CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: smilygirl33

EVENTS & PROMO IN KL, POST HERE (NO SELLING/BUYING)

[Copy link]
Post time 16-3-2009 08:39 PM | Show all posts
asik tutop je terowong smart ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2009 10:00 PM | Show all posts
mmg itu la tujuan asal dia

yang related ngan pencegahan banjir etc
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2009 08:20 AM | Show all posts
Wilayah Persekutuan bergelap sejam 28 Mac

KUALA LUMPUR 16 Mac - Warga Wilayah Persekutuan diminta memberikan sokongan kepada program Earth Hour pada 28 Mac ini dengan memadamkan lampu premis mereka selama sejam bermula pukul 8.30 malam.

Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) juga meminta semua bangunan komersial turut memadamkan lampu-lampu yang tidak penting dan tidak menjejaskan urusan mereka serta keselamatan pada masa dan tarikh tersebut.

Ia sebagai langkah simbolik dan tanda sokongan terhadap usaha untuk mengurangkan kesan perubahan iklim di peringkat global.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, KWP memberitahu, program yang mendapat persetujuan daripada kerajaan itu merupakan satu inisiatif di bawah Tabung Alam Sedunia (WWF) untuk menunjukkan kesepakatan dunia dalam menangani isu perubahan iklim global.

"Program ini diharap dapat memberikan gambaran kepada dunia bahawa rakyat Malaysia turut mengambil berat tentang bumi walaupun dengan cara yang mudah.

"Walaupun tindakan memadamkan lampu selama satu jam tidak akan menghentikan kesan perubahan iklim, namun penyertaan Malaysia akan menunjukkan keprihatinan dan memberikan satu mesej jelas bahawa dasar serta peraturan perlu digubal dan dilaksanakan bagi mengurangkan pelepasan gas rumah hijau,'' kata kementerian itu dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Program tersebut telah dimulakan di Sydney, Australia pada 31 Mac 2007 apabila seramai 2.2 juta orang penduduk dan 2,100 premis perniagaan memadamkan lampu selama satu jam.

Usaha itu telah menarik perhatian ramai penduduk dunia dan telah menjadi satu pergerakan global dengan penglibatan lebih banyak bandar lain pada tahun berikutnya.

Tahun lalu, lebih 370 bandar di 35 buah negara di seluruh dunia menyertai program tersebut yang melibatkan lebih 50 juta penduduk.

Tambah kenyataan itu lagi, bagi memastikan produktiviti dan keselamatan negara tidak terjejas, hanya lampu yang tidak penting bagi bangunan dan premis akan dipadamkan selama satu jam.

"Lampu jalan akan dinyalakan kerana ia melibatkan aspek keselamatan para pengguna jalan raya,'' kata kenyataan itu.

Penyertaan Wilayah Persekutuan pada tahun ini diharap akan menjadi pencetus kepada penyertaan bandar-bandar lain di Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2009 03:23 PM | Show all posts
Penutupan Jalan Ipoh 17 Hingga 20 Mac

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama)-- Jalan Ipoh berhampiran simpang Jalan Khalsa dan Jalan Kuala Kangsar di sini akan ditutup kedua-dua hala dari pukul 10 malam hingga 5 pagi mulai hari ini sehingga 20 Mac ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan oleh syarikat Lebuhraya Duta-Ulu Klang Expressway (Duke).

Menurut kenyataan Duke hari ini, sepanjang penutupan ini, trafik akan dilencongkan melalui Jalan Khalsa/Jalan Kuala Kangsar/Jalan Grik dan Jalan Tapah.

"Papan tanda mengenai pelencongan itu telah diletakkan di beberapa lokasi strategik dan para pengguna dinasihati supaya berhati-hati serta mematuhi papan tanda lalu lintas yang disediakan," menurut kenyataan itu.

Orang ramai boleh menghubungi Pusat Pemantauan Trafik Lembaga Lebuhraya Malaysia di talian 1 800 88 7752 bagi mendapatkan keterangan lanjut.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2009 07:52 AM | Show all posts
Gangguan air di Puchong, ibu negara

KUALA LUMPUR 17 Mac - Beberapa kawasan di sekitar Puchong akan mengalami gangguan bekalan air pada Isnin ini berikutan kerja-kerja pemasangan meter imbangan air di Jalan Wawasan Puchong.

