CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4136|Reply: 9

awas dengan penyamar pegawai kebajikan masyarakat...

[Copy link]
Post time 14-2-2012 02:48 PM | Show all posts |Read mode
beberapa bulan sebelum ni saya ada kedengaran kisah seorang nenek ditipu seorang lelaki yang mendakwa dia dari jabatan kebajikan masyarakat. apa yang terjadi ialah si nenek ini pada mulanya didatangi seorang lelaki yang mendakwa dia ialah wakil dari jabatan kebajikan masyarakat datang untuk memberi bantuan. si nenek ini tidak mengesyaki apa-apa kerana lelaki tersebut datang dengan van yang tertera logo jabatan kebajikan masyarakat (mungkin van ini  dipinjam atau dicuri). lelaki ini meyakinkan si nenek untuk mengeluarkan 'sedikit' duit pendahuluan untuk memudahkan proses penyerahan bantuan. jadi lelaki ini membawa si nenek ke bank untuk mengeluarkan duit dengan van tersebut. selepas duit di keluarkan, lelaki ini menghantar nenek pulang dan menyuruh si nenek menunggu surat datang untuk kelulusan bantuan. tapi malangnya selepas berminggu-minggu, tiada khabar berita tentang bantuan tersebut. duit yang dikeluarkan si nenek bukanlah sedikit tapi mencecah ribuan ringgit.
sedih dengar cerita si nenek ini kena tipu. tapi malangnya perkara yang sama 'hampir' berlaku kepada mak cik saya beberapa minggu lepas. keadaan atau ciri-ciri mak cik saya sama seperti keadaan si nenek itu. kedua-duanya sudah tua dan tinggal kesorangan. jadi cerita ini 'fresh' dari mak cik saya. kejadian ini berlaku beberapa minggu lepas. sedang mak cik saya pulang dari kedai membeli barang, dia didatangi seorang lelaki bermotosikal. lelaki ini menegur mak cik saya dan menyatakan dia wakil dari jabatan kebajikan dengan hasrat ingin menyampaikan bantuan kepada orang susah. lelaki ini juga menolong mak cik saya membawa barang sampai ke rumah. sampai di rumah, mak cik pun masuk ke dalam rumah. tetapi tanpa kebenaran, si lelaki tadi pun tanpa segan silu masuk ke ruang tamu dan duduk di meja. mak cik saya mua merasa sedikit pelik. lelaki ini mengarahkan mak cik saya supaya memperlahankan suara bimbang 'ditangkap basah' (ini adalah taktik bagi mengelakkan jiran sedar kehadiran laki ini). mak cik saya pun menghidangkan air sirap tapi ditolak lelaki ini. lelaki ini menyatakan bahawa dia tidak suka air sirap dan mahukan air oren (ini mungkin taktik lelaki ini untuk melengahkan masa untuk buat sesuatu). jadi mak cik saya ke dapur untuk menukar air. dari dapur, mak cik mengendap kelakuan laki tadi. mak cik saya lihat laki tersebut mengambil gambar-gambar dalam rumah menggunakan telefon bimbit. mak cik mula merasakan seperti ada yang tak kena. lalu mak cik saya keluar cepat-cepat dari pintu yang sama dan menjerit memanggil jiran. si lelaki ini kelam-kabut keluar dari rumah dan memarahi mak cik saya dan terus melarikan diri dengan motosikalnya.

alhamdulillah, nasib baik tak ada papa yang buruk berlaku kepada mak cik saya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2012 03:34 PM | Show all posts
wah.... sangat bahaya ini... kena hati2... sesape yg ade sedara mara yg dah berusia n duduk sowang kena maklumkan... supaya tidak ada kejadian yg tidak baik berlaku.. makcik TT dah wat report polis ke???
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 03:35 PM | Show all posts
ui.. nasib baik makcik awak tak apa-apa..
bahaya ni, lain kali kena mintak kad kenal diri
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2012 11:33 AM | Show all posts
Reply 2# KasihAmani


    tak repot. tak tahu napa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2012 11:34 AM | Show all posts
Reply 3# figurae


    selalunya pegawai kerajaan bila lawat rumah, dia takkan masuk selagi tak diberi kebenaran. kejadian ni cam terancang sikit
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2012 11:35 AM | Show all posts
Reply 4# dzul90


    owh... pada kasih la seeloknya wat report... kalo tau detail moto n owg tu lg elok... bukan apa bolehlah polis pantau n cari.. kan ape cian kat makcik2 yg duk sowang... kalo dia x apa2 kan ok la jugak takut dia apa2kan je...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-2-2012 10:25 PM | Show all posts
yer la, takut dia dtg senyap2 balas dendam ker. huhuhu....
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2012 03:30 PM | Show all posts
cari makan cara haram.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-2-2012 03:44 AM | Show all posts
Reply 8# awan-nano


    memang pun. ni macam jenayah terancang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2012 05:11 PM | Show all posts
nak bagitahu bahawa bulan lepas ada keluar berita di tv, berlaku 2 kes macam ni di kejiranan yang sama. lokasi di nibong tebal. modus operandinya lebih kurang sama dengan apa yang berlaku keatas mak cik saya. seorang warga emas telah didatangi seorang individu yang tak mencurigakan yang mengaku menjadi wakil dari jabatan kebajikan masyarakat. dia juga menyatakan bahawa kedatangannya adalah untuk 'survey' dan melawat rumah2 yang 'berpotensi' untuk diberi bantuan kononnya. setelah bersembang-sembang, si penyamar ini telah mengarahkan warga emeas tersebut menukar baju untuk diambil gambar. warga emas itu telah masuk ke bilik dan keluar dari bilik selepas beberapa minit. apabila keluar dari bilik, didapati bahawa lelaki yang menyamar itu telah hilang bersama wangnya simpanannya.

dalam kes yang lain, seorang OKU telah dibelasah oleh lelaki yang menyamar sebagai pegawai jabatan kebajikan. rasanya si OKU ni telah bertindak melawan si penyamar tersebut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 11:57 PM GMT+8 , Processed in 0.386351 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list