CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: TUKANGKEBUN

Pelancongan / Tempat Menarik @ PERAK

[Copy link]
Post time 1-4-2009 03:07 PM | Show all posts

Balas #157 Gemukkkkkkk\ catat

tok moh ker kak mukk nih?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2009 11:39 PM | Show all posts

Balas #161 wanda_comel\ catat

tak la.  ekekekekekek melawak je tu...  
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 12:20 AM | Show all posts
attee, wehh!!

Pintu gerbang ke pekan teman ni wehh!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 12:21 AM | Show all posts
attee, wehh!!!

gambor semejid daerah perak tengah yg gantikan semejid di pekan parit sinun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 12:36 AM | Show all posts
atte, wehh!!!

Hentian Seri Iskandar...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2009 05:02 PM | Show all posts
hrp pak mod leh bg credit lebih

kat hang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2009 07:04 PM | Show all posts
waaaa....
bile tgk pic2 spitfire007...
tingat zaman girl kat uitm...
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2009 04:12 PM | Show all posts
attee, wehh!!!

Labu sayong ayor pancut mercu tanda Seri Iskandar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2009 04:46 PM | Show all posts
Originally posted by spitfire007 at 5-4-2009 16:12
attee, wehh!!!

Labu sayong ayor pancut mercu tanda Seri Iskandar



dekat dengan uitm girl la..
dulu tak siap lagi..
nw da siap..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2009 04:55 PM | Show all posts




balai polis selame perak...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2009 04:57 PM | Show all posts



lata tebing tinggi selame...
last girl pegi dulu-dulu...
besh sangat...
chantek...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2009 09:09 AM | Show all posts
Khazanah tidak ternilai

Oleh NORSHARUDDIN SAPIAN
utusanperak@utusan.com.my



KOLEKSI tembikar tidak ternilai harganya yang dijumpai tertanam di beberapa kawasan sekitar Beruas. - UTUSAN/NORSHARUDDIN SAPIAN

--------------------------------------------------------------------------------



BERUAS 20 April - Mengikut buku Sejarah Perak karangan Tun Seri Lanang, Beruas yang terletak kira-kira 48 kilometer dari Lumut, Perak dibuka oleh Raja Acheh, Malik Al Mansur pada kurun ke-15 selepas diusir dari istana kerana dipercayai melakukan perbuatan sumbang.

Selepas penat belayar akhirnya rombongan Malik Al Mansur sampai dan berehat di bawah pokok yang dikenali pokok beruas. Bermula dari sinilah Beruas mendapat namanya.

Mengikut catatan sejarah, di sini terletaknya pusat pentadbiran dua kerajaan lama berusia ratusan tahun lalu, iaitu Kerajaan Melayu Beruas dan Gangga Negara.

Malahan menurut pengkaji sejarah, kedua-dua kerajaan agung yang bertapak kira-kira 600 tahun lalu itu dipercayai telah wujud lebih awal lagi daripada kerajaan Melayu Melaka.

Kewujudan kerajaan Melayu Beruas dan Gangga Negara itu boleh dilihat berdasarkan kesan sejarah peninggalannya yang masih wujud di beberapa kawasan sekitar Beruas malah banyak artifak purba ditemui penduduk.

Kesan tinggalan itu juga menunjukkan pusat pentadbiran kerajaan Melayu Beruas, terletak di Kampung Kota, kira-kira tiga kilometer dari Pekan Beruas.

Di Kampung Kota, kesan peninggalan bersejarah seperti perkuburan raja dipercayai milik Raja Beruas I dan Raja Beruas II serta ratusan kubur lama masih jelas kelihatan termasuk tapak pintu gerbang kerajaan Melayu Beruas.

Bagi memastikan khazanah yang tidak ternilai itu terus dipulihara, pihak Muzium Negara telah mengambil langkah dengan menubuhkan Muzium Beruas bagi menempatkan pelbagai artifak kerajaan Melayu Beruas dan Gangga Negara yang ditemui di sekitar pekan itu.

Muzium berkenaan yang terletak di tepi jalan besar Beruas-Taiping itu dibuka kepada orang ramai secara percuma setiap hari mulai 9.30 pagi hingga 5 petang termasuk pada setiap Sabtu dan Ahad bagi memberi peluang kepada pengunjung dari negeri berhampiran untuk melihat bahan bersejarah yang dipamerkan di situ.

