CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: smilygirl33

EVENTS & PROMO IN KL, POST HERE (NO SELLING/BUYING)

[Copy link]
Post time 6-7-2009 12:36 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2009 08:00 AM | Show all posts
Gangguan air 10,13, 15 Julai di KL, Selangor

KUALA LUMPUR 6 Julai - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) mengumumkan gangguan bekalan air sementara di beberapa kawasan sekitar ibu negara dan Selangor pada 10, 13 dan 15 Julai ini.

Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awamnya, Abdul Halem Mat Som berkata, gangguan tersebut adalah berikutan kerja-kerja pemasangan meter imbangan air dan pengalihan paip.

"Kerja-kerja bertujuan bagi memastikan bekalan air pada tahap optimum dan mencukupi kepada setiap pengguna di kawasan tersebut.

"Kita minta orang ramai di kawasan terbabit agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakannya secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Abdul Halem, antara kawasan yang terlibat pada 10 Julai ini ialah di Segambut, Jalan Kuching, Jalan Ipoh, Sentul, Jalan Duta, Bukit Tunku, kawasan Parlimen, Jalan Sultan Salahuddin, Jalan Tun Ismail, Jalan Dato' Onn, Jalan Lembah Ledang, Jalan Perlis, Jalan Kedah, Jalan Selangor, Jalan Johor dan Jalan Negeri Sembilan.

Katanya, kawasan yang terlibat dengan gangguan air pada 13 Julai pula ialah di seluruh kawasan Pelangi Damansara, Tropicana Country Homes, seluruh Bandar Utama termasuk pusat beli-belah One Utama, TV3 dan Hotel One Utama.

"Selain itu, kawasan Bandar Utama 1 sehingga 12, Damansara Lagenda, Damansara Idaman serta Damansara Indah juga akan mengalami gangguan berkenaan,'' ujarnya.

Katanya, gangguan pada hari yang sama juga akan berlaku di seluruh Bandar Tasik Permaisuri bermula pada pukul 5 petang sehingga 5 pagi pada keesokan hari.

Jelasnya lagi, kawasan bandar Tun Razak, Taman Jaya, Taman Mulia dan Jalan Tenteram pula akan mengalami gangguan air pada pukul 7 petang sehingga 5 pagi bermula pada 15 Julai ini.

"Kita nasihatkan orang ramai mengambil perhatian terhadap makluman ini dan membuat persediaan secukupnya sebelum tarikh berkenaan,'' ujarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2009 04:56 PM | Show all posts
Plus tutup sementara hentian Senawang esok

KUALA LUMPUR: Hentian Sebelah Senawang menghala ke arah selatan di Kilometer 248.4 akan ditutup sementara mulai 7 pagi hingga 12 tengah hari esok untuk kerja-kerja pembersihan, menurut Projek Lebuhraya Utara-Selatan (Plus).

Menurut kenyataan Plus hari ini, pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya menggunakan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban arah selatan di kilometer 274.4 atau Hentian Sebelah Pedas Linggi (Selatan) di kilometer 230.3 untuk berhenti rehat atau mendapatkan keperluan lain. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2009 11:52 AM | Show all posts
Bekalan Air Kepada 2,500 Pengguna Di Hulu Selangor Terjejas

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Bekalan air kepada hampir 2,500 pengguna di beberapa kawasan di Hulu Selangor terjejas akibat tumpahan minyak diesel di muka sauk Loji Sungai Selisek Khamis.

Pengurus Besar, Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) Abdul Halem Mat Som berkata, berikutan kejadian pada 1 tengah hari itu, Syabas mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Hijau bagi memantau serta memastikan air dapat dibekalkan kepada pengguna yang terlibat.

Kawasan yang terlibat ialah Kampung Sungai Nilam, Kampung Paya Lebar, Kampung Lalang, Kampung Serigala, Rumah Murah Sungai Selisek, Kampung Sekolah, Kampung Bahom, Kuarters Klinik Sungai Selisek, Kuarters Guru Sungai Selisik, Kampung Masjid dan Kampung Gesir Tengah, katanya dalam satu kenyataan.

