CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: TUKANGKEBUN

Pelancongan / Tempat Menarik @ PERAK

[Copy link]
Post time 22-8-2013 11:40 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2013 11:44 PM | Show all posts
hehehhehhee kecik noo.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2013 11:59 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2013 12:00 AM | Show all posts
hahahha ni beso skit.. ok la..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2013 02:36 PM | Show all posts
Assalamualikum

saya plan nak bermalam di gopeng sabtu ni. ada sesiapa boleh rekemen chalet yg murah tapi selesa dan tempat2 menarik di area gopeng?
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2014 06:49 PM | Show all posts
terima kasih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2017 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
TUKANGKEBUN replied at 4-2-2008 06:02 PM
Post Last Edit by adabintang at 22-6-2011 11:00

Aku byk dpt PM suruh bukak TOPIK bagi meredakan A ...

Tanjung malim Ada pau yik min tp xpasti halal ker idok
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2017 11:07 AM | Show all posts
Perkampungan Itik Di Trong



BUKIT GANTANG – Pertama kali dimaklumkan mengenai kewujudanTrong Leisure Farm & Resort dan selepas melihat gambar ladang yang dipenuhi puluhan ribu ekor itik, terdetik perasaan seakan tidak percaya kerana ia mungkin indah khabar dari rupa.

Siapa sangka, di sebalik kesunyian pekan Trong, terdapat sebuah taman rekreasi yang menempatkan kira-kira 60,000 ekor itik di tapak berkeluasan 70ekar.

Ladang yang diibaratkan sebaga i‘perkampungan itik’ itu terletak di PT293 Jalan Kuala Trong, Trong, kirakira sembilan kilometer dari Plaza Tol Changkat Jering.

Ingat Trong, Ingat Itik

Melangkah masuk Trong Leisure Farm & Resort, pastinya menambat hati sesiapa sahaja apabila ribuan ekoritik tidak ubah seperti sutera putih yang melitupi keseluruhan tasik.

“Kalau dulu kita cakap pada orang dariluar Perak mengenai Trong, rasanya ramai yang tak tahu, mereka cuma tahu pasal Taiping.

“Tetapi sekarang, kita sudah bolehrasa bangga sebab apabila sebut Trong, orang akan kaitkan dengan itik,” kata usahawan berdedikasi yangjuga pengusaha ladang itik, Oon BeowGhee, 52.

Mendekati pengusaha ladang itik ini begitu mengujakan, lenggok dan pertuturannya sudah cukup membuktikan bahawa dia sememangnya anak jati Trong.

Dia yang lebih dikenali dengannama Ghee oleh penduduk setempat,menjalankan perniagaan itu bersama-sama dengan dua orang anak dan menantu.

“Saya lahir dan membesar di sini, sejak 20 tahun lalu kami usahakan ladang itikdalam skala kecil dan bermula tahun2014, barulah kami membuka tempatini dengan chalet serta taman rekreasi.

“Boleh dikatakan tempat sepertiini adalah satu-satunya di Malaysia,memang tempat lain ada juga yangmembela itik tetapi tidaklah sebanyak yang ada di ladang ini,” katanya.

Ternak Itik Untuk Pasaran Eksport

Menurut Ghee, keputusan untuk membuka ladang itu bermula apabiladia kerap menggembara ke negara lain seperti Taiwan dan Indonesia, yangmempunyai kawasan utama ternakan itik.

Lalu bermulalah misi dan langkah seterusnya untuk membangunkan taman rekreasi itik, bagi memberi peluang orang ramai mendekati dan mengetahui lebih dekat segalanya tentang haiwan berkenaan.

“Ramai yang bertanya, bagaimana saya boleh menghadapi risiko membuka perniagaan berasaskan itik, dan bagi saya, ia mesti dimulakan dengan kepercayaan pada diri sendiri.

Memanglah pada mulanya adapelbagai dugaan tetapi lama kelamaan semuanya akan berjalan lancar.

“Apa yang lebih penting adalah niat saya untuk membantu membangunkan pekan Trong yang selama ini kewujudannya tidak disedari oleh orang luar, tetapi sekarang tidak lagi,” katanya.

