CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: akeefz

Pejabat Johor Bahru yang SERAM( cerita baru kat post #96)

  [Copy link]
 Author| Post time 24-4-2012 04:39 PM | Show all posts
Reply 79# hidayah85


   memang tapak flat tu mempunyai mcm2 cerita menarik kan kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2012 04:52 PM | Show all posts
kalau kejadian dalam toilet yg flush bunyi sendiri tapi x da org,aku anggap flush tu rosak je.
malas nk fikir yg bukan2 bikin takut jer.
dah la masa tu mmg aku sorang2 je kt toilet.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2012 06:08 PM | Show all posts
Post Last Edit by akeefz at 27-4-2012 18:13

salam forumer... selit sket cite dari umah lama ni...

KISAH RADI

Dimulakan kisah tahun 2004, member saya namanya Radi tgh study kat kolej swasta kat selangor.. Dia duduk menyewa rumah flat area area situ dengan 5 lagi member lain.. Mereka berenam dapat rumah sewa tingkat bawah, hujung sekali.. so senangla x payah nak menapak panjat tangga..

Rumah tu ada 3 bilik, jadi dua orang la menginap satu bilik.. Tapi dah namanya bujang tu, tidur bersepah jugak.. Mereka suka melepak kat hall rumah sambil tengok tv.. Pastu terus landing je ramai-ramai kat situ.. Hall pulak agak luas, ada marmar lagi, jadi bila malam yang panas, tidur atas marmar tu sejuk la sikit rasanya..

Jadi malam tu, seperti malam biasa, mereka melepak tengok tv ramai-ramai..Semua penghuni rumah ada malam tu, jadi meriah lah suasana.. Lepas kunci pintu dan tingkap, sorang-sorang mula membaringkan diri bersusun elok-elok depan tv..Member saya Radi tidur dahulu.. Dalam pada member-member lain melayan sentimental tu, Radi ni dah terlelap dulu...

Radi ni tidur kat hall, tidur koboi.. Beralaskan lengan jer, bantal selimut semuanya dalam bilik.. Jadi agak-agak pukul 3 pagi tu dia tersedar, tangannya  lenguh.. Dia pun bangun, duduk bersila sambil nak tune kan mata dengan keadaan gelap hall tu.. Lampu dari luar menyinari sampai ke hall, jadi hall tu tak lah gelap sangat.. cuma samar-samar pandangan jer..

Radi pun pandang keliling tengok member-member lain tidur berdengkur, x ingat dunia dah.. Penat kut dengan aktiviti harian.. Dalam pada tu tetiba Radi rasa macam ada sesuatu yang pelik, sesuatu yang tak kena..

Radi tengok lagi sekali pada member-member dia yang berbaring tu.. Elok bersusun sebelah menyebelah.. Radi pun kira 1,2,3,4,5,6 dan campur diri dia sendiri 7.. EH? TUJUH!!!!??? Macammana pulak terlebih sorang ni?

Bukan ke diorang serumah ada 6 orang jer? Kali ni, Radi perhatikan sekali lagi memang ada sorang lagi 'member' baru tidur kat hujung sekali, paling dekat dengan tv.. Yang jadi pelik lagi, 'member' tu berpakaian serba putih.. muka xnampak sebab menghadap belah sana..

Dalam keadaan seram sejuk tu, Radi ni gerak perlahan-lahan masuk ke bilik,kunci pintu rapat.. Nak sambung tidur kat hall pun dah hilang stim.. Dia terus sambung baring kat katil, selubung muka ngan selimut.. Dengan harapan 'member' baru tu tak la nak menumpang tidur kat bilik dia pulak.. Dalam resah gundah tu,Radi terlelap jugak....

Besoknya, awal pagi bila sume dah terjaga, Radi pun tanya la member-member rumah yang lain.. Ada budak luar tumpang tidur kat rumah ke semalam? Sume kata mana ada sesapa datang semalam.. Budak rumah jer yang ada semalam pun... Jadi bila Radi bukak citer apa yang dia nampak semalam, terus pastu diaorang xberapa berani nak tidur kat hall lagi... seremmmm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2012 06:15 PM | Show all posts
Post Last Edit by akeefz at 27-4-2012 18:21

WAK MEGAT DATANG SINGGAH

Jadi selepas kisah pertama tadi, ada lagi satu kisah pelik dan menyeramkan yang berlaku di rumah sewa sahabat tadi..


Pada ketika itu seorang kawan serumah kita namakan Mail dalam keadaan demam yang teruk.. Dah seminggu demam tapi tak kebah-kebah jugak.. Jadi malam tu, lebih kurang pukul 1 pagi, Radi dan seorang lagi kawannya tengah duduk tengok tv dihall mereka. Mail pulak tengah tidur berbaring atas kerusi sofa, dan member-member yang lain sumenya tidur di dalam bilik memasing..


     Malam tu cuaca agak panas, jadi Radi buka tingkap rumah, konon biar angin luar masuk. Sedang leka berbual ngan kawannya,Radi perasan ada satu binatang kecil seperti pelesit masuk melalui tingkap dan hinggap di dinding rumah.

