CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: tasha19

Cinta Ke? (U)

[Copy link]
Post time 11-2-2012 10:47 PM | Show all posts
aikkk... takan erina belah gitu jep... si shaz ni tak halang ke... heran plak akak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-2-2012 01:49 AM | Show all posts
Tepat jam 8 malam, Shahril berkemas untuk pulang. Sebelum pulang ke rumah, Shahril singgah di satu kedai bunga. Dia membeli sejambak bunga ros yang berwarna merah khas untuk Erina. Niat di hati ingin memujuk isteri kesayangannya nanti.

Sampai saja di rumahnya, dia segera mencari isterinya. Dia mencari-cari di sekeliling aras bawah rumah itu namun tidak terjumpa. Shahril bergegass ke tingkat atas. Dia terus menuju ke biliknya.

Shahril terpandang Erina yang sedang nyenyak tidur di atas katil. Shahril tersenyum. Dia terus melangkah ke arah isterinya lantas mencapai selimut untuk menyelimutkan Erina. Dia mendekatkan wajahnya dengan wajah buah hatinya itu. Rambut Erina yang panjang itu dibelai lembut dan penuh kasih sayang.

Shahril meletakkan bunga ros merah beserta kad kecil comel yang tertera I’m sorry itu di atas meja solek. Dia mencapai tualanya dan segera masuk ke tandas untuk membersihkan diri dan bersiap untuk menunaikan solat isyak.

Usai solat, dia menoleh sekali lagi kepada Erina yang masih lena. Kemudian, dia turun ke dapur untuk menjamu selera. Ternyata Erina memang seorang isteri yang bertanggungjawab, juadah makan malam sudah tersedia di atas meja. Dia membatalkan niatnya untuk makan dan menunggu Erina bangun untuk makan bersama-sama. Dia ke ruang tamu untuk menonton televisyen.

Erina yang kepenatan dan penat memikirkan kejadian siang tadi baru terjaga. Dia hairan dirinya sudah diselimutkan. Mungkin suaminya sudah pulang. Erina memandang jam di dinding untuk mengetahui waktu pada masa itu. Dia segera bangun dan terus menunaikan solat isyak. Semasa meletakkan telekung di ampaian, dia terlihat sejambak bunga di meja solek. Bunga ros merah itu diambil lantas membaca kad kecil itu.

‘I’m sorry sayang.. I want u to know that my love only for u’

Apabila ayat habis dibaca, senyuman kecil tergambar di wajahnya. Cemburu yang bertandang di hati sebentar tadi hilang sekelip mata. Kepercayaannya mengatasi segala yang negatif.

“Abang dah makan belum?” soal Erina sambil duduk di sebelah Shahril. Dia memilih untuk tidak memanjangkan lagi rajuk di hati.

“tunggu sayang abang ni lah..tak best makan sorang-sorang” Shahril menoleh dan menggelengkan kepalanya. Lega dihati apabila isterinya tidak marah lagi kepadanya.

“jum makan..kesian kat abang lapar dah” ajak Erina sambil mencapai tangan suaminya san mula mengatur langkah ke dapur.

Shahril menahan lalu langkah Erina terhenti. Erina hairan lalu memandang wajah suami tercinta.

“Sayang..petang tadi I’m really sorry ok..abang dan Melissa memang tak ada apa-apa dan takkan pernah ada..ingat tu” jelas Shahril jujur. Dia tidak mahu Erina salah faham.

“Takpelah abang..sayang dah lupakan pun..jangan buat lagi tau..jum makan..lapar” rengek Erina manja. Mereka berdua melangkah ke dapur untuk menjamu selera.

Selesai makan, mereka bersama melangkah ke ruang tamu. Menonton televisyen sambil merehatkan diri. Shahril mencari siaran yang menarik untuk ditonton. Erina mengambil peluang ini untuk memberitahu suaminya tentang berita yang diketahui siang tadi.

