CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 156590|Reply: 276

Pelancongan / Tempat Menarik @ PERAK

[Copy link]
Post time 4-2-2008 06:02 PM | Show all posts |Read mode
Edited by bianglala at 28-2-2017 11:50 AM

Post Last Edit by adabintang at 22-6-2011 11:00

Aku byk dpt PM suruh bukak TOPIK bagi meredakan AIR PASANG dari SG PERAK akibat keadaan cuaca yg x menentu sekrg ini

Moga2 apa yg aku buat ni mampu menahan AUR & TEBING di sepanjang SG PERAK serta bertaut kembali

Meh kita bermula dari TANJUNG MALIM iaitu PINTU GERBANG SELATAN PERAK, hrp kome dpt tambah mana2 yg patut & selepas 2-3 pages kita akan masuk ke BEHRANG, SLIM RIVER, SUNGKAI dan seterusnya

SEJARAH TANJONG MALIM        


Sejarah Tanjong Malim

Tanjong Malim adalah merupakan sebuah pekan yang terletak di selatan negeri Perak Darul Ridzuan. Pekan ini bersempadan dengan negeri Selangor Darul Ehsan dan bersempadan topografi dengan negeri Pahang Darul Makmur. Dengan berlatar belakangkan Banjaran Titiwangsa dan kedudukan pekannya di pinggir Sungai Bernam menjadikan pekan Tanjong Malim sebuah pekan pintu masuk ke negeri Perak yang menarik untuk dilawati.

Sejak dari dulu lagi pekan ini lebih dikenali sebagai Bandar Pendidikan. Bidang pendidikan adalah sinonim dengan pekan ini kerana terdapatnya pusat pengajian tinggi di sini iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang pada awalnya ditubuhkan dengan nama Sultan Idris Training College (SITC) pada tahun 1922 yang berjaya melahirkan ramai cendekiawan dan golongan profesional. Dari segi bentuk muka buminya, Tanjong Malim adalah merupakan sebuah kawasan tanah bercerun landai dan dikelilingi oleh bukit bukau (Banjaran Titiwangsa). Kedudukan bandarnya terletak 84 km ke utara Kuala Lumpur dan 145 km ke selatan ibunegeri Perak iaitu Ipoh.
Selain dikenali sebagai Bandar Pendidikan, Tanjong Malim juga berpotensi untuk menjadi sebuah bandar yang pesat membangun di kawasan selatan Perak. Berasaskan kepada kegiatan ekonomi yang sedia ada dan perancangan industri yang akan dirancangkan seperti industri automobil, perladangan dan perkilangan, Tanjong Malim dijangka bakal menjadi sebuah bandar yang pesat membangun di selatan Perak. Pendapat ini yang mula diperkatakan sejak dahulu lagi telah diperkukuhkan dengan pembinaan kilang kereta nasional, Proton di Bandar Proton dan pembangunan kawasan-kawasan perumahan baru, kawasan rekreasi dan lain-lain .


Bandar Tanjong Malim ini bermula daripada sebuah tanjung (kawasan air / tanah yang wujud daripada hakisan sungai) yang sangat luas. Kawasan ini diterokai oleh seorang ulama' yang bernama Tuan Haji Mustafa bin Raja Kemala. Sempena dengan kedudukan tanjung yang sangat luas ini, Tuan List (wakil kerajaan Negeri Selat) dan Raja Itam telah menamakan bandar ini dengan nama Tanjong, manakala perkataan Malim (mu'alim) adalah berkaitan dengan penduduk di kawasan Tanjong itu yang sangat rajin beribadat pada ketika itu.

Selain pekan Tanjong Malim terdapat beberapa pekan dan pekan-pekan kecil yang berhampiran dengan Bandar Tanjong Malim dan termasuk di dalam kawasan pentadbiran Majlis Daerah Tanjong Malim. Semua pekan dan pekan kecil ini terletak dalam lingkungan 30 km dari Tanjong Malim. Di antara pekan ini, Slim River pula sebagai pusat bandar pentadbiran di daerah ini oleh kerana Pejabat Daerah dan Tanah terletak di pekan ini. Di samping itu hospital juga ditempatkan di bandar ini. Hospital ini dilengkapi dengan rawatan doktor pakar.

