CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 71550|Reply: 582

Lagu Cinta Kita (U) - TAMAT -

  [Copy link]
Post time 29-3-2012 03:59 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Nicki_Meow at 23-5-2012 13:01

Salam warga penulis.

First time nak post cerita kat sini so rasa macam nervous pun ada.

Di harap terhibur

p/s: Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-3-2012 03:59 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 5-4-2012 13:40

Part 1 - Episode 1

Ikutkan hati Lea, mahu saja dibaling segala pinggan, cawan, gelas kepada Kudin. Apa masalah mamat ni dengan dia, dia pun tak tahu.

“Kau ingat aku takut?”

“Aku peduli apa”

“Mentang-mentang aku baru kerja sebulan, kau nak buli?”

“Jadi?”

“Apa masalah kau?”

“Saja”

Lea dan Kudin saling berhadapan dengan jarak 2 depa. Bagaikan dua orang pahlawan hendak bertarung saja gayanya.

“Mop sampai berkilat” Kudin mengarah sambil menunjukkan ke arah baldi dan mop yang tersedia di tepi.

Lea mendengus. ‘‘Dahtu, kau buat apa? Mengular kat belakang tu kan?”

Kudin sengih. Lea melihat ada sinar kejahatan terpancar diwajahnya.

“Aku tak nak buat” Lea berkata garang.

“Betul kau tak nak buat?” Kudin bertanya.

Lea hanya memandang Kudin dengan muka masam. Bukan sekali dua Kudin membulinya. Masa mula-mula kerja dulu, dia menurut saja suruhan Kudin. Hantar pinggan, gelas, cawan ke belakang. Mop lantai, sapu sampah, buang sampah  semua pun dia. Kononya sebab si Kudin tu lagi senior. Tapi bila dia nampak yang Kudin curi tulang sambil merokok di belakang kedai, hatinya menjadi panas.

Kudin bergerak ke hadapan menghampiri Lea. Lea terasa gugup. Mamat ni nak buat apa?

Lea bertahan di tempatnya. Kalau kau buat apa-apa kat aku, aku tendang kelengkang kau.

“Betul kau tak nak buat?” Kudin bertanya lagi. Dia kini sudah berada beberapa inci saje dari Lea. Lea yang tingginya hanya paras dagu Kudin, mendongak.

“Betul” Lea menjawab. Merenung Kudin dengan garang.

“Kalau kau tak nak buat, aku buat” Selamba Kudin berkata. Mop dan baldi di ambil. Lalu kerja mengemop di mulakan. Lea terkedu. Ingin ketawa dan marah dalam masa yang sama, jadinya dia tercegat saja di situ.

“Oi, basahlah. Setan!” Lea menjerit. Hatinya mendidih. Habis kasut dan seluarnya basah bila Kudin dengan sengaja mengemop kakinya, tanpa diperah dulu mop itu.

“La.. kaki orang. Aku ingat kaki meja.’’ Perli Kudin tanpa rasa bersalah.

“Kau ni kan...” Kata-kata Lea mati di situ. Terlalu geram untuk berkata-kata.

“Apa tuuuuuuuu?” Terdengar suara Kak Ain Supervisor menjerit.

“Korang ni kan, kalau tak gaduh tak boleh ke? Cepat sikit, akak nak kunci kedai” Sambung Kak Ain.

“Hissh, pening kepala aku kalau hari-hari macam ni” Kak Ain berkata sendiri. Sejak Lea bekerja di Cik Mat Kopitiam sebulan lalu, ada saja yang tak kena. Hari-hari Lea dan Kudin bergaduh.

“Kak Ain, saya balik dululah” Kata Lea. Mukanya masam.

“Hah yelah. Kudin mana?” Tanya Kak Ain.

“Entah. Dah mati kot kat belakang tu” Selamba Lea menjawab.

“Mulut kauuu...” Kak Ain hanya mampu menggelengkan kepala. Lea hanya berlalu pergi.

“Dah siap Din?” Tanya Kak Ain apabila melihat Kudin kembali ke depan.

“Dah” Ringkas jawapannya. Tangannya dilapkan ke seluar.

“Akak tanya sikit boleh?”

Kudin mengangkat kening.

“Kau ni kenapa? Hari-hari akak tengok bergaduh dengan si Lea tu?” Sambung Kak Ain.

“Tak ada apalah kak, saja je” Kudin menjawab.

“Kau jangan Kudin, dah la tak cukup staff ni. Dibuatnya budak tu berhenti, jenuh akak nak cari orang baru” Ain berkata, seolah-olah memberi amaran.

“Yelah, yelah” Kudin menjawab malas.

“Balik dulu kak” Sambungnya. Kudin berjalan ke arah tempat dia meletakkan motor. Tapi dia hampir ternganga melihat motornya tumbang.

“Mangkuk!” Sambil menyumpah, Kudin mengangkat motornya kembali. “Siaplah kau esok!”

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2012 04:17 PM | Show all posts
nak lagi TT, tulis panjang sket
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2012 04:37 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 3-5-2012 20:31

Part 1 - Episode 2

Lea hanya memandang Shafiq. Dia sudah malas nak bergaduh mengenai benda yang sama berulang kali. Apakah Shafiq masih tak faham-faham?

“Malas la nak gaduh dengan you. I dah kata, tak nak. Tahulah I cari kerja nanti”

“Come onlah. Dah lebih dua bulan you kerja kat sini. Tak nampak pun tanda-tanda you nak resign ke, cari kerja lain ke?” Shafiq membalas.

“Salah ke? Bukannya I jadi GRO pun” Lea merengus. Kerja kat kopitiam pun salah?

“Tak salah. Tapi awak tu ada degree. Sampai bila awak nak kerja sapu-sapu sampah macam ni?’’

Lea memandang Shafiq, sambil membuntangkan biji mata. Sapu-sapu sampah ? So what ? Bukan aku buat kerja haram.

‘‘Lea, please. Kerja je dengan I ok ? Kalau you setuju, esok juga you boleh start” Shafiq cuba memujuk.