Abdul Halem berkata dua buah lori tangki air dan empat buah tangki statik digerakkan ke kawasan yang dikenal pasti untuk membekalkan air manakala operator loji, iaitu Puncak Niaga Sdn Bhd membuat kerja-kerja pembaikan.

Katanya Syabas akan memaklumkan sebarang perkembangan dari semasa ke semasa kepada mereka yang terlibat melalui media massa.

Syabas turut menasihatkan penduduk yang terlibat agar menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol: 1-800-88-5252 untuk sebarang maklumat mengenai kejadian itu.



-- BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2009 11:29 PM | Show all posts
Gangguan Bekalan Air Di KL Sentral

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Gangguan bekalan air tidak berjadual telah berlaku di seluruh kawasan Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) pada Jumaat akibat kerja-kerja pengorekan yang dilakukan oleh pihak ketiga.

Pengurus Besar, Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Abdul Halem Mat Som berkata kerja-kerja tersebut menyebabkan paip milik Syabas bersaiz 600 milimeter pecah di hadapan Stesen Monorel Brickfields.

"Akibat kejadian tersebut, seluruh kawasan KL Sentral yang meliputi sebanyak 30 akaun bekalan air meter pukal sedang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

"Setakat ini Syabas telah melantik kontraktor bertauliah untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan dengan kadar segera. Walau bagaimanapun terdapat sedikit masalah teknikal kerana saluran paip tersebut tertanam sedalam tujuh meter serta dilitupi konkrit," katanya dalam satu kenyataan Jumaat.

Abdul Halem berkata pihak Syabas juga perlu mendapatkan kelulusan daripada pihak ketiga bagi memecahkan konkrit berkenaan untuk membolehkan kerja-kerja pembaikan dijalankan dengan segera.

Katanya sementara itu Syabas telah menghantar 16 buah lori tangki air ke kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti terlibat untuk membekalkan air sementara kerja pembaikan dilaksanakan.

"Pada masa yang sama, pihak Syabas telah mengambil tindakan segera dengan melaksanakan penyambungan pintas bersaiz lapan inci di antara dua batang paip bersaiz 600 mm di simpang Jalan Tun Sambanthan dan Jalan Travers sebagai penyelesaian jangka pendek," katanya.

Abdul Halem berkata walaupun kawasan terlibat adalah kecil, Syabas telah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan Kod Hijau pada pukul 10 pagi hari ini bagi memantau dan memastikan bekalan air dapat dibekalkan kepada pengguna serta memaklumkan status terkini dari semasa ke semasa melalui media massa.

"Berdasarkan maklumat sedia ada, kerja-kerja pembaikan dijangka akan selesai pada esok pagi dan bekalan air akan pulih sepenuhnya secara berperingkat mulai esok.

"Pihak Syabas juga ingin menasihatkan para pengguna yang terlibat agar menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol 1-800-88-5252 untuk sebarang maklumat mengenai kejadian tersebut," katanya.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2009 12:52 AM | Show all posts
Gangguan bekalan air di Selangor, KL minggu depan

KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) mengumumkan gangguan bekalan air sementara di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor mulai Isnin hingga Rabu ini.

Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Abdul Halem Mat Som, berkata gangguan itu adalah berikutan kerja pemasangan meter imbangan air dan pengalihan air.

Dalam kenyataan di sini, hari ini, katanya kerja-kerja itu adalah bagi memastikan bekalan air berada pada tahap optimum dan mencukupi kepada setiap pengguna di kawasan berkenaan.

Abdul Halem berkata, antara kawasan yang terbabit pada Isnin ini mulai 8 malam hingga 6 pagi keesokannya ialah Bandar Rinching Seksyen 2, Taman Tasik Semenyih, Kawasan Industri Beranang, Giat Mara, Kawasan Perindustrian Lion.

Kampung Sungai Buloh (belakang Petronas), Taman Semenyih Indah, Taman Haneco, Jalan Sungai Lalang, Taman Sri Tanjung, Kampung Tanjung, Kampung Sentosa, Taman Semenyih Ria, Kampung Pasir Baru, kawasan PKNS Kampung Pasir, Kampung Sungai Pening dan Kem Pusat Latihan Khidmat Negara Semenyih.