Kebanyakan itik di sini diimport dari England dan apabila tiba tempoh matang, ia akan dieksport ke Singapura kerana permintaan yang tinggi untuk dagingnya yang dikatakan lebih manis berbanding ayam.

“Itik yang diimport dari England sudah dikacukkan, sebab itu warnanya kuning ketika kecil dan bertukar putih sepenuhnya bila sudah besar” jelas anak jati Trong ini.

Spesis Itik Pekin Jinak Gamit Pengunjung

Menurut Ghee, gelagat sesetengah pengunjung kadangkala membuatkannya geli hati memandangkan ada anak-anak kecil, terutama dari Singapura yang tidak mengenali haiwan itu.

“Sekarang nak cari kawasan semulajadi memang susah, lagi pun budak-budak terutamanya dari Singapura, mereka datang ke sini dan tidak dapat beza antara ayam dan itik.

“Di sini selain dapat lihat itik, mereka juga boleh mempelajari dan memahami pembesaran itik, beza itik putih dan itik kuning serta cara bezakan itik jantan dan betina. Kami juga sediakan video tentang itik di sini dalam tiga bahasa untuk pengunjung.

“Trend sekarang tidak sama macam dahulu, kalau dulu mak atau bapa selalu kerja sampai tiada masa bersama anakanak keluar, tetapi sekarang setiap Sabtu atau Ahad ibu bapa membawa anak-anak bercuti atau beriadah ke tempat sebegini,” katanya.

Tiada masalah jika anda ingin menyentuh atau bermain dengan itik yang ada di Trong Leisure Farm & Resort kerana ia begitu jinak dan datang sendiri jika anda memberinya makanan seperti dedak dan roti.

Kawasan Bersih, Bebas BauBertemu dengan seorang daripadapekerja di sini, Shahrizal Rambeli yangkebetulan bertugas sebagai jurupandu,bakal memberikan pengalaman berhargabuat pengunjung.

Banyak maklumat dan pengetahuandisampaikan di sepanjang perjalananmenuju ke setiap hentian kandang itikdengan menaiki pengangkutan Trong tuktuk’untuk membawa pengunjung.

“Cuba tengok keadaan sekeliling sini,tidak ada lalat yang hurung di tempat itik-itikini kan? tanya Shahrizal sewaktu membawawakil Suara Perak meninjau keadaansetempat.

“Inilah istimewanya tempat ini danmembela itik memang berbeza denganmembela ayam kerana najis itik yangcair akan meresap di dalam pasir, tanpamengeluarkan bau busuk.

“Ramai yang sudah datang ke sinimemberitahu bahawa tempat ini memangterbaik untuk tenangkan fi kiran, dengankeluarga dan kawan-kawan,” katanya.

Di samping itu, aspek penyediaan airjuga penting untuk habitat itik keranaia memerlukan air yang banyak untukmenyejukkan badan.

“Itik masih boleh bertahan walaupun tidakdapat makanan sehari, tapi boleh mati jikatidak dapat minum air dalam beberapa jam,”jelasnya.

Terapi Tenangkan Fikiran Serta Urutan Tangan

Shahrizal menceritakan beberapamelihat ayahnya sudah boleh tersenyummelihat gelagat kumpulan itik, sebab itudia kata tempat macam ini jadi terapi untuksebahagian orang,” ujarnya.

Percaya atau tidak, apabila dikatakansetiap kali anda memberi itik-itik makandi atas tapak tangan, patukkan mulut itikitu seakan-akan satu urutan lembut danmenyeronokkan.

“Paruh itik memang tidak sama denganayam, kalau ayam, paruhnya tajam dansakit apabila dia mematuk tetapi uniknyaitik, disebabkan mulutnya yang leper, anakanakkecil pun boleh beri makan atas tapaktangan, malah ramai yang akui memangmacam kena urut,” tambahnya.

Pakej Lengkap Berbaloi

Tidak dinafi kan Trong Leisure Farm &Resort boleh diangkat menjadi lokasi wajib untuk pelancong yang datang ke negeri Perak kerana prasarana yang lengkap danditambah pula dengan keindahan landskap, membuatkan ia sesuai untuk semua lapisan umur.