Kerja dengan kau? Tak kuasa aku. Tak pasal-pasal orang lain tuduh aku nak ambil kesempatan. Mentang-mentang boyfriend banyak duit.

“Dah la Shafiq. I cakap tak nak. Biarlah I cari kerja sendiri. Tolonglah jangan paksa-paksa” Lea membalas.

Shafiq diam. Memang dia tahu, Lea jenis keras kepala. Bukan sehari dua dia kenal dengan Lea. Sudah agak lama mereka bercinta. Dia sukakan Lea yang memang ‘independent’. Tak macam kebanyakan perempuan lain.  Tapi, kali ni, tahap ‘independent’ Lea betul-betul ‘tinggi’. Bukan dia suruh buat apa pun, kerja dengan syarikat papa je. Tapi Lea degil, nak usaha sendiri katanya. Sampai sudah la kau kerja kat kopitiam ni.

“At least, please think about it okay?” Akhirnya Shafiq berkata. Dia cuba mencapai jari Lea tetapi cepat-cepat gadis itu melarikan tangannya.

“Saya nak sambung kerja ‘sapu-sapu sampah’ ni” Lea bangun. Sudah banyak kali dia beritahu Shafiq, dia nak usaha sendiri. Bukan salah dia kalau tak dapat kerja yang sesuai. Belum rezeki. Namun permintaan Shafiq untuk bekerja di syarikat kepunyaan ayah Shafiq di tolak mentah-mentah.

Kalau nak diikutkan, dengan lulusan yang dia ada, senang sahaja dia dapat jawatan sekurang-kurangnya kerani di mana-mana syarikat. Tapi dia memilih untuk tidak berbuat demikian. Sengaja memilih kerja yang ‘kurang glamour’ dengan alasan ‘nak tengok dunia’ dulu.

“Alasan tak boleh pakai” Itulah kata-kata Shafiq setiap kali alasan itu Lea berikan.

Shafiq akhirnya bangun, tanpa berkata apa-apa, dia pergi. Lea hanya memandang tanpa perasaan. Entahlah, Kadang-kadang, dia pun tak faham dengan tindakannya sendiri. Dia tahu yang Shafiq cuba menolong. Cuma hatinya tidak terbuka. Lea pun kembali ke Kopitiam Cik Mat untuk menyambung kerja.

“Oi, kau nak berangan ke nak kerja? Tak nampak tu meja banyak nak kena clear” tiba-tiba dia di sergah dari belakang. Huh, Kudin rupanya. Sejak dia kerja di sini, Kudin hanya memanggilnya dengan panggilan ‘Oi’. Mula-mula tu, naik juga anginnya tapi Kudin buat tidak peduli. Lebih sebulan di sini, Lea seolah-olah dah lali dengan panggilan itu.

“Kau tu pulak nak pergi mana? Bukan kau pun dah masuk shift ke ?’’ Lea menjawab dengan pertanyaan juga.

Tapi Kudin tidak berkata apa-apa, terus berjalan membelakangkan Lea sambil mengangkat rokoknya tinggi-tinggi.

“Huh, hisap rokok macam naga’’. Lea berkata sendiri.  

Entah apa nasibnya, jadualnya mesti sama dengan si Kudin ni. Dan setiap kali tulah dia akan berperang.

“Entahlah Lea, selama ni dia okay je. Mulut dia memang berat tapi jaranglah Akak tengok dia marah-marah. Selalu dia memang ringan tulang. Dengan kau je ‘oi’ ke sana, ‘oi’ ke sini” Kata Kak Ain bila Lea mengadu.

“Dia nak mengurat kau tak?’’ Kata Kak Ain lagi.

“Mengurat apanya? Ada ke mengurat orang pakai oi oi?’’ Balas Lea.

“Entahlah Lea. Mengurat stail baru agaknya’’ Kak Ain gelak dan Lea pun tergelak sama.

***************************************************************

Kudin hanya memerhatikan dua sejoli itu duduk berbual. Bukan jauh pun, kedai mamak sebelah je. Memang sudah selalu dia nampak Lea dan teman lelakinya, terutamanya pada hari Ahad. Setiap kali itu jugalah hatinya rasa berbulu. Dia pun tak faham kenapa. Sejak Lea bekerja di kopitiam ni, tak pernah pun dia cuba berbaik dengan Lea. Panggil pun sekadar ‘oi’ saja. Tapi, apa yang orang lain tak tahu, setiap kali dia berhadapan dengan Lea, setiap kali itu juga hatinya berdebar, macam gendang tarian singa masa Tahun Baru Cina. Jadi, dengan niat untuk menutup segan dan malu, dia sengaja berkasar.

“Bergaduh ke diorang ni?’’ Kudin berkata sendiri.

Melihat cara Lea bercakap, memang macam bergaduh.

Huh.. lantaklah. Ada aku kisah? Kata hati kiri Kudin.

Memang kau kisah pun... Dalam hati ada taman tapi tak nak mengaku. Kata hati kanan Kudin.

Mana ada?

Ada. Tak payahlah kau nak nafi-nafi lagi.

Oi, diamlah. Kali ini, otak Kudin memberi arahan.

Kudin lihat Lea bangun, nak sambung shift lah tu. Tapi muka Lea masam. Muka teman lelakinya pun masam.

“Betullah ni, gaduh” Kudin berkata sendiri lagi. Tiba-tiba pandangan mata Kudin dan Lea bertembung. Kudin yang menggelabah segera memandang ke arah lain. Bila Kudin menoleh lagi, Lea sudah pun tiada. Kereta teman lelakinya pun sudah bergerak meninggalkan kawasan ini.

Kudin menggelengkan kepala, tersenyum sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2012 08:38 PM | Show all posts
best...sambung lg yer......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2012 11:10 AM | Show all posts
Reply 5# nhid_tam

Thanks for support. Nanti saya sambung lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-3-2012 12:01 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 3-5-2012 20:32

Part 1 - Episode 3

Kudin hanya memandang Lea yang tersandar di tepi pintu. Ngantuk sangat gamaknya sampai tepi pintu ni pun boleh tidur.

