apesal ajek laluan dia tak semudah yuna najwa dan ana tu..
pdhal ajek best lagi........
...
perembes Post at 5-3-2012 20:26
aritu masa interview kat JTL ade soalan ni...die kata ade je komposer2 nk wat lagu utk die...tp die xnak lg wat masa skang sbb ade comitment kat australia..die ade bukak restoran melayu kat sana ngn member die...
skang ni dok nyanyi kat sana...
Oleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDDIN
Gambar AZWAN ZAHAR (Pelatih Cybernetics) dan WAN WAHAB (Pelatih CYbernetics)
KETIKA merakamkan lagu tema untuk dokumentari Tangisan Pasir Salak.
SIAPA sangka, niat untuk melepaskan kerinduan buat sanak-saudara di Malaysia menyebabkan namanya kini meniti di bibir peminat muzik tanah air.
Video rakaman nyanyian lagu Ombak Rindu secara akustik di You Tube baru- baru ini bukan sahaja ditonton ahli keluarga terdekatnya, tetapi menggamit puluhan ribu penonton di laman sosial itu.
Ini sekali gus menyebabkan Ajek Hassan yang kini menetap di Perth, Australia menjadi terkenal dalam sekelip mata.
Menurut Ajek atau nama sebenar Mohd Mahathir Hassan, 36, dia sebenarnya langsung tidak menjangka lagu Ombak Rindu nyanyian asal Hafiz dan Adira ini memberi peluang untuk namanya dikenali.
"Sebetulnya menyanyi dan bermain gitar merupakan antara hobi saya sahaja. Sebab itu saya banyak menyanyikan lagu-lagu artis terkenal lain.
"Bagaimanapun selepas beberapa lama menyanyi, saya merakamkan persembahan nyanyian untuk dimuat turun ke dalam You Tube sebagai simpanan.
"Namun siapa sangka niat itu kini menyebabkan nama saya dikenali di Malaysia," katanya yang ditemui di Studio Utusan, Petaling Jaya baru-baru ini untuk urusan rakaman lagu tema dokumentari Tangisan Pasir Salak.
Merupakan seorang pengusaha restoran di Perth Australia, Ajek sememangnya terkenal sebagai penyanyi di kalangan komuniti rakyat Malaysia di sana. Malah, dia sering menerima pelbagai undangan nyanyian.
"Saya berhijrah ke Perth lapan tahun lalu untuk membuka sebuah restoran di sana bersama abang saya.
"Di samping itu, saya juga sering menerima undangan nyanyian daripada majlis-majlis yang dianjurkan pelajar kita. Selain dapat merapatkan hubungan di antara rakyat Malaysia di sana, saya juga mengambil peluang ini untuk terus mengasah bakat nyanyian saya," katanya.
Bapa kepada dua cahaya mata ini memberitahu, selain minat yang mendalam terhadap bidang nyanyian, keputusan untuk meneruskan karier sebagai penyanyi ini juga hadir apabila isteri tercinta, Nor Fazaida Mohd Noor memberikan sokongan agar dia meneruskan impiannya ini.
"Lagu Ombak Rindu juga merupakan lagu yang diminati isteri saya.
"Mungkin kelainan secara akustik menjadikan lagu-lagu milik saya berbeza daripada versi asalnya.Bagaimanapun, saya tetap berharap agar suatu hari nanti saya juga akan menyanyikan lagu milik sendiri," katanya yang kini sedang sibuk menyiapkan album pertama.
Penemuan bakat melalui YouTube ini sering menjadi pertikaian apabila artis yang dikenali melalui medium ini dikatakan kurang sesuai untuk diangkat menjadi penyanyi profesional.
Bagaimanapun bagi Ajek, kemampuan teknologi kini menjadikan industri kita lebih terbuka untuk menerima lebih ramai artis baru.
Bagi dirinya pula, setiap penyanyi itu juga mempunyai hak agar bakatnya dihormati seperti penyanyi lain.
"Tidak kisahlah bagaimana seorang penyanyi itu dikenali, tetapi apa yang penting adalah mereka ini diterima peminat.
"Bagi saya sendiri penyanyi yang terkenal melalui You Tube tidak harus di anak tirikan kerana kami juga menyanyi berlandaskan bakat serta minat yang dimiliki," katanya yang akan turut mempertimbangkan untuk kembali ke negara ini jika kariernya sebagai penyanyi diterima peminat.
Dilamar untuk menyanyikan lagu tema bagi dokumentari Tangisan Pasir Salak, menurut Ajek, ini merupakan antara peluang keemasan yang tidak mahu dilepaskan. Walaupun agak takut dengan hasilnya, namun dia yakin mampu untuk menyanyikan lagu ini dengan gaya yang tersendiri.
"Saya dilamar untuk menyampaikan lagu ini melalui laman sosial. Penerbit dokumentari, Jamal Lulkhir Jamaludin sendiri yang meminta saya menyanyikan lagu ini.
"Pada mulanya saya agak gusar dengan kemampuan diri, namun setelah berfikir kembali, ini merupakan langkah pertama saya untuk terjun ke dalam bidang nyanyian secara profesional," katanya.
sore ajek ni the best among youtube artis ni.....tapi kalo nak jadik mainstream artis susah sikit kot...satu faktor umur, status dan rupa.....hehe....suara dia pun dah byk kat M'sia ni.....tapi ajek ni nyanyi sumer lagu cover kan? dia x buat lagu ori ke?
dorang semua ni berbakat juga. kalau aku mana pandai cipta2 lagu.
they only problem is how to find their identity to separate themselves. Aku rasa macam sama jer, especially yang gadis2 ni. semua Yuna. Asal aku nampak jer gadis bertudung pegang gitar kat u tube my first thought is...Another yuna lagiii.
sore ajek ni the best among youtube artis ni.....tapi kalo nak jadik mainstream artis susah sikit ko ...
Along_XX Post at 5-3-2012 20:51
btol gak.. tlewat kesan bakat dia... buleh kot untuk buat OST lagu2 dlm filem
sora dia ada macam bagio sikit2...campo m nasir sikit..cam[o mus may
kalo buat konsert... tak pastila laku atau tak
rasanya ajek hassan dah buktikan dia bukan golongan penyanyi dari utube yang tak versatile.. ajek dah cover hampir semua genre dari banyak penyanyi kottt..