CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: BotakChinPeng

SRIWIJAYA NAUNGAN KEDAH Penakluk Empayar Tamil Chola

[Copy link]
Post time 6-2-2012 09:27 AM | Show all posts
Post Last Edit by wartakita at 6-2-2012 10:56
Ahahahaa. Yang ini aku setuju sangat lah
BotakChinPeng Post at 5-2-2012 18:53


Hehehehe..... kelihatannya anda ini menderita 'NAJIB Desease' atas masa lampau negara anda .... suka claim sana sini yang 'TER ........'

Tapi tak ape-lah ... masih banyak yang lain seperti anda dengan bermacam-macam claim: Malaka adalah sebuah Imperium, Pusat Tamadun tertua ada di Lembah Bujang,  legenda bangsa MIM etc etc .....It's oKE for me asalkan itu bukan merupakan cara  untuk menyembunyikan 'INFERIORITY'  ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2012 11:36 AM | Show all posts
Setakat sinis & mengilai cam mak nyah tengah gian jer siapa mau heran ?
Gua punya fakta dari dokume ...
BotakChinPeng Post at 5-2-2012 18:49


mane??? mane??? x nmpak pun??

tembreang ko tulis sendiri ade lar
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2012 11:51 AM | Show all posts
Indon ni kat MPSA dah boleh kata takde sapa layan..dia berhijrah ke sini pulak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2012 10:11 PM | Show all posts
mane??? mane??? x nmpak pun??

tembreang ko tulis sendiri ade lar
unekspekted_XII Post at 6-2-2012 11:36


Guna google untuk cari buku ini :

"Nagapattinam to Suvarnadwipa: reflections on Chola naval expeditions to
Southeast Asia" by Hermann Kulke,

Bukti dalam p69,71 & 306
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2012 10:24 PM | Show all posts
Hehehehe..... kelihatannya anda ini menderita 'NAJIB Desease' atas masa lampau negara anda .... suka claim sana sini yang 'TER ........'

Tapi tak ape-lah ... masih banyak yang lain seperti anda dengan bermacam-macam claim: Malaka adalah sebuah Imperium, Pusat Tamadun tertua ada di Lembah Bujang,  legenda bangsa MIM etc etc .....It's oKE for me asalkan itu bukan merupakan cara  untuk menyembunyikan 'INFERIORITY'  ....
wartakita Post at 6-2-2012 09:27
najib disease ? Hah. Beruntung orang macam aku kalau najib ada usaha untuk bongkar kepalsuan dalam sejarah melayu . Tak payah aku teruk-teruk buat kajiselidik  & seterusnya bukak topik perbincangan kat sini.

iferiority apa pulak yang melayu perlu sembunyi ? Boleh cerita sikit ? ?
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2012 03:13 PM | Show all posts
Reply 44# BotakChinPeng

charles darwin pun tulis buku jugak. tapi aku x pecaye pun... ni kan pulak...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-2-2012 04:18 PM | Show all posts
Reply  BotakChinPeng

charles darwin pun tulis buku jugak. tapi aku x pecaye pun... ni kan pulak. ...
unekspekted_XII Post at 7-2-2012 15:13
Lantak engko lah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2012 04:31 PM | Show all posts
Agaknya selepas tamat peperangan, separuh hutan di chola habis gondol untuk bekalkan kayu api bagi upacara suttee balu askar hindu chola yang gugur .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2012 05:52 PM | Show all posts
Tahukah anda Majapahit 'cawangan' di mana?
wartakita Post at 4-2-2012 18:52

kelantan ker.... hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2012 06:16 PM | Show all posts
Post Last Edit by BotakChinPeng at 24-3-2012 00:38

Hampir semua pengetahuan umum berkenaan sriwijaya cuma menurut hipotesis paling popular dari para sarjana sahaja.

Selain dari sengketa sriwijaya-chola, antara fakta yang boleh dipersoalkan ialah :

Asal-usul dinasti Sailendra,

Penyertaan Kedah sebagai penakluk dan bukan sebagai yang ditakluk.

Serta persempadanan yang dikatakan hanya merangkumi semenanjung, jawa & sumatra sahaja sedangkan terdapat bukti ia mengunjur dari satu wilayah di pantai timur afrika hingga ke semua pulau di laut campa(laut cina selatan) iaitu filipina dan borneo
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2012 12:38 PM | Show all posts
srivijawa takluk chola???? hahaahahahahahaaa
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2012 01:51 PM | Show all posts
lagikan orang yang betul betul buat kajian merantau sana sini pun boleh bercanggah pendapat, ini kan pula kita yang sekadar hanya ada dua tiga rak buku buku lama yang entah boleh pakai atau tidak... if you have any other referrence/books/journals/whatever to proof otherwise, why not share the name of the book so that everybody can go and conduct their own research.. ataupun just admit the fact that you dont know everything.. Hehehe

sekadar huha huha dalam forum ini tak betul itu tak betul, inilah yang betul itulah yang betul, anak buah aku sekolah tadika pun boleh... hehehe

LARIIIIIIIIIIIII

www.susorgalor.blogspot.com
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2012 12:48 AM | Show all posts
  lagikan orang yang betul betul buat kajian merantau sana sini pun boleh bercanggah pendapat, ini kan pula kita yang sekadar hanya ada dua tiga rak buku buku lama yang entah boleh pakai atau tidak... if you have any other referrence/books/journals/whatever to proof otherwise, why not share the name of the book so that everybody can go and conduct their own research.. ataupun just admit the fact that you dont know everything.. Hehehe

sekadar huha huha dalam forum ini tak betul itu tak betul, inilah yang betul itulah yang betul, anak buah aku sekolah tadika pun boleh... hehehe

LARIIIIIIIIIIIII
benign Post at 11-2-2012 13:51
Apeke bengap mau sibuk pasal buku lagi ? Sekadar pendapat pengkaji saja wa tak main la.  
Semua bukti hujah aku cuma diambil dari sumber yang asli misalnya inskripsi atau catatan pihak dari zaman yang sama. Buku yang aku sebut di sini hanya sebagai bahan perantara saja memandangkan inskripsi & dokumen asli cuma boleh dilihat di tempat ia disimpan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2012 12:53 AM | Show all posts
srivijawa takluk chola???? hahaahahahahahaaa
unekspekted_XII Post at 9-2-2012 12:38
Tak heran la. Chola harapkan penduduk saja ramai tapi semua lembik. Pencerobohan Chola oleh Sriwijaya umpama seekor musang menceroboh reban ayam.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2020 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam mana Srivijaya dibawah takluk Kedah? Boleh terangkan? Ada fakta sokongan?
Terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2020 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
deenzain replied at 22-1-2020 04:10 PM
Macam mana Srivijaya dibawah takluk Kedah? Boleh terangkan? Ada fakta sokongan?
Terima kasih

Terima kasih atas pertanyaan anda. Saya sedikit sibuk hari ini. Insyaallah esok saya akan berikan huraian panjang lebar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2020 03:10 PM | Show all posts
Edited by pokaibanktokyo at 24-1-2020 07:14 AM

Menurut seorang biarawan dari China yang bernama Yiching satu bentuk penyatuan telah berlaku antara Kedah dan Sriwijaya pada pertengahan 690an. Ramai bahalol menganggapnya sebagai penaklukan kedah oleh sriwijaya tetapi mereka gagal menjelaskan mengapa dinasti Sailendra yang bermula di Kedah telah dikenalpasti oleh Ligore stelae (775) sebagai penguasa empayar Sriwijaya . Maharaja sriwijaya sailendra ini pula menggunakan nama yang eksklusif hindu iaitu Vishnu. Jika diambilkira batu bersurat Sojomerto 675 yang dipahat dalam bahasa melayu menyatakan bahawa Kalinga di pulau Jawa dikuasai oleh dinasti sailendra beragama hindu maka teramatlah  mustahil untuk menafikan hakikat perampasan empayar sriwijaya pada 690an oleh suatu kuasa melayu hindu iaitu kedah sailendra . Permulaan wangsa sailendra di kedah telah dinyatakan dengan jelas oleh pihak Chola yang neutral di kurun ke10 menerusi batu bersurat Larger Leiden Plate. Perlu diingat bahawa catatan pihak chola hanya boleh diterima sekiranya tidak membabitkan mereka. Jika catatan chola berunsurkan khayalan syok sendiri seperti kononnya mereka menyerang kedah dan negara melayu lain , itu pastinya boleh diketawakan saja. Chola lembik pengecut primitif tak pernah berani cuba serang negara melayu. Empayar zabag naungan kedah pula sebaliknya disahkan dua kali oleh dokumen rasmi china sebagai penakluk chola. Sriwijaya sebelum ditakluk kedah tidak pernah beragama hindu.  Mereka sentiasa beragama buddha. Tiba tiba pada kurun ke8 kita dapati mereka ditadbir oleh seorang sailendra hindu. Maka paham pahamlah kita semua apa yang telah terjadi pada pertengahan 690an. Setelah menakluk sriwijaya kedah mengambil keputusan untuk menggunakan nama sriwijaya untuk seluruh empayarnya.Penjelasan yang paling munasabah bagi keputusan pelik ini ialah kebimbangan Kedah yang china akan menarik balik segala keistimewaan perdagangan dari negara negara melayu di bawah jajahan kedah sekiranya pihak china tahu sriwijaya telah disatukan dengan empayar kedah secara kekerasan. Maka dengan menggunakan nama sriwijaya pihak kedah berjaya memperdayakan kerajaan china hingga menganggap penyatuan itu sebagai secara aman dan sukarela kedua dua pihak. Penggunaan nama Sriwijaya untuk empayar Kedah berlarutan selama 150 tahun. Kemudian barulah ditukar nama empayar kedah kepada Zabag. Sanfotsi/Sanbotsai dalam bahasa china. Dan lebih 410 tahun kemudian nama empayar kedah ditukar pula kepada Jawa. Agama hindu dianut oleh empayar sriwijaya naungan kedah hingga kurun ke 9 bilamana agama buddha menjadi agama rasmi. Yiching pastinya terasa amat malu apabila negara Buddha yang diagung agungkannya selama berbelas tahun tetiba ditelan bulat bulat oleh satu kuasa hindu. Maka penggunaan nama sriwijaya oleh kedah ini memberi peluang kepada Yiching untuk menyatakan bahawa "Kedah telah menjadi Sriwijaya" untuk menyedapkan hatinya dan hati para pembaca catatan beliau tanpa memberi gambaran bahawa beliau seorang pembohong kerana dari segi logiknya kedah memang telah menjadi sriwijaya.... tetapi sebagai penguasa terunggul. Melayu zaman itu adalah pembina kapal terbesar di dunia dan dianggap sebagai pedagang terbaik oleh kerajaan china hinggakan pedagang mereka saja diberi keistimewaan perdagangan manakala bangsa lain seperi parsi, india, arab cuma mampu berdagang kecil kecilan saja dengan china. Satu perkara penting yang perlu difahami terlebih dahulu ialah sebelum pertengahan 690an terdapat dua empayar melayu. Iaitu kedah dan sriwijaya. Sriwijaya diasaskan mulai tahun 671 sama ada oleh malayu di sumatera atau oleh Johor yang dahulunya digelar Bhoga oleh Yiching. Empayar kedah pula mula dibina beberapa dekad lebih awal. Itu sebabnya kerajaan kerajaan di utara semenanjung seperti Pan Pan, Langkasuka dan Chi-tu hilang satu persatu ketika itu. Chi-tu (Singora) misalnya diberi gambaran oleh seorang duta dari China pada tahun 608 sebagai sedang dalam proses diserap oleh satu kuasa yang beliau gelar "Great Central States". Kuasa ini tidak bukan lagi adalah Kedah yang juga digelar Ko-lo-she-fen. Jika diterjemahkan ke dalam bahasa china ia bermaksud Kedah Besar. Kalau tak diterjemahkan ia digelar oleh china sebagai Ko-lo-fu-sha-lo.  Antara tahun 650 dan 656 Ko-lo-fu-sha-lo telah menghantar duta ke china dan dikatakan ia mengandungi 24 negara. Ko-lo-she-fen sekali lagi menghantar rombongan diplomatik ke china pada tahun 662 dan dikhabarkan saiz tenteranya adalah 20,000 orang.


Empayar Kedah menggunakan nama Sriwijaya yang telah mereka hijack selama lebihkurang 150 tahun. Setelah itu nama empayar ditukar kepada Zabag. Penguasaan kedah secara tetap ke atas empayar zabag tidak boleh dipertikaikan. Apabila ada pengembara Muslim yang mengulas tentang tampuk pemerintahan Zabag, satu satunya nama yang mereka tulis hanyalah Kedah . Digelar mereka sebagai "Kalah".
Saudagar bernama Sulayman 851 : "Kalah dan Zabag ditadbir raja yang sama" .
Kitab Ajayib al-Hind 953 mengandungi istilah Sri Nata Kalah sebagai raja Zabaj.
Edrisi (1154 A.D.) "Raja Kalah Zabag dan pulau pulau sekitarnya bermastautin di bandar Kalah."
Haraki 1132 menyebut “Zabag Kalah”
Ibn al Fagih 902 pula menyebut “Zabag Kalahbar”.


Manakala Abu Zayd 916 mengesahkan penguasaan Zabag naungan Kedah ke atas Sriwijaya dengan menegaskan bahawa "Sribuza adalah jajahan Zabag".


Nah, sekarang ada tiga bukti amat kukuh setiap satunya sahaja sudah cukup untuk membuktikan bahawa Sriwijaya telah ditakluk oleh Kedah.
1) Sriwijaya tiba tiba ditadbir maharaja beragama hindu selepas pertembungan mereka dengan empayar kedah
2) Setelah bertembung dengan Kedah, Sriwijaya dikuasai oleh maharaja dari dinasti Sailendra yang bermula di Kedah
3)Pengesahan oleh catatan catatan pelawat dari Asia barat bahawa Sriwijaya merupakan jajahan Zabag naungan Kedah

@deenzain

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 06:56 AM GMT+8 , Processed in 0.506602 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list