CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: robotech

Tenggelamnya Atlantis – Kejatuhan Empayar Minoan

[Copy link]
 Author| Post time 12-4-2012 12:02 AM | Show all posts
tapi penghuni bumi sebelum manusia.. iaitu Al-Bashar..


Kesan arkeologi Minoan bermula seawal 3000 SM & kemusnahan ketika era letusan Santorini 1500 tahun kemudian samada pada 1620 SM / 1520 SM & akhirnya lenyap pada 1325 SM akibat penjajahan Yunani Mycenae.

Mitos Atlantis jelas menyebut sekurang2nya Atlantis telah mempunyai hubungan dengan kerajaan Mesir kuno & menjalankan ekspedisi perluasan empayar mereka di sekitar Mediterranean & kawasan laut Aegean & hanya penduduk Athens sahaja yang menghalang perluasan jajahan Atlantis sehinggalah Atlantis dimusnahkan oleh gabungan bencana alam yang dahsyat & ditelan ke dasar laut.

Yang menariknya, mitos Atlantis merujuk kepada satu tamadun awal Yunani Kuno, tapi penduduknya & peradabannya jauh lebih ke hadapan & unik berbanding masyarakat Yunani awal (Yunani Helladic).

Kita buat kajian sejarah silang pula dengan Minoan. Diketahui dari rekod Mesir purba melalui penemuan makam Ratu Hapshetshut. Pada zaman Ratu Hapshetshut memerintah Mesir, baginda menjalankan polisi luar berdagang dengan negara2 luar dari Mesir. Berdasarkan bukti lukisan pada dinding makam ratu ini, terdapat lukisan hieroglif yang dilakar ketua arkitek baginda iaitu Senmut menggambarkan kedatangan pedagang asing digelar Keftiu & membawa hadiah2 berbentuk tembikar & pelbagai barangan lain. Yang paling menarik, pedagang Keftiu & barangan hadiah mereka dilakar jelas memakai pakaian Minoan & mempunyai ciri2 Minoan! (Sila rujuk "Thera, Hatshepsut, and the Keftiu"  - Alexander MacGillivray)

Keftiu mengikut pemahaman Mesir sebagai kaum mendiami kerajaan kepulauan & menariknya, terletak betul2 di Laut Aegean mengikut gambaran rekod Mesir terdahulu. Malahan, beberapa artifak Minoan dari era 2000SM - 1500SM telah ditemui di Mesir. Selain itu, menjelang 1500SM, pedagang dari 'Keftiu' tidak lagi mengunjungi pelabuhan Mesir, kelangsungan dari letusan Thera / Santorin.

Mesti diingatkan, tamadun Minoan pada 1500SM berada di puncak kegemilangannya dengan perluasan empayar dari pulau Crete ke sekitar hampir semua pulau2 di Aegean. Lebih menarik lagi, dalam 200 tahun selepas letusan Santorin, berlaku peperangan antara sakibaki penduduk Minoan dengan penduduk tanah besar Greece iaitu Yunani Mycenae, berkemungkinan perebutan sumber makanan atau penghijrahan semula.

Dan akhirnya, tamadun Minoan yang telahpun merosot pupus setelah bangsa Yunani Mycenae menakluk pulau Crete dengan keganasan. (Rujuk 'Atlantis: The Making of Myth" oleh Phyllis Young Forsyth).

Dan harus diketahui, hanya yang menang & bangsa penakluk berhak menulis kembali sejarah mengikut pemahaman mereka, dalam kes ini, diabadikan sebagai kisah riwayat & akhirnya bertukar dongengan ribuan tahun kemudian. Tamadun Yunani Mycenae juga ditakdirkan pupus menjelang 1100 SM, berkemungkinan akibat serangan / migrasi gasar puak Doric ke atas kawasan Greece & pulau2 lain. Kaum Yunani Dorian yang mewarisi hikayat & kebudayaan Yunani Mycenae meneruskan kelangsungan sejarah Yunani kuno. Namun begitu, selain dewa-dewi purba Yunani Mycenae, hikayat Troy (ini berlaku tika era Yunani Mycenae), kisah Minoan tamat begitu sahaja & hilang sebagaimana lenyapnya tamadun Yunani Mycenae, telah berlaku Zaman Kegelapan yang pertama di kebanyakan tamadun dunia di Asia Barat, Mediterranean & kawasan lain ... memungkinkan rekod kewujudan Minoan & hikayat mereka hilang dari peradaban Yunani seterusnya.