Radi buat-buat tak tau saja, malas la nak takutkan member kan.. Lagipun Mail plak tengah lena tidur kat situ.. Entah macam mana, kawan Radi terperasan pelesit tadi, lalu dengan selamba bertanya dengan agak kuat "Eh, tu pelesit kan?!" Radi ni pun sound la member dia, nape la tegur benda tu.. Wat tak tau dah la... Ngam-ngam dia sound kawan dia tu, pelesit tu tetiba hilang tanpa kesan.. Ntah bila pelesit tu terbang semula, kedua mereka x perasan langsung.. Ini yang membuatkan mereka berasa angker dan timbul pertanyaan...


    Dalam keadaan itu, tetiba Mail yang nyenyak tidur tadi tetiba bangun, duduk tegak di atas kerusi. Perlahan-lahan dia membuka mata, dan matanya cukup merah.. Bukan merah seumpama orang yang baru bangun tidur, tapi merah yang amat berlainan sekali..

Tak cukup dengan itu,  tak semena-mena Mail pun bersuara.. Yang peliknya suara yang keluar bukan la suara Mail, tapi suara yang garau berslangkan Indonesia.. (Bila saya tanya Radi, dia gambarkan suara tu macam suara Bomoh Indonesia dalam cerita HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH.. "Kalau bisa aku ceritain, kalian pasti enggak percaya....")hehehe


    Mail yang bersuara garau berslangkan Indonesia tu pun dengan tenang meminta secawan air masak.. Memula Radi dan kawannya wat tak tau jer, kerana ingatkan Mail bergurau dan main-main untuk menakutkan mereka.. Tapi bila berkali-kali Mail bertegas nak kan air masak satu cawan, Radi pun bangun ke dapur..


   Bila cawan itu diberikan kepada Mail, Mail dengan lagak peliknya itu terus membacakan ayat-ayat yang tidak pernah didengari oleh Radi dan kawannya.. Lagipun bacaan itu dalam keadaan berbisik, kurang jelas.. Panjang jugak la jampi serapah yang dibacakan.. Selesai itu, Mail pun berpesan dengan Radi dan kawannya, bila bangun budak yang demam ini dari tidur (Mail la tu..), berikan air ini untuk diminum, dimulakan dengan selawat dan surah fatihah..


   Dalam keadaan takut, seram sejuk, dan pelik itu sempat lagi Radi bertanya dengan siapakah kami bercakap ini? Mail pun menjawap"Namaku Wak Megat.. Datang menjenguk cucuku..."


   Jadi selepas memberi salam, Mail tadi pun perlahan-lahan kembali baring di sofanya... Sambung berdengkur.. Radi pun apalagi, kejutlah member-member rumah yang lain.. Bila semua dah bangun dan tau cerita ini, mereka pun kejutkan Mail..

Berkali-kali Mail menafikan yang semua itu adalah lakonan dia untuk menakutkan kawan-kawannya.. Yang dia tau, dia tidur sepanjang masa sehinggalah dikejutkan tadi.. Bila Radi sebut nama Wak Megat tu, dalam perlahan Mail pun menceritakan bahawa dulu Makciknya pun pernah mengalami keadaan yang sama ketika sakit kuat... Kiranya macam personal family doctor la kan...


Sehinggalah semua penghuni rumah berpindah  keluar dari rumah flat itu, Wak Megat tak singgah-singgah lagi...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2012 01:54 PM | Show all posts

Cerita Misteri Opis Johor Bahru(#70 cerita latest) ++ gambar kawasan post #50 #6

Reply 84# akeefz

huhuh...first time dgr..personal family bomoh


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2012 11:33 PM | Show all posts
owh..ada personal family bomoh lak. menarik cerita ni. lain daripada yang lain. ada lagi?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-5-2012 07:07 PM | Show all posts
pergh hebat sampai ada personal family bomoh....sggh rare
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2012 05:52 PM | Show all posts
phewwww...berdebar2 baca citer akeefz ni...huhu..tapi area kastam yg kat stulang tu mmg nmpak haunted...huhu...maybe sbb tpt tu sunyi kot...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2012 01:09 PM | Show all posts
ni gambar tapak opis lama tu.. dah rata, seberang sana tu laut... nanti saya citer lagi citer2  ...
akeefz Post at 22-4-2012 10:41


boleh kata tiap2 hari me lalu jalan sebelah tapak ni....tgk tmpt dia, walaupun dah rata (tinggal sebijik bangunan bentuk kapal je belum dirobohkan) but still boleh rasa tmpt ni cam sesuatu... cam kelam gitu...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2012 02:20 PM | Show all posts
dh senyap jer benang nie npe ehh???
xde citer baru ke TT...
cer sambung lg TT...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2012 10:00 AM | Show all posts
tgh bertapa hehe...
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2012 05:25 PM | Show all posts
sila la sambung...tgh borink ya amat ni....
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2012 08:29 AM | Show all posts
akeefz posted on 28-8-2012 10:00 AM
tgh bertapa hehe...

citer la lagi pasal opis ko tuh....lg mencabar la kesereman nya ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2012 08:25 AM | Show all posts
fifie_olin posted on 29-8-2012 08:29 AM
citer la lagi pasal opis ko tuh....lg mencabar la kesereman nya ...

