CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: TUKANGKEBUN

Pelancongan / Tempat Menarik @ PERAK

[Copy link]
 Author| Post time 11-2-2008 09:29 AM | Show all posts
Beting Beras Basah


Beting Beras Basah yang terletak di Bagan Datoh, Perak berhampiran dengan muara Sungai Perak merupakan kawasan pantai pasir yang kadang-kala timbul dan kadang-kala tenggelam apabila air pasang berlaku.

Beting Beras Basah dikaitkan dengan Sultan Perak yang pertama telah menjejakkan kaki di sini. Setiap kali pertabalan Sultan Perak, sultan tersebut mestilah menghilir Sungai Perak dari Kuala Kangsar hingga ke Beting Beras Basah

Mengikut sejarah, di sinilah bermulanya Sultan Perak yang pertama berangkat masuk ke Negeri Perak.

Di zaman munculnya Kerajaan Beruas dan Manjung terdapat juga beberapa daerah di Perak yang memerintah secara persendirian. Di Temong misalnya terdapat seorang perempuan yang dikenali sebagai Tok Temong dan di Hulu Perak terdapat seorang lelaki bernama Tun Saban anak Bendahara Tun Perak Melaka. Begitulah keadaannya sebelum wujud kesultanan Perak.

Kesultanan Perak bermula pada kurun ke-16, apabila putera kedua Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka yang terakhir, setelah Negeri Melaka dikalahkan oleh Portugis pada T.M 1511 dilantik menjadi Sultan Perak yang pertama pada tahun 1528. Putera tersebut bernama Raja Mudzaffar Shah. Menurut cerita lisan yang diperolehi daripada Almarhum Sultan Idris Almutawakkil Alallah Shah Ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah, Sultan Perak yang ke-33, Orang-orang Perak telah menyuruh Tun Saban menjemput Raja Mudzaffar untuk dirajakan di Perak. Waktu bakal Sultan ini mudik Sungai Perak, bahtera kenaikan Baginda telah tersangkut di Beting Beras Basah yang terletak di Kuala Sungai Perak. Raja Mudzaffar telah berseru:

[img][url=http://www.perak.gov.my/sultan/imej/beting.jpg[/img]http://www.perak.gov.my/sultan/imej/beting.jpg[/img[/url]]
"Sekongkong Tanah Minangkabau
Selilit Pulau Perca
Di lengkong ular Saktimuna
Perpisahan Beta di selat Melaka
Jika Sah Beta Raja berdaulat
Lepaslah sekalian malapetaka"

Selepas seruan Baginda diucapkan. bahtera kenaikan Baginda itu bergerak, dan Orang-orang Besar dan beribu-ribu rakyat Negeri Perak yang menyambut Baginda menyebut "Daulat Tuanku" tiga kali berturut-turut. Kemudian Baginda diarak mudik Sungai Perak hingga ke tempat yang bernama Tanah Abang dan disitulah Baginda ditabalkan menjadi Sultan Perak yang pertama.

[ Last edited by  TUKANGKEBUN at 11-2-2008 09:32 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2008 09:30 AM | Show all posts
Originally posted by TUKANGKEBUN at 11-2-2008 09:25 AM


BATU BERSURAT satu lagi keistimewaan di TELUK INTAN


bukan batu bersurat la TK.. ..tue batu hidup laaaaa.. ..asalnyer batu tue kecik jerk.. ..sebesar ibu jari.. ..tapi makin hari makin beso.. ..sampai laaaa sebeso pic di atas tue.. ..

dari mana lu dapat info pic di atas tue batu bersurat.. ..?!
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2008 01:03 PM | Show all posts

Reply #46 unggas's post

aje yang beno apa yang mike sebutkan tu . . . . masa teman kecik2 dulu . . batu tu tak beso macam tu . . . tak de betulih macam tu
betoi ke apa yang saya nyatakan tadi . . . dah ngigo gamaknye
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2008 10:42 AM | Show all posts
Ini teman nak tanya pendapat mike semua kat sini sikit...walaupun teman orang ipoh 8 march ni teman ingat nak duduk kat tepeng fasal ada kenduri kahwin dan alang-alang dah sampai kat sana, teman ingat nak round tepeng aja terus...boleh gak pergi makan mi udang, tengok zoo malam, makan popiah dan yang sewaktu dengannya puas-puas..kalau idak terkejor2 aja kalau duk pergi ke tepeng ni..

