CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 53839|Reply: 175

Izzue Islam: Tidak Mahu Tiru Gaya Orang Lain... Tapi Rupa Macam Adik Ijoy!

  [Copy link]
Post time 16-4-2012 11:57 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by freekey at 17-4-2012 00:04


Namanya sudah cukup unik untuk disebut-sebut. Berasal dari Kota Bharu, jejaka berusia 21 tahun ini kini bersedia untuk mewarisi bakat lakonan sebagai generasi seterusnya. Izzue Islam, itulah gerangan orangnya. Sempat juga laman web EH! mendapatkan info eksklusif buat tatapan pembaca dengan bertanyakan soalan-soalan ‘luar biasa’ kepada Izzue. Are you ready?       



1) Jika Izzue seorang selebriti Hollywood, siapakah aktor dan aktres yang ingin Izzue jadikan sebagai ‘BFF’?



Jikalau aktor, Izzue pastinya memilih Johnny Depp. Dia memiliki segala kriteria untuk menjadi aktor hebat. Mungkin kami boleh berkongsi pendapat tentang lakonan tetapi bukan fesyen. Saya tidak mahu terikut-ikut gaya orang lain. Lebih selesa jika saya tampil dengan gaya sendiri.

Jika aktres pula, saya akan memilih Angelina Jolie. She is truly hot! Lakonannya pula, fuh, gempak! Dia boleh bertukar kepada apa jua watak dengan berkesan. She’s like chameleon, sama seperti Johnny.


2) Kalau Izzue mempunyai RM1 juta, apakah yang Izzue akan lakukan?

Pertama, Izzue akan bagi duit pada ibu, nenek dan keluarga untuk menunaikan haji dan umrah. Kedua, Izzue akan membeli rumah untuk ibu juga Izzue sendiri. Kemudian, barulah perbelanjaan untuk melengkapkan persiapan Izzue sebagai seorang pelakon berjaya.


3) Yang mana lebih penting, duit atau cinta?



Duit! Tiada wang, tiadalah cinta. Itulah hakikat yang perlu diterima. Orang masa kini tidak akan dipandang jika tiada duit. Namun, cinta juga diperlukan untuk melengkapkan hidup. Cinta tidak terhad kepada kekasih sebaliknya cinta pada Allah, keluarga dan diri sendiri lebih penting.       


4) Jika Izzue seorang pemimpin, apakah perubahan yang ingin Izzue lakukan?

Menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas! Izzue akan memperbanyakkan kemudahan awam seperti LRT bukan sahaja di lokasi-lokasi utama tetapi juga kawasan luar bandar yang berada di sekitar Kuala Lumpur. Selain itu, Izzue akan mengurangkan kadar tol kerana tidak semua pemandu berpendapatan tinggi. Ada yang terpaksa menggunakan kereta disebabkan jumlah anak yang ramai. Kasihan mereka, kan?       


5) Apakah perkara paling romantik pernah Izzue lakukan untuk si dia?

Ketika Izzue berusia 14 tahun, peralatan canggih seperti telefon bimbit masih belum mampu dimiliki. Jadi, untuk mengirim mesej kepada si dia, Izzueterpaksa menulis surat yang disembur dengan minyak wangi mahupun bedak! Paling melucukan, surat itu diletakkan dandi sorokkan di bawah mejanya. Nama pun cinta monyet…Haha!


6) Mesej istimewa buat peminat tersayang?



Cintai Allah. Cintai Nabi Muhammad. Cintai keluarga. Cintai diri sendiri. Akhir sekali, barulah cintakan saya! Itu mesej istimewa Izzue kepada peminat supaya pentingkan cinta-cinta yang disebut tadi dan jaga diri. Selain itu, think positive! Sekalipun masalah yang didepani begitu membebankan, hadapilah ia dengan positif. Elakkan stres sebaliknya tanganilah dengan tenang dan rasional.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2012 12:00 AM | Show all posts
so freekey apa hubungan dia dgn liyana jasmay....dh dua drama tgk berlakon sekali
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2012 12:02 AM | Show all posts
baru je tgk dia dgn LJ dlm Cik Paris Diva kampung..
poyo jer..tapi chomell sangat..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2012 12:02 AM | Show all posts
penyanyi ke pelakon?
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2012 12:07 AM | Show all posts
best la drama cik paris td, izzu ni ok blakon n hensem..

liyana lak gedik2 dia cute sgt..

jatuh cinta dgn drama ni.. cantik gila view dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2012 12:08 AM | Show all posts

penyanyi ke pelakon?
Leonarzi Post at 17-4-2012 00:02


pelakon... latest appearance in Cik Paris Diva Kampung..


   



Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-4-2012 12:10 AM | Show all posts

so freekey apa hubungan dia dgn liyana jasmay....dh dua drama tgk berlakon sekali
parasitology Post at 17-4-2012 00:00


oo ye ke.. sorry just noticed him in CPDK...

tp nama Izzue Islam tu mcm dah biasa dgr.. coz bunyinya sikit lebih  kurang mcm nama nephew Izzul Islam
   



Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2012 12:10 AM | Show all posts
hrp produser malaysia bukak lebih byk peluang kpd hero2 tempatan malaysia (anak malaysia) supaya tidak lagi malaysia ketandusan hero berbakat hingga import hero tua dari singapore....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2012 12:12 AM | Show all posts
sebenarnya malaysia ramai bakat2 hero yg ade rupa dan boleh pergi jauh...cuma mereka semua perlukan peluang.... kalau asyik beri peluang pd hero dr singapore, hero2 malaysia terus tenggelam.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2012 12:14 AM | Show all posts
pelakon... latest appearance in Cik Paris Diva Kampung..   :loveliness ...
freekey Post at 17-4-2012 00:08



    pukol brp? cahnnel? ni preeeky dh jatuh cinta dgn izzue islam ke atau dgn drama tu?
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2012 12:15 AM | Show all posts
biasa je.xensem pun
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2012 12:17 AM | Show all posts
pelakon... latest appearance in Cik Paris Diva Kampung..   :loveliness ...
freekey Post at 17-4-2012 00:08



    dan juga penyanyi

hat yang kump forteen or fourteen tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2012 12:23 AM | Show all posts
dia ni kan yg jadi mat skema pki kopiah dlm drama LJ "tudung twit" tu...muka dia sekali tgk mcm Pekin
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2012 12:27 AM | Show all posts
dia ni kan yg jadi mat skema pki kopiah dlm drama LJ "tudung twit" tu...muka dia sekali tgk mcm Peki ...
bluecrystal Post at 17-4-2012 00:23



    haah betul. pekin versi kurus.

iolss suka dia. hehe

pekin pun suka..


eh dedua org kelantan kan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2012 12:40 AM | Show all posts
dia ni pelakon ke penyanyi?mcm x prnah nmpak je b4 ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2012 12:53 AM | Show all posts
Kalau Izzue mempunyai RM1 juta, apakah yang Izzue akan lakukan?

Pertama, Izzue akan bagi duit pada ibu, nenek dan keluarga untuk menunaikan haji dan umrah. Kedua, Izzue akan membeli rumah untuk ibu juga Izzue sendiri. Kemudian, barulah perbelanjaan untuk melengkapkan persiapan Izzue sebagai seorang pelakon berjaya.


propa sgattt nak bagi kat sape2 la..walhal nak berjoli..giteww????? tak knal pun budak ni sape..pikiiiiii iols knal dafi uolsss jah bleh??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-4-2012 01:00 AM | Show all posts

dan juga penyanyi

hat yang kump forteen or fourteen tu
nuhanis Post at 17-4-2012 00:17

oo ye ke patut search kt youtube td dia list kan nama kumpulan tu..

thanks for the info...

apa lagu diorg yg meletop?

lagu tema drama tu td pun izzue yg nyanyi ke?

   



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2012 01:00 AM | Show all posts

propa sgattt nak bagi kat sape2 la..walhal nak berjoli..giteww????? tak knal pun budak ni sape.. ...
CauPandin Post at 17-4-2012 00:53


iols pun baru je tgk dia berlakon td...
   



Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2012 01:03 AM | Show all posts
iols pun baru je tgk dia berlakon td...
freekey Post at 17-4-2012 01:00


hadap gak uols nak tgok diorg blakon ek..kali ni uols berebut remote control dgan abang ipar tak?

bek uols tgok pilem lu.cah malam2 nih
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2012 01:04 AM | Show all posts
haah betul. pekin versi kurus.

iolss suka dia. hehe

pekin pun suka..


eh  ...
nuhanis Post at 17-4-2012 00:27


ptut aku mcm familiar tgok muka dak2 suam kuku ni..mcm pekin ghupenyerrr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 07:07 PM GMT+8 , Processed in 0.078036 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list