“Abang..tak lama lagi kan abang akan jadi seorang ayah” Elina bersuara. Senyuman manis diberikan kepada suaminya.

“Hah?Aba..abang tak fahamlah?” ujar Shahril tidak mengerti. Apakah Erina sengaja bergurau dengannya.

“dah dua bulan” Erina menunjukkan angka dua dan tangan Shahril segera dicapai dan dilekapkan di perutnya.

“Are you pregnant sayang?Alhamdulillah..Yahooo” jerit Shahril sambil melompat di hadapan
isterinya. Dia kelihatan begitu teruja dengan berita gembira ini. Dia segera mengambil handphonenya dan memberitahu ahli keluarga mereka tentang hal itu. Erina terharu apabila melihat kegembiraan di wajah Shahril.

“Thanks sayang.. abang rasa bertuah sangat malam ni” ucap Shahril. Tidak dia sangka mereka akan menimang cahaya mata tidak lama lagi. Satu kucupan hangat dihadiahkan di pipi Erina tanda rasa gembiranya.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2012 09:14 PM | Show all posts
that is cute hahahaaa ..sporting ye  Minah erina ni ...kalau i korek korek bijik mater ...hehehe
Lisa Surihani = Melissa ke?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2012 02:05 AM | Show all posts
Melissa menghirup lagi air oren yang masih lagi bersisa.  Di matanya masih terbayang-bayang wajah Shahril yang kacak.  Namun, masih lagi terngiang-ngiang berita yang diberitahu ibunya sebentar tadi tentang kehamilan Erina. Ini membuatkan rancangannya untuk mendapatkan Shahril menjadi semakin sukar.

Melissa mundar mandir di balkoni rumahnya. Dia dapat mengagak bahawa perhatian Shahril akan lebih kepada isterinya.

‘I will never give up.. 1 day u’ll be mine’ ucap Melissa perlahan. Entah kenapa hatinya tak pernah ada untuk lelaki lain, Shahril juga yang mahu dikejarnya.

Pagi itu, seperti biasa Erina bersiap untuk ke kolej. Selepas siap berbaju kurung biru cair, wajahnya dicalitkan dengan sedikit pemerah pipi untuk menaikkan seri di wajahnya. Bibir comelnya itu dipakaikan dengan gincu merah jambu.

Selepas siap mengenakan selendang biru, Erina beralih memandang ke arah Shahril pula. Dilihatnya Shahril sedang terkial-kial cuba memakai tie dengan sendiri. Erina ketawa kecil.

‘bilalah nak pandai pakai sendiri..dah nak jadi bapak orang dah’ getus Erina dalam hati.

Erina melangkah dan terus menolong Shahril memakai tie. Sambil itu, wajahnya tidak habis-habis tersenyum. Shahril tersipu-sipu malu apabila Erina tertawa melihatnya.

“Bila nak pandai pakai tie sendiri?” soal Erina memandang tepat wajah suaminya itu.

“Sayang kan ada..nanti dah pandai sayang taknak tolong abang” balas Shahril dalam nada manja.

“Ngada-ngadanya..dahlah sayang nak pergi kolej..ada kuliah awal pagi ni” Erina berpaling dan segera mencapai handbag dan beg laptopnya. Dia bergegas menuju ke arah Shahril untuk bersalam.

“Start hari ni..abang hantar sayang pergi kolej ye?” pinta Shahril usai mereka bersalaman. Dia teringat pesan mamanya, dia harus menjaga kandungan Erina sebaik mungkin.

“Eh tak payahlah bang.. sayang boleh drive sendiri..nanti susah abang nak ke office..nak berpatah balik” tolak Erina. Bukan tidak mahu Cuma dia tidak mahu menyusahkan suaminya itu.

“ Sayang.. abang risaulah..kan sayang pregnant ni” ujar Shahril lagi tidak mengalah.

“Abang ni kelakarlah..sayang tak sarat lagi..mampu lagi drive taw” ujar Erina lagi.