jadi persoalan teman adalah gini..teman cek kat tenet hotel yang elok sikit yang teman rasa sesuai fasal ada swimming pool cuma kat tepeng resort kat kamunting nun...jadi teman nak tanya ada tak lagi hotel macam tu kat area tepeng ni....tapi teman tak nakler duk laketown tu...teman dengar hulu sangat kalau nak berjalan2 kat kawasan tepeng ni...jadi kalau ada hotel yang boleh tahan lagi dengan swimming pool, tolongle bagitau teman ya..terimakasih..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2008 11:11 AM | Show all posts
teman tak reti.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2008 11:15 AM | Show all posts

Reply #48 mmc's post

kat bukit jana ek..
aku ada google, kebanyakannya takde kolam la...
kot2 ada yg aku terlepas pandang harap betuikan la ye...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2008 11:58 AM | Show all posts

Reply #49 Gemukkkkkkk's post

tak reti..bukan lake garden tu tempat ko ke
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2008 12:01 PM | Show all posts

Reply #50 in2eryn's post

ha betul al kat situ tapi teman sendiri tak pernah sampai kat bukit jana tu rasanya...baca kat tenet macam bagus tapi reganya macam hotel kat kl...tapi kalau itu aja yang ada apa nak buat...janji boleh makan kow2 kat tepeng..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2008 12:30 PM | Show all posts

Reply #52 mmc's post

aku dah pi. tempat tu mmg best bagi aku. pemandangan best (iye la, golf resort katakan). sejuk je.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2008 02:18 PM | Show all posts

Reply #53 in2eryn's post

yaka...kalau macam tu berbaloi ler gamaknyer..mula2 hajat nak pi cameron...tapi dah ada wedding kena melencongler...terimakasih..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2008 02:26 PM | Show all posts

Reply #54 mmc's post

tp itu pandangan aku yg rabun kata ok la .. kot2 yg lain kata tak tu aku tak le pasti pulak kan..
err. sapo lagi yg dah pi sini ek??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2008 12:02 PM | Show all posts
KELLIE'S CASTLE
[IMG]http://sp1.yt-thm-a01.yimg.com/image/25/f10/472614252[/IMG]
Sejarah

Pada awal tahun 1890-an, pengusaha British juga telah membuka estet-estet getah di sekitar Batu Gajah. Antaranya ialah Ladang Kinta Kellas, Ladang Kinta Valley, Ladang Harewood, Ladang Sengat dan lain-lain. Antara pengusaha British yang paling terkenal di Batu Gajah ialah William Kellie Smith dan Alma Baker.

William Kellie Smith berasal dari sebuah kampung bernama Kellas di bahagian timur laut Scotland. Beliau datang ke Tanah Melayu pada tahun 1890 ketika berusia 20 tahun. Semasa di Pulau Pinang, beliau berkenalan dengan Alma Baker, seorang kontraktor di Kinta. Beliau kemudiannya berjaya di Batu Gajah sebagai pengusaha ladang getah Kellas Estate, Kinta Kellas Estate, dan lombong bijih timah Kinta Kellas Dredging Company.

Di zaman kegemilangannya, hartawan Kellie Smith telah membina sebuah bangunan yang besar dan indah bagi kediaman keluarganya. Bangunan yang diberi nama Kellas House mula dibina pada tahun 1910. Bangunan tiga tingkat itu dibina mengikut rupabentuk sebuah istana di India. Tukang-tukangnya dibawa khas dari Madras. Bangunan yang mempunyai 14 bilik, sebuah cellar dan terowong rahsia itu juga akan dilengkapkan dengan lift iaitu yang pertama di Tanah Melayu. Di tingkat kedua, akan dibina sebuah padang tenis dengan lantai simen. Berita mengenai bangunan itu pernah disiarkan dalam akhbar London Financier pada 15 September 1911. Akhbar itu menyifatkan rumah ketua pengurus Ladang Kellas itu mungkin yang paling unik di seluruh Timur Jauh, baik dari segi bentuk mahupun besarnya.

Apabila Perang Dunia Pertama tamat, sejenis wabak Spanish Flu merebak dari Eropah ke Asia, sampai Tanah Melayu dan juga Ladang Kellas. Ramai pekerja ladang dijangkiti wabak itu meninggal dunia. Ketua pekerja meminta Kellie Smith membina sebuah kuil supaya mereka boleh mendoakan keselamatan pekerja dari wabak tersebut. Kellie Smith fasih bertutur bahasa Tamil dan Melayu. Beliau mengarahkan semua tukang yang sedang membina Kellas House supaya membina sebuah kuil baru di kawasan ladang berhampiran dengan jalan raya. Di bumbung kuil itu terdapat sebaris patung dewa Hindu dan di tengah-tengah barisan tersebut terdapat sebuah patung yang memakai pakaian pengurus ladang bangsa Eropah dengan topi putih. Kuil tersebut masih digunakan oleh pekerja Ladang Kinta Kellas hingga ke hari ini.