Gangguan itu dijangka bermula pukul 7 malam sehingga pukul 7 pagi keesokkan harinya.

Kawasan yang terlibat ialah Jalan Wawasan 1 hingga 5, Jalan Bandar 1 hingga 16 termasuk pasar raya Tesco, Jalan PBP 1 hingga 12, Pusat Bandar Puchong dan kawasan perindustrian pusat bandar dan Batu 12 Puchong.

Pada 25 Mac pula, beberapa kawasan di Cheras, Ampang dan Pandan di sini akan terganggu bekalan air, juga berikutan kerja-kerja pemasangan meter imbangan air di kawasan berhampiran.

Gangguan itu akan bermula pukul 8 malam hari berkenaan hingga 6 pagi hari Khamis.

Kawasan yang terjejas ialah keseluruhan Taman Shamelin, Taman Pandan Jaya, Taman Cempaka, Taman Bakti, Taman Nirwana, Taman Putra Sulaiman, Kampung Pandan Dalam, Taman Cahaya, Pandan Cahaya dan Taman Dagang.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 08:52 PM | Show all posts
Gangguan Bekalan Air Di KL Dan Selangor

KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) -- Gangguan bekalan air berjadual akan berlaku di beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor mulai 27 Mac hingga 1 April ini.

Menurut kenyataan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), antara kawasan di Wilayah Gombak yang terlibat ialah Taman Keramat Permai (AU1), Taman Keramat AU2, Taman Keramat AU3, Taman Keramat AU4, Taman Keramat AU5.

Seluruh Flat Jalan Enggang, seluruh Jalan Enggang Timur, seluruh Jalan Enggang, Keramat Wangsa, seluruh Kelompok Menara PKNS, Ukay Perdana dan Kampung Kemensah.

Bagi wilayah Kuala Lumpur, kawasan yang terlibat adalah Jalan Padang Tembak, Jalan Semarak, Jalan Kent, Jalan Gurney, Kementah, Pulapol, Wisma Tanah, JUPEM, Felda, UTM, Pusat Latihan Telekom, Jalan Ampang Hilir, Jalan U-Thant, Taman Pandan Jaya, Taman Cempaka, Taman Bakti, Taman Nirwana, Taman Putra Sulaiman, Taman Cahaya.

Taman Pandan Cahaya, Taman Dagang, Taman Shamelin, Taman Tenaga, Taman Miharja, Taman Kobena, Bandar Tasik Permaisuri, Kawasan Desa Pandan, Taman Cheras Utama, Taman Pandan Perdana, Taman Kencana, Taman Pandan Indah, Taman Pandan Komersial, Kawasan Pandan Utama dan Pandan Mewah. Gangguan yang disebabkan kerja pemasangan strainer dan injap altitude di kolam sedut AU3 baru itu akan bermula pada 27 Mac, Jumaat, pukul 8 malam hingga 7 pagi keesokannya.

Manakala kawasan di Wilayah Petaling yang mengalami gangguan pada hari yang sama ialah keseluruhan USJ 1 hingga 27, Sime UEP Subang Jaya, Putra Bestari, Keseluruhan Taman Perindustrian USJ, Jalan Jurutera-Puchong, Kampung Kenangan-Puchong, Kampung Sri Langkas-Puchong.

Gangguan di Wilayah Petaling adalah disebabkan kerja-kerja pemasangan Water Balance Meter bersaiz 700mm di paip MS berukuran 1200mm berhampiran kolam Sime UEP, Petaling. Ia bermula pukul 5 petang sehingga 9 pagi keesokannya.

Gangguan di Wilayah Sepang, Wilayah Petaling dan Wilayah Kuala Langat akan bermula 31 Mac jam 5 petang hingga 8.30 pagi keesokannya, disebabkan kerja-kerja Water Balance Meter bersaiz 400mm di paip MS berukuran 600mm di Jalan Batu 18, Sungai Rasau, Sepang dan pemasangan Water Balance Meter bersaiz 600mm di paip MS berukuran 900mm di Jalan Kampung Sungai Rasau, Sepang.

Wilayah Sepang yang terlibat adalah IOI Marriot Hotel, Ibu Pejabat Lembaga Lebuhraya, UNITEN, IKRAM, Depoh SHELL, Taman Meranti Indah-Puchong, Kg Sg Rasau-Puchong, Kg Pulau Sebok-Puchong, Taman Putra Perdana-Puchong.