Akhirnya Shahril mengalah. Sikap degil Erina ini yang membuatkan Shahril selalu mengalah. Mahu tidak mahu dia harus mengikut kehendak isterinya itu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2012 05:03 PM | Show all posts
As salam...best cite nie... sambung lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2012 08:51 PM | Show all posts
yeahh...bahagia sudah....ngeee
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-2-2012 02:32 PM | Show all posts
Sejak mengandungkan cahaya mata mereka, Erina mula mengalami morning sickness seperti mana wanita lain mengalaminya bila di awal usia kehamilan mereka. Jika sehari dia tidak muntah, memang tak sah.  Pada mulanya Shahril agak risau melihat keadaan isterinya, namun setelah beberapa kali dijelaskan oleh Erina, dia mula mengerti dan sudah terbiasa dengan keadaan itu asalkan isteri dan anaknya sihat.

Usai solat isyak berjemaah, Erina merehatkan diri di atas katil. Sejak berbadan dua, dirinya dirasakan selalu penat. Dia mencapai novel favoritenya lalu dibaca. Shahril pula lekas menuruni tangga dan menuju ke dapur. Dia membuat segelas susu untuk isterinya. Rutin itu dimulakan sejak dia mengetahui Erina berbadan dua walaupun dia tahu Erina memang tidak suka dengan susu.

“Sayang” Shahril menghulurkan segelas susu kepada Erina.

“again..susu lagi..tak sedap” rengek Erina dengan nada manja. Sejak dari dulu dia memang tidak suka dengan susu.

“Sayang.. susu ni kan baik untuk kesihatan sayang dengan anak kita” pujuk Shahril. Agak payah juga untuk menyuruh Erina minum susu walaupun seteguk.

Erina hanya menurut dan meneguknya sedikit demi sedikit.

Shahril mengambil satu majalah untuk dibaca dan duduk bersandar bersebelahan isterinya. Suasana seketika diam apabila masing-masing sibuk membaca. Tiba-tiba kepala Erina terasa pening. Dipicit-picit dahinya agar lega peningnya itu. Shahril mengerling ke sebelah. Dilihat isterinya sedang memicit dahinya. Shahril segera meletakkan majalah itu di atas katil dan membantu isterinya. Dia memicit lembut kepala isterinya.

“Pening lagi sayang?” soal Shahril selepas beberapa minit kemudian. Kesian juga dia melihat isterinya yang mengalami alahan yang agak teruk di usia kehamilannya.

“kurang sikit dah abang..” jawab Erina sambil mengambil tangan suaminya itu lalu dingenggam. Shahril hanya tersenyum lega.

“Abang.. hujung minggu kita balik kampung nak?” ujar Erina lagi. Sudah lama dia tidak balik ke rumah ibu bapanya yang terletak di Teluk Intan, Perak kerana sibuk dengan kerja.

“Rasanya abang free hujung minggu ni tapi..” belum sempat Shahril menghabiskan ayatnya, Erina sudah memotong cakapnya.

“Kalau macam tu kita balik ye..sayang teringin nak makan gulai ikan sembilang tempoyak masakan mak” Erina berkata dengan bersungguh-sungguh. Hilang peningnya apabila berkata tentang makanan yang diidamnya.

“Abang ok..tapi sayanglah..larat ke ni nak balik?nanti muntah-muntah takpe?” soal Shahril lagi. Sejak kebelakangan ini dia tak menafikan yang hujung minggunya agak sibuk dengan urusan bertemu pelanggan syarikatnya.

“Ala..please..saya teringin sangat” rayu Erina sambil menunjukkan muka comel di hadapan suaminya. Demi gulai itu, dia hampir terlupa dengan keadaanya.

“yelah..yelah..lusa lepas kita balik kerja kita terus bertolak ye” Shahril mengalah. Dia tidak sanggup mengecewakan isterinya itu. Dia pernah terbaca jika isteri sedang mengidam, suami harus memenuhi permintaan isteri.