Walau bagaimanapun bangunan Kellas House tidak dapat disiapkan pembinaannya apabila Kellie Smith meninggal dunia di Lisbon, Portugal pada 11 Disember 1926 ketika berusia 56 tahun. Sungguhpun Kellas House atau Kellie's Castle itu hanya seperti bangunan dalam keadaan 'sedang dibina', namun keunikannya menjadi salah satu tarikan pengunjung ke Batu Gajah kini.Istana ini dibuka kepada kunjungan awam dari jam 8.30 pagi - 7.00 petang (setiap hari). Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

No. Tel. - 05-3668198
No. Faks - 05-3668199

Bayaran masuk
- Dewasa - RM 3.00

- Murid sekolah - RM 2.00
(Atas 12 tahun)

- Kanak-kanak - RM 1.00
(Bawah 12 tahun)

*Pelajar - RM 2.00 (Pada hari biasa sahaja)




[ Last edited by  TUKANGKEBUN at 20-2-2008 12:07 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2008 12:03 PM | Show all posts
KAPAL KOREK

Lebih kurang 4 km menghala ke Tanjung Tualang terdapat sebuah kapal korek yang masih dikekalkan dalam keadaan sebenar dibuka untuk dilawati oleh sesiapa sahaja yang berminat mengenainya. Tanjung Tualang adalah merupakan sebuah bandar yang terletak di dalam pentadbiran daerah Kinta (Kinta Barat) Batu Gajah, Perak. Ditempatkan pada kedudukan 4

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2008 04:06 PM | Show all posts

Reply #57 TUKANGKEBUN's post

teman update sikit maklumat ini..sekarang kapal korek ni dah dibuka untuk orang melihat dari dekat dan dalam..tapi kena bayor ler

Wednesday January 30, 2008


Tin dredge to open to public
By G. MAHINDER SINGH
AFTER years of relative obscurity, the Perak tin dredge at Tanjung Tualang will open its doors to the public from Feb 1. Run by Osborne & Chappel, the attraction will have packages that include guided tours

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2008 09:01 AM | Show all posts

Reply #58 mmc's post

tima acih tolong aku menambahkan FAKTA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2008 09:31 AM | Show all posts
Kampar









Peneroka dan penempatan awal Kampar mempunyai kaitan dengan penemuan bijih timah, oleh yang demikian apabila mengkaji sejarah Kampar tidak akan lari dari sejarah bijih timah itu sendiri. Lantaran itu tidak hairanlah ada pendapat yang mengatakan bahawa Kampar dibangunkan di atas bijih timah dan sehingga kini kegiatan melombong bijih timah masih lagi beroperasi walaupun ia mulai berkurangan akibat kejatuhan harga dalam pasaran.

Aktiviti awal perlombongan di jalankan secara mendulang di tebing-tebing Sungai Kranji dan Sungai Kampar serta di kawasan lembah yang berair. Kegiatan mendulang ini kebanyakannnya dilakukan oleh orang-orang Cina. Apabila orang Eropah memperkenalkan cara melombong dengan menggunakan pam palong dan kapal korek, pengeluaran bijih timah berlipat ganda hasilnya. Secara tidak langsung ia telah membuka banyak peluang pekerjaan kepada penduduk Kampar dan kawasan sekitarnya. Keadaan ini berterusan sehinggalah menjelang kemerosotan pasaran timah pada awal tahun 1993.

Hari ini, Kampar telah membangun sebagai pusat pentadbiran Daerah Kecil Kampar dan Gopeng serta menjadi sebuah pusat perniagaan dan kewangan yang menjadi tumpuan ramai. Banyak kawasan perindustrian telah dibangunkan dan ia memberi banyak peluang pekerjaan kepada penduduk-penduduk di sekitarnya. Kepesatan sektor perindustrian ini telah menarik minat para penduduk luar dan tempatan untuk berhijrah ke daerah ini.