Taman Nusa Putra-Puchong, Taman Mas-Puchong, Desa Air Hitam-Puchong, Taman Meranti Jaya-Puchong, Taman Tasik Prima-Puchong, Taman Impiana-Puchong, Taman Impian Saujana-Puchong, Taman Kipark-Puchong dan Kawasan Puchong Dalam/Pulau Meranti-Puchong.

Wilayah Petaling yang turut terlibat adalah Hospital Serdang dan Taman Tekali dan di Wilayah Kuala Langat yang terlibat adalah Saujana Putra.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip PUSPEL jarak dan aduan ke 39222, atau melayari laman web SYABAS di www.syabas.com.my.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2009 10:48 AM | Show all posts
take note tauu

pasal 6 hari gangguan air nihhh
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2009 11:23 AM | Show all posts
Ha'ah terima kasih Syd.

Rumah saya pun terlibat nih...

Start 27hb nih lah kan sampai 1hb.

[ Last edited by  meya at 25-3-2009 09:02 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2009 11:29 AM | Show all posts
korang simpan air cukup2

lama giler nih

seminggu

kalau belakang umah ada sungai yang jernih ke apa, ada perigi ke apa

lain citer

sian budak2 nak sekolah, anak2 kecik bagai semua
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2009 09:26 PM | Show all posts
Syd,

Dalam gambar tuh Syd ker?  Cam pernah nampak lak

Itulah tengah fikir camner ler nak simpan air nih..kena cari tong besar ker nih..cam masa krisis air tahun bila dulu...laku woooo orang jual tong air
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2009 02:31 PM | Show all posts
umah korang ada air tak?

Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2009 07:58 AM | Show all posts
Cheras highway to be closed
March 26, 2009      Categories: Announcement

PART of the Cheras-Kajang Highway will be closed from 9pm to 6am daily from tomorrow till Monday.

This for resurfacing the road by highway operator Grand Saga Sdn Bhd at Km12.8, Hulu Langat
Interchange heading to Kuala Lumpur.

Traffic coming from Hulu Langat will be diverted to the Telekom Interchange heading towards Kuala Lumpur.

More information can be obtained by contacting Sagaline on 03-90750505.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2009 08:49 PM | Show all posts
DBKL Minta Penduduk Segera Bayar Cukai Pintu

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meminta penduduk yang mempunyai tunggakan cukai pintu agar membayarnya segera sebelum harta mereka disita.

Timbalan Pengarah Jabatan Kewangan DBKL, Mohamad Hamim memberi amaran itu ketika menjalankan Ops Sita Cukai Pintu/Taksiran di Taman Tun Dr Ismail dan di sebuah kondominium di Jalan Kerinci.

Beliau berkata DBKL telah beberapa kali memberi amaran dan notis kepada penduduk di dua kawasan terbabit namun mereka masih tidak mengendahkannya.

"Operasi ini adalah jalan terakhir yang diambil oleh kami setelah beberapa sesi perbincangan dan notis telah diberikan kepada pemilik rumah namun ada yang masih gagal menjelaskan tunggakan mereka," katanya kepada pemberita.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2009 04:33 PM | Show all posts
JPN Maju Junction ditutup Sabtu dan Ahad ini

KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Maju Junction akan ditutup pada Sabtu dan Ahad ini.

Menurut kenyataan JPN, penutupan operasi berkenaan adalah bagi kerja penyenggaraan dan menaiktaraf keupayaan sistem pengendalian permohonan di JPN (Maju Junction).

Jabatan itu akan beroperasi seperti biasa pada minggu berikutnya. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2009 12:00 AM | Show all posts
Gangguan Bekalan Air Di KL, Petaling Dan Hulu Langat

KUALA LUMPUR, 12 April (Bernama) -- Gangguan bekalan air tidak berjadual telah berlaku di beberapa kawasan di Hulu Langat, Kuala Lumpur dan Petaling Jaya mulai pukul 4.10 petang ini.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam satu kenyataan berkata gangguan tersebut disebabkan oleh paip pecah di rumah pam Loji Rawatan Air Sungai Langat.