Maka tak hairanlah, lebih 1000 tahun kemudian, dengan Solon & diikuti Plato yang merupakan keturunan Yunani Dorian yang kini melalui zaman era Yunani Klasikal hanya menemui kisah sejarah sebuah empayar maritim yang luas yang dimusnahkan bencana alam yang hanya dituturkan rahib kuil Mesir yang mempunyai akses kepada rekod lampau 1000 tahun terdahulu.

Maka mitos Atlantis pun lahir & menjadi enigma misteri sehingga kini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-4-2012 12:39 AM | Show all posts
Edited by robotech at 11-3-2019 07:46 PM

Rekod kaum Minoan / penduduk Crete / 'Keftiu' dari lukisan hieroglif Mesir 'The Grand Procession' sebagaimana yang terdapat pada makam Rekhmire, seorang wazir Mesir (Perdana Menteri / Bendahara mengikut pemahaman kini) yang mentadbir Mesir ketika era Firaun Tuthmosis III & Firaun Amenophis II.



Secara umumnya, ada 3 barisan pedagang / utusan asing yang membawa hadiah kepada Firaun. Mengikut urutan:

The people of Punt who bring incense trees, baboons, monkeys and animal hides

1) Kaum dari Punt membawa kemenyan dari pohonan, babun, monyet & kulit haiwan

The people of Kefti, carrying pots and cups


2) Kaum dari Kefti membawa tembikar & bekas minuman

The Kushites (Nubians) who bring animals of equatorial Africa (giraffes, leopards, baboons, monkeys and dogs), offering ivory, animal hides and gold

3) Kaum Kushite (Nubia) membawa haiwan Afrika (zirafah, harimau bintang, babun, monyet & anjing serta gading, kulit haiwan & emas

Lakaran mengenai bangsa Keftiu jelas menunjuk mereka adalah bangsa Minoan!

Cuba bandingkan dengan gambaran kaum Minoan Crete pada lakaran dinding fresco Minoan serta hasil tembikar mereka pula:







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2012 08:33 AM | Show all posts
good info broo...best2
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2012 10:41 AM | Show all posts
ada tengok dokumentari BBC tentang lagenda atlantis ni, berkaitan dengan kaum minoan, suku asal greek sebelum kaum mycenaean... letusan gunung berapi terkuat dalam sejarah, 3 kali lebih besar daripada letusan krakatoa di indonesia
..





Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2012 12:24 PM | Show all posts
dan punt itu adakah dari tanah melayu eheheheh
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2012 06:29 PM | Show all posts
ATLANTIS - Deruan Ombak yang Menghancurkan Empayar Minoan (Atlantis)

Oleh: George Pararas-Carayan ...
robotech Post at 10-4-2012 18:46



    Kalo benar Atlantis berada di Pulau Crete dan Plato hidup pada zaman kegemilangan Atlantis sebelum ianya tengelam, beberapa persoalan :

1. Mengapa tidak wujud interaksi antara tamadun Atlantis dengan Tamadun Greek (Athen, Sparta) dll. sedangkan lokasinya terletak sangat berdekatan.


2. Mengapa tiada dalam mana-mana teks/rekod dari Rom atau negara-2 kota Greek mengenai tamadun ini tetapi hanya dari penceritaan oleh Plato, sedangkan seperti yang saya katakan jaraknya amat dekat.


3. Dikatakan juga, tamadun Atlantis ini sangat maju sehinggakan mampu mencipta kenderaan boleh terbang. Justeru, dengan tahap teknologi seperti ini dan lokasinya, pastinya berlaku interaksi antara tamadun di sekeliling.Dan pasti ada banyak rekod mengenai kenderaan seumpama itu dalam teks Yunani atau Rom.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2012 10:23 AM | Show all posts
Kalo benar Atlantis berada di Pulau Crete dan Plato hidup pada zaman kegemilangan Atlantis sebelum ianya tengelam, beberapa persoalan :

1. Mengapa tidak wujud interaksi antara tamadun Atlantis dengan Tamadun Greek (Athen, Sparta) dll. sedangkan lokasinya terletak sangat berdekatan.