Katanya, kawasan Segar Perdana dan Bukit Hartamas di Kuala Lumpur turut mengalami gangguan bekalan air pada masa yang sama, manakala seluruh kawasan Seri Kembangan, seluruh Serdang, Universiti Putra Malaysia (UPM), MARDI UPM, Ladang UPM Puchong, Puchong Gateway dan Astro Sungai Besi akan mengalami gangguan pada Rabu ini mulai jam 5 petang hingga 7 pagi keesokannya.

"Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol 1-800-88-5252 atau menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) ke 39222 dengan menaip PUSPEL jarak diikuti aduan.

"Maklumat ini juga boleh diperolehi dari laman web Syabas di www.syabas.com.my," katanya. - Bernama
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-7-2009 09:51 AM | Show all posts
Sentral: Gangguan bekalan air di Lembah Klang

KUALA LUMPUR: Gangguan bekalan air akan berlaku di beberapa kawasan sekitar Hulu Langat, Kuala Lumpur dan Petaling Jaya pada 20 dan 22 Julai ini berikutan kerja pemasangan 'water balance meter' (WBM) dan pengalihan paip air Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) di sekitar kawasan berkenaan.

Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Abdul Halem Mat Som, berkata kerja pemasangan dan pengalihan paip itu dilakukan bertujuan memastikan bekalan air disalurkan kepada pengguna di kawasan berkenaan adalah pada tahap optimum dan mencukupi.

Katanya, gangguan bekalan air di wilayah Hulu Langat akan berlaku pada 20 Julai bermula 8 malam hingga 6 pagi keesokannya membabitkan kawasan Bandar Rinching Seksyen 2; Taman Tasik Semenyih; Industri Beranang; Giat Mara, kawasan Perindustrian Lion Industri; Kampung Sungai Buloh (belakang Petronas) dan Taman Semenyih Indah.

Turut terjejas Taman Haneco; Jalan Sungai Lalang; Taman Sri Tanjung; Kampung Tanjung; Kampung Sentosa; Taman Semenyih Ria; Kampung Pasir Baru; PKNS Kampung Pasir; Kampung Sungai Pening dan PLKN Semenyih.

Beliau berkata, gangguan di wilayah Kuala Lumpur membabitkan kawasan Segar Perdana dan Bukit Hartamas akan berlaku pada hari sama bermula 8 malam hingga 5 pagi keesokannya.

Sementara bagi wilayah Petaling, gangguan bekalan air akan berlaku pada 22 Julai ini bermula 5 petang hingga 7 pagi keesokannya meliputi seluruh kawasan Seri Kembangan; seluruh kawasan Serdang; Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang; Mardi, UPM Serdang; Ladang UPM, Puchong; Puchong Gateway dan Astro, Sungai Besi.

Sehubungan itu, katanya, pengguna dinasihatkan menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan berkenaan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPEL, jarakkan serta taip aduan atau pertanyaan dan hantar ke 39222.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2009 10:44 AM | Show all posts
Gangguan air di KL, Petaling

KUALA LUMPUR 26 Julai - Beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur dan daerah Petaling akan mengalami gangguan bekalan air berikutan sambungan kerja-kerja pemasangan meter imbangan air.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) dalam kenyataannya di sini berkata, gangguan bekalan air di Petaling akan berlaku pada 28 Julai dari pukul 5 petang hingga 6 pagi keesokannya.

Antara kawasan yang terlibat ialah seluruh kawasan Lestari Perdana, Lestari Puchong, Taman Desamanium, Kota Perdana, Bandar Putra Permai, Taman Pinggiran Putra, Bandar Bukit Jalil, Saujana Puchong, Bandar Puncak Jalil, Lestari Putra, Prima Tropika, Pasar Borong Selangor Sri Kembangan dan Taman Datok Demang.

Pada 30 Julai, gangguan akan berlaku di Kuala Lumpur dan antara kawasan yang terlibat ialah Taman Salak Selatan, Sekolah Tunas Bakti, Jalan Sungai Besi dan Institut Sosial Negara.

Gangguan di kawasan itu bermula pukul 8 malam hingga 2 pagi keesokannya.