‘‘Oi, bangunlah. Kau ingat sini rumah ke? ’’ Kudin menyepak perlahan kaki Lea yang melunjur.

‘‘Emmm…’’ Lea hanya membalas sepatah. Badannya benar-benar penat. Hari minggu, ramai pula pelanggan yang datang.

‘‘Motor kau mana?’’ Soal Kudin.

‘‘Abang aku pakai. Dia kata nak ambil aku balik kerja... tapi... huaargghhh... tak sampai-sampai lagi’’

Buruk sungguh rupa anak dara ni menguap. Kudin menggeleng kepala.

‘‘Kau tak call dia?’’

‘‘Tak haa...hangkat’’ Lea menjawab pendek, sambung menguap. Pandangan matanya sudah samar-samar.

‘‘Habis tu, takkan kau nak tunggu sini je?’’

‘‘Eh… yang kau banyak membebel ni kenapa ? Bisinglah.’’ Lea mula naik angin. Nak balik tu balik jelah. Banyak pula bunyi. Matanya kembali tertutup dan kepalanya disandarkan ke tepi pintu.

‘‘Lantak kaulah’’ Kudin segera berlalu ke tempat dia meletakkan motor. Sakit pula hatinya di tengking begitu. Motornya dihidupkan tapi dipandang sekilas Lea yang masih bersandar. Dia mematikan enjin motor lalu melihat jam di tangan. Pukul 11.45 malam.

‘‘Oi, ambil ni. Aku hantar kau balik’’ Kudin menghulurkan sebiji topi keledar kepada Lea.

‘‘Apa ni?’’

‘‘Helmet la. Takkan tudung saji’’

‘‘Nak buat apa?’’

‘‘Pakailah. Naik motor, mestilah pakai helmet’’

‘‘Kau nak hantar aku balik ke?’’

‘‘Tak. Nak campak kau tepi highway tu ha. Menyemak duduk kat tepi pintu ni’’

Lea membuka matanya separuh. Buruknya helmet kau.

‘‘Mestilah nak hantar kau balik. Aduhai. Cepatlah. Nak suruh aku dukung ke?’’

Tanpa berkata sepatah lagi, Lea mengambil topi keledar dari tangan Kudin. Kudin pun Kudinlah.. janji ada orang hantar aku balik. Bangcik memang nak kena. Kata nak datang ambil. Ni mesti tertidur kat rumah. Siap la... jangan harap aku nak kasi pinjam motor lagi.

‘‘Rumah kau kat mana ?’’ Soal Kudin.

‘‘Kat wangsa maju. Dekat dengan carrefour tu’’ Lea menjawab. Kudin mengangguk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2012 12:04 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 3-5-2012 20:33

Kudin menghidupkan motornya kembali. Lea dibelakangnya kelihatan mengantuk. Penat sangat kot. Tanpa berkata apa-apa, Kudin pun bergerak, ingin menghantar Lea ke rumah dahulu.

Hampir separuh perjalanan, Kudin terasa ada orang memeluk pinggangnya dan ada kepala dibahunya. Tersentak sekejap dia lalu motor diperlahankan. Eh, minah ni… apahal lak main peluk-peluk? Bahunya digoyang-goyangkan dengan harapan Lea terjaga. Tapi tiada respond dari Lea.

Entah kenapa, perasaan aneh dalam hati Kudin timbul kembali lalu dibiarkan sahaja Lea begitu. Motor ditunggang perlahan.  

Ala, kau nak ambil kesempatankan? Hati kiri Kudin berkata.

Tak tak.. mana boleh laju-laju. Kalau dia jatuh nanti macam mana? Kata hati kanan Kudin.

Tipulah. Bukan kau tak boleh berhenti kejap, bangunkan dia.

Aku kesian tengok dia, penat sangat hari ni. Tak sampai hati.

Kesian konon. Selama ni, tak pernah pun kau nak ambil tahu pasal dia.

Tolong-menolong, apa salahnya? Takkan nak biar dia tidur kat kopitiam tu?

Eleh, cakap jelah yang kau dah terjatuh hati. I’m falling in love with youuuu…

Bodoh. Mana ada?

Oi, dah kenapa aku ni?. Gila ke apa? Kali ini otak Kudin pula yang berkata

Perjalanan diteruskan perlahan, melalui MRR2 hingga ke wangsa maju.

Alamak, memanglah dia kata dekat dengan carrefour, tapi rumahnya yang mana satu? Lalu Kudin mengambil keputusan untuk berhenti di Carrefour dulu.

“Lea, Lea. Bangunlah. Mana satu rumah kau ni?’’ Kudin cuba membangunkan Lea sesampai saja di Carrefour.

Lea tak menyahut.

“Lea, bangunlah. Kau ingat badan aku ni tilam ke?’’ Kata Kudin lagi.

Lea masih diam. Tak boleh jadi ni.

PIINNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN!!!!

‘‘HAH!’’ Lea terkejut, hampir terjatuh dari motor.

“Bangun pun. Aku ingat dah mati tadi?’’ Perli Kudin.

Lea menyapu muka. Kejutan akibat bunyi hon motor tadi masih terasa. Terbeliak biji matanya. Lea memandang keliling. Aku kat mana ni?

‘‘Kat carrefour. Aku tak tahu rumah kau mana satu. Aku berhenti kat sini dulu’’ Kudin berkata.

‘‘Oh’’ Lea mengangguk. Pandai dia baca kepala otak aku ni.

‘‘Macam mana nak pergi rumah kau ?’’

Setelah diterangkan serba sedikit, Kudin pun menghantar Lea ke rumahnya.

‘‘Thanks eh, Kudin, sebab hantar aku’’ Lea berterima kasih.

Kudin hanya mengangguk, senyum. Esok,  kasilah abang kau pinjam motor lagi.

‘‘Aku masuk dulu’’

Kudin memerhatikan Lea masuk hingga hilang dari pandangan. Kemudian, dia pun menunggang motornya pulang ke rumah.