2. Mengapa tiada dalam mana-mana teks/rekod dari Rom atau negara-2 kota Greek mengenai tamadun ini tetapi hanya dari penceritaan oleh Plato, sedangkan seperti yang saya katakan jaraknya amat dekat.


3. Dikatakan juga, tamadun Atlantis ini sangat maju sehinggakan mampu mencipta kenderaan boleh terbang. Justeru, dengan tahap teknologi seperti ini dan lokasinya, pastinya berlaku interaksi antara tamadun di sekeliling.Dan pasti ada banyak rekod mengenai kenderaan seumpama itu dalam teks Yunani atau Rom.
tarabas1976 Post at 12-4-2012 18:29


Kerana tamadun Atlantis(Minoan) tu merupakan tamadun terawal wujud di Eropah di Pulau Crete berhampiran dengan Greek. Sedangkan masa tu sistem negara kota macam Athens, Sparta etc masih belum wujud(ataupun mungkin telah wujud tp masih terpencil). Kemusnahan tamadun Atlantis (Minoan) berlaku disebabkan oleh letusan gunung berapi Thera iaitu 3-4 kali lebih kuat daripada Krakatoa. Letusan gunung berapi tu merupakan yang terbesar dalam sejarah tamadun manusia sekaligus menghancurkan tamadun Altantis(Minoan). Lepas tu tamadun Atlantis(Minoan) digantikan oleh Greek Mycenaean, iaitu nenek moyang greek kuno. Dalam tamadun Mycenaean asalnya mitos mengenai Hercules, Achilles, Oddyseus dan lain2 epic Homer. Athens merupakan salah satu city-state yg penting wujud dalam tamadun Mycenaean..

Sejarah Greece.. http://en.wikipedia.org/wiki/History_of_Greece
Helladic civilization
Cycladic civilization
Minoan civilization
Mycenaean civilization
Ancient Greece
Greek Dark Ages
Archaic Greece
Classical Greece
Hellenistic Greece
Roman Greece


Tgk dokumentari Atlantis kat bawah ni, sejarah tamadun Minoan yg musnah disebabkan oleh letusan gunung berapi Thera.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2012 07:33 PM | Show all posts
    Kalo benar Atlantis berada di Pulau Crete dan Plato hidup pada zaman kegemilangan Atlantis sebelum ianya tengelam, beberapa persoalan :


Saya rasa tak timbul persoalan langsung. Plato (424-348 Sebelum Masihi) hidup ketika era Yunani Klasikal. Empayar Minoan bermula dari 3000 Sebelum Masihi & pupus pada ketika 1400SM. Ini menunjukkan jarak antara era kejatuhan Minoan & ketika zaman Plato ialah lebih 1100 tahun lamanya.

Baiklah, Plato mendakwa tokoh reformis Athens iaitu Solon terlebih dahulu mendengar hikayat Atlantis dari seorang rahib kuil Mesir. Solon (638-558SM) hidup hampir 140 tahun sebelum Plato manakala jarak yang memisahkan antara zaman Solon & era kejatuhan Minoan ialah 1000 lamanya.

Jadi tak mungkin Solon mahupun Plato hidup di zaman era peradaban Yunani kuno Minoan. Yang hanya mereka tahu, hanyalah kisah hikayat mitos satu peradaban Yunani kuno yang ditelan laut yang lenyap dari sejarah Yunani & disampaikan oleh rahib kuil dari Mesir.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2012 08:14 PM | Show all posts
Saya rasa tak timbul persoalan langsung. Plato (424-348 Sebelum Masihi) hidup ketika era Yunani  ...
robotech Post at 13-4-2012 19:33


Mengapa pula suatu tamadun yang kononnya begitu advance dan terletak di Mediteranean.......hanya hikayat yang diketahui oleh orang-orang tertentu sahaja, yakni para Rahib di Mesir? Tamadun yang begitu maju pastinya wujud pengangkutan yang membolehkan mereka melakukan interaksi dengan tamadun awal sebelum itu. Contohnya, bangsa Viking yang memajukan sistem kapal frigate ringan yang boleh dilabuhkan berdekatan dengan pantai. Jaringan pengangkutan tersebut membolehkan mereka terrorize dari Norway sehinggalah ke Britania. Dan ia tidak diturunkan secara hikayat dari orang-orang VIP tertentu dalam sesebuah tamadun selepasnya.