Dari pukul 8 malam hari yang sama hingga 8 pagi keesokannya, gangguan akan berlaku di Taman Bukit Cheras, Hulu Langat, Taman Leng Seng, Taman Bukit Anggerik, Taman Seri Bahagia, Taman Damai Indah, Taman Minang Ria, Taman Bukit Angsana, Taman Suria Jaya, Taman Desa Baiduri dan Koperasi Polis.

Turut terlibat ialah Taman Damai Perdana A dan B, Taman Desa Cheras, Taman Desa Cheras Baru, Persiaran 1,2,3 Alam Damai dan Jalan Damai Budi.

Syabas akan berusaha meminimumkan kawasan yang terlibat dengan membuat penyambungan alternatif seperti mengalihkan bekalan dari saluran paip air yang lain, kata kenyataan itu.

Para pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau melayari laman web www.syabas.com.my.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2009 07:40 AM | Show all posts
Gangguan bekalan air di Shah Alam, Sepang dan KL
28/07/2009 9:18pm

KUALA LUMPUR 28 Julai - Beberapa kawasan di sekitar Shah Alam, Sepang dan Kuala Lumpur akan mengalami gangguan bekalan air pada 3, 5 dan 10 Ogos depan berikutan cadangan kerja-kerja pemasangan “Water Balance Meter” oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas).

Gangguan bekalan air itu pada 3 Ogos ini dari pukul 6 petang hingga 5 pagi keesokan harinya membabitkan kawasan Wilayah Klang di Shah Alam dan antara kawasan itu ialah Seksyen 2, Seksyen 3, Seksyen 12 dan kawasan Kelab Golf Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah (KGSSAS), menurut kenyataan Syabas hari ini.

Kawasan-kawasan lain di Shah Alam yang terlibat adalah Seksyen 11, Kelab Shah Alam, Seksyen 13 dan kuarters Syabas Tadisma di Seksyen 13. Pada 5 Ogos pula, gangguan bekalan air akan berlaku di kawasan Sepang yang membabitkan keseluruhan kawasan Bandar Baru Salak Tinggi bermula dari pukul 8 malam hingga 5 pagi keesokan harinya.

Gangguan bekalan air turut berlaku pada 10 Ogos ini bermula pukul 5 petang hingga 6 pagi keesokan hari di Kuala Lumpur yang membabitkan keseluruhan kawasan Sri Hartamas, Bukit Sentul, Jalan Pahang di persimpangan Jalan Pahang-Jalan Tun Razak hingga persimpangan Jalan Titiwangsa-Jalan Pahang.

Tempat-tempat lain ialah Jalan Tun Razak di persimpangan Jalan Pahang hingga ke Jalan Langgak Golf, keseluruhan Jalan Semarak dan sekitar KLCC, kata kenyataan itu.

Selain itu, kawasan yang turut mengalami gangguan bekalan air di kawasan Kuala Lumpur pada tarikh dan waktu yang sama ialah di Jalan Ampang bermula di persimpangan Jalan Tun Razak-Jalan Ampang hingga ke persimpangan di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Syabas berkata, kawasan-kawasan lain di Kuala Lumpur yang turut terlibat termasuklah di sebahagian Kampung Baru, Taman Duta, Bukit Tunku, Tasik Perdana, kawasan Parlimen, Jalan Sultan Salahuddin, Jalan Tun Ismail, Jalan Dato Onn, Jalan Lembah Ledang, Jalan Perlis, Jalan Kedah, Jalan Selangor, Jalan Johor dan Jalan Negeri Sembilan.

Sehubungan itu, para pengguna dinasihati menyimpan bekalan air secukupnya sebelum berlakunya gangguan bekalan air pada tarikh tersebut.

Orang ramai boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol di 1-800-88-5252 atau melayari laman web Syabas di www.syabas.com.my - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2009 11:00 AM | Show all posts
Gangguan air di Cheras

KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) memaklumkan mengenai gangguan bekalan air tidak berjadual dari semasa ke semasa di beberapa kawasan di Cheras disebabkan kekurangan sumber bekalan air ekoran kes pencemaran sumber air mentah di dua loji rawatan air sejak 13 Julai lalu.

Dalam satu kenyataan semalam Syabas menjelaskan dua loji rawatan air yang mengalami masalah pencemaran air mentah ialah di Salak Tinggi Sepang sejak 13 Julai dan di Batu 11, Cheras sejak 14 Julai.