Pengarah Muzium Negeri Perak, Nor Janati Ibrahim berkata, bangunan Muzium Beruas itu dulunya sebuah mahkamah kemudian dijadikan pula pejabat Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) kawasan Beruas.

Menurutnya, kerja awal pembaikan dan ubah suai dijalankan awal tahun 1994 dengan dibiayai oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan melalui Jabatan Muzium.

Nor Janati berkata, selepas kerja ubah suai selesai dijalankan, pada 23 Mei 1995, bangunan itu diserahkan oleh Ketua Pengarah Muzium Negara, Mohd Zulkifli Abdul Aziz kepada kerajaan negeri Perak menerusi Setiausaha Kerajaan Negeri Perak ketika itu, Datuk Abdul Habib Mansor.

Muzium Beruas kemudian dibuka kepada orang ramai mulai Julai 1995 dan dirasmikan oleh Menteri Besar Perak ketika itu, Tan Sri Ramli Ngah Talib.

Antara bahan awal yang dipamerkan ialah pelbagai artifak lama hasil dari projek penelitian sejarah Beruas fasa pertama oleh Jabatan Muzium, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Persatuan Peminat dan Pengkaji Sejarah Manjung (PPPSM) yang dibiayai kerajaan negeri Perak pada 25 November hingga 25 Disember 1991.

Turut serta dalam projek itu ialah Prof. Datuk Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman.

Menurut beliau, bahan yang dipamerkan kepada pengunjung turut diperoleh hasil sumbangan penduduk tempatan dan ada juga beberapa artifak yang dibeli daripada orang ramai.

Beliau berkata, sehingga kini terdapat lebih 300 koleksi barangan iaitu pinggan mangkuk tembikar yang dipercayai berasal dari China, Belanda serta England, periuk tanah, batu giling, wang tampang timah berbentuk kura-kura dan barangan tembaga ditempatkan untuk pameran di Muzium Beruas.

Menurutnya, selain itu, sepucuk meriam tembaga seberat 128 kilogram yang diperoleh dari Kampung Pulau Meranti oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Manjung ketika kerja-kerja pembersihan untuk mendalamkan Sungai Beruas pada 1986 lalu turut dipamerkan.

"Dengan adanya penemuan baru barang-barang purba di sekitar Beruas, khazanah bersejarah dan koleksi muzium akan bertambah.

"Ini akan menarik kunjungan ramai pelancong termasuk pelancong asing ke sini secara tidak langsung merangsang perkembangan ekonomi penduduk tempatan," katanya.

Mereka yang berminat berkunjung ke Muzium Beruas boleh menghubungi Kurator Muzium Beruas menerusi telefon di talian 05-6740160 dan faksimili 05-6740160 untuk sebarang pertanyaan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2009 03:45 PM | Show all posts
byk tuk pembangunan kat negeri perak nie...bangganya aku
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2009 08:52 PM | Show all posts
tuh kat ngan area UITM kan?
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2009 12:49 PM | Show all posts
seronok nengok gambar2 yang korang paste...rasa nak balik Perak jer......bila la blh cuti ni....
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2009 12:50 PM | Show all posts
Dlm byk2 tempat kat perak ni yg paling aku suka menyinggah semestinya tepeng...makanan kat sana best2!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2009 01:04 PM | Show all posts
betul..char keuh tiaw..
dah lama xgi sana..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2009 03:38 PM | Show all posts
Saya anak kelahiran Tepen, Perak..

tapi dah lebih 20 tahun menetap KL..tinggalkan Perak..

Walau mcam mana pon Perak masih tetap dalam ingatan..lake garden, zoo Tepen, Bukit Maxwell (la ni Bukit  ...
har123 Post at 25-1-2009 12:42


Kalo nak ke Gunung Semanggol masuk ikut exit mana ... Taiping (Utara) ato Bukit Merah, ari minggu ni nak pegi ke Kem PLKN Gunung Semanggol ... boleh describe kan tak cam ner nak sampai ke sana ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2009 09:23 AM | Show all posts
Keindahan Batu Reng pukau pelancong luar



bot membawa orang ramai dari Kampung Batu Reng ke Jeti Pengkalan Pipit Lenggong bagi kemudahan penduduk berulang- alik.