Andai pelancong dari Jepun dan Singapura sanggup datang semata-mata hendak melihat keunikan tempat ini, mengapa tidak rakyat tempatan berkunjung ke destinas iyang begitu dekat dengan kita.

Antara tarikan lain yang terdapat disini ialah pengunjung boleh menikmati keseronokan dengan berkayuh di tasik menaiki ‘Trong Ducky Paddle Boats’ sambil memberi makanan kepada itik.

Waktu perniagaan bermula jam 9.30 pagi – 6.30 petang.

Bayaran masuk untuk dewasa RM5 dan kanak-kanak (3-12 tahun) RM2.

Untuk pertanyaan: 010-4640918/ 010-4642917

L aman Facebook : Trong Leisure Farm

https://www.facebook.com/trongleisurefarm/.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2017 11:10 AM | Show all posts
Keunikan ‘Zoo Mini’ Di Kampung Koboi



GELAGAT burung unta (ostrich) bersama kawanannya yang mundar mandir seolah-olah menyertai acara larian di sekeliling kandang sedikit sebanyak mencuit hati pengunjung di kawasan yang diibaratkan seperti ‘zoo mini’ ini.

Pernah mendapat jolokan Kampung Koboi yang kini dikenali sebagai Ladang Infoternak di Sungai Siput, memberikan peluang buat orang ramai mempelajari dan melihat sendiri jenis hidupan yang diternak di sini.

Tidak diketahui mengapa ladang ini digelar Kampung Koboi dan bagaimana ia mendapat nama,berkemungkinan dahulunya terdapat banyak hidupan yang ada di sini, termasuklah lembu dan kuda.

Namun boleh dikatakan jumlah haiwan yang dibela semakin berkurangan dan hanya sebilangan kecil masih kekal.

Mula diperkenalkan dan ditubuhkan pada tahun 1972 oleh Menteri Besar pada waktu itu serta diberi nama Pusat Latihan Ternakan Sungai Siput dan dirasmikan oleh Almarhum Sultan Idris Shah ketika tahun 1980.

Terdapat pecahan unit untuk pembangunan ternakan di sini seperti Unit Rusa, Unit Burung Unta (Ostrich), Unit Latihan Ayam & Arnab, Unit Kambing, Unit Lembu Tenusu dan Unit R&D. Masing-masing mempunyai pengkhususan dalam bidang yang berkenaan.


Kursus yang ditawarkan pula meliputi kursus Pengurusan Ternakan Kambing, Pengurusan Ternakan Lembu Pedaging, Pengurusan Ternakan Lembu Tenusu, Bioteknologi Efektif Mikroorganisma, Asas Usahawan, Pengurusan Ternakan Puyuh dan Agronomi dan Penyediaan Tanah Ragut.

Pelajari Cara Pengendalian Ternakan

Objektif utama ladang ini beoperasi adalah untuk memberi latihan dan tunjuk ajar dalam bidang ternakan dan pengeluaran makanan ternakan serta mengeluar dan mengagihkan baka-baka ternakan yang bermutu.

Di samping itu, ia turut memberi khidmat kepakaran ternakan dan pengeluaran makanan kepada penternak serta usahawan baru, juga berperanan menjadi ladang contoh kepada komoditi ternakan baharu.


Ternyata orang ramai juga boleh melihat kepelbagaian dan cara-cara operasi mengendalikan haiwan di sini, tidak banyak tempat yang boleh dijadikan rujukan tentang perkara tersebut. Oleh kerana itu banyak lawatan dan rombongan daripada pelbagai latar belakang yang mengambil insiatif ke sini.


Pijak Telur Burung Unta

Bagi yang ingin merasai pengalaman memberi makanan kepada haiwan terutama kambing dan merasa keterujaan memijak telur burung unta, boleh datang ke sini dan kakitangan Ladang Infoternak bersedia untuk menerangkan info berkaitan haiwan dan pengendalian haiwan tersebut kepada anda.