"Punca sebenar paip pecah di rumah pam tersebut masih lagi dalam siasatan oleh Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB). Dianggarkan 190,000 akaun dan kira-kira 800,000 orang pengguna berkemungkinan mengalami gangguan bekalan air," kata Syabas.

Daripada jumlah tersebut, Hulu Langat melibatkan 105,000 akaun pengguna, Petaling sebanyak 11,000 akaun pengguna dan Kuala Lumpur melibatkan 73,000 akaun pengguna.

Menurut kenyataan itu lagi, Syabas telah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Kuning dengan serta merta bagi memastikan masalah itu dapat diatasi dan bantuan segera juga dapat disalurkan kepada pengguna-pengguna yang terlibat.

Sementara itu, PNSB telah mengaktifkan ERP Kod Merah untuk menjalankan kerja-kerja pembaikkan ke atas rumah pam tersebut dan kerja-kerja pembaikan sedang giat dijalankan oleh kakitangan dan kontraktor yang dilantik oleh PNSB.

Selain itu juga, pihak Syabas telah bersiap sedia untuk menggerakkan 42 buah lori tangki air bagi membekalkan air ke kawasan-kawasan yang terlibat manakala 30 buah lori tangki daripada sumber-sumber lain akan digunakan untuk membantu membekalkan air kepada pengguna yang terlibat.

Sejumlah 406 buah tangki statik akan ditempatkan di kawasan-kawasan yang dikenalpasti bagi memudahkan penduduk terlibat mendapat bekalan air.

Kenyataan itu juga menyatakan pihak Syabas akan membuka pusat operasi krisis 24 jam di ketiga-tiga kawasan terlibat dengan serta-merta bagi kerja-kerja pemantauan serta sebagai pusat informasi untuk membantu penduduk mendapat maklumat terkini.

Berdasarkan maklumat daripada PNSB, kerja-kerja pembaikkan akan disiapkan secara berperingkat dan dijangka loji akan mula beroperasi di tahap 40 juta gelen sehari mulai pukul 7 malam ini dan loji dijangka beroperasi sepenuhnya mulai pukul 6 pagi esok.

"Gangguan bekalan air dijangka pulih semula mulai tengah hari pada Isnin (esok) secara berperingkat manakala pulih sepenuhnya akan mengambil masa beberapa hari terutama bagi kawasan-kawasan tinggi," menurut kenyataan itu lagi.

Bagaimanapun, Syabas akan memaklumkan sebarang perkembangan dari semasa ke semasa kepada mereka yang terlibat melalui media massa.

Selain Pusat Operasi Krisis, pengguna yang terlibat juga boleh mendapatkan sebarang maklumat atau bantuan menerusi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol: 1-800-88-5252.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2009 03:12 AM | Show all posts
Syabas tangguh gangguan bekalan air di Gombak, KL

KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) akan menangguhkan gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Gombak yang dijadualkan pada Rabu ini ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Pengurus Besar Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Abdul Halem Mat Som, berkata keputusan itu disebabkan gangguan bekalan air yang berlaku berikutan kejadian paip pecah di rumah pam Loji Rawatan Air Sungai Langat di bawah penyeliaan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd semalam.

Jumaat lalu, Syabas mengeluarkan kenyataan bahawa gangguan bekalan air akan berlaku di beberapa kawasan di Gombak pada Rabu mulai jam 8 malam hingga 4 pagi keesokannya disebabkan kerja penyelenggaraan infrastruktur dan menaik taraf perkhidmatan bekalan air oleh Syabas.

"Bagaimanapun, gangguan bekalan air di beberapa kawasan lain di Petaling, Klang/Shah Alam, Petaling Jaya/Kuala Lumpur yang ditetapkan sebelum ini pada Rabu hingga Jumaat ini akan diteruskan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Orang ramai boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPEL jarak taipkan aduan atau pertanyaan dan hantar ke 39222 atau layari laman web di www.syabas.com.my untuk keterangan lanjut. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2009 06:42 AM | Show all posts
Gangguan air di KL Isnin ini

KUALA LUMPUR 17 April - Beberapa kawasan di ibu negara akan mengalami gangguan bekalan air pada Isnin ini akibat kerja-kerja pengalihan paip berhampiran Kelab Golf Diraja Selangor di Jalan Tun Razak.