Menurut kenyataan itu, lagi sehingga kini sumber bekalan air mentah itu masih lagi tercemar dan kedua-dua loji rawatan air berkenaan masih belum beroperasi.

Kesan penutupan loji rawatan air ini meningkatkan tekanan kepada Loji Rawatan Air Sungai Langat untuk menampung keperluan bekalan air di kawasan Hulu Langat dan sebahagian kawasan Kuala Lumpur kerana jumlah simpanan air yang berkurangan ekoran kejadian pencemaran bekalan air mentah sebelum ini.

Menurut kenyataan itu antara sekitar kawasan Cheras yang terbabit termasuk Taman Tenaga dan Kampung Cheras Baru yang menerima bekalan air dari Loji Rawatan Air Sungai Langat menerusi Kolam Air Jalan Kuari
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2009 08:50 AM | Show all posts
Gangguan air esok, Selasa

KUALA LUMPUR 18 Ogos - Beberapa kawasan di sekitar ibu negara dan Selangor akan mengalami gangguan bekalan air pada Khamis ini dan Selasa minggu depan.

Ia berikutan kerja-kerja pemasangan meter imbangan air di Kolam Air Terminal, Kolam Air Bukit Petaling dan Desa Tun Razak.

Pada Khamis ini (20 Ogos), kawasan yang terlibat ialah kawasan Petaling Jaya iaitu Taman Goodwood, Kuchai Business Park, Taman Lian Hoe, Taman Continental, Taman Indrahana, Taman Pagar Ruyong, Taman Gembira, Kampung Pakar dan sekitar Jalan Kuchai Lama.

Taman Seputeh, Taman Bukit Seputeh, Taman Seputeh Height, pangkalan udara Sungai Besi, Jalan Wisma Putra, Jalan Syed Putra, Jalan Bellamy, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Chan Sow Lin, kawasan KL Sentral, kawasan Sungai Besi dan Jalan Lapangan Terbang.

Gangguan akan berlaku selama 11 jam bermula pada pukul 5 petang.

Pada 25 Ogos pula, kawasan yang terjejas ialah seluruh kawasan Desa Tun Abdul Razak dan gangguan akan bermula dari pukul 9 malam sehingga 4 pagi.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2009 10:27 PM | Show all posts
rajinnya Mod Syd ni...patutlah kedit dah ratus riban..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2009 12:32 PM | Show all posts
Gangguan air di Hulu Langat, Petaling

KUALA LUMPUR 27 Sept. - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd.(Syabas) akan menutup sementara bekalan air ke beberapa kawasan di sekitar Selangor pada Selasa ini.

Pengurus Besar, Bahagian Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Abdul Halem Mat Som berkata, kawasan yang terlibat ialah 27 kawasan di daerah Hulu Langat selama 11 jam bermula pukul 6 petang dan 10 kawasan di daerah Petaling selama tujuh jam bermula pukul 10 malam.

"Penutupan sementara bekalan air ini adalah disebabkan kerja-kerja pemasangan dan pengalihan paip di kawasan terlibat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Antara kawasan yang terlibat di daerah Hulu Langat ialah Seksyen 7, 8, 9 dan kawasan Perindustrian Seksyen 10 Bandar Baru Bangi, perumahan Jalan Wan Siew, Kampung Sungai Ramal Dalam, Taman Putra Kajang, Taman Kajang Mewah, Taman Kajang Raya, Taman Desa Kekwa/Desa Kiambang dan Taman Kwantung Baru.

Kawasan lain yang turut terlibat ialah Taman Sepakat Indah, Flat Jalan 1/9, Seksyen 1 Bandar Baru Bangi, Taman Kajang Impian, Taman Berjaya Baru, Sungai Chua, Taman Sri Intan/ Sri Melor, Kampung Baru Cina Sungai Chua, Taman Setia, Taman Kejora, Taman Koperasi LLN, Taman Bidara, Taman Semarak, Taman Saga, Taman Pasir Mas dan Taman Mewah Indah.

Manakala di daerah Petaling ialah Kampung Orkid, Kg. Muhibbah, seluruh Kampung Melayu Subang, seluruh pekan Subang, Taman Subang Baru, Taman Setia Warisan, Taman Subang Jasa, Subang Perdana 2 dan 4, sepanjang jalan ke TUDM dan Terminal 3.

