CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sarizu

Kahwin

[Copy link]
 Author| Post time 29-5-2012 01:11 PM | Show all posts
Post Last Edit by sarizu at 29-5-2012 13:14

Episod 19

Iddin tersenyum melihat semua koleksi gambar majlis pertunangannya hampir setahun yang lalu. Semua ahli keluarga kedua-dua belah pihak kelihatan tersenyum keriangan berada dalam majlis bahagianya. Dia tersenyum lagi. Tersenyum pada sebuah kenangan.  

Fikirannya melayang pada episod kehidupannya yang lalu. Dia telah jatuh cinta pandang pertama pada perempuan yang sesekala dia berpapasan di fakultinya sendiri. Si gadis bertudung yang manis!

Hatinya seringkalinya berdebar-debar pabila melihat gadis itu, walaupun nun dari jauh. Akhirnya dia tahu, gadis itu Anis namanya. Dia mengorek cerita lagi, oh, anak bongsu rupanya daripada lima beradik. Itu sajalah yang dia mampu. Mahu pergi lebih jauh meluahkan perasaan yang terbuku indah, sungguh dia tidak mampu kerana merasa rendah diri kerana masih bergelar pelajar. Dia sudah berjanji kepada diri sendiri untuk tidak ‘menabur janji’ kepada mana-mana gadis sehingga sudah punya kerjaya sendiri.

Akhirnya, ‘jodoh’ masih memihak kepadanya. Selepas mendapat gaji pertama, dia berani melamar gadis itu, dan segalanya berjalan manis mengukir sebuah kenangan terindah kepadanya sehingga kala ini.

Anis mudah menerima kehadiran dirinya selama ini. Dia seorang gadis yang ringkas, mudah diuruskan perasaannya. Kalaupun merajuk sesekala, dia tidak perlu bekerja keras untuk memujuk. Dia tidak pernah letih dalam perhubungan matang ini, dia selalu bersemangat. Tetapi...kenapa kali ini dia benar-benar terasa hati?

Dia termenung lagi, masih bersantai di bilik beradunya yang bakal menjadi bilik ‘honeymoon’ untuk mereka berdua tidak lama lagi. Dia pernah sekali mengajak Anis datang ke sini tetapi gadis itu menolak, katanya ‘apa kes anak dara nak ke rumah bujang?’ Betullah, dia menghormati alasan itu. Namun, seringkalinya dia akan berbincang dengan si tunang terlebih dahulu jika mahu membeli perabot tambahan, sekurang-kurangnya dia mahu menghargai citarasa tunangnya itu yang bakal berkongsi rumah dengannya nanti.

Iddin memicit-micit kepalanya, mungkin kerana terlalu banyak fikirkan yang bukan-bukan menjadikan kepalanya terasa berat. Kalaulah Anis tahu...banyaklah nanti pesanan penajanya. Makan ubat, rehat, jangan keluar...bla...bla...bla...

Oh, sebenarnya dia sedang merindu! Ya, bayangan Anis tidak pernah hilang dari fikirannya. Dia sakit kerana menanggung rindu! Mahu menelefon Anis? Mungkin tidak! Egonya masih memuncak, kalau boleh dia mahu Anis terlebih dahulu yang memujuk rajuk hatinya. Perempuan tu pun satu! dah berhari-hari tidak menghubunginya. Merajuk jugak ke?

Dia berfikir lagi. Sampai bila dia mahu menjadi lelaki yang bersungguh-sungguh menjaga status egonya? Ego yang menyakitkan jiwanya sendiri, menjadikan dia menanggung rindu yang sudah tidak tertahan.

Sebenarnya apa yang dia sendiri mahukan? Tentunya jauh sekali mahukan perpisahan, setelah sekian lama dia menyimpan perasaan dan berusaha untuk mendapatkan Anis selama ini. Oh, dia mesti tegas dengan perasaannya, sesekali tidak akan memberi peluang kepada orang lain untuk merampas bahagianya selama ini.

Hari ini masuk hari kelima mereka berdua bersikap dingin, saling tidak berhubung di antara satu sama lain. Akhirnya sikap ego ditolak ketepi...

“Assalamualaikum!”

“Waalaikumussalam...”

“Awak apa khabar?”

“Dah keluar hospital sihat la kot.”

“Kenapa tak call saya?”

“Sepatutnya saya yang tanya soalan tu...”

“Ok, saya tak call pasal tunggu awak call la...”

“Kenapa tunggu saya call pulak?”

“Nak suruh awak pujuk saya la...”

“Sepatutnya awak la pujuk saya, dah marah saya macam-macam, dah sakitkan hati saya, ada hati pulak nak suruh orang pujuk dia...”