Menurut Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Abdul Halem Mat Som, paip berukuran 600 milimeter terpaksa dialihkan untuk memberi laluan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan kerja-kerja menaik taraf sistem perparitan di Jalan Tun Razak berhampiran kelab golf berkenaan hingga ke Jalan Ampang.

"Kerja-kerja tersebut dijadualkan pada Isnin depan mulai pukul 8.00 malam hingga 4.00 pagi Selasa," katanya.

Beliau menjelaskan, kawasan-kawasan yang akan mengalami gangguan ialah Jalan Tun Razak-Persimpangan Jalan Ampang hingga Persimpangan Jalan U-Thant; Jalan U-Thant, Jalan Madge, Jalan Taman U-Thant dan Jalan Ampang Hilir serta Jalan Ampang-Persimpangan Jalan Tun Razak hingga Persimpangan Jalan Ampang Hilir.

"Pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2009 04:21 PM | Show all posts
Lebuhraya SMART ditutup sementara mulai 22 April

KUALA LUMPUR: Lebuhraya SMART di sini akan ditutup kepada lalu lintas selama tujuh jam mulai jam 11 malam, Rabu ini.

Syarikat Mengurus Air Banjir & Terowong Sdn Bhd, dalam kenyataannya, berkata penutupan itu adalah untuk membolehkan ujian bulanan sistem terowong lebuh raya dijalankan.

Pengguna boleh menghubungi talian bantuan SMART 1-300-88-7188 untuk sebarang pertanyaan berhubung penutupan itu. - Bernama

Cetak artikel  |  Ha
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2009 10:28 AM | Show all posts
Gangguan Bekalan Elektrik Di Puchong

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Penduduk Bandar Puchong Fasa 2 dan Saujana Puchong akan mengalami gangguan bekalan elektrik dari pukul 8 pagi hingga 6 petang Khamis.

Menurut satu kenyataan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Rabu, gangguan itu disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan di Pencawang Masuk Utama (PMU) Ayer Hitam.

Kenyataan itu menyebut peralatan di pencawang berkenaan terpaksa diganti dengan segera bagi mengelakkan sebarang kejadian yang boleh menjejaskan bekalan elektrik ke kawasan terbabit.

Orang ramai boleh mendapat maklumat lanjut dengan hubungi talian khidmat TNB di 15454 atau Bilik Gerakan TNB di talian 03-56133404 atau faks 03-56314659.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2009 10:29 AM | Show all posts
Jelajah Malaysia: Jalan Utama Ditutup Ahad Ini

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Beberapa jalan utama di ibu negara akan ditutup secara berperingkat bermula 2.30 petang Ahad ini bagi memberi laluan kepada perlumbaan basikal Jelajah Malaysia 2009.

Menurut kenyataan Balai Polis Trafik Bandaraya hari ini, jalan yang akan ditutup ialah Lebuh Ampang, Lebuh Pasar Besar, Jalan Tun Perak, Jalan Raja Chulan, Jalan Sultan Ismail, Jalan P. Ramlee, Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Jalan berkenaan akan dibuka semula selepas semua peserta melepasinya, kata kenyataan itu lagi.

Dalam perkembangan lain, polis trafik menetapkan laluan berbeza bagi bas serta kenderaan lain yang membawa para penyokong pasukan bola sepak Kelantan dan Selangor bagi menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini.

Semua bas yang membawa penyokong Kelantan dikehendaki melalui Lebuh Raya Kesas, masuk ke susur Awan Kecil menghala ke Jalan Games Village, belok kiri ke Jalan North dan seterusnya masuk ke parkir Stadium Hoki (parkir F).

Bagi bas yang membawa penyokong Selangor pula dikehendaki melalui Lebuh raya Kesas, masuk susur Persimpangan Sukom menghala ke Jalan North, belok kiri ke Jalan Stadium Hoki dan masuk ke parkir Family Park.

Semua kenderaan lain termasuk kereta penyokong kedua-dua pasukan boleh menghala ke Kompleks Sukan Nasional mulai susur Persimpangan Sukom, susur Awan Kecil dan Puchong Link.

Kereta orang kenamaan pula perlu melalui Lebuh raya Kesas, susur masuk ke Awan Kecil ke Jalan Games Village, Jalan West dan seterusnya masuk ke parkir Dataran Keris atau parkir C.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:01 PM GMT+8 , Processed in 0.116071 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list