**************************************************************************
Lea menutup pagar lalu segera masuk ke rumah. Dari balik langsir, dia tengok Kudin masih memerhatikan rumahnya, mungkin hendak memastikan dia selamat hingga ke dalam rumah. Seminit lepas itu dia nampak Kudin berlalu. Perlahan-lahan dia naik ke tingkat atas. Bilik Bangciknya di buka. Dilihatnya Bangcik terbongkang tidur.

“Patutlah langsung tak angkat phone, tidur pakai walkman” Lea menutup pintu. Niat di hati nak memarahi Bangciknya tak jadi.

Dia segera pergi ke biliknya, lalu tubuhnya di hempas ke atas katil. Penat. Sambil-sambil tu dia teringat peristiwa atas motor tadi.

Dia terasa kepalanya bergoyang-goyang. Rupa-rupanya dia tertidur atas motor sambil memeluk Kudin. Lalu untuk menutup malu, dia buat-buat tertidur sampai carrefour.

“Isk… malunya” Lea menutup muka dengan bantal, walaupun tak ada ada orang lain di situ.

Manis juga Kudin ni bila senyum ya… Lea tersenyum sendiri. Tuala di capai untuk mandi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-3-2012 04:13 PM | Show all posts
Sambung last untuk hari ni. Happy weekend!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2012 04:14 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 5-4-2012 13:41

Part 1 - Episode 4

“Oi” Sergahan itu menyebabkan Kudin hampir tertelan asap rokok. Kurang asam! Terbatuk-batuk dia sehingga berair mata lalu terduduk. Setelah tekaknya lega, dia menoleh dan melihat Lea duduk mencangkung disebelahnya sambil tersengih.

“Tulah, hisap rokok macam naga” Lea berkata.

Kudin mengangkat kening. Kembali duduk mencangkung bersebelahan Lea.

“Ada apa?” Tanya Kudin.

“Thanks eh.. sebab hantar aku semalam. Kalau tunggu abang aku, alamat aku tidur jelah kat sini” Jawab Lea.

“Takde apalah” Kata Kudin.

“Hari ni kau datang naik apa?”

‘‘Abang aku hantar. Dia pinjam lagi motor aku. Kancil dia rosak’’

YES !!! Hati Kudin menjerit kegembiraan.

‘‘Kalau dia tak dapat ambil, nanti aku hantar kau balik rumah’’

‘‘Tak payahlah. Menyusahkan kau je’’

‘‘Tak susah pun. Rumah aku kat Seksyen 2, bukan jauh sangat’’

Lea tersenyum sambil mengipas-ngipas mukanya dengan topi. Panas duduk kat belakang kedai ni. Macam mana si Kudin ni tahan berasap kat sini hari-hari?

‘‘Memanglah panas. Sini mana ada air-cond’’ Kudin berkata tiba-tiba.

Eh, dia dengar ke aku cakap? Lea menggaru kepala yang tidak gatal. Sedang mereka rancak berbual, terdengar jeritan dari belakang.

‘‘Amboi amboi amboi. Korang nak kerja ke nak bercinta? Kalau ye pun, jangalah duduk mencangkung kat situ” Suara nyaring Kak Ain Supervisor kedengaran.

Lea yang terkejut segera bangun. Sambil tersengih malu, dia segera kembali ke bahagian depan.

Kudin cepat-cepat menghabiskan rokoknya. ‘Potonglah Kak Ain ni...” Katanya perlahan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2012 04:15 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 5-4-2012 13:54

Ain memerhatikan Kudin dan Lea yang berbual-bual. Sejak akhir-akhir ni, jarang dia nampak Kudin dan Lea berkelahi. Malah makin mesra pula. Rehat bersama, makan bersama. Dia tersenyum sambil menggelengkan kepala. Kudin sudah bekerja dengannya hampir dua tahun. Walaupun pendiam, Kudin memang ringan tulang. Suruhlah apa saja, pasti akan dilakukan sedaya mungkin.

“Kak Ain… tolong boleh?” Tanya Kudin.

“Apa? Nak pinjam duit? Akak pun kering ni” Kata Ain.

“Bukanlah...”

“Habis tu?”

“Errr... errr..” Kudin mengaru-garu dagunya.

“Kenapa malu-malu kucing ni?” Pelik pula Ain melihatkan Kudin.

“Kak.. siapa nama budak baru tu?”

Oh... baru Ain faham. Patutlah malu-malu kucing.

“Lea... kenapa? Dah berkenan?” Soal Ain kembali.

Kudin diam sambil tersenyum.

“Kak, letak saya satu shift dengan dia boleh?” Kudin tersengih, malu sebenarnya nak buat permintaan itu pada Kak Ain.

Ain tersenyum-senyum. Memang dah suka betullah ni. Setahu Ain, tak pernah pula dia nampak Kudin dating dengan mana-mana perempuan. Malah, Nana yang kerja kedai barangan plastik selang dua kedai dari sini pun Kudin buat tak layan. Walhal, Nana tu hari-hari datang kopitiam nak beli teh tarik, dengan harapan dapat berbual dengan Kudin.

“Kau nak bayar berapa kat akak?” Gurau Ain.

“La akak ni... Tu pun nak mintak rasuah’’

‘‘Yelah…’’

Kudin tersengih lagi. Nasib la orang tua ni baik hati.

“Nampaknya, putih mata la budak Nana tu” Kata Ain.

“Nana mana?”

“Nana budak kedai plastik tulah. Hari-hari datang sini beli teh tarik semata-mata nak mengurat kau”

“Ye ke?”

Ain teringat perbualan dia dengan Kudin hampir empat bulan itu. Kudin sudah dianggap seperti adiknya sendiri. Latar belakang Kudin tidak pernah di ketahui. Kudin seolah-olah cuba menyembunyikan hal keluarga setiap kali di tanya. Yang Ain tahu, Kudin anak bongsu. Rumah keluarganya di Shah Alam.