Apakah tamadun awal sebelum itu tidak pernah melintasi Kepulauan Creek di Mediteranean sehinggakan hanya beberapa individu elit sahaja yang mengetahui akan kewujudan tamadun yang advance dari segi teknologinya?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2012 08:26 PM | Show all posts
1. Mengapa tidak wujud interaksi antara tamadun Atlantis dengan Tamadun Greek (Athen, Sparta) dll. sedangkan lokasinya terletak sangat berdekatan.


Anda kena fahami sejarah peradaban Yunani kuno (Helladic / Cycladic) yang bermula di tanah besar Greece & sebahagian kepulauan Greece, yang bergerak pula seiring zaman kebangkitan peradaban Minoan bermula dari 3000 SM - 1400SM. Jadi memang ada interaksi antara orang Yunani kuno dengan bangsa Minoan. Tambahan lagi, tamadun Minoan menjangkau 1500 tahun lamanya, memungkin peradaban mereka bertambah maju seiring dengan tamadun Empayar Mesir & diketahui pula kedua2 Empayar ini ada membuat perhubungan dagang mahupun pertukaran teknologi sesama mereka (teknologi pembinaan, pertanian, mahupun teknologi maritim).

Menjelang 1600 - 1500 Sebelum Masihi, masyarakat Yunani Mycenae mulai muncul dengan peradaban mereka yang mewarisi / mencedok sebahagian kebudayaan Minoan yang dibawa pelarian Minoan yang lari ke tanah besar Greece akibat letusan Santorin. Era Yunani Mycenae bermula agak agresif sedikit dimana penguasaan mereka menjangkau dari tanah besar Greece ke semua kepulauan Greece & akhirnya tiba ke Crete, menaklukinya & menamatkan peradaban Minoan secara total (setelah letusan Santorin, tamadun Minoan masih bertahan tapi merosot teruk selama 200 tahun setelah letusan itu & akhirnya lenyap di bawah jajahan Yunani Mycenae). Yunani Mycenae memulakan kisah sejarah Greece dengan penubuhan negara kota Athenes, Argos, Tyrinthe, Pylos, Mycenes, Gla, Ochomene & Iolcos serta mengambilalih Knossos di Pulau Crete dan sekitar Laut Aegean. Selain itu penempatan koloni Yunani Mycenae menjangkau pesisir Asia Minor, Levant (kawasan As-Shams iaitu Lubnan, Jordan, Syria, Palestin, Israel), Pulau Cyprus & Itali.

Era Yunani Mycenae melahirkan banyak kisah2 lagenda, seperti ekspedisi peperangan ke atas kota Troy, hikayat dewa dewi Yunani (Zeus, Pantheon Dewa-Dewi Yunani) serta hero separuh dewa (Hercules, Perseus, Jason & Argonauts). Tapi warisan Minoan kepada tamadun Yunani Mycenae hanyalah setakat kepada kesenian lukisan dinding fresco serta lukisan & pemakaian (fesyen wanita). Mungkin juga, hasil kraf Minoan membantu mempengaruhi perkembangan tembikar Yunani Mycenae.

Era Yunani Mycenae hanya bertahan selama 200~300 tahun lebih sahaja sebelum ianya lenyap akibat berlakunya serangan ke atas ketamadunan mereka oleh pada 1200SM oleh penghijrahan besar besaran puak gasar Dorian di tanah besar Greece & serangan Orang Laut (Sea Peoples). Disini bermulalah era Zaman Kegelapan di tanah besar Greece & berlanjutan sehingga 400 tahun lamanya (1200SM-800SM).

Pada Zaman Kegelapan ini, hanya hikayat2, mitos2 zaman purba Mycenae sahaja yang kekal menjadi bualan dari mulut ke mulut generasi Yunani terkemudian (penulisan Mycenae telah pupus pada zaman ini).