Erina mencium pipi Shahril tanda gembira. Lagipun dia berasa rindu dengan kedua orang tuanya yang berada di kampung. Tiba-tiba Erina terasa mual lagi, dia menekup mulutnya lalu terus berlari ke bilik air. Dia mengurut dadanya selepas memuntahkan semua isi perutnya.

“Are you ok sayang?” soal Shahril sambil memimpin Erina melangkah semula ke katil. Melihat keadaan Erina, dia teringatkan mamanya ketika mengandungkan dia. Begitu besar pengorbanan seorang ibu.

“Oklah..” jawab Erina perlahan. Letih barangkali. Dia kembali baring. Dia memutuskan untuk tidur sahaja. Shahril membelai lembut wajah isterinya.

‘Kesian bini aku..penat mengandungkan anak aku’ Shahril bermonolog sendirian. Dia memandang tepat wajah Erina yang sudah terlena. Kemudian pandangannya dialihkan pula ke perut Erina yang masih lagi kempis. Sebelum tidur, dia sempat mengusap lembut perut isterinya itu dan bercakap-cakap dengan anaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2012 06:01 PM | Show all posts
so sweet....ngeeee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-2-2012 08:46 PM | Show all posts
“Aku jumpa kau tempat biasa” ujar Melissa dan kemudiannya terus mematikan panggilan telefonnya. Dia bergegas keluar dari rumahnya. Datin Laila mahu bertanya ke mana perginya namun tidak sempat apabila kereta sport milik anaknya itu sudah pun berlalu pergi. Datin Laila hanya menggelengkan kepalanya dan terus melangkah kembali ke dapur. Ada saja anak perempuannya itu, susah sangat mahu melekat di rumah, fikir Datin Laila sendirian.

Sampai saja tempat yang dituju, Melissa terus menuju ke seorang lelaki bertopi yang sedang berdiri di sebatang pokok yang tidak jauh dari tasik.

“Ada job baru ke?” soal pemuda itu yang bernama Amir itu.

Melissa tersenyum pendek.

“Aku nak kau intip seorang minah ni..boleh? Aku nak kau ikut je mana dia pergi” balas Melissa. Dia menghulurkan beberapa keping gambar Erina kepada Amir. Dia mengupah Amir untuk mengekori Erina. Dendamnya masih bersisa lagi walaupun pasangan suami isteri itu tidak pernah menganggu hidupnya.

“Bayaran macamana?” soal Amir tanda bersetuju dengan pekerjaan itu.

“Itu don’t worry.. macam biasa lah aku bayar kau” balas Melissa lagi. Senyuman terukir di bibirnya. Ada sesuatu yang telah dirancang untuk merosakkan hubungan Shahril dan Erina.

Hujung minggu tiba. Sebuah kereta Sonata masuk ke perkarangan rumah kampong pada petang itu. Erina keluar dari kereta dan tersenyum. Rindu sungguh dia dengan suasana itu. Shahril menuju belakang kereta untuk mengambil beg mereka. Kelihatan En Luqman dan Pn Nina menyambut mereka.

“Apa mimpi kamu balik minggu ni?ambil cuti panjang ke?” soal En Luqman setelah bersalaman dengan anak menantunya. Kebiasaannya mereka akan pulang jika cuti panjang.

“tak adalah ayah.. Ada orang tu mengidam nak makan masakan mak..lagipun kitaorang dah lama tak balik sini” jawab Shahril sambil mengerling ke arah Erina.

En Luqman dan Pn Nina hanya berpandangan dan tersenyum mendengar jawapan Shahril.

“Aahla mak..malam ni mak masak gulai ikan sembilang tempoyak ye..Rina teringin sangat” Erina terus menyampaikan hajatnya.

