|
FAM tidak mahu pasukan buang masa bayar gaji tinggi: Tengku AbdullahSEPERTI \'sudah muak\' dengan gelagat sesetengah pemain import, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) secara terus terang minta persatuan negeri atau kelab mengambil tindakan berani memecat mereka andai dilihat sumbangan kelompok ini merugikan majikan.\n\n\n\n “Daripada kita rugi masa dan duit hasil pelaburan membeli pemain import, lebih baik kita tolong pemain kita beraksi dalam saingan Liga Malaysia, sekali gus meningkatkan kualiti permainan.\n\n\n\n\n\n “Jangan sampai setahun baru kita nak tukar pemain import (tidak berkualiti) hingga memberi kesan terhadap pasukan,” kata Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Kuantan, semalam.Dia menambah tindakan itu wajar kerana kehadiran pemain import bertujuan meningkatkan kualiti permainan bola sepak negara.Namun, katanya, jika prestasi hambar dan permainan tidak berkualiti dipersembahkan mereka, ia bukan sahaja merugikan pengurusan FA dan kelab, malah tidak memberi kebaikan kepada pemain tempatan.Tengku Abdullah berkata, pengurusan FA dan kelab yang ingin mengambil pemain import mempunyai kuasa menyenarai dan memecat jika kehadiran mereka tidak membantu meningkatkan kualiti bola sepak negara.\n\n\nKatanya, dari segi FAM, pihaknya mahu pemain import yang beraksi di negara ini berkualiti dan berdisiplin tinggi membantu memajukan sukan bola sepak.“Jika pemain import berkenaan tidak berkualiti, kita jangan terus mengharap untuk mereka berubah dan mengikut corak permainan. Lebih baik kontrak mereka ditamatkan.“Dalam hal ini, saya harap pengurusan FA dan kelab meletakkan syarat tertentu seperti memberi tempoh dan jika gagal, kontrak ditamatkan,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|