|
ha ah sameee jer cam citer buah limau tambun...tapi org cakap limau tambun dema memang taruh baja jenis tu....tu yang elok besor-2 jer buahnye...
|
|
|
|
|
|
|
|
aku udah tak berani nak beli |
|
|
|
|
|
|
|
tapi manis tuuuuu...teman ckp kat kome... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by TUKANGKEBUN at 26-3-2008 09:30 AM
Tasik Banding
http://tanah.perak.gov.my/pdtgerik/images/pelancongan/10153202-212.png
Terletak 35km dari Gerik, merupakan tempat yang ideal untuk memancing dan kepada mereka yang terlalu ...
aku dah g mancing....ikan mmg byk tp sume nyer tdo... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #146 Joe_Shaper\ catat
ada
kat slim river
kpg sungai dara |
|
|
|
|
|
|
|
nak dtg pangkor aku la kamus bergerak semua psl pangkor..haha |
|
|
|
|
|
|
|
morning warga Perak..
nak mintak tolong sesangat..sape leh bgtau jalan mana nak ikut kalu nak ke hospital Selama dari KL? urgent sgt..adik kt PLKN Selama masuk wad...nak pegi tp xtau nak ikut jalan mana? |
|
|
|
|
|
|
|
Bukit batu kapur jadi tarikan
Oleh ANGELINA SINYANG
utusanperak@utusan.com.my
[IMG] [/IMG]
PANORAMA indah ke Gua Kek Look Tong di Gunung Rapat, Ipoh. - UTUSAN/HANAFI KHAMIS
--------------------------------------------------------------------------------
IPOH 9 Mac - Selain popular sebagai bekas pusat perlombongan bijih timah utama di negara ini, Lembah Kinta di Perak juga dianggap kawasan unik kerana dikelilingi oleh banyak bukit batu kapur.
Banjaran bukit batu kapur ini bukan sahaja menyumbang sumber pendapatan kepada ekonomi negeri melalui aktiviti perlombongan kuari, pembuatan simen dan batu marmar, tetapi turut menggamit kedatangan pelancong ke Perak khususnya sekitar bandar raya Ipoh.
Antara produk pelancongan menarik boleh ditemui dalam bukit batu kapur ialah gua yang sesuai untuk diterokai oleh peminat aktiviti lasak seperti Gua Tempurung di Kampar yang terletak kira-kira 60 kilometer dari Ipoh dan beberapa gua yang dijadikan tokong atau kuil oleh penganut beragama Buddha dan Hindu.
Meskipun pembinaan tokong dalam gua tidak dibenarkan di Perak, tetapi kewujudan rumah ibadat itu memberi pulangan kepada kerajaan negeri apabila ramai pelancong asing melawat ke tempat tersebut.
Pelancong, terutama dari Singapura dan China tidak melepaskan peluang mengunjungi tokong di dalam gua untuk beribadat dan menyaksikan keindahan pemandangan di sekelilingnya apabila melawat ke Ipoh.
Bagaimanapun, pembinaan tokong atau kuil dalam gua tetap ada risikonya kerana ia terdedah kepada kejadian runtuhan seperti insiden runtuhan batu kapur yang meragut satu nyawa di Tokong Gua Perak di Jalan Kuala Kangsar di sini pada 11 Januari lalu.
Malah, tragedi yang sama pernah berlaku di Gunung Cheroh di sini 34 tahun lalu yang mengorbankan 42 penduduk Kampung Kachang Putih yang terletak di kaki bukit tersebut.
Sehingga hari ini, ramai masih mengingati kejadian tragis itu kerana 30 mangsa masih tertanam dan gagal dikeluarkan di bawah runtuhan berkenaan.