Dulu, dia hampir menyesal kerana mengikut permintaan Kudin. Mana taknya, hari-hari Kudin dan Lea bergaduh. Ada saja yang tak kena. Kudin pula, tak pernah langsung bersopan dengan Lea. Ada ke di ‘oi’ kan saja Lea membuatkan Ain terfikir, si Kudin ni nak mengurat ke, nak cari pasal?

PANG ! Meja kaunter bayaran di ketuk kuat.

“Pang! Pang! Pang! Tembak dia.. tembak dia” Kak Ain melatah.

Lea gelak. Berangan je orang tua ni.

“Satu kopitiam ni dengar aku melatah” Marah Ain sambil mengurut dada.

‘‘Rileklah kak. Gurau je…’’ Jawab Ain dengan sisa-sisa ketawa.

“Bukan main baik lagi akak tengok kau dengan si Kudin sekarang. Ada apa-apa ke?” Ain cuba mencucuk.

‘‘Mana ada apa-apa. Akak ni, macam reporter Melodilah” Lea menjawab.

‘‘Selalu akak tengok kau dengan Kudin macam anjing dengan kucing. Sekarang ni baik pulak”

“Siapa yang anjing, siapa yang kucing?” Soal Lea kembali.

“Ei, kau ni kan...” Ain menggeleng kepala.

Lea berlalu pergi dengan senyuman lebar.

Tapi, mana mungkin dia dengan Kudin. Hatinya masih milik Shafiq, walaupun sudah seminggu Shafiq tidak datang berjumpa dengannya. Malah, tiada sms ataupun panggilan yang diterima.

“Marah lagilah tu” Lea berkata perlahan. Tiba-tiba hatinya diusik rindu.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2012 10:01 AM | Show all posts
next....hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2012 01:09 PM | Show all posts
Salam.
Sambung lagi satu episod hari ni.

Anyway, segala komen dan cadangan amatlah di alu-alukan. First time menulis, tak mampu nak buat cerita berat-berat.

Enjoy!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2012 01:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 5-4-2012 13:39

Part 1 - Episode 5

Jam menunjukkan pukul 10:45 malam.Tak ramai pelanggan yang datang jadi Cik Mat Kopitiam ditutup tepat pada masanya hari ini.

Bunyi gitar kedengaran. Jijoe kelihatan terkial-kial memetik tali gitar, sambil ditemani Salleh dan Mat Pi yang juga pekerja Cik Mat Kopitiam.

Treeengg….Treeengg…

“Kau tahu main ke tak?”

‘‘Tahu…’’

Treng Treng Treng..

‘‘Sinilah, kasi aku pulak’’ Gitar bertukar tangan.

Treng Treng Treng..

“Blah lah… macam pandai” Ketawa terbahak-bahak kedengaran. Yang sana mengutuk yang sini, yang sini mengutuk yang situ. Padahal, semua pun tak pandai main. Saja membuang masa.  

“Kenapa korang tak balik lagi ni?” Kak Ain Supervisor bertanya.

“Kejap lagilah kak. Lepak dulu” Kata Mat Pi.

Kak Ain menggeleng kepala, dia menunggu Kudin menutup dan mengunci pintu kedai.

“Korang jangan lepak lama-lama. Akak balik dulu” Pesan Kak Ain.

“Okay Kak” Suara beramai-ramai menjawab sambil tergelak-gelak.

“Bang Din” Kudin menoleh. Lea di sebelahnya memanjangkan leher.

“Balik dah ke?”

“Haah lah. Takkan aku nak berumah tangga kat sini” Kudin menjawab. Apa-apa jelah dengan budak-budak ni.

“Lepaklah dulu” Jijoe mengajak. Dia baru sebulan kerja di Cik Mat Kopitiam, sambil-sambil menunggu keputusan SPM.

Kudin mengangkat kening.

“Kak Lea, lepak dulu. Awal lagi ni” Tambah Jijoe, saja memancing Lea. Lea senyum. Boleh juga melepak dulu sambil-sambil menunggu Bangciknya sampai.

Kudin melangkah ke arah  mereka. Lea mengikut

“Korang buat apa?” Tanya Lea.

“Main gitar” Kata Jijoe.

“Mainlah satu lagu” Jijoe mengajukan ayat itu kepada Kudin.

“Aku mana tau main gitar”

‘‘Tipulah’’

‘‘Sini’’ Kudin menghulur tangan. Gitar bertukar tangan lagi.

Treng… ‘‘Happy Birthday to you… Happy Birthday to you”  Kudin menyanyi.

“Hekelleh.. setakat lagu Happy Birthday, adik aku yang darjah empat pun reti” Jijoe mengejek, disambut dengan gelak ketawa.

“Ok.. Ok.. Ehem…3,4..”

Seringkali hati bertanya
Tiap saat kita bersama
Sampai bilakah harusku memendam rasa

Tak pernah aku merasai
Bibir terkunci
Jiwa bergelora rasa tak percaya
Adakah ku bermimpi
Mimpi di siang hari

Dirimu... telah lama ku nantikan
Wajah yang bermain
Di mimpi-mimpiku
Hidupku.. kini bagaikan penjara
Tanpamu di sisi tak bermakna oh..oh..

Mungkinkah akan terjadi
Dirimu aku miliki
Berilah tanda kepastianmu
Namun jika tak tercapai
Harapanku
Selama hayat dirimu tetapku sanjungi

“Dah…” Kering tekak aku menyanyi” Kudin berkata. Gitar dihulurkan kembali.

Woohoo... Terdengar tepukan beramai-ramai.

“Best tak suara aku?” Tanya Kudin pada Lea.

Lea tak manyahut, dia cuma diam.

“Oi...” Kudin menguatkan suara.

“Apa?” Lea bertanya kembali.

Kudin mengelengkan kepala. Berangan!

Pin! Pin!

Lea menoleh ke arah bunyi hon motor. Bangcik dah sampai rupanya.

“Okaylah... balik dulu. Bye” Lea berkata.

“Bye Bye sayang” Jijoe, Salleh dan Mat Pi menyahut serentak sambil ketawa besar.

“Bye sayang” Kata Kudin dalam hati. Cepatlah pula abang minah ni sampai. Kudin memerhatikan Lea hingga hilang dari pandangan,

“Tak berkelip mata” Jijoe tersengih –sengih.