Selain diberi makanan berbentuk palet kepada kambing, anda turut berpeluang melihat bagaimana makanan kambing dihasilkan seperti rumput peram (silage), iaitu sejenis rumput yang sudah ditambah pelbagai jenis nutrien.


Tidak rugi jika anda meluangkan masa menikmati kelainan yang ditawarkan ke sini, selain menjanjikan pemandangan yang mengasyikkan dalam masa yang sama boleh mengetahui selok belok tentang penternakan haiwan serta manfaat yang mampu diperoleh darinya.






- SP -
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2017 02:32 PM | Show all posts
Keindahan Cahaya Malam Kampung Dew



“SETIAP kali sampai di pokok yang banyak kelipan cahaya, pelancong dari Australia minta pakcik hentikan bot kemudian dia keluarkan kayu panjang dan saukkan ke dalam air.

“Dua tiga kali jugalah dia buat macam tu sampai pakcik tertanya-tanya apa sebenarnya yang dia lakukan, rupa-rupanya bila pakcik tanya jurubahasa pelancong itu dia terangkan pelancong itu tak percaya dengan kelipan cahaya yang dihasilkan ribuan kelip-kelip di sini dan menyangka kami pasang wayar elektrik di dasar sungai,” ujar Yusuf Ishak, 63 atau panggilan mesranya Pak Wahab.

Karenah dan ragam para pelancong itu sedikit sebanyak mencuit hatinya, apatah lagi dengan anggapan segelintir orang luar yang seakan tidak percaya dengan kewujudan kelip-kelip di Kampung Dew, Taiping.

“Geli hati juga bila pakcik ingat balik apa yang pelancong Australia itu cuba buat, dia terpinga-pinga cari ada tak wayar lampu hiasan kami pasang, selepas dia datang ke sini dan tengok dengan mata kepala sendiri barulah dia puas hati,” kata Pak Wahab.

Pak Wahab merupakan salah seorang nelayan di Kampung Dew yang telah berpengalaman lebih 30 tahun dengan selok belok sungai di situ.

Dia juga bertanggungjawab membawa pelancong ke destinasi kelip-kelip, di sepanjang 12 kilometer dari jeti Kelip-Kelip Kampung Dew dengan menaiki bot.

“Kelip-kelip bergantung kepada cuaca, kalau hujan memang kurang tapi bila lepas hujan petang memang banyak di malam harinya. Kadang-kadang satu pokok Berembang nampak macam pokok berhias yang diletak lampu LED,” katanya yang juga diamanahkan memegang jawatan Pengerusi Persatuan Eko Pelancongan Kelip-Kelip Kampung Dew.

Hanya Wujud Dua Kawasan Di Malaysia

Kampung Dew sememangnya terkenal dengan aktiviti memerhati kelip-kelip di waktu malam, tambahan hanya dua tempat yang menawarkan pelancongan dan aktiviti berkaitan kelip-kelip selain di Kampung Kuantan, Kuala Selangor.


Kawasan itu terletak dalam laluan Sungai Sepetang dan menariknya kelip-kelip gemar menjadikan pokok Berembang sebagai habitatnya memandangkan keistimewaan daunnya yang sejuk hingga boleh mencecah 20 darjah celcius tanpa mengira keadaaan cuaca semasa.

Menurut Setiausaha Persatuan Eko Pelancongan Kelip-Kelip Kampung Dew, Shukor Ishak, di samping terkenal dengan kelip-kelip, terdapat juga tarikan lain seperti memerhati burung, buaya, ikan lumba-lumba, perusahaan dapur arang kayu bakau.


“Sepanjang saya berkhidmat di sini, memang sudah terbukti dan diakui sendiri oleh banyak pihak yang kelip-kelip di sini adalah yang terbaik di Malaysia.

“Kalau anda ada masa datanglah ke sini, ada pakej disediakan untuk pelancong, semuanya berbaloi dengan apa yang bakal anda saksikan.

  
Indahnya malam dengan kelipan cahaya di pokok Berembang, ia berkelip serentak dan dinamakan spesis kelip-kelip ‘Pteropty Tener’,” kata Shukor.

