CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1491|Reply: 0

AWAS… Jangan KETAWA Nanti MATI

 Close [Copy link]
Post time 25-3-2012 06:49 PM | Show all posts |Read mode

Macammana rupa anda apabila sedang KETAWA, elok,  buruk,  mengerikan atau menyegarkan telinga, faktanya KETAWA adalah manifestasi daripada perasaan gembira. KETAWA boleh menyebabkan kita mengalirkan air mata dan KETAWA yang berlebihan pula menyebabkan sakit otot.
KETAWA adalah salah satu kurniaan Tuhan kepada makhluknya yang sangat ajaib.

Menariknya bukan manusia sahaja KETAWA haiwan pun KETAWA, tapi bunyinya lain sikit. Berikut fakta-fakta menarik tetang KETAWA.

  • KETAWA membantu manusia menjelaskan hasrat dan menyerlahkan emosi mereka dalam perhubungan social.
  • Jika KETAWA anda disambut, ia memberi isyarat anda adalah sebahagian daripada suatu kumpulan.
  • KETAWA boleh berjangkit!!!
  • Bayi mula KETAWA seawal usia 17 hari, termasuk bayi yg cacat pendengaran dan penglihatan.
  • KETAWA boleh memberi kesan terhadap psikologi dan fisiologi seseorang.
  • Kajian saintifik mengesahkan KETAWA memberi kesan yang baik pada kesihatan kerana membantu dari segi....

Menurunkan tekanan darah

Menguatkan fungsi otot jantung

Menurunkan hormone stress

Melancarkan perjalanan darah

Menambah bekalan oksigen dengan cara menguatkan system pernafasan

Merangsang pengeluaran endorphin ‘ubat penahan sakit” yang dikeluarkan secara semulajadi

Melahirkan perasaan sihat dan bahagia

Tapi AWAS KETAWA juga boleh membawa celaka. Berikut antara kes tentang manusia yg mati akibat KETAWA.

Pada malam 8 Feb2009, seorang remaja Devon Blake berjalan-jalan berhampiran rumahnya di Chinatown. Amerika Syarikat. Tiba-tiba ia terlihat 2 orang lelaki sedang bertengkar, Blake yang mendengar butir pertengkaran itu ketawa berdekah-dekah..lucu sangat Kah…Kah…Kah.
Tanpa disangka perbuatan Blake itu menaikkan kemarahan salah seorang lelaki berkenaan.
“Apasal kau ketawakan aku”, soalnya. Blake hanya mendiamkan diri sambil berlalu meninggalkan tempat itu.
Lelaki itu tidak berpuas hati lalu mengekorinya sampai ke rumah Blake ditembak dan meninggal sewaktu mendapatkan rawatan
.

Alex Mitchell yg tinggal di Norfolk England telah ketawa terbahak-bahak semasa menonton siri komedi tv The Goodies. Adegan seorang lelaki lari lintang pukang bila dibaling dengan pudding hitam sambil membawa bagpipe menyebabkan Mitchell tidak dapat menahan gelak.
Dia ketawa sambil menekan perut Kah…Kah…kah…kah berlarutan selama 25 minit.
Tiba-tiba dia rebah dari sofa dan meningga dunia akibat kegagalan jantung.
Isterinya Nessie yang menyaksikan kejadian itu kemudian menghantar sepucuk surat kepada trio pelawak The Goodies untuk mengucapkan terima kasih kerana membuat suaminya mengakhiri 30 minit terakhir hayatnya dengan ketawa pada 24 Mac 1975.

Philemon seorang penulis cerita-cerita komedi Rom mendapati jenaka yang diciptanya sendiri terlalu kelakar.
Kah…Kah….Kah… kah dia ketawa terbahak-bahak, sebelum tumbang kelantai dan menemui ajalnya.
Kejadian lucu campur pelik direkodkan berlaku pada 263 Sebelum Masihi.

Pada 21 Oct 1556 Pietro Aretino seorang penyair dan penulis drama berunsur satira di Itali rebah ketika sedang ketawa semasa berjenaka dengan kawan-kawanya tentang perkara lucah.
Doktor mengesahkan dia mati “lemas akibat ketawa”.

Nasib yang sama juga terjadi kepada Zeuxis pelukis Greek abad ke 5 Sebelum Masihi. Beliau terlalu geli hati melihat lukisan seorang perempuan tua yang dilukisnya sendiri.
Lukisan tersebut terlalu hodoh dan buruk membuat Zeuxis tak dapat berhenti ketawa sampai dia jatuh tergolek MATI.

Morale of the story : Minta pembaca bagi komen……………

>>> Bacalah ia kita akan jadi (sila klik) : KURANG KETAWA BANYAK MENANGIS

  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.343955 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list