningkatan yang baik sebagai seorang pekerja baru.

“Saya harap Anis suka berkerja di syarikat kami, insyaAllah syarikat akan sentiasa menjaga kebajikan semua pekerjanya, kami sendiri sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada semua pekerja kami. Kalau ada yang tak puas hati, kami sentiasa terbuka untuk sebarang teguran.”

Itulah kata-kata terakhir daripada Maria mengakhiri pertemuan mereka tengahari tadi.

Saat mereka hampir berpisah usai menjamu selera, Maria menghulur satu paper bag kepadanya. Tidak disangka-sangka pasangan 50-an itu menghadiahkannya sehelai tudung buatnya. Uhhh...terima kasih, terima kasih. Nak harapkan dia beli sendiri tudung Fareeda yang berlapis-lapis macam mak datin tu tak de maknanya...purse tak kasi!

Tentu sahaja dia dapat merasakan bahawa betapa bertuahnya mendapat rezeki untuk terpilih bekerja di syarikat ini. Bukan sekadar mendapat majikan yang baik, malah pekerja-pekerja yang lain pun semuanya baik-baik belaka.

Anis sememangnya tidak pernah menyangka akan dapat makan semeja dengan Bos, malah dengan isterinya sekali, tetapi tengahari tadi merealitikan sebuah kenyataan buat dirinya. Bak kata Akma, dia seorang yang bertuah kerana tidak semua pekerja baru dapat makan semeja dengan Bos, jauh sekali untuk berbual bicara dengan isterinya itu. Malah, isteri Bos sangat jarang hadir ke pejabat, boleh dibilang dengan jari dalam tempoh setahun.

Pertemuan tengahari tadi bagaikan suatu kejayaan awalan buat dirinya. Ia suatu bentuk motivasi bagi dirinya untuk menjadi pekerja yang berdedikasi pada setiap masa. Lebih-lebih lagi apabila dia belum mempunyai komitmen yang besar di dalam hidup ini, terutamanya perkahwinan.

“InsyaAllah, saya akan sentiasa lakukan yang terbaik. Kalau ada salah dan silap, saya bersedia untuk menerima sebarang komen. Sebagai pekerja baru yang pengalamannya kosong, sememangnya saya perlu belajar lebih banyak perkara baru setiap hari.”

Bagitulah janjinya kepada Bos dan Maria tadi sebagai tanda terima kasih kepada kebaikan yang ditunjukkan kepada dirinya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2012 11:13 PM | Show all posts
aaa...ciput jugak?
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2012 07:16 PM | Show all posts
xpe2...nti sambung lg...heeee
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2012 11:31 PM | Show all posts
leh smbg lg x??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2012 11:36 AM | Show all posts
sambung bleh je...
tp x leh mntk lebih2
std ciput je nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-4-2012 11:41 AM | Show all posts
Episod 10

Sebagaimana hari-hari yang lain, Anis tiba seawal waktu di pejabat. Semenjak mendapat maklum balas yang baik daripada Bos dan isterinya tempohari, menjadikannya lebih bersemangat untuk memulakan setiap hari barunya.

Hari ini Akma bercuti, dari minggu lepas dia memaklumkan kepadanya akan bercuti pada hari ini. Tetapi seawal Subuh tadipun dia masih menerima mesej daripada Akma mengingatkannya bahawa dia bercuti pada hari ini. Begitulah selalunya Akma, seringkali mengingatkannya berkali-kali untuk setiap perkara apapun, seolah-olah dia ini nyanyuk orangnya. 23! Muda lagilah. Kahwin pun belum.

Tapi memang begitulah, sepatutnya Akma menemani pertemuannya pada hari ini dengan si tunang tersayang. Selepas menyatakan persetujuan untuk berjumpa dengan Iddin malam tadi, baru pagi tadi dia perasan bahawa dia sudah tidak berteman pada hari ini.

Untuk membatalkan pertemuan itu dia serba salah kerana Iddin mengambil cuti pada hari ini semata-mata untuk berjumpa dengannya. Jalan paling selamat, dia bersetuju untuk berjumpa Iddin tetapi hanya di cafe sebelah pejabatnya sahaja. Kempunanlah dia untuk merasa menu sajian cina halal di Restoran Cheng Ho, milik Amy Search tu. Kalau Akma ada tentunya Iddin menepati janjinya untuk bawa mereka ke restoran itu. Kalau cafe kat sebelah ni makan nasi goreng cina je lah. Tu pun nasib baik ada orang nak tolong bayarkan!