Pada 800SM, keturunan generasi baru Yunani (berkemungkinan asimilasi kaum gasar Dorian dengan penduduk tempatan Greece) bangkit semula & perlahan2 membina semula tamadun mereka yang hilang dengan pembinaan semula negara2 kota di tapak2 Mycenae yang lalu, & pembentukan jatidiri Yunani sejati berdasarkan warisan Mycenae, penguasaan semula teknologi maritim & perkembangan agresif bagi perluasan wilayah. Zaman perkembangan ini (Archaic, 800SM - 500SM) ini memungkinkan kebangkitan semula Yunani sebagai kuasa dunia di Mediterranean, tapi masih terpisah akibat pentadbiran negara kota masing2.

Era Archaic memberi tapak bermulanya era Yunani Klasikal bermula 510SM-323SM seawal kempen penaklukan Greece raja Parsi Achemenid, Xerxes & berakhir era klasikal pada kematian Iskandar Agung (Alexander the Great).

Warisan Iskandar Agung melahirkan pula era keagungan Yunani Hellenistik pada 323 SM sehinggalah ia ditamatkan secara total oleh penaklukan Empayar Romawi pada 65 SM.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2012 08:47 PM | Show all posts
2. Mengapa tiada dalam mana-mana teks/rekod dari Rom atau negara-2 kota Greek mengenai tamadun ini tetapi hanya dari penceritaan oleh Plato, sedangkan seperti yang saya katakan jaraknya amat dekat.


Kebanyakan rekod atau hikayat yang diwarisi oleh Yunani era Archaic / Klasikal / Hellenistik selepas Zaman Kegelapan Yunani adalah cerita kisah mitos, keagamaan & lagenda warisan Yunani Mycenae. Diingatkan, kejatuhan Yunani Mycenae serta era Kegelapan selama 400 tahun menyaksikan kepupusan bahasa penulisan serta hilangnya kemajuan Yunani Mycenae. Yang tinggal hanyalah kota kara lama yang musnah serta kehidupan masyarakat petani & nelayan sahaja ... manakala tradisi adat budaya pula adalah campuran dari bangsa penakluk gasar (barbarian) Dorian & penduduk tempatan yang telah berasimilasi kebudayaannya. Rekod tamadun Mycenae masih bertahan walaupun dalam bentuk lagenda. Rekod Minoan .... hanya kekal dalam riwayat Yunani Mycenae mengenai watak Raja Minos & minotaurnya .... tapi tiada pengkisahan tentang tamadun ini langsung!

Selama 400 tahun kemudian baru bangsa Yunani era Archaic menguasai semula peradaban mereka & bermula dari asas membina ketamadunan yang baru & terpaksa mengadaptasi tulisan pedagang Phoenician kepada bahasa penulisan Yunani baru yang akhirnya mempengaruhi era Klasikal & Hellenistik.

Cuma Solon & Plato sahaja (kedua2 hidup di era Klasikal) yang menemui cebisan kisah empayar Minoan (atau mengikut rekod Mesir, bangsa Keftiu) yang diriwayatkan oleh rahib kuil di Mesir, berkemungkinan di sinilah Plato mendapat inspirasi kisah Atlantis.

Karya2 Plato yang menceritakan kota Atlantis hanyalah pada karya dialog Timaeus & Critias sahaja, itupun dikarang berdasarkan rekod Solon (tak dinyatakan) & hasil riwayat rahib kuil di Mesir sahaja .... bermaksud sumbernya amat meragukan.

Hikayat Atlantis diwarisi Yunani Hellenistik dari karya Plato & akhirnya orang Romawi & tamadun Barat sehingga ledakan era maklumat pada awal kurun ke 20 memungkinkan kita secara global mewarisi hikayat ini. Tetapi, terima kasih dengan sains arkeologi, geologi, terjemahan hieroglif Mesir & penafsiran semula oleh sejarawan .... maka sebuah hikayat atau lagenda Atlantis ini bermula dari sebuah kisah benar, ketamadunan Minoan yang lenyap 3500 tahun yang lampau.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2012 02:07 PM | Show all posts
Edited by robotech at 11-3-2019 07:38 PM

Kota Atlantis Yang Hilang Berdasarkan Catitan Plato


Plato - Pengarang kisah Atlantis melalui karya dialog Timaeus & Critias


Misteri kota Atlantis yang hilang masih menjadi igauan imaginasi jutaan manusia. Sama ada ia suatu kenyataan atau mitos? Maka di sini kita perlu fakta2 asas.