Selain daripada menjadi pekerja industri, penduduk di Daerah Kampar ini juga menjalankan aktiviti pertanian iaitu mengusahakan dusun buah-buahan dan sayur-sayuran. Oleh kerana majoriti penduduk Kampar adalah masyarakat Cina, maka aktiviti perniagaan telah menjadi mata pencarian utama mereka.

Aktiviti penternakan juga giat dilakukan di Daerah Kampar ini khususnya penternakan ikan air tawar dan ikan hiasan. Ini adalah kerana di Daerah Kampar terdapat banyak bekas lombong bijih timah yang begitu sesuai untuk menjalankan aktivitit ersebut. Di samping penternakan ikan, penternakan lembu dan kambing juga ada di jalankan di kawasan ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-2-2008 09:45 AM | Show all posts
Destinasi Pelancongan
Di Daerah Kinta Selatan










Air Terjun Batu Berangkai

Air Terjun Batu Berangkai merupakan salah satu destinasi pelancongan Malaysia yang paling indah. Letaknya lebih kurang 2.5 km dari bandar Kampar. Dari jalan sebelah tepi Masjid Al Nur Kampar, anda akan melalui sekim Perumahan Taman Ros dan menikmati suasana perkampungan Melayu tradisional dan perkampungan Orang Asli sebelum sampai ke destinasi ini. Pengunjung dapat menghayati keindahan alam semulajadi disamping bermandi-manda, berkelah dan berkhemah sekeluarga di situ. Waktu senja adalah masa yang cantik sekali semasa sang suria mengundur diri. Bagi pengunjung yang "adventure", anda boleh mendaki Gunung Relau dari Air Terjun ini melalui trek tanah yang bersih. Anda akan sampai ke kemuncaknya setinggi 4075 kaki disamping menikmati keindahan flora dan fauna semulajadi. Perjalanan ini akan mengambil masa 4-5 jam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2008 09:48 AM | Show all posts
Air Terjun Sungai Salu

Air Terjun Sungai Salu terletak di Kuala Dipang. Ianya sesuai untuk aktiviti keluarga kerana air sungainya yang cetek sesuai untuk kanak-kanak. Ianya berada di bawah pengawasan Jabatan Hutan. Antara kemudahan yang disediakan ialah tempat menyalin pakaian, tandas, pondok rehat dan gerai makan. Jarak untuk sampai ke Air Terjun Sungai Salu dari jalan utama Kampar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2008 09:49 AM | Show all posts
Air Terjun Sri Kampar

Air Terjun Sri Kampar terletak di Kampar. Ianya sesuai untuk aktiviti lasak seperti 慾ungle tracking
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2008 09:51 AM | Show all posts
Gua Tempurung


Antara bukit-bukit batu kapur dan marmar yang terindah di Malaysia adalah Gua Tempurung. Tersembunyi di dalam batu kapurini adalah satu rangkaian sistem gua dalam berbagai dimensi dan berangkaian seolah sarang lebah. Gua-gua ini sesungguhnya adalah sebuah galeri yang menyimpan beribu bentuk stalakmit dan stalaktit dan lain-lain bentuk ukiran batu yang merupakan warisan alam yang amat menakjubkan.
Gua Tempurung merupakan gua utama di banjaran ini. Ia berlengkar di dalam perut Gunung Tempurung sebagai satu terowong dari timur menembusi ke barat sepanjang 1.9 km. Kini jejantas dan tangga telah disediakan di dalam sebahagian daripada gua-gua tersebut dan dengan adanya kemudahan ini, lawatan ke dalam gua kini amat mudah dan selesa.

Sebahagian daripada gua ini dilengkapi dengan lampu terang biasa untuk menyinari keadaan asli dan semulajadi gua ini. Dalam pada ini, pengunjung dapat menghayati keindahan ciptaan alam semulajadi dengan lebih dekat lagi. Dari Lebuhraya Utara-Selatan susur keluar melalui persimpangan Gopeng, kira-kira 25 km ke selatan bandaraya Ipoh. Dari persimpangan Gopeng, masuk ke Lebuhraya Persekutuan 1 (jalan lama) dan tuju ke selatan kira-kira 2 km sehingga Kampung Gunung Mesah. Belok ke kiri, dan lalui jalan kampung sepanjang 5 km. Jalan kampung ini boleh digunakan oleh semua jenis kenderaan termasuk bas. Selepas melalui kampung ini, anda akan melalui tanah bekas lombong. Untuk menyenangkan pengunjung, terdapat banyak papan tanda di sepanjang jalan menuju ke Gua Tempurung.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.086084 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list