"Para pengguna dinasihatkan agar menyimpan air yang mencukupi serta guna secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut," katanya lagi.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPEL<jarak>aduan atau pertanyaan dan hantar ke 39222.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 11:52 AM | Show all posts
Gangguan air di Kuala Langat, Sepang

KUALA LUMPUR 30 Sept. - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) akan meneruskan kerja-kerja pemasangan meter imbangan air (WBM) di sekitar kawasan Kuala Langat dan Sepang.

Pemasangan WBM ini bertujuan memastikan bekalan air kepada pengguna di kawasan tersebut pada tahap optimum dan mencukupi.

Syabas, dalam kenyataan akhbarnya memaklumkan akan berlaku sedikit gangguan bekalan sepanjang pelaksanaan kerja-kerja tersebut di beberapa kawasan sekitar Kuala Langat dan Sepang pada 8 Oktober dari pukul 5 petang hingga 5 pagi keesokan harinya.

Kawasan di Kuala Langat yang akan mengalami gangguan ialah Tumbuk dan Tanjung Sepat, Kundang dan Batu Laut, Kanchong Laut dan Kampung Indah.

Di Sepang pula, kawasan yang terlibat ialah keseluruhan kawasan kampung dan taman di Sungai Pelek, Bukit Bangkong, Taman Sepang Putra, Taman Sri Bayu, Ladang Teluk Merbau, Taman Murni, pekan Sepang, Tanjung Rhu, Agrotek, Ulu Chuchoh, Kampung Baru Sungai Pelek, Kampung Baru Sepang, Kampung Lembah Paya, Kampung Chinchang dan Rumah Murah Salak, Tanjung Sepat (Wilayah Kuala Langat); Bandar Enstek Nilai, Lukut dan kawasan sekitar Meter Pukal dan IPD Sepang.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2009 11:02 AM | Show all posts
Jalan Petaling ditutup hari ini

KUALA LUMPUR 4 Okt. - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan persimpangan Jalan Petaling/Jalan Sultan hingga persimpangan Jalan Petaling/Jalan Cheng Lock akan ditutup kepada semua pengguna jalan raya mulai esok hingga 29 November 2009.

Menurut kenyataan akhbar DBKL, penutupan itu bagi membolehkan kerja-kerja mengganti bumbung di Jalan Petaling.

Sehubungan itu pengguna jalan raya dinasihati supaya berhati-hati serta mematuhi papan tanda lalu lintas yang disediakan.

Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi One KZ Resources Sdn. Bhd. di talian 012-2382 646 atau talian DBKL, 03-2617 6505.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2009 02:06 PM | Show all posts
Terowong SMART ditutup malam esok
13/10/2009 12:55pm

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Lebuh raya SMART akan ditutup bermula pukul 11 malam esok (Rabu) dan akan dibuka semula pada pukul 6 pagi keesokan harinya.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan SMART Sdn. Bhd., penutupan terowong itu adalah untuk membolehkan penyelenggaraan sistem terowong lebuh raya dijalankan.

Untuk sebarang pertanyaan, pengguna boleh menghubungi talian bantuan SMART melalui nombor 1-300-88-7188.

- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2009 05:16 PM | Show all posts
76# Syd

Salam,

minta tolong, selepas bayar tol kat jln duta, kita nak pergi ke pejabat2 kerajaan kat jln duta, right after bayar toll tu kita kena amik which direction?????? rasa macam ada perubahan sikit since dah ada lebuhraya duke. please someone help me.........


thanks
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2009 11:28 PM | Show all posts
Gangguan elektrik di Cheras 22 Oktober ini
+ utusan malaysia

KUALA LUMPUR 16 Okt. - Sebanyak 35 kawasan di sekitar Cheras akan mengalami gangguan elektrik selama 12 jam mulai pukul 8 pagi pada 22 Oktober ini.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam kenyataannya hari ini berkata antara kawasan yang akan mengalami gangguan ialah Taman Connaught, Taman Marikh, Taman Bukit Cheras dan Taman Len Seng.