Tamadun2 silam yang hilang memang wujud. Penemuan2 arkeologi terbaru sering berlaku dari masa ke semasa. Tempat seperti Garisan Nazca boleh dilihat dengan jelas menggunakan Google Earth. Kota2 purba lama yang baru ditemui di hutan hujan Amazon. Hanya kerana kita tidak menemui Atlantis, tidak bermaksud kita tidak akan menemui di masa hadapan.

Jika anda benar2 berminat dengan kisah Atlantis, maka kita mesti bermula dari sumber utama, iaitu penulisan Plato dari karya2nya iaitu Timaeus & Critias.

Bila anda menolak kisah2 dewa-dewi, perumpamaan serta interpretasi sosial dari teks berkenaan, anda kini mempunyai beberapa kunci penting.

- Solon (638 BC–558 BC) adalah seorang negarawan, ahli perundangan & pemuisi Lyric dari Athens yang didakwa telah mendengar kisah Atlantis dari beberapa rahib Mesir ketika dia melawat mereka di mana diceritakan kisah ini kepadanya disebabkan orang Athens (bangsa Yunani) telah melupakan sejarah silam sebenar kerana dari zaman ke satu zaman lainnya ketamadunan Yunani sering dimusnahkan bencana.
- Para rahib Mesir merujuk kepada “Deklarasi dari Alam Syurgawi”, bermaksud meteor yang menyebabkan kemusnahan pada Bumi. ---- - Rahib2 ini memahami dari masa ke semasa dalam sejarah memang ada berlakunya bencana alam yang melibatkan eleman air & api. Mereka mengatakan segala bencana ini adalah tindakan Dewa Dewi.
- Pernah berlaku peperangan antara orang Yunani Athens & kaum Atlantis. Dikatakan Yunani Athens berasal dari Athens.
- Kaum Atlantis berasal pula dari sebuah pulau jauh melepasi Tiang Heracles.
-  Peperangan berkenaan berlaku 9000 tahun sebelum sejarah penulisan bermula iaitu 2500 tahun yang lalu – secara umumnya jika dikira dari sekarang, lebih 11,500 tahun dahulu.
- Altantis didakwa merupakan sebuah pulau lebih besar dari keluasan Libya & Asia jika dicantumkan.
- Atlantis akhirnya dimusnahkan oleh gempabumi.
- Dewa Dewi Athens pula berdamai antara satu sama lain
- Kisah Atlantis dilupakan oleh kaum Yunani Athens disebabkan berlakunya banjir besar di seluruh dunia sehinggakan hanya mereka yang terselamat di kawasan pergunungan terdiri daripada orang yang buta huruf sahaja.
- Solon mengatakan kejadian berkenaan berlaku sebelum zaman Theseus.
- Pada zaman itu, nenek moyang Yunani Athens menguasai jajahan dari Isthmus Corinth ke banjaran Cithaeron di tengah Greece & Parnes. Oropus terletak di sempadan kanan & sungai Asopus pula di sempadan kiri.
- Jajahan takluk kuno Athens sangat subur & mampu menyediakan pasukan tentera yang besar.
- Dikatakan banyak berlaku banjir besar sepanjang 9000 tahun sebelum kisah Atlantis direkodkan.
- Banyak tebing2 yang mengelilingi tanah jajahan Athens kuno telah terhakis ke dalam laut dan banyak hutan2 kayu yang pernah wujud telah kebanyakannya hilang. Selain itu kawasan daratan kurang terhakis manakala kurangnya jumlah hujan, akhirnya perlahan2 ditelan laut.
- Iklim cuaca lebih kurang sederhana
- Acropolis lebih besar & dikelilingi tanah, bukan batu-batuan seperti sekarang.