--------------------------------------------------------------------------------



LENGGONG 27 Sept. - Suasana kampung yang mendamaikan dan kaya dengan nilai-nilai tradisi pasti menjadi idaman mereka yang ingin pergi bercuti.

Justeru, tidak hairanlah jika kebelakangan ini warga kota gemar memilih inap desa untuk bercuti bersama keluarga.

Kampung Batu Reng yang terletak di tepi Tasik Chenderoh di sini antara inap desa yang menarik sekiranya ada yang bercadang untuk berehat dalam suasana kampung.

Menariknya kampung yang bersempadan dengan negara jiran, Thailand itu ialah ia masih mengekalkan ciri-ciri kampung dengan hanya menerima asas kemodenan yang minimum.

Jika kampung-kampung lain berusaha membina jambatan untuk mendekatkan diri dengan 'dunia luar', Kampung Batu Reng pula berbangga dapat meneruskan tradisi perhubungan menerusi jalan air.

Selain itu, penduduk kampung ini yang rata-ratanya bekerja sebagai penoreh getah masih menggunakan sumber air bukit untuk minum dan memasak makanan.

Penghulu Mukim Durian Pipit, Ibrahim Rasdi Ali berkata, Kampung Batu Reng yang diberi nama sempena sebuah batu reng dari Jeli, Kelantan diperkenalkan sebagai inap desa pada Julai tahun lalu.

Suasananya yang dikelilingi tasik amat memukau sesiapa yang bertandang.

"Menggunakan bot adalah keistimewaan kami kerana kampung ini tidak ada jalan raya. Tetapi kami tidak rasa terpinggir kerana dapat menggunakan keistimewaan ini untuk memperkenalkan homestay kepada pelancong luar.

"Bukan sahaja orang dari Kuala Lumpur dan luar negara yang tidak pernah naik bot, orang Perak sendiri pun ada yang tidak pernah datang ke sini. Jadi, kami gunakan keistimewaan kampung ini untuk memperkenalkan budaya masyarakat Melayu kampung kepada mereka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Menurut Ibrahim Rasdi, selain menikmati keindahan Tasik Raban, pelancong yang mengunjungi inap desa Kampung Batu Reng berpeluang tinggal bersama penduduk dan merasa cara hidup orang kampung.

Ujarnya, mereka boleh memilih untuk menoreh getah atau memukat ikan selain menikmati hidangan makanan kampung asli seperti masak lemak tempoyak dan ikan pekasam.

Jelas beliau, bagi memastikan pelancong tidak kekok dan mudah berkomunikasi dengan pemilik rumah, penduduk kampung yang terlibat dihantar menjalani kursus pengurusan inap desa di Institut Kemajuan Desa (Infra).

"Selain kursus di Infra, mereka juga mengikuti kursus bahasa Inggeris di Kolej Komuniti Gerik bagi memudahkan komunikasi dengan pelancong asing.

"Program inap desa yang telah diperkenalkan ini membantu menjana sumber ekonomi penduduk yang selama ini hanya bergantung hidup pada pendapatan sebagai penoreh getah," katanya.

Menurut Ibrahim Rasdi, program inap desa yang diperkenalkan itu menawarkan banyak aktiviti menarik seperti lawatan ke dusun buah-buahan dan pusat industri kecil dan sederhana (IKS) yang menjalankan perusahaan membuat kuih-muih tradisional, anyaman mengkuang serta ikan pekasam.

Turut diperkenalkan ialah aktiviti rekreasi sukan air di Tasik Raban, perkelahan di Air Terjun Tiga Beradik, mengenali flora serta fauna di Hutan Simpan Riah dan mengunjungi Muzium Arkeologi Lenggong serta gua-gua kecil.

Sememangnya mereka yang berpeluang menginap di Kampung Batu Reng pasti tertarik bukan sahaja dengan keindahan alam semula jadinya malah kemesraan penduduk yang amat mengalu-alukan kunjungan pelancong yang mahu merasakan kehidupan sebenar di kampung.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 03:31 PM | Show all posts
Mee udang kt Kuala Kurau sedap x???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.096512 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list