Kudin menoleh, kacau daun sungguh.

“Kau ada hati kat Kak Lea eh?” Jijoe meneka.

“Mana ada” Jawab Kudin.

“Tipuuuuu. Kitorang taulah.. Kak Ain dah cerita. Hahahaha..” Jijoe membalas.

“Ish.. mengarutlah kau” Kudin bengang. Kepoh la Kak Ain ni.

“Aku balik dululah” Untuk menutup rasa malu, Kudin bangun untuk pulang.

‘‘Lea.. oh Lea… Aku cinta padamuuuuuuuuuu’’ Jijoe menyanyi, sengaja mengejek Kudin dan di sambut dengan gelak ketawa Mat Pi dan Salleh. Memang begitulah mereka, kadang-kadang menceriakan suasana, kadang-kadang mencari bala.

Kudin hanya memutarkan biji matanya ke atas, tapi dia tersengih juga.

Hampeh budak-budak ni!

************************************************************************

Lea berbaring-baring di atas katil. Suara serak-serak basah Kudin terngiang-ngiang di telinganya. Dia senyum sendiri. Kudin, Kudin. Dalam hati Lea, dia terasa seolah-olah Kudin ada perasaan terhadapnya. Entahlah, sukar untuk ditafsirkan.

Lea mengambil telefon bimbit. Dia berkira-kira, perlukah dia yang menelefon Shafiq? Tidak dinafikan dia terasa rindu. Sudah hampir tiga minggu dia tidak bercakap dengan Shafiq. Tiada panggilan, tiada sms

Hhhmm..Call je lah. Talian telefon di dail. Tak lama kemudian, ada yang menyambut d sebelah sana.

“Assalamualaikum, Fiq”
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2012 06:13 PM | Show all posts
alunan dan susunan ayat cantik dan teratur. teruskan dan buka ruang utk persekitaran sesekali. jgn terlalu pantas dihuraikan. lembut dan dpt dirasai pembaca.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2012 12:23 PM | Show all posts
alunan dan susunan ayat cantik dan teratur. teruskan dan buka ruang utk persekitaran sesekali. jgn t ...
Adilla Post at 5-4-2012 18:13


Thanks. Komen sangat di hargai. Akan di perbaiki untuk episod akan datang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-4-2012 12:36 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 6-4-2012 12:51

Part 1 – Episode 6

Kudin memandang Lea yang banyak termenung sejak akhir-akhir ini. Senyumannya hambar. Walaupun dia masih bergurau tapi tidak seperti dulu. Macam ada awan mendung menyelubunginya. Kudin cuba bertanya-tanya dengan Kak Ain Supervisor, tapi Kak Ain pun tak tau kenapa.

“Entah-entah, gaduh dengan boyfriend dia tak?. Akak rasa dah lama juga mamat tu tak datang sini” Teka Kak Ain.

Betul juga. Dah lama tak nampak mamat poyo tu datang sini. Kudin menggaru-garu dagunya.

Kau sukalah tu kan, diorang gaduh? Kata hati kiri Kudin.

Eh, mana ada. Kata hati kanan pula.

Kau jangan tipulah. Dah lama kau syok kat dia, tapi tak nak mengaku.

Isk.. mana boleh. Kan girlfriend orang tu. Takkan nak berebut pulak? Tak macho la gaduh pasal awek.

Pergilah tanya dia sendiri.

Seganlah. Nanti dia kata aku jaga tepi kain dia.

Tanya je. Daripada kau bercakap sorang-sorang macam orang gila...

Kudin menyambung kerja yang terhenti separuh jalan.

“Abang Din…” tiba-tiba terdengar panggilan. Kudin menoleh.

“Nak order teh tarik..bungkus” Nana bersuara manja.

“Okay. Li, teh tarik satu, bungkus” Laung Kudin lalu kembali menyambung kerja. Nana langsung tidak dipedulikan.

“Sombonglah Abang Din ni…” Nana sengaja buat suara merajuk.

“Sombong apanya? Kan abang tengah buat kerja ni” Kudin membalas.

“Memang sombong pun. Hari-hari Nana datang sini, Abang Din buat tak layan je...” Panjang muncung Nana bila berkata.

“Apa-apa je lah Nana, janji kau bahagia” Kudin tersengih. Lucu pula melayan budak ‘separuh masak’ macam Nana ni.  Lea yang sedang menghantar pinggan kebelakang terdengar perbualan antara Nana dengan Kudin.

“Abang Din… Abang Din…” Lea mengajuk sambil mencebik. Gedik!

“Abang di sini sayang...” Tiba-tiba Kudin berkata, betul-betul di telinga Lea.

“Oh mak kau” Lea menjerit, terperanjat. Pinggan di tangannya terlepas lalu pecah berderai.

“Ya ampuunnnn. Gimana nih? Pinggannya udah pecahhh…” Kak Neng, pekerja indonesia yang sedangmencuci juga terkejut, mengurut dada.

“Tengok apa kau dah buat!” Lea menjerit. Anginnya naik tiba-tiba.

Kudin terdiam.Sungguh dia tak jangka yang Lea akan terkejut hingga begitu sekali.

“Aku guraulah” Kudin mempertahankan diri.

“Banyaklah kau punya gurau. Pinggan-pinggan pecah ni siapa nak ganti?” Nada suara Lea masih tinggi.

Kudin diam, tidak menjawab. Dia tahu, kalau di layan angin Lea, pasti makin berapi jadinya. Dia terus berlalu ke bilik stor mengambil penyapu dan penyodok. Pinggan-pinggan pecah dikutip. Lea hanya memerhatikan Kudin dengan muka masam.

“Aduh” Kudin tersentak. Jarinya berdarah, terkena serpihan kaca.

“Eh.. Kudin. Darah, banyaknya” Lea segera meluru ke arah Kudin.

“Daraaaahhhh…..”Kak Neng pula menjerit.