“Kalau nak suruh saya pujuk, call la bagitau yang awak tu merajuk. Mana saya tahu awak pun merajuk, saya ingat saya je yang nak merajuk.”

“Apa-apa lah dia ni...ni call saya dah tak merajuk ke?”

“Buang masa je saya merajuk, awak tak pujuk pun.”

“Ok, esok datang rumah saya ya, makan tengahari dengan mak ayah. Diaorang pun ada nak bagi awak sesuatu,” Anis menyambung kata.

Tiada lagi rindu yang tertanggung, perasaannya sudah tidak terdera lagi. Iddin tahu Anis sebenarnya perempuan yang baik, tetapi kalau sudah berdarah manis ada saja yang tidak kena pada pandangannya.





Tengahari itu Iddin tiba seawal waktu yang dijanjikan. Dengan membawa sebakul buah-buahan, bakal ibu mertua senyum menyambutnya.

Kedengaran hilai tawa anak-anak kecil mengisi ruang tengah rumah sederhana besar itu menyerikan suasana. Dia tahu tentunya itu anak buah Anis yang seramai tujuh orang sedang bergelak sakan. Tidak tahu pula dia keluarga mereka akan berkumpul pada hari ini. Atau ada sesuatu yang istimewa pada hari ini?

Kelihatan Anis keluar membawa sedulang gelas dan jag air berisi bandung cincau. Dia memberinya senyuman dengan harapan di antara mereka sudah baik-baik saja. Anis membalasnya. Kemudian masuk lagi ke dapur, dan keluar lagi dengan membawa sebiji kek bersaiz sederhana. Iddin menilik tulisan di atas kek itu... oh, rupanya kek harijadi salah seorang anak buah Anis. Terkilan pula dia kerana tidak membawa sebarang hadiah pun.

“Kenapa tak bagitahu saya ada majlis hari ni?” Iddin bertanya seakan berbisik sambil tangannya cuba membantu menyusun pinggan-mangkuk yang baru saja dibawa keluar Anis.

“Bukan majlis apapun...makan-makan kesyukuran untuk anak buah saja. Lain la kalau hari jadi saya, kurang-kurangnya adalah hadiah nak kena bawakkan,” selamba Anis menjawab.

“Tak payah tunggu hari jadi pun, hari ni pun saya ada bawak hadiah untuk awak,” Iddin senyum sambil menyeluk poket seluarnya. “Semalam, saya jalan-jalan kat tasik...tengok tasik pun ada muka awak...rindu sangat kat awak ni...kebetulan kat situ ada kiosk buat mende ni, saya ukir satu untuk awak,” keychain silver berbentuk love bertukar tangan.

“Sayang jugak awak kat saya ya,” Anis tersenyum lembut, terharu dengan ukiran tulisan ‘to love n b loved is everything...IDDIN’.



Usai memotong kek dan makan-makan ringkas, mereka menyambung makan tengahari dengan hidangan yang lebih berat. Apabila makan sekeluarga begini makin terasa tidak sabar untuk mereka berdua disatukan.

Hari ini Iddin merasa lebih tahu untuk menghargai sebuah perhubungan. Dia mahu berjuang untuk kisah cintanya yang makin menghampiri titik bahagianya. Mudah-mudahan segala impian dan doa-doanya dimakbulkan Allah s.w.t., insyaAllah!

Sebelum melangkah untuk pulang, bakal mertuanya menghulurkan sekeping sampul surat. Lantas dia membukanya, ya, mereka benar-benar ikhlas untuk menghadiahkannya tiket berbulan madu di Korea. Dia tersenyum, baik punya bodek si bongsu la ni yang gila-gila minatkan mamat-mamat Korea sekian lama. Nasib badanlah apabila dia pula mirip Dingdong Dantes, perasaaan lagi!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2012 01:53 PM | Show all posts
Reply 101# sarizu

Eleh Iddin....

Tunjuk garang konon! Phuiiii

cepatlah kahwin. Sekolah pun dah coti nih....
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2012 09:05 PM | Show all posts
mesti pasni ade lg prob sblm tiba hri nikah tu...
cpt la kawin kalo dah syg sngt... x pyh nk gaduh2 la..

next
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2012 10:17 AM | Show all posts
mesti pasni ade lg prob sblm tiba hri nikah tu...
cpt la kawin kalo dah syg sngt... x pyh nk gaduh2 ...
misssakura Post at 29-5-2012 21:05



    miss..org yg dh kawen xgaduh2 ker..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2012 12:22 PM | Show all posts
miss..org yg dh kawen xgaduh2 ker..
awanjingga Post at 30-5-2012 10:17



   ala dh kawin nanti gaduh2 manja je la...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2012 08:43 AM | Show all posts
iddin, mana pergi kamu. lama dah rasanya menunggu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-5-2012 06:00 PM | Show all posts
bestnya dpt adiah pree....heeee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2012 06:33 PM | Show all posts
Reply  sarizu

Eleh Iddin....