- Yunani Athens kuno memiliki Gymnasia.
- Ketika itu banyak punca mata air yang kemudiannya hilang selepas berlaku gempa bumi.
- Kaum Athens kuno sangat menawan & amat sihat yangs bersiapsiaga untuk peperangan
- Poseidon adalah Dewa Penaung & Dewa Agung Atlantis (Dewa Lautan & Gempa Bumi)
-  Atlantis sebuah pulau dengan sebuah gunung ditengah2nya dengan lapangan kawasan tanah yang subur mengelilinginya.
- Di gunung berkenaan dikelilingi terusan2 air.
- Air dikatakan mengalir dari bawah tanah, ada panas, ada yang sejuk.
- Tanaman2 tumbuh subur dari tanah yang subur.
-  Anak sulung Dewa Poseidon lahir di Atlantis & dinamakan Atlas dan laut mengelilingi pulau berkenaan dinamakan Atlantic.
- Jauh dari Tiang Heracles, kota Atlantis menguasai kepulauan & kerajaan daratan sejauh Mesir.
- Bangsa Atlantis mempunyai hubungan perdagangan yang kuat dengan negara2 lain.
- Orichalcum (sejenis logam / aloi berwarna merah berkemungkinan campuran tembaga & emas) sering ditemui di Atlantis.
- Pulau Atlantis adalah kawasan yang penuh dengan hutan rimba.
- Terdapat banyak kawanan gajah yang hidup di pulau itu.
-  Ada juga pokok berangan (chestnut) di pulau itu.
- Pulau & kota Atlantis telah lama wujud sehinggakan ramai pemerintah / raja terkemudian membangunkan kawasan Atlantis.
- Kota Atlantis mempunyai terusan dari laut hingga ke lagun di dalam kota.
- 3 jenis batuan berwarna merah, putih & hitam dilombong dari kuari2 di Pulau Atlantis..
- Kaum Atlantis menggunakan loyang (brass) untuk menutupi tempat kediaman, serta menggunakan loyang, timah & logam orichalcum untuk menutupi dinding luaran kota2 merela.
- Kuil Poseideon ditengah2 kota pula mempunyai reka bentuk gasar manakala bumbung dalaman kuil diperbuat daripada gading.
- Dalam kuil itu terdapat patung dewa menaiki kereta kuda (chariot).
- Kota Atlantis terdapat tempat mandi awam untuk kegunaan peribadi serta masyarakat umum & air yang telah digunakan dikumpul & digunakan ke kawasan pertanian mereka.
- Pelabuhan Atlantis penuh dengan kapal laut (jenis Trireme) & keperluan bekalan lautan.
- Banyak tebing2 pada sekeliling pulau tetapi secara umumnya ia adalah dataran plateau dengan sebuah gunung kecil di tengahnya & kawasan gunung ganang di sebelah utara.
- Kawasan utara pulau sangat indah dengan ketinggian pergunungannya.
- Kawasan dataran pula mempunyai ngarai berbentuk bulatan yang mana saiznya (lebih 100 kaki kedalaman) tidak mungkin dari buatan manusia.
- Pasukan tentera Atlantis memilikan banyak kereta kuda perang (war chariot).
- Masyarakat Atlantis menerima manfaat dari hujan di musim dingin.
- Perisai tentera Atlantis agak kecil.
- Jajahan takluk Atlantis di pulau itu dibahagikan kepada 10 kerajaan dengan kota masing2.
- Tiada raja Atlantis boleh berperang dengan raja Atlantis yang lain.
- Peraturan ini dipatuhi untuk satu jangkamasa yang lama akhirnya kebanyakan raja2 Atlantis terkemudian terpengaruh dengan nafsu mereka & melakukan dosa2.