Pada peringkat awalnya, Pejabat Daerah dan Tanah ini berpusat di Tanjong Malim. Tetapi sejak peristiwa pembunuhan Tuan Codner (Pegawai Daerah) oleh komunis di Simpang Empat, Tanjong Malim, pejabat ini telah dipindahkan ke Slim River. Asal nama Slim River bermula daripada sungainya (Sungai Slim) yang sempit. Berdasarkan keadaan sungai yang sempit ini orang Inggeris telah menamakan bandar ini Slim River yang bermaksud sungai sempit di dalam Bahasa Malaysia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-2-2008 06:08 PM | Show all posts
salah satu MERCU TANDA terbaru TG MALIM



tapi yg ciannya susah student nak ke Pekan weh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2008 06:11 PM | Show all posts

Tmn Tasik Tg Malim



bekas lombong tinggal yg dibangunkan, aku teruja tenguk tasik ni

sebab aku nampak prosesnya bermula dari semak samun sehingga cantik cam sekrg

setiap kali aku balik BGN Datoh melalui BTG KALI
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2008 06:30 PM | Show all posts
bangganya duduk kat tanjong malim
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2008 07:36 PM | Show all posts
pau tanjung malim takde ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2008 08:56 PM | Show all posts


//harloww...tuan umah meh tepek kawasan Temoh..
..nak cari seseorg kat sana...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2008 10:07 PM | Show all posts
tg malim - slim river kg aku...

yeahhh
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2008 10:41 PM | Show all posts
mana dapat gambar-gambar ni, wifenikmie?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2008 09:17 AM | Show all posts


Sungai Bil merupakan tempat perkelahan yang menjadi tumpuan bagi penduduk tempatan dan pengunjung-pengunjung yang berada diluar daerah Tanjong Malim / Slim River. Keadaan sungai yang bersih dan persekitaran serta udara yang nyaman telah menarik minat pengunjung untuk datang berkelah dan mandi disungai ini.

Sungai Bil juga menjadi tumpuan bagi mereka yang gemarkan aktiviti perkhemahan , "Jungle Tracking" , memancing , Berkelah dan lain-lain lagi.

Disini juga terdapat sebuah empangan hidro yang digunakan untuk menjana tenaga elektrik.Pelbagai jenis kemudahan telah disediakan disini seperti dewan orang ramai,tempat letak kereta ,gerai makanan dan minuman juga pondok rehat untuk memberi keselesaan kepada para pengunjung . Kini Sungai Bil telah terkenal diseluruh negeri kerana banyak aktiviti bertaraf kebangsaan  telah diadakan disini seperti pertandingan "ECO Challenge" dan Program Khidmat Negara.


SG BIL satu lagi kws riadah di TG MALIM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2008 09:19 AM | Show all posts

Reply #5 sayawifenikmie's post

harap kita FOKUS pd satu kws dahulu agar x bercelaru

dan memudahkan FORUMER luar mengenali lebih mendalam sesuatu kws di Perak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2008 09:21 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2008 09:28 AM | Show all posts
sejuk mata mandang...

bak kata semilam nam <--- sejuppppp
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2008 09:31 AM | Show all posts

Reply #6 shahx's post

Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2008 09:35 AM | Show all posts
Originally posted by TUKANGKEBUN at 5-2-2008 09:31 AM
http://adib.typepad.com/blog/resize_of_pau.jpg



ate.. bilik sewa tu berapa satu malam
mana lah tau kot udah kembong makan pau buleh singgah tido
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2008 10:00 AM | Show all posts

Balas #3 TUKANGKEBUN\ catat

TK, kat mana yer tasik nih.......... boleh nampak dari jalan utama ker?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2008 10:01 AM | Show all posts

Reply #18 srida's post

lepas je simpang 4 tu ko dah nampak belah kiri kalu ke IPOH
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2008 10:04 AM | Show all posts

Reply #16 TUKANGKEBUN's post

agaknye berape le rege sewa bilik tu ye?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2008 02:51 PM | Show all posts
Kita masuk pula ke kws Tapah

PERKAMPUNGAN ORANG ASLI

Daerah Batang Padang meliputi beberapa kawasan petempatan masyarakat Orang Asli. Dalam erti kata yang sebenar, 'Orang Asli' bermaksud orang yang mula-mula menetap  dan dapat membuktikan sejarah petempatan awal di kawasan tersebut. Para pengunjung akan menemui sebilangan daripada kampung-kampung ini di sekitar kawasan air terjun Lata Iskandar dan Kuala Woh. Sumber utama pendapatan mereka adalah daripada hasil penjualan kraftangan tradisional, buah-buahan tempatan seperti durian dan pelbagai jenis hasil hutan yang lain termasuk petai.