“Apa kecoh-kecoh kat belakang ni?” Kak Ain menegur

“Satu kedai boleh dengar korang punya suara tau tak?” Tambahnya.

“Tak ada apalah kak. Pinggan pecah” Kudin menjawab. Tangannya di sorokkan ke belakang.

“Orang ramai kat depan tu, janganlah kecoh sangat”

“Iya. Tak kecoh dah” Kudin menjawab perlahan, sekadar mengambil hati. Ain menggelengkan kepala lalu ke depan semula.

“Tengok tangan” Pinta Lea.

“Sikit je” Tangannya masih di sorokkan ke belakang.

“Darah banyak tu” Lea menarik tangan Kudin. Kesan torehan pendek kelihatan di ibu jarinya. Darah masih menitis ke bawah.

“Sikit je” Kudin mengulangi ayatnya. Rasa aneh yang kerap hadir dalam hatinya timbul lagi lalu dia cuba melepaskan pegangan tangan Lea.

“Kejaplah! Kasi aku tengok!” Lea memarahinya. Nada suaranya masih tinggi. Akhirnya Kudin membiarkan saja Lea membelek luka di jari.

“Biar aku bersihkan kaca ni” Kata Lea setelah ibu jari Kudin di tekap dengan kain bersih.

“Kak Neng, yang Kak Neng menangis ni kenapa? Bukan Si Kudin ni patah riuk pun” Lea yang masih belum turun anginnya, berkata agak kasar. Semua serba-serbi tak kena tiba-tiba.

“Darahnya banyak. Aku terkejutlah. Kau ini, mahu naik angin saja” Kak Neng membalas.

“Yalah.. yalah, sorry lah Kak Neng. Tak payahlah menangis lagi” Lea merengus. Macam-macam!

Saki-baki kaca dibuang dan lantai yang terkena darah disimbah air dan dibersihkan. Sambil-sambil itu Lea memanjangkan leher mencari Kudin. Hisap rokoklah tu.

“Kudin” Panggil Lea. Kudin menoleh. Berkepul-kepul asap keluar dari hidung dan mulutnya.

“Sakit-sakit pun nak hisap rokok lagi” Lea menggumam sendiri.

“Sini tangan”

Kudin menghisap saki-baki rokoknya lalu membuang puntung. Setelah itu, jarinya yang luka dihulurkan kepada Lea yang sudah tersedia plaster di tangannya.

“Sakit?” Tanya Lea.

“Tak. Akukan hero” Selamba Kudin menjawab.

“Oh hero...” Jari Kudin yang luka di tekan sekuat hati.

“Sakitlah mangkuk!” Kudin bersuara kuat. Tangannya segera di tarik. Pedih siot!

“Eleh, tadi kata hero” Lea tersengih. Kudin memutarkan matanya ke atas.

“Sinilah tangan”

“Taknak. Tersiat kulit aku nanti”

“Tak tak. Kali ni tak buat dah”

Kudinmenghulurkan jarinya. Lea membalut jari yang luka itu dengan plaster. Dia yang berdiri terlalu hampir dengan Kudin, membuatkan Kudin rasa tak tentu arah.

“Dah” Kata Lea.

“Terima kasih” Balas Kudin. Rokok di dalam poket seluar belakang di keluarkan. Baru hendak dinyalakan sebatang, tiba-tiba Lea merampas rokok itu.

“Naga pun boleh mati tau” Kata Lea lalu membuang rokok Kudin ke dalam tong sampah.

“OI!” Kudin menjerit, tapi Lea sudah pun masuk ke dalam dengan pantas.

Kudin memandang jarinya yang berbalut, tiba-tiba tersenyum sendiri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2012 03:18 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 3-5-2012 20:36

Sehingga waktu shift mereka tamat, tiada lagi pertengkaran berlaku. Masing-masing mengambil jalan selamat untuk mendiamkan diri, mengelakkan dari bergaduh.


“Lea” Panggil Kudin


“Apa?”


“Kau balik macam mana?”


“Macam biasalah, abang aku ambil” Ringkas jawapan Lea.


“Lea…”


“Apa dia? Lea.. Lea.. Lea. Cakap ajelah" Angin Lea naik kembali.


“Kau ada masalah ke?” Kudin terus menembak soalan. Risau juga dia kalau angin Lea naik lebih tinggi.


Lea diam. Air teh bunga di tangannya di teguk perlahan.


“Kau gaduh dengan…siapa nama boyfriend kau tu?” Tanya Kudin lagi.


“Shafiq”


“Ha.. Shafiq”


Lea diam lagi,mengambil masa untuk menjawab soalan. Dia kemudian duduk bersandar di depanpintu kedai yang telah pun berkunci diikuti Kudin.


“Kudin… misalnyalah kau ada awek, lepas tu awek kau kata dia perlukan ruang, apa kau rasa?” Entah kenapa, ringan pula mulut Lea nak bercerita dengan Kudin.


Kudin diam.


“Shafiq cakap,dia perlukan ruang buat masa ni” Lea mengeluh.


“Lama ke kau bercinta dengan dia?”


“Lama tak lamalah. Sejak study lagi”


Kudin menggaru-garu dagunya. Rokok dinyalakan dan dihisap.


“Kalau dia kata dia perlukan ruang, maknanya dia nak putuslah tu” Ringkas jawapan Kudin.


“Sebenarnya, apa masalah kau dengan Shafiq tu?” Kudin cuba-cuba menjadi pakar kaunselor.


“Dia suruh aku kerja dengan syarikat papa dia. Dah banyak kali. Tapi aku tak nak. Dia kata aku membazirkan masa belajar bertahun-tahun tapi at last, kerja kat tempat macam ni” Kata Lea


“Kenapa kau tak nak kerja dengan papa dia?”


“Entah. Tak minat. Nanti orang kata aku ni saja ambil kesempatan la.. itulah, inilah..”


“Kau pun satu. Yang kau peduli sangat cakap orang tu kenapa?” Soal Kudin.


Lea hanya mengangkat bahu. Dia pun sebenarnya tak pasti, adakah itu alasan sebenar.


“Sekarang, apa status kau dengan dia?”


