CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 153|Reply: 0

Kelantan berkuasa

[Copy link]
Post time 29-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Terengganu pula aibkan Singa di kandang sendiriPENYANDANG juara, Kelantan meneruskan penguasaan Liga Super dan mengekalkan rekod tanpa kalah musim ini selepas menewaskan Kuala Lumpur 3-0 di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.Bermula garang di babak pertama, deretan peluang tuan rumah bagaimanapun gagal disempurnakan barisan depan yang diterajui Norshahrul Idlan Talaha tetapi sebaik babak kedua bermula, penyerang kebangsaan itu memecah kebuntuan dengan menanduk masuk hantaran Indra Putra Mahyuddin (m-46).\n\n\n\n   Sorakan lebih 20,000 penyokong Red Warriors sekali lagi bergema pada minit ke-72 apabila kapten Mohd Badri Radzi melebarkan jaringan tuan rumah selepas memanfaatkan sepakan percuma untuk gol kedua Kelantan sebelum pemain importnya, Denny Antwi melengkapkan kemenangan pada minit ke-77.\n\n\n\n\n   Di Stadium Jalan Besar, Singapura, jaringan tunggal pemain import, Francis Forkey Doe pada babak kedua perlawanan sudah memadai buat Terengganu melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas Lions XII.Tuan rumah memiliki peluang untuk membuka jaringan pada minit ke-76 namun pemain gantian Agu Casmir sekadar menyepak bola melepasi palang gol ketika penjaga gol, Mohd Sharbinee Allawee sudah tertewas.Sebaliknya kekalutan pada minit ke-79, Forkey Doe yang terjatuh akibat diapit dua pertahanan Lions XII pantas bangun untuk mencuri bola dan merembat leret menewaskan Izwan Mahbud untuk memastikan Terengganu pulang dengan tiga mata berharga.Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, gol minit ke-78 Azidan Sarudin memastikan Selangor pulang dengan tiga mata penuh selepas menang tipis 2-1 ke atas T-Team. \n\n\nPemain import Selangor, Ramez Jamal Dayoub membuka jaringan pada minit ke-35 selepas menyempurnakan sepakan penalti, tetapi disamakan tuan rumah juga menerusi sepakan penalti kapten, Zairo Anuar Zailani (m-49) sebelum Azidan menanduk masuk pemusnah pada minit ke-77.Di Stadium Darulaman, tuan rumah Kedah tewas 3-1 kepada Johor FC, bermula dengan penalti Azi Shahril Azmi (m-44) untuk Johor FC mendahului 1-0 pada separuh masa pertama dan dua gol lagi menerusi Riduwan Maon (m-65) serta Kaironisam Sahabudin (m-70). Gol tunggal tuan rumah dijaringkan Khyril Muhymeen Zambri (m-81).Di Stadium Hang Jebat, Melaka, gol sendiri Muhamad Khairan Ezuan Razali membantu Perak menewaskan FELDA United 2-1, dengan gol pertama menerusi Micheal Kubala (m-11) sebelum Farderin Kadir (m-35) menyamakan kedudukan dan Khairan tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-40.Di Stadium Negeri, Kuching, Sarawak sekali lagi kempunan mengutip mata penuh selepas seri 2-2 menentang Negeri Sembilan malam tadi. Dua kali ketinggalan, Sarawak bangkit menyamakan kedudukan menerusi penyerang importnya yang tampil buat kali pertama, Kalle Sone (m-50) dan Zamri Morshidi (m-83) manakala Negeri Sembilan membuka jaringan menerusi Ahmad Shakir Ali (m-45) dan Shukor Adan (81).

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:01 PM GMT+8 , Processed in 0.057400 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list