Justeru, telah sampai masanya pihak berkuasa tempatan mengambil kira soal keselamatan orang ramai yang mengunjungi tempat-tempat pelancongan seumpama itu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sapa kat sini tinggal kat kampung dalam Majalay 3 yang lepas. Tengok suasana kampung memang menarik ..... tempek ler gambar kat sini |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #153 harmerz01's post
|
|
|
|
|
|
|
Balas #152 TUKANGKEBUN\ catat
teman peronah masuk ke sini dengan amoi teman dan ex-amoi teman (mase die nok pegi menilik sape buleh jadi somi die). ok le. beranginnn aje. lepeh tu tembuih ke dalam ade laman besor. ade kolam besor bele kughe-kughe jugak.
benor le kalo nok ceghite bab sefti (keselamatan kate omputeh). baghu-baghu ni pun ade dinding/bumbung ghuntuh kat dalam gue jalan kole kangsor tu. mati soghang... |
|
|
|
|
|
|
|
Keris warisan Melayu
Oleh HASHIM P. MAMAT
utusanperak@utusan.com
[img] [/img]
ABDUL Mazin bersama dua bilah keris yang ditempah oleh pelancong Amerika dan Jepun di bengkelnya di Kampung Padang Changkat, Kuala Kangsar, Perak, baru-baru ini.
--------------------------------------------------------------------------------
KUALA KANGSAR 11 Mac - Keris merupakan warisan atau lambang keberanian dan perjuangan masyarakat Melayu yang telah wujud sejak zaman berzaman.
Hakikatnya, kehebatan pahlawan Melaka, Hang Tuah juga dikenali berikutan kesaktian keris bernama Taming Sari.
Biarpun kini kedudukan keris tidak lagi terlalu istimewa dalam masyarakat Melayu, namun ia masih menjadi simbol paling penting.
Fungsinya bukan sebagai senjata bagi mempertahankan diri, tetapi lambang adat dan budaya dalam masyarakat itu sendiri.
Di sebalik sejarah kehebatannya, tidak ramai mengenali golongan yang bertanggungjawab menghasilkan keris.
Salah seorang pembuat keris, Abdul Mazin Abdul Jamil, 58, berkata, untuk menghasilkan keris yang menarik, seseorang itu harus mempunyai jiwa seni tersendiri.
Mula berkecimpung dalam bidang itu sejak lebih 40 tahun lalu, Abdul Mazin bangga dengan usaha yang dilakukannya.
''Antara keris yang pernah saya hasilkan termasuklah keris Panca Warisan yang menjadi lambang perjuangan Pergerakan Pemuda UMNO," katanya di Kuala Kangsar baru-baru ini.
Menurut Abdul Mazin, membuat keris sememangnya merupakan antara kerja yang agak rumit malah jauh lebih sukar daripada menghasilkan golok atau parang.
Ini kerana katanya, untuk mendapatkan keris yang bermutu tinggi, seseorang itu mesti pandai melebur besi dan mencampurkannya dengan bahan-bahan lain.
''Saya belajar membuat keris daripada bapa saya setelah jemu membuat parang dan golok sahaja," katanya.
Bapa kepada l2 anak itu berkata, untuk menyiapkan sebilah keris mengikut saiz termasuk ulu dan sarungnya, ia memerlukan masa sekurang-kurangnya tiga minggu.
Selain menempa keris Panca Warisan, Abdul Mazin juga terlibat menghasilkan keris untuk pihak istana. Antara negeri yang mendapatkan khidmatnya selain Perak ialah Kedah dan Selangor.
Malah Sultan Brunei dan beberapa pembesar negara lain turut tertarik dengan keaslian keris yang dihasilkannya.
''Saya juga menjadi rujukan kepada siswazah dari universiti tempatan yang mengikuti kursus seni warisan yang ingin mendalami pelajarannya. Bengkel saya sering menjadi tumpuan ramai khususnya pada musim cuti persekolahan.
''Saya bersyukur dengan segala kemudahan yang diberikan oleh kerajaan dan semua pihak terbabit, saya dapat meneruskan kerja dalam pembuatan keris dan bidang pandai besi," ujarnya.
Abdul Mazin turut melahirkan harapannya untuk membimbing golongan muda yang berminat mendalami kemahiran membuat keris bagi memastikan ada generasi pewaris pada masa akan datang. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #155 Gemukkkkkkk's post
fush ada pengalaman gak ko ye |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #9 TUKANGKEBUN\ catat
ya...aku pun pernah sampai sini. air sungai tu mmg sejuk. best jugak. tapi masa aku pergi tu, tak leh mandi, sbb lawatan keje melawat TNB stesen hidro. projek tnb itu salah satu cabang Energy Efficient di negara ni. menggunakan kuasa air terjun untuk penjanaan elektrik. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|