“Status? Macam friendster pulak” Lea ketawa tiba-tiba.


“Tak kisahlah.. friendster ke, hamster ke..” Kudin pun tersengih sama.


“Kalau friendster, status complicated” Jawab Lea.


Complicated? Single je kan senang.


Pin! Pin!


Lea dan Kudin menoleh ke arah bunyi hon motor.


“Abang aku. Oklah,aku balik dulu. Jumpa esok” Kata Lea.


Kudin menarik nafas. Dia kemudian bangun mengikut Lea dari belakang.


“Assalamualaikum bang” Kudin menghulur tangan. Lea kehairanan.


“Waalaikumsalam” Alif menjawab. Salam disambut.


“Bang, saya nak ajak Lea keluar boleh? Nanti saya hantar dia balik rumah” Kata Kudin.


Alif mengangkat kening, lalu menoleh ke arah Lea yang terpinga-pinga.


“Sebelum pukul satu” Sambung Kudin.


Lea menggaru-garu kepala yang tak gatal. “Macam mana?” Tanya Lea pada Alif.


“Ikut kaulah,kalau kau nak keluar, Bangcik nak balik” Alif menjawab.


Lea menoleh ke arah, Kudin.


“Hmm, oklah”


**************************************************************



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2012 03:23 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 3-5-2012 20:36

“Tiba-tiba je ajak aku keluar. Tadi tak nak cakap awal-awal” Kata Lea

“Tiba-tiba terfikir nak ajak kau keluar” Jawab Kudin.

Lea diam. Memerhatikan pemandangan di atas Bukit Permai. Ramai juga yang melepak kat sini.

“Aku tak pernah datang tempat ni. Cantik kan?’’ Kata Lea.

Kudin mengangguk. Senyum. Sesekali menghisap rokok di tangan.

“Berhentilah hisap rokok” Lea menegur.

“Apa?”

“Kuat sangat kau ni hisap rokok. Cubalah berhenti’’ Kata Lea lagi.

“Kau tak suka?” Tanya Kudin. Lea menggeleng “Tak” Ringkas jawabnya.

Kudin mematikan rokok yang sudah separuh di hisap. Lea hanya memerhati.

“Kenapa kau bawa aku datang sini?” Tanya Lea

‘‘Tempat ni cantik. Satu KL boleh nampak’’ Jawab Kudin.

Lea tidak berkata apa-apa. Dia memandang ke depan, diam memerhatikan KLCC dan Menara Kuala Lumpur yang berkelip-kelip.

“Sebenarnyakan Lea, apa yang Shafiq cakap tu betul. Sampai bila kau nak kerja macam ni? Kau kena fikir masa depan kau, cita-cita kau. Apa kata kau usaha cari kerja lain, yang lagi sesuai dengan kelayakan kau. Mana tau ada rezeki” Kudin membuka bicara, setelah mereka terdiam agak lama.

“Aku suka kerja situ” Jawab Lea.

“Suka tak suka perkara nombor dua. Setiap tempat yang kau pergi, mesti ada banyak benda yang kau akan jumpa. Kita ni muda lagi. Masa muda nilah kita patut lihat dunia luar, belajar, cari pengalaman baru. Dunia ni luas. Jangan sempitkan pemikiran kau pada satu tempat. Cari masa depan yang lebih baik. Kau kerja lama-lama kat Kopitiam Cik Mat tu pun bukan dapat apa”  Kata Kudin

“Habis tu, kau nak suruh aku kerja dengan papa Shafiq la?” Tanya Lea. Tiba-tiba dia terasa kecil hati dengan Kudin, tapi dia pun tak tahu sebab apa.

“Tak semestinya kau kerja dengan papa si Shafiq tu. Carilah tempat lain. Itu pun aku kena beritahu ke?” Jawab Kudin.

Lea menjeling. Tapi dalam hati dia membenarkan kata-kata Kudin.

‘‘Go out. Explore. Seek adventures. Do not waste your precious time”   

Eh, mimpi apa mamat ni tiba-tiba nak cakap bahasa inggeris. Lea memandang Kudin.  Tapi Kudin, senyum tak berkata apa-apa.

“Asalkan, kau tak lupa diri, sudah”

“Kau pula macam mana?” Tanya Lea. “Takkan kau pun nak kerja seumur hidup kat kopitiam tu?”

Kudin mengaru-garu dagu.

“Aku ada niat nak sambung belajar. Tapi tulah...” Kudin mematikan ayatnya. Tangannya hendak mengambil sebatang rokok lagi tapi bila terpandang Lea, dia melupakan hasrat itu.

“Kenapa? Kau ada masalah ke?” Lea cuba mengorek. Tapi Kudin diam tak berkata apa-apa

“Kau tak cukup duit?” Lea cuba meneka.

“Duit?” Kudin ketawa dan kemudian menggeleng.

“Duit bukan masalah pada aku” Kudin menyambung ayatnya.

“Maksud kau?”

“Dah lama aku tak balik ke rumah keluarga aku. Adalah dalam empat lima tahun ”

Lea agak terkejut mendengar kata-kata Kudin. “Kenapa?”

“Sebab aku degil, anak manja, tak sedar diri” Kudin menjawab. Matanya memandang ke hadapan tapi terbayang seribu kekesalan di wajahnya.

“Ceritalah”

“Nanti-nantilah aku cerita. Jom balik. Dah lewat. Aku janji dengan abang kau sebelum pukul satu” Kudin mengajak pulang.

Lea memandang Kudin lama. Entah kenapa, perasaannya terusik. Perkiraannya saat ini, Kudin bukanlah seperti apa yang di lihat diluarannya. Itu membuatkan Lea ingin sekali mengenali Kudin dengan lebih dalam.

"Aku tahu aku handsome. Tak payah tenung lama-lama. Jom balik"

Lea memutarkan biji matanya ke atas tapi dia bergerak juga, menyaingi Kudin ke arah motornya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2012 04:04 PM | Show all posts
good job dear...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 06:12 PM GMT+8 , Processed in 1.696762 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list