View: 235|Reply: 0
|
Rexy tiada niat tinggalkan Malaysia
[Copy link]
|
|
REXY Mainaky menegaskan belum berhajat meninggalkan Malaysia walaupun spekulasi masih bertiup kencang dia sudah dilamar dengan tawaran lumayan membimbing negara jiran Filipina. \r\"Saya masih setia dengan Malaysia, namun saya belum pasti berapa lama saya akan kekal. Segala-galanya bergantung kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).\r\n\n\n\n\r \"Jika BAM berpuashati dengan kerja saya, saya akan terus kekal di Malaysia,\" kata juara beregu dunia dan Sukan Olimpik itu, semalam.\r\r\n\n\n\n\n Rexy adalah jurulatih asing paling lama kekal berkhidmat di Malaysia sejak memulakan tugas 2005 dan antara kejayaannya membentuk pasangan emas Koo Kien Keat-Tan Boon Heong.\rNamun, dia tidak lagi membimbing Kien Keat-Boon Heong selepas pasangan itu menuntut BAM menggantikannya dan Rexy diberi tugas baru membimbing beregu wanita dan campuran sejak September lalu.\r\"Saya masih mempunyai kontrak sehingga Jun 2013, malah saya tiada alasan kukuh meninggalkan Malaysia kerana tugas saya belum selesai.\r\"Saya masih mempunyai dua pasangan (Wong Pei Tty-Chin Eei Hui dan Woon Khe Wei-Vivian Hoo) yang berpeluang beraksi di Sukan Olimpik Julai depan dan saya akan pastikan mereka layak beraksi di London,\" katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|