Tunjuk garang konon! Phuiiii

cepatlah kahwin. Sekolah p ...
Nicki_Meow Post at 29-5-2012 13:53


Iddin kan selalu nk tnjuk macho...





ni dh bjangkit dgn sapa eh hr tu yg suka meludah merata2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-6-2012 06:37 PM | Show all posts
mesti pasni ade lg prob sblm tiba hri nikah tu...
cpt la kawin kalo dah syg sngt... x pyh nk gaduh2 ...
misssakura Post at 29-5-2012 21:05


ok, ok...atas nasihat yg d berikan 'kami' dh tk larat nk gaduh...
dah nak kwin ni...tunggu hari je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2012 06:40 PM | Show all posts
miss..org yg dh kawen xgaduh2 ker..
awanjingga Post at 30-5-2012 10:17


tumpang menyelit gak... org yg dh kwen gaduh pagi, malam2 dh tpaksarela kn jd baik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2012 06:44 PM | Show all posts
iddin, mana pergi kamu. lama dah rasanya menunggu.
muaz04 Post at 31-5-2012 08:43


tengah siap2 nk kwin ni...

jgn boring ya...jap2 lagi nk kwin dh ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2012 06:45 PM | Show all posts
bestnya dpt adiah pree....heeee
nhid_tam Post at 31-5-2012 18:00


jap lg nk dpt cincin berlian free lak
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2012 06:46 PM | Show all posts
Iddin kan selalu nk tnjuk macho...

ni dh bjangkit dgn sapa eh hr tu yg suka mel ...
sarizu Post at 3-6-2012 18:33


Berjangkit dengan Johan...

Sedey ah dia tak menang Super Spontan.....

Tetiba.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2012 06:53 PM | Show all posts
Episod 20

Dia mencuri masa untuk bersendirian, Anis mengait kembali kenangan bagaimana dia boleh meneriman Iddin sebagai lelaki yang akan bersamanya disuatu masa nanti.

Menjadi seorang sunti di kampus memang banyak juga pilihan hati. Tetapi dia bukanlah berniat ‘mengumpul’ jodoh. Bukan tidak ada rakan sekampus yang berjaya mencuit hatinya, Syukri pernah mengajaknya keluar, Khairil pula sangat menarik perhatiannya setiap kali mereka bersua, dan seingatnya lelaki itu juga turut pernah memberi renungan yang sangat bermakna kepadanya. Tetapi itu semua hanyalah kenangan, tiada di antara mereka yang berani meluahkan perasaan, malah dia sendiri tidak tahu untuk membuat pilihan yang terbaik.

Akhirnya dia malas untuk memilih, hanya mahu menunggu sahaja. Menunggu siapa sahaja yang berani melamar dirinya, jika berkenan di hatinya dan mendapat restu orang tua maka dia akan senang hati menerimanya. Maka, dia tidak mahu lagi memikirkan perihal jodoh, yang  lebih penting adalah mahu menamatkan pengajiannya di kampus ini sehabis baik.

Tetapi dalam diam dia juga menaruh minat kepada seorang senior, tetapi langsung tiada sebarang hubungan perasaan di antara mereka, yang ada hanyalah hubungan ‘profesional’ sebagai ahli Kelab Fotografi. Cukup sekadar itu, mereka sekadar bertemu semasa beraktiviti sahaja, itupun tidak pernah berada di dalam kumpulan yang sama.

Mahu juga dia bertegur sapa, tetapi apabila melihatkan wajah pujaan hatinya yang sentiasa serius, memang lidahnya langsung tidak boleh diharap. Terus kelu seribu bahasa. Tetapi silapnya juga apabila terrrjatuh hati dengan lelaki yang tidak punya senyuman, tidak mengapalah, asalkan dia siuman!

Satu sebab mengapa dia berminat dengan pujaan hatinya itu, dia seorang lelaki yang tidak merokok! Itu saja. Kelihatan retorik, tetapi itulah syarat ibu dan ayahnya untuk dia mencari jodoh sendiri. Syukri dan Khairil, serta 85% lelaki sekuliahnya semuanya kaki rokok. Fuhhh...susahnya mencari jodoh.

Tit tit tiiittt!

