CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6983|Reply: 21

Agama Hindu untuk semua golongan...

[Copy link]
Post time 17-4-2012 12:11 PM | Show all posts |Read mode
Agama Hindu merupakan agama yang mengalakkan keharmonian dan boleh menerima semua manusia yang berlainan kemampuan dan juga taraf kehidupan, golongan yang berpendidikan juga boleh bersembahyang, mahupun golongan yang kurang berpengetahuan. Pada masa dahulu, hanya golongan kaya sahaja boleh mempelajari Vedham dan sistem kasta disalah tafsir pada ketika itu. Oleh itu, golongan miskin tidka berpeluang untuk mempelajari Vedham yang teragung dan terikut dengan cerita-cerita yang hanya didengari oleh pelajar Vedha sahaja. Jadi, golongan miskin bersembahyang dengan cara menyanyi dan mempunyai cara tersendiri untuk menyedari kewujudan Tuhan dan mempersembahkan kesyukuran mereka terhadapNya. Oleh itu, tiada halangan untuk rakyat jelata untuk mengenali agama Hindu dan hidup secara ama dan damai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2012 12:26 PM | Show all posts
by Kirhmuru
Pada masa dahulu, hanya golongan kaya sahaja boleh mempelajari Vedham dan sistem kasta disalah tafsir pada ketika itu. Oleh itu, golongan miskin tidka berpeluang untuk mempelajari Vedham yang teragung dan terikut dengan cerita-cerita yang hanya didengari oleh pelajar Vedha sahaja. Jadi, golongan miskin bersembahyang dengan cara menyanyi dan mempunyai cara tersendiri untuk menyedari kewujudan Tuhan dan mempersembahkan kesyukuran mereka terhadapNya.


Kamu dapat "fakta" ini dr mana?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2012 12:38 PM | Show all posts
by Kirhmuru


Kamu dapat "fakta" ini dr mana?
Sephiroth Post at 17-4-2012 12:26


Ini hasil pembacaan saya...ada masalah ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2012 08:25 AM | Show all posts
Post Last Edit by kirhmuru at 25-4-2012 08:36
Dalam erti kata lain, kamu mengarut lah.
Sephiroth Post at 23-4-2012 08:50



   Kalau kamu rasa saya mengarut dan kamu tahu banyak sangat mengenai fakta yang sedia ada selain yan g saya utarakan disini, jawablah kepada persoalan saya yang berkaitan dengan tajuk saya ini. 'Manikka Vaasagar, Thirunyaana Sambanthar, Kaaraikkal Ammaiyaar and all those saints has sang n won the heart of the Almighty'.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 09:23 AM | Show all posts
Post Last Edit by kirhmuru at 26-4-2012 08:08
Kalau kamu rasa saya mengarut dan kamu tahu banyak sangat mengenai fakta yang sedia ada sel ...
kirhmuru Post at 25-4-2012 08:25


Adakah mereka semua golongan kaya raya sampai kamu boleh merempak mengeluarkan kenyataan KARUT macam - "ada masa dahulu, hanya golongan kaya sahaja boleh mempelajari Vedham ..."?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2012 08:11 AM | Show all posts
Post Last Edit by kirhmuru at 26-4-2012 08:21
Adakah mereka semua golongan kaya raya sampai kamu boleh merempak mengeluarkan kenyataan KARUT m ...
Sephiroth Post at 25-4-2012 09:23


Betullah tu, hanya golongan kaya sahaja berpeluang untuk mempelajari Vedham kerana mereka mempunyai wang dan juga pengaruh di negara India untuk mempelajarinya. Ketahui dahulu situasi sebenar yang berlaku di dunia ini sebelum mengutarakan pendapat yang lebih kepada emosi ye saudari/saudara Sephiroth. AKU PUN BOLEH MARAH...AKU PUN BOLEH PERLI, SINDIR...MIND IT.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2012 09:25 AM | Show all posts
Betullah tu, hanya golongan kaya sahaja berpeluang untuk mempelajari Vedham kerana mereka mempun ...
kirhmuru Post at 26-4-2012 08:11


Tolong baca betul2 apa benda yg kamu mengarut ini. Susah kalau kamu sendiri tak erti apa yg kamu tulis.

Pada masa dahulu, hanya golongan kaya sahaja boleh mempelajari Vedham


Pada masa dahulu itu bila? Semalam? Tahun lepas? Dekad lepas? Kurun lepas? BILA?
Mana bukti yg golongan kaya shj yg menpelajari Vedham spt apa yg kamu dakwa?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2012 09:59 AM | Show all posts
Tolong baca betul2 apa benda yg kamu mengarut ini. Susah kalau kamu sendiri tak erti apa yg kamu ...
Sephiroth Post at 26-4-2012 09:25


Bukan segala benda kita dpt buktikan dengan 'quotation'. Impak dan kesan dari penyataan saya, dapat dilihat kenapa golongan Hindu zaman sekarang tidak berpeluang mempelajari Vedham dalam 3 generasi sehingga golongan muda sekarang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2012 04:27 PM | Show all posts
Reply 10# Sephiroth


Dear Sephiroth

   Tak baik kata pendapat atau fakta orang lain mengarut... kelemahan kamu ialah, kamu mudah melihat sesuatu yang negative berbanding yang positive... lihatlah statement yang positive dahulu barulah lihat yang negative... tak payah lihat yang negative pun takpe... lagi bagus..

Tak payah mudah sangat nak berdebat, dalam bhagavad
gita
tak ajar untuk menyakitkan hati orang lain... dari ayat kamu dan kekerasan hati kamu, nampak sangat kamu merupakan orang yang tak mengamalkan agama kamu sepenuhnya... kamu hanya berlagak pandai disini. TQ
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2012 01:43 PM | Show all posts
Reply  Sephiroth


Dear Sephiroth

   Tak baik kata pendapat atau fakta orang lain mengarut... ...
Alkakeru Post at 1-5-2012 16:27


Tolong jangan nak ajar orang macam mana nak behave? OK?

TAK ADA APA-APA NEGATIF ATAUPUN POSITIVE DR SESEORANG YG HANYA BERCAKAP BERDASARKAN KHAYALANNYA SEMATA2. FAHAM?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2012 12:20 AM | Show all posts
Tolong jangan nak ajar orang macam mana nak behave? OK?

TAK ADA APA-APA NEGATIF ATAUPUN POSIT ...
Sephiroth Post at 2-5-2012 13:43


Anda tidak respond pada thread tetapi hanya menambahkan komen yang ada..harap anda tidak membawa prasangka buruk anda yang memberikan imej menyampah kepada forumer yang lain. tq.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2012 06:16 PM | Show all posts
Urmm, aku bukan nak tambah minyak pada api atau masuk campur gaduh. Aku setuju dengan Sephiroth cuma beliau tak terangkan sahaja sebab apa beliau tidak setuju. Veda bukan dipelajari golongan kaya sahaja. Brahmana (Brahmins) bukan golongan kaya pun. Mereka dinaikkan ke jati teratas dalam chaturvanshi (four classes) kerana mereka pernah menentang golongan satria yang melakukan penindasan. Masih ingat kisah Parashuram (Rama dengan kapak)? Sebenarnya ramai golongan Brahmana masih hidup dalam taraf hidup tidak berharta. Harta yang mereka dapat cuma digunakan sekadar untuk hidup sahaja. Yang berlebihan menurut dharma mereka harus didana kan kepada jati lain yang kurang bernasib baik.   

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2013