   
Terdapat 2,000 spesis kelip-kelip di seluruh dunia, secara amnya kelip-kelip terdiri daripada dua kumpulan utama iaitu ‘kelip-kelip yang bersendirian’ dan ‘kelip-kelip yang berkumpulan’.

   
Ianya adalah sejenis serangga yang dikelaskan dalam kumpulan kumbang dan mengeluarkan cahaya bio-kimia dari organ cahaya dirinya, pengeluaran cahaya itu untuk berkomunikasi bagi mendapatkan pasangan mengawan.

   
“Kelip-kelip jantan keluarkan dua cahaya untuk tarik perhatian pasangannya sementara kelip-kelip betina keluarkan satu cahaya sahaja,” jelas Shukor.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2017 03:55 PM | Show all posts
share lg tmpt best kt perak..xbis jelajah lg
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2017 01:24 PM | Show all posts
‘Glamping’ Berkhemah Bawah Jutaan Bintang!

Tidur di hotel lima bintang mungkin biasa anda dengar bukan? Bagaimana dengan pengalaman tidur dibawah lima juta atau jutaan bintang?

Semua itu bakal hanya realisasikan apabila anda mengikuti perkhemahan penuh glamor yang diberi nama ‘Glamping’ hanya di Lost World Of Tambun.

Bukan hanya berkhemah, anda berpeluang berhibur di taman tema juga melakukan aktiviti lasak yang pastinya menguji ketahanan mental dan fizikal anda!

Ikuti pengalaman team Peraktoday yang berpeluang melawat sendiri dan mengikuti aktiviti menarik di Lost World Of Tambun baru-baru ini.

Taman Tema Terkenal

LOST World Of Tambun merupakan sebuah taman tema air dan juga merupakan sebuah lokasi hiburan berunsurkan kekeluargaan yang menarik di Bandaraya Ipoh.

Berkeluasan 40 ekar, berkonsepkan pengembaraan dalam taman, Lost World of Tambun pasti memberi seribu satu kenangan baru juga menarik buat pengunjungnya.

Tidak hanya semata-mata taman tema air, ia juga mempunyai tujuh taman utama yang pastinya mampu memukau para pengunjungnya di dalam dunia pengembaraan.

Ketujuh-tujuh taman ini terdiri daripada Lost Water Park, Lost World Amusement Park, Lost World Pettling Zoo, Lost World Hot Springs & Spa, Lost World Tiger Valley, Lost World Tin Valley dan juga Lost World Adventure Park yang boleh anda terokai satu persatu.

Berkhemah Dalam Serba ‘Mewah’

‘Glamping’ boleh didefinisikan sebagai “Glamorous Camping” iaitu perkhemahan gaya moden dan mewah yang menawarkan pengalaman yang selesa dan eksklusif.

Kalau dahulu, kita berkhemah dalam khemah kanvas dengan kayu atau buluh. Sekarang, khemah sudah pasang siap. Dulu tidur beralaskan lengan dan tanah rata, tapi sekarang hanya di glamping sudah tersedia katil berserta tilam dan bantal empuk dan kipas di dalam khemah.

Almari kecil, tuala, sabun, shampoo juga tempat mengecas telefon bimbit juga tersedia lengkap! Boleh dikatakan serba lengkap paling utama kita tidak perlu berperang dengan nyamuk ataupun pacat.

Pemandangan Semulajadi yang Indah

Terdapat enam khemah yang tersedia di setiap lokasi bagi penulis sendiri pemilihan khemah terapung di atas air tasik pastinya keputusan yang tepat sekali.

Anda akan dengar kicauan burung yang cukup menenangkan selain kehijauan gunung ganang sekeliling kawasan perkhemahan.

Bagi kemudahan Bilik Mandi dan Tandas juga tersedia lengkap, hanya perlu berjalan kaki lebih kurang 5 minit dari tapak Lost World glamping yang cukup bersih dan selesa.

Ruang Belajar Tentang Binatang Di ‘Petting Zoo’

Lost World of Tambun turut menyediakan sebuah mini zoo di Lost World Petting Zoo yang memberi peluang kepada pengunjung melihat lebih 100 spesis haiwan yang unik.