Lamunan Anis terputus. Handphone di sisinya diambil, melihat ada satu mesej masuk.
Dia tersenyum melihat teks yang diterimanya. Lelaki yang tidak punya senyuman itu mengingatkannya lagi, ‘tiga hari’. Ya, tiga hari lagi dia akan bergelar isteri kepada pujaan hatinya semenjak di kampus lagi. Siapa tahu betapa Allah sangat memudahkan urusan jodohnya tanpa bersusah-payah mencari.

Sebenarnya dia sudah mula bercuti pada hari ini selama dua minggu. Mahu menyiapkan minda dan fizikal untuk menempuh hari bahagia yang tinggal beberapa hari saja lagi.

Baju akad nikah dan baju untuk resepsi sudah siap tergantung elok di biliknya, hanya menunggu masa untuk disarung. Sampingannya juga dia ada menyediakan dua pasang kebaya longgar untuk majlis ringkas di rumah Iddin nanti. Cukuplah tu, sekadar penambah seri menantu baru di rumah mertua nanti. Kata Iddin, sehari selepas majlis resepsi mereka, dia akan berada di rumah mertua selama tiga hari, selepas itu mereka akan berlepas ke Korea selama empat hari tiga malam. Tidak sabar rasanya untuk berehat panjang sambil beromantika dengan lelaki yang halal di sisinya nanti.

Apa lagi yang tinggal? Semuanya mahu diurus sempurna agar segalanya akan meninggalkan sebuah kenangan yang terindah buat mereka berdua. Anis mahu sediakan yang terbaik buat majlisnya, begitu juga dengan Iddin yang sentiasa menyokong segala apa yang dilakukannya selama ini.

Rasanya banyak perkara yang telah siap sempurna. Anis menarik nafas lega, tinggal persiapan dewan saja yang belum selesai sepenuhnya. Tidak mengapalah, itu semua akan diuruskan oleh kakak dan abangnya untuk sentuhan terakhir, sekurang-kurangnya dia telah berpuas hati dengan lakaran susun atur dewan untuk semua jemputan majlisnya nanti.

Lebih mengujakan apabila dewan itu nanti sebahagian besarnya akan dihias indah dengan orkid hijau cair, sungguh dia tidak sabar untuk seiringan berjalan masuk ke dewan yang bertemakan ‘taman klasik’ disamping tunang tersayang. Biarlah tidak semewah mana asalkan ianya terkesan di hati dan mampu untuk mereka realisasikannya.

Namun dia tahu perkahwinan bukan sekadar menyediakan sebuah majlis yang indah, tetapi yang paling pentingnya adalah tanggungjawab yang harus dipikulnya apabila bergelar isteri nanti. Tentunya dia juga berimpian untuk menjadi seorang isteri terbaik, disamping memiliki seorang suami yang mampu manyayanginya sepenuh hati.

Anis menilik pula cenderahati yang akan dihadiahkan kepada setiap tetamunya nanti, kotak-kotak tempahannya baru sahaja diterima petang tadi. Kotak kecil panjang dibalut songket keemasan terisi Pen yang di atasnya diukir ‘Terima Kasih – IddinAnis’. Dia berpuas hati dengan pilihan hatinya untuk dijadikan kenangan kepada semua jemputannya nanti. Biarlah berhabis wang sedikit lebih, ianya kenangan seumur hidup.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2012 07:04 PM | Show all posts
Berjangkit dengan Johan...

Sedey ah dia tak menang Super Spontan.....

Tetiba..... :lol ...
Nicki_Meow Post at 3-6-2012 18:46


sedih gk psl x dpt nengok hr tu... nengok kt utube jek

tmbh sedih bila dia dpt 50k kita x dpt mnde pun...





tetiba sambung kesedihan nicki...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2012 07:19 PM | Show all posts
tmbh sedih bila dia dpt 50k kita x dpt mnde pun...

sarizu Post at 3-6-2012 19:04


Setuju sangat part ni.....


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-6-2012 07:25 PM | Show all posts
Setuju sangat part ni.....
Nicki_Meow Post at 3-6-2012 19:19


jom belanja saya utk hilangkan sedih ni...






hey!
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2012 07:27 PM | Show all posts
jom belanja saya utk hilangkan sedih ni...

hey!
sarizu Post at 3-6-2012 19:25



Kopi dengan kek je ada....

Silalah.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2012 07:32 PM | Show all posts
Kopi dengan kek je ada....

Silalah.....
Nicki_Meow Post at 3-6-2012 19:27


tahu la x dapek 50k...









hrgai pshbtn kekdahnya...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 08:31 AM | Show all posts
Bila nak sambung ni? Dah hbs baca....teruskan berkarya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 04:28 AM GMT+8 , Processed in 0.075736 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list