“Yelah..yelah..kamu kena sabarlah sikit dengan perangai orang mengandung ni..kadang-kadang pelik sikit yang dia nak makan tu” ujar Pn Nina pula. Dia menarik lembut tangan anaknya dan melangkah masuk ke dalam rumah. Shahril dan En Luqman hanya mengikuti mereka.

p/s:sorry lmbt update..a little bit busy ckit..hehe..korg truskan mbaca ye
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2012 08:20 AM | Show all posts
thanks for the n3...
kalu free letak lagi k...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2012 09:28 PM | Show all posts
letak la byk2 skit...hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2012 12:58 AM | Show all posts
Keesokan paginya, selepas bersarapan Erina melangkah ke halaman rumahnya. Kadangkala dia tersenyum sendirian apabila terkenangkan zaman sewaktu dia kecil dahulu. Di rumah ini juga lah dia sering bermain bersama sepupu lelakinya yang tua empat tahun darinya, Aman. Sepupunya itulah satu-satunya rakan karibnya waktu dia bersekolah.

Selesai membaca surat khabar di ruang tamu, Shahril menuju ke arah dapur. Mencari kelibat isterinya itu. Niat di hati mahu mengajak isterinya itu berjalan sekitar kampung. Dia yang sudah biasa membesar di kawasan bandar tertarik dengan keindahan pemandangan di kampong isterinya itu.

“Shah, kamu cari siapa tu?” soal Pn Nina apabila terlihat Shahril di dapur.

“Mak nampak Rina tak? Saya ingat nak ajak dia jalan-jalan pagi ni..lama tak pergi sungai hujung jalan tu” ujar Shahril. Sambil itu, dia melihat ke arah belakang rumah jikalau ada isterinya di situ.

“Elok jugak tu..dia ada kat depan kot..lepas sarapan tadi terus hilang” Pn Nina bersuara lagi. Namun pandangannya difokuskan kepada pinggan yang dibasuhnya di dalam sinki.

Erina memandang pokok mempelam yang berdekatan dengan pondok sebelah rumahnya. Terasa kecur di lidahnya apabila melihat buah yang sedang ranum itu. Dia menoleh sekeliling dan ternampak sebuah kerusi. Erina lekas mengambil kerusi itu untuk dipanjat lalu memetik buah itu. Tiba-tiba dia menjadi hilang imbangan dan terasa tubuhnya melayang.

Kebetulan Shahril ternampak Erina sedang memanjat lalu dia bergegas ke situ. Dia sempat menyambut Erina daripada terjatuh ke tanah.

“Sayang..kenapa tak beritahu abang nak buah ni? Bahaya panjat-panjat ni” Shahril bersuara apabila mereka berdua di pondok berdekatan.

“sorry lah abang..sayang tak terfikir tadi..nasib baik tak jatuh” balas Erina pula. Lega di hatinya apabila Shahril sempat menyambutnya. Jika tidak apalah yang akan terjadi dengan
kandungannya. Segera dia mengusap lembut perut yang masih tidak berbentuk.

“please lepas ni jangan buat lagi..abang risau tau” ujar Shahril perlahan. Selepas ini dia harus lebih prihatin dengan isterinya. Dia mencapai jemari Erina lalu digenggamnya.

“erm..jom pergi sungai hujung jalan tu..dah lama kita tak pergi ke sana kan?” ajak Shahril. Dia tidak mahu perkara tadi dipanjang-panjangkan. Cukup tidak apa yang tidak diingini berlaku.

“Jom..yelah..dah lama kita tak pergi sana” sokong Erina teruja. Sungai itu tempat dia selalu pergi untuk menenangkan fikiran dan dia juga bahagia jika dapat pergi ke situ bersama suami tersayang.
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 09:11 PM | Show all posts
sikitnye...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2012 06:56 PM | Show all posts
tak cukupppp...  nak lagiiii
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 01:37 PM | Show all posts
cepat masukkan N3

nak tahu apa plan si melissa tue
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 03:05 PM | Show all posts
TT..lg la...sikit nyee...cpt update yerr...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2012 09:18 AM | Show all posts
nice story...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 02:35 AM GMT+8 , Processed in 0.253871 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list