Iddin memang tidak pernah kesah untuk makan kat mana-manapun. Janji halal! Dia pun tak perlu la nak berdua-duaan berkereta ke Wangsa Maju sana tu. Jalan kaki tak menyempat nak letih pun dah boleh makan sedap-sedap.

Anis memilih tempat duduk berhampiran dinding, tidak mahu terganggu dengan pelanggan yang keluar masuk ke restoran itu nanti. Dia mula membuat pesanan, nasi goreng cina dan nescafe ais untuknya, nasi ayam hainan dan teh ais untuk Iddin.

Tidak sampai 10 minit menunggu, dari jauh dia sudah nampak Iddin yang bert-shirt putih berjalan menuju kearahnya.

Anis tersenyum memandang si tunang tersayang. Hensem, hensem macam dulu-dulu jugak. Memang Iddin sentiasa menjaga penampilan dirinya walau dihari apa sekalipun.

Si tunang yang berkerjaya sebagai pensyarah di salah sebuah institusi pengajian tinggi awam itu, membalas pandangannya, memberi salam dan duduk di hadapannya.

Dia tersenyum, sedikit berbasa-basi, Iddin terus membelek menu. Anis menarik menu itu dari tangan Iddin. Pandangan musykil diterimanya, tetapi tidak lama kerana seorang pelayan telah datang menghampiri meja mereka untuk menghantar pesanannya tadi.

Iddin memandang hidangan untuknya.

“Tahu juga awak kesukaan saya ya,” Iddin bersuara sebelum menyentuh hidangannya.

“Tahulah sikit-sikit...tapi belajar buat tak jugak...”

“So, bila nak belajar? Dah nak kahwin ni. Belajar esok boleh?”

Anis menggeleng. Tunduk memandang hidangannya pula.

“Apasal tak boleh? Susah sangat ke nak buat nasi ayam ni? Nak saya ajarkan? Saya pandai je buat nasi ni.”

“Pandai ya? Awaklah masak untuk saya nanti.”

Iddin memandang Anis. Memang dia tahu Anis anak manja dalam keluarganya. Kadang-kadang masih keanak-anakan dalam usianya kini. Malah, bukan perkara pelik jika anak dara sekarang ini tidak tahu memasak.

Tetapi tidak tahu memasak dengan malas memasak jauh benar bezanya. Sepatutnya ‘masa-masa tambahan’ macam ni lah anak-anak dara sekalian perlu menambah ilmu untuk menjadi suri yang lebih bertauliah. Mereka perlu mencuba yang terbaik untuk menjadi suri yang terbaik suatu masa nanti.

Menikmati hidangan masing-masing menjadikan suasana sepi diantara mereka berdua.  Mungkin tidak mahu mengganggu masa makan, mereka mahu menyelesaikannya terlebih dahulu sebelum menyambung perbualan.

“Betul tak nak belajar masak nasi ayam ni?” Topik yang sama menjadi bualan Iddin, tak puas hati dengan gelengan Anis tadi.

“Nak lah. Saya geleng tu bukannya tak nak belajar, tapi geleng sebab tak nak belajar esok. Esok kan kerja, tunggulah weekend ke...”

“Pandai cek adik ni ya...ok, sayang balik, tadi dah separuh sayang hilang,” Iddin membalas cepat, kelihatan raut wajahnya ceria sekali. “Tapi saya tahu awak masak nasi tomato memang sedap.”

Anis tersenyum mekar. Tahu saja memujuknya, ada la tu perkara lain yang lebih serius dia mahu bincangkan selepas ini kalau ada puji-pujian tu.

Memang ada perkara yang perlu mereka bincangkan bersama, tentunya berkaitan majlis perkahwinan mereka nanti. Bukan semua perkara dia mahupun Iddin boleh putuskan sendiri, ada beberapa perkara lain juga yang perlu mereka bincangkan bersama sebelum sebarang keputusan diambil. Terutamanya beberapa perkara yang melibatkan faktor kewangan yang agak besar, dia perlu menerima pandangan tungangannya juga.

“Saya kurang bersetuju dengan photographer yang awak nak tu, saya dah tengok gambar-gambar yang dia ambil sebelum-sebelum ni, kurang kreatiflah. Lagipun cameraman dia tu ranggi sangatlah pakaiannya. Rasa macam tak suai dengan keadaan majlis kita nanti. Lari konsep.”

Anis tadah telinga mendengar pandangan Iddin.

“Majlis kita nantikan berkonsep tradisional.”
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2012 06:26 PM | Show all posts
lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2012 08:32 AM | Show all posts
best...kalu free letak n3 lagi k...
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2012 09:24 AM | Show all posts
smbg cpt2..jdi ke x khwinnya tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 10:59 AM GMT+8 , Processed in 0.258520 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list