Ini sahaja intipati penting dari kisah Atlantis yang direkodkan oleh Plato. Ini bermaksud apa sahaja yang pernah anda baca berkaitan Atlantis, yang bukan terjemahan karya Plato yang asal (Yunani Hellenistik), adalah samada palsu, rekaan atau diagak2 semata2.

Walaupun kisah mitos kota Atlantis yang hilang itu bukannya merujuk pada satu tempat / lokasi semata2, gambaran dalam Critias oleh Plato agak tepat dari segi naratifnya. Plato pula berkali2 menegaskan Atlantis pernah wujud.

Sumber: Artikel ”Lost City Atlantis by Plato’s Timaeus & Critias."

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2012 05:01 PM | Show all posts
3. Dikatakan juga, tamadun Atlantis ini sangat maju sehinggakan mampu mencipta kenderaan boleh terbang. Justeru, dengan tahap teknologi seperti ini dan lokasinya, pastinya berlaku interaksi antara tamadun di sekeliling.Dan pasti ada banyak rekod mengenai kenderaan seumpama itu dalam teks Yunani atau Rom.

tarabas1976 Post at 12-4-2012 18:29


Sila rujuk kepada terjemahan artikel di post #32 di atas. Jelas sekali, tiada disebutkan Atlantis mempunyai teknologi secanggih zaman moden. Dikatakan Atlantis mempunyai kemahiran senibina (masyarakat bandar urban), kayuan, acuan logam & memiliki teknologi kelautan (seperti pelabuhan) & kapal laut jenis Trireme (Trireme hanya mula digunakan pada era 600 Sebelum Masihi! ) .... nyata menunjukkan tamadun Atlantis pada 11,500 tahun dahulu menguasai teknologi era Zaman Gangsa (Bronze Age) & Zaman Besi (Iron Age) jauh lebih awal berbanding masyarakat bertamadun seawal 5000 tahun lalu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 05:06 PM | Show all posts
Sila rujuk kepada terjemahan artikel di post #32 di atas. Jelas sekali, tiada disebutkan Atlanti ...
robotech Post at 19-4-2012 05:01 PM



    MENARIK
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 05:26 PM | Show all posts
Reply 33# robotech

3. Dikatakan juga, tamadun Atlantis ini sangat maju sehinggakan mampu mencipta kenderaan boleh terbang
.
    sebelum aku kagum tak tentu arah.. aku nak tanye.. = semase letupan tu... KENAPE DORANG TAK LARI GUNE KAPAL TERBANG????

rite?? rite??
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 05:27 PM | Show all posts
DIER DAH START DAH!!! HAHAHA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2012 05:39 PM | Show all posts
aku tanye je.. jgn sentap

sape boleh jawab??
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 06:13 PM | Show all posts
aku tanye je.. jgn sentap

sape boleh jawab??


korang tak yah jawap ..
buang mase jea hahaha...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2012 06:14 PM | Show all posts
sebelum aku kagum tak tentu arah.. aku nak tanye.. = semase letupan tu... KENAPE DORANG TAK LARI GUNE KAPAL TERBANG????


rite?? rite??
unekspekted_XII Post at 19-4-2012 17:26


OK, jika ikut hikayat Atlantis oleh Plato, pulau Atlantis & ketamadunannya lenyap angkara gempabumi & ditelan lautan. Berdasarkan gambaran Solon & Plato, teknologi Atlantis yang jauh terkehadapan berbanding tamadun kuno lainnya adalah sebenarnya gambaran satu tamadun 9000 tahun lampau sebelum era Yunani Klasikal (atau 11,500 tahun lampau mengikut kalendar kita) yang menguasai teknologi binaan, ketenteraan, maritim, perdagangan Zaman Gangsa & Zaman Besi padahal Atlantis itu wujud ketika era Zaman Batu Neolitik!

Maksudnya, kalau teknologi Atlantis hanya secanggih era Zaman Gangsa / Zaman Besi .... teknologi pengangkutan setakat kapal laut trireme yang hanya menggunakan kuasa angin & juga dayungan tenaga manusia ... kalau kat darat sah2 jalan kaki atau naik kaldai, kuda ataupun gajah (ya, sebab dalam hikayat Atlantis, Plato cakap banyak gajah kat sana) ... paling laju pun gunakan kereda kuda (war chariot) ... canggih mana sangat pun jika nak cabut lari masa bencana. Yang zaman moden kita ni pun canggih manggih pakai kereta la, monorel, pesawat la, kapal laut mahupun kapal selam & waima kapal angkasa shuttle sekalipun atau paling cabuk basikal buruk ... kalau berlaku bencana gempa bumi, tsunami & gunung berapi, puluhan malah ratusan ribu mati macam tu je.

Tu yang aku pelik .... takde dalam rekod Plato atau Solon bagitau pasal kaum Atlantis mempunyai teknologi zaman moden.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2012 06:37 PM | Show all posts
korang tak yah jawap ..
buang mase jea hahaha...
acescripters Post at 19-4-2012 18:13


Apasal pulak, ada relevan kat soalan tu. Anyway aku dah jawap, takde buang masa pun.

BTW, tolong le jangan gaduh2 kat thread ilmu ni. Korang nak berperang, bukak thread sendiri laaa, OK?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:00 PM GMT+8 , Processed in 0.086741 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list