Turut terjejas ialah Kelab Sukan DBKL Taman Bukit Cheras, IWK Taman Desa Cheras, Petronas Taman Len Seng, loji kumbahan Tayton View dan loji kumbahan Taman Koperasi Maju Jaya.

Menurut TNB, gangguan itu berikutan kerja-kerja penyelenggaraan perkakas suis di pencawang pembahagian utama (PPU) Plaza Pheonix, Cheras sebagai langkah memastikan bekalan elektrik berkualiti dan berterusan di kawasan itu.

Orang ramai yang inginkan maklumat lanjut boleh menghubungi talian khidmat TNB di 15454.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2009 06:22 PM | Show all posts
Gangguan air di Brickfields

KUALA LUMPUR 27 Okt. - Beberapa kawasan di sekitar ibu negara akan mengalami gangguan bekalan air pada 3 November ini berikutan kerja-kerja pengalihan paip di Jalan Syed Putra untuk pembinaan jambatan baru oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Syabas dalam kenyataannya di sini memberitahu, gangguan itu dijangka berlaku antara pukul 8 malam hingga 5 pagi keesokan harinya.

Antara kawasan yang akan mengalami gangguan ialah Jalan Travers, Jalan Tun Sambanthan, Jalan Sultan Abdul Samad, Jalan Thamby Abdullah, Jalan Ang Seng, Jalan Berhala, Jalan Thambipillay, Jalan Padang Belia, Jalan Scott, Jalan Chan Ah Tong dan Jalan Viviekenanda.

Sehubungan itu, orang ramai di kawasan terlibat diminta menyimpan air secukupnya untuk kegunaan sepanjang tempoh gangguan serta menggunakan air secara berhemah.

Pertanyaan lanjut, hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau layari laman web Syabas di alamat www.syabas.com.my.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2009 10:04 AM | Show all posts
Gangguan air di Sepang, Hulu Langat

KUALA LUMPUR 10 Nov. - Beberapa kawasan di sekitar ibu negara akan mengalami gangguan bekalan air pada 16, 17 dan 18 November ini berikutan kerja-kerja pemasangan meter imbangan air (WBM) dan pemasangan paip di Sepang dan Hulu Langat.

Program itu bertujuan memastikan bekalan air kepada pengguna di kawasan tersebut pada tahap optimum dan mencukupi.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) dalam kenyataannya di sini memberitahu, gangguan bekalan pada 16 November dijangka berlaku antara pukul 5 petang hingga 6 pagi keesokan harinya.

Antara kawasan yang akan mengalami gangguan ialah Lestari Perdana, keseluruhan kawasan Lestari Puchong, Taman Desamanium, Kota

Perdana, Bandar Putra Permai, Taman Pinggiran Putra dan Bandar Bukit Jalil.

Turut terlibat ialah Lestari Putra, Prima Tropika,

Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan, Taman Datok Demang, IOI Resort, Hotel Marriot, Prima Tropika, Hospital Serdang, Saujana Puchong, Bandar Puncak Jalil dan Universiti Tenaga Nasional.

Pemasangan WBM di Kolam Air Effingham, Petaling pula akan menyebabkan gangguan bekalan bermula 17 November, pukul 5 petang hingga 1 petang keesokan harinya.

Antara lokasi yang terjejas ialah Hyatt Saujana, Seapark, SS1 (Kampung Tunku), SS2, SS3, SS5, SS6, SS7, SS8, SS9A, SS12 hingga SS19, Seksyen 19 hingga Seksyen 22, Seaport, Lembah Subang, Ara Damansara.

Terminal 1 dan 2, MAS Kargo, MAS Katering, Taman Emas, Glenmarie (U1, Hicom Glenmarie Industrial Park), Industri Temasya, Pusat Perubatan Subang Jaya, Subang Parade, SS8 Free Trade Zone, Wangsa Baiduri, Sheraton Subang dan Holiday Villa.

Orang ramai di kawasan terlibat dinasihatkan menyimpan air secukupnya untuk kegunaan sepanjang tempoh gangguan serta menggunakan air secara berhemah.

Orang ramai boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian 1-800-88-5252 atau melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip PUSPEL jarak taipkan aduan atau pertanyaan dan hantar ke 39222.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.123449 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list