Ukiran kayu yang diukir oleh masyarakat Orang Asli boleh dijadikan cenderamata yang menarik untuk perhiasan di rumah. Untuk kemudahan para pengunjung yang berkunjung ke lokasi ini sebuah kantin, tandas awam serta bilik persalinan dan enam buah petak karavan dan tempat perkhemahan ada disediakan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2008 02:52 PM | Show all posts
LATA ISKANDAR

Lata Iskandar merupakan salah sebuah kawasan rekreasi air terjun yang menarik dengan alam semulajadinya yang mengagumkan dan mudah untuk dikunjungi. Terletak di pertengahan jalan di antara Tapah dan Cameron Highlands, air terjun ini mempunyai kolam-kolam takungan di setiap hujung barisnya, menyediakan satu tempat mandi yang sesuai untuk seisi keluarga.

Pengunjung boleh mengambil peluang untuk bermandi-manda di dalam airnya yang sejuk dan segar, yang terbit dari kawasan pergunungan. Bagi pencinta alam pula, sedikit masa yang diluang melalui denai-denai hutan yang telah disediakan akan membawa anda kepada keseronokan dan kekayaan flora dan fauna di sekeliling air terjun tersebut.

Di bahagian bawah air terjun ini, terdapat bazar-bazar kraftangan yang menawarkan pelbagai hasil kraftangan yang boleh dibeli mengikut citarasa masing-masing. Hasil-hasil kraftangan di sini bermutu tinggi terutamanya hasil-hasil kraftangan oleh Orang Asli.

Deretan gerai-gerai yang menyediakan minuman dan makanan ringan juga telah didirikan berhampiran kawasan air terjun untuk keselesaan orang ramai yang singgah untuk menikmati keindahan Lata Iskandar.

LATA KINJANG

Lata Kinjang terletak kira-kira 18 km dari Tapah. Daya tarikan yang utama kawasan air terjun ini ialah rangkaian air terjunnya yang menjunam dari ketinggian 100 meter ke bawah. Di sana juga terdapat ruang-ruang untuk beristirehat dan gerai-gerai makanan untuk para pengunjung. Selain itu, para pengunjung juga boleh melawat taman orkid dan taman bambu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2008 02:53 PM | Show all posts
PUSAT BUAH-BUAHAN



DAERAH Batang Padang yang meliputi kawasan Sungkai dan Bidor akan terus dimajukan sebagai pengeluar buah-buahan, sayuran dan makanan diproses bukan sahaja untuk keperluan dalam negara malah untuk tujuan eksport.

Seramai 131 orang pengusaha buah-buahan sengkuang, keledek dan sayur sedang menjayakan usaha mereka di kawasan Tanaman Kekal Untuk Pengeluaran Makanan (TKPM) Sungkai seluas 260 hektar daripada 420 hektar yang disediakan.

Di samping itu, Bidor telah dikenal pasti sebagai pengeluar kedua terbesar negara bagi tanaman betik selepas Johor.

LADANG TERNAKAN RUSA

Kampung Manderang, sebuah tempat yang terletak di Sungkai, Perak terdapat sebuah ladang rusa yang terbentang kira-kira 100 hektar luasnya yang telah ditubuhkan dan diuruskan oleh Jabatan Hidupan Liar. Di sini, terdapat pelbagai spesis rusa yang dibiarkan hidup bebas, seperti berada di dalam habitat semulajadi mereka.

Ditubuhkan pada tahun 1978 dengan kerjasama di antara Kerajaan Negeri dan Jabatan Perhilitan, ladang ini juga menyediakan tempat lindungan bagi spesis-spesis burung tertentu dan dan pelbagai hidupan liar yang lain, sebagai usaha lanjutan untuk mengekalkan serta mencegah kepupusan haiwan-haiwan tersebut.

Ladang ini dibuka dari pukul 8.00 pagi hingga 4.15 petang (setiap hari termasuk cuti am) dan masuk adalah percuma.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi
No. Tel. - 05-438 9482

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:44 PM GMT+8 , Processed in 0.112685 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list