OPIS LAMA DAH RATA... XTAU KERAJAAN NEGERI NAK BUAT APA DAH.. HANTU2 SUME DAH PINDAH KELUAR...

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2012 08:46 AM | Show all posts
akeefz posted on 30-8-2012 08:25 AM
OPIS LAMA DAH RATA... XTAU KERAJAAN NEGERI NAK BUAT APA DAH.. HANTU2 SUME DAH PINDAH KELUAR...

ala citer yg lelama pon x pe laa....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2012 09:38 AM | Show all posts
KISAH LAMA TAPI BARU NAK CERITA.....




LAMA NAK MENGINGATKAN KENANGAN SILAM.... TETIBA TERLINTAS SATU CERITA LAMA (BUKAN TERLINTAS SATU LEMBAGA YEK HEHE...)

Kisah ni dalam 3, 4 tahun lepas.. Masa tu saya ditugaskan dalam unit trafik iaitu kawal lalulintas kenderaan dalam kompleks opis saya ni..

Unit kami telah ditempatkan di bangunan sendiri, tidak la besar mana tapi selesa la untuk 8 orang kije.. Bangunan kami ni lak ujung dunia, dekat skit dengan palang pintu keluar yang mana member kena kacau dengan pontianak (cerita yang terdahulu tu..). Belakang ada stor untuk kenderaan berat, ada tanah lapang dengan semak samun.. Menjelang petang pun dah seriau..Tapi kami keje beramai-ramai, tidak la rasa seram sangat..

Layout opis, kalau tgk pic tu, macam tu la kedudukan opis kami.. Ada bilik rehat, surau, bilik mandi sume.. Sape yang shift malam leh la tido kat surau, bangun pagi Subuh mandi-mandi sambung lak shift pagi..

Masa bertugas kat sini, kebetulan umah saya jauh dari opis..Jadi kalau nak berulang-alik tu rasa macam rugi sangat minyak.. Senang cerita,kalau saya abis kije malam, saya lagi suka tido kat sini sebab paginya saya nakmasuk keje lagi..

Kadang-kadang saya tido berteman dengan sorang pegawai tu.Tapi kebanyakan masanya saya tido seorang je.. Macam-macam cerita jugak saya dengar pasal kompleks kami tu (Rujuk cerita kat atas-atas tau). Tapi nak wat camne, sedangkan waktu siang pun kompleks kami ni suram je, inikan waktu malam.Sunyi sepi dengan deruan laut, bunyi cengkerik.

Malam tu saya tido dalam surau seorang diri.. Surau ni menghadap jalan, jadi malam kalau ada kenderaan berat lalu, bergegar gak surau tu..  Saya tido menghadap tingkap, jadi kepala saya selari la dengan PINTU A tu. Biasa tido tidaklah beralaskan bantal,tapi seat kusyen bot yang dah lama ada dalam surau tu.. Sapa yang tak boleh bayangkan macammana rupa kusyen bot tu, ingatkan balik macam mana kerusi bas mini yang lama-lama tu, macam tu dia hehe (kusyen ni pun ada cite misteri gak,tapi tu nanti la saya ceritakan)

Saya masuk tido dalam pukul 11 lebih.. Siap kunci pintu cermin opis (PINTU UTAMA) Malam tu sunyi takde kenderaan lalu.. Sedap-sedap tido dalam pukul 1 lebih, saya terjaga…

Last edited by akeefz on 30-8-2012 09:41 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2012 04:50 PM | Show all posts
akeefz posted on 27-4-2012 06:08 PM
Post Last Edit by akeefz at 27-4-2012 18:13

salam forumer... selit sket cite dari umah lama ni... ...

nasib baik 'member baru' tu tak tegur.. nak tidur dalam bilik ye bang... huhu seram...
sbb ada sesetengah hantu.. saya rasa hantu spesis berlagak kot.. dia akan tegur kita, kau dah tau aku sape kan (contohla ek..),
jenis2 hantu macam ni yang membuatkan orang terkencing dalam seluar tu... cilakak tul.. mengganggu manusia je dia tau...

Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2012 01:35 AM | Show all posts
aiseh...tengah sedap2 baca sekali bersambung pulak.
cepat2 sambung TT
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2012 05:33 PM | Show all posts
Wow ak tngh mmbyng tetibe brsmbnf aduh!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2012 10:14 AM | Show all posts
amirezu posted on 2-9-2012 01:35 AM
aiseh...tengah sedap2 baca sekali bersambung pulak.
cepat2 sambung TT

haha, jap jap tgh mengingat....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:36 AM GMT+8 , Processed in 0.511022 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list