Antara haiwan menarik yang terdapat di sini mini zoo ini ialah seekor rakun bernama Ruby, Nia juga badak air bernama Juwita selain sekumpulan rusa yang begitu jinak untuk anda dekati.

Anda boleh memberi binatang jinak ini makan dan disentuh manja. Sungguh mencuit hati!

Moh Cuba Aktiviti Lasak & Mencabar

Para pengunjung pasti akan merasa teruja apabila mereka mencuba pelbagai aktiviti menarik di Lost World Adventure pastinya menguji ketahanan mental dan fizikal anda.

Antara yang patut anda cuba ialah Via Ferrata (aktiviti memanjat batu di bukit batu kapur) pastinya memberi kelainan dan pengalaman berbeza buat semua.

Bukan itu sahaja, anda berpeluang terbang dengan kelajuan tinggi dan digantung tali untuk menyeberangi kabel sepanjang 120 meter di atas Tasik Boga pastinya meninggalkan satu kenangan yang tidak mungkin dilupakan oleh pengunjungnya.

Para pengunjung pasti akan merasa teruja apabila mereka berpeluang mencuba pelbagai aktiviti menarik di Lost World Adventure seperti 13 High Rope Course, Para Jump, Wild Woosey serta Via Ferrata.

Jika memanjat batu terlalu ekstrem untuk anda, apa kata anda cuba aktiviti ‘flying fox’ atau Zip Line merentasi tasik. Zip Line sepanjang 120 meter ini boleh dinaiki seramai 4 orang sekali gus. Jadi tiada alasan lagi untuk anda tidak mencuba!

Jika anda seorang yang gemarkan sesuatu yang lebih mencabar, anda boleh cuba untuk meneroka di ‘6 Miles Tunnel’ atau terowong 6 batu. Untuk melalui terowong ini, anda perlu meredah tasik dan perlu berjalan di dalam air yang mengambil masa kira-kira 3 jam pergi dan balik.

Keletihan yang anda alami pasti terubat apabila dapat melihat sendiri keunikan batu kristal secara dekat juga pelbagai hidupan dan artifak di dalam gua.

Begitu juga dengan pendakian anak tangga 630 hingga ke pintu Gua Datok yang berusia 400 tahun sambil melihat pelbagai sejarah artifak zaman bekas perlombongan di dalamnya.

Anda boleh melihat struktur stalaktit dan stalagmit yang terdapat dalam Gua Datok atau dikenali juga sebagai Picasso Cave kerana corak di dalam gua seperti lukisan picasso.

Difahamkan di dalam Gua Datuk hari ini masih ada sebuah kerusi yang menghadap kiblat dipercayai tempat Datuk Panglima Ngah Ghafar datang berubat. Beliau hilang ketika upacara penyembuhan dilakukan oleh seorang pawang dalam sebuah balai. Ngah Ghafar digelar Datuk Hilang Di Jalan.

Turut terdapat tempayan yang airnya tidak pernah penuh walaupun air sentiasa menitis dalam tempayan tersebut.

Bagi anda yang berminat dan ingin mendapatkan maklumat mengenai pakej yang disediakan anda boleh melayari lawan sesawang rasmi Lost World Of Tambun atau menghubungi talian (05-5408801/02) atau lwreservation@sunway.com.my untuk tempahan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2017 01:25 PM | Show all posts










Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by atsu at 12-12-2018 07:03 PM
bianglala replied at 3-4-2017 11:07 AM
Perkampungan Itik Di Trong




Dah pernah pergi, memang tak sangka wujud leisure farm ni di Trong. Recommended. Nak berkuda , memanah pun ada.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2019 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
bianglala replied at 3-4-2017 02:32 PM
Keindahan Cahaya Malam Kampung Dew



Masih ada ke now.. Interesting..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 08:54 AM | Show all posts
   

aku baru pergi Teluk Senangin, Lumut kelmarin, stay kat De Idaman Chalet
best jugak tempat nya, air laut pun x kotor boleh mandi..petang2 boleh tengok sunset
itu la hasil dr pic yg aku snap..camera x mahal pic mcm tu jerk yg dpt aku snap

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2019 08:56 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:39 PM GMT+8 , Processed in 0.351161 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list