|
ROME: AC Milan akan menunggu hingga tamat musim untuk cuba mendapatkan khidmat Carlos Tevez, kata ketua eksekutifnya, Adriano Galliani.\rMinggu lalu, juara Itali itu menandatangani penyerang Argentina, Maxi Lopez, sekali gus mengesahkan pemburuan hampir sebulan ke atas bintang Manchester City, Tevez, tidak berjaya.\r\n\n\n\n\r Galliani menjelaskan, jika ada sesuatu, ia hanya akan berlaku pada jendela perpindahan musim panas nanti. \r\r\n\n\n\n\n “Maxi mewakili Milan musim ini dan masa depannya yang penting, jurulatih kami cukup meminati permainannya dan saya harap dia berjaya,” kata Galliani.\r“Kami tidak lagi mengharapkan Tevez kerana sudah memiliki Lopez. Kita lihat apa yang akan berlaku musim panas ini, jendela perpindahan sekarang sudah ditutup. Saya tidak fikir akan berlaku kejutan.”\rWalaupun sedar dia sekadar sagu hati kepada Tevez, Lopez tetap berbangga dapat menyertai Milan. \r“Saya terpaksa menunggu hingga saat akhir sebelum bergelar pemain Milan tetapi saya sentiasa yakin,” kata Lopez yang sebelum ini mewakili Catania.\r\n\n\n\r“Milan adalah pasukan idaman saya sejak kecil dan sebagai seorang pemain perlu mengambil risiko untuk tiba ke kelab tertentu. Saya tahu lambat laun, sejak dari kecil lagi, yang suatu hari saya akan menyertai kelab ini.\r“Sekarang saya sanggup lakukan apa saja untuk terus kekal di sini seumur hidup, saya tidak akan sekali-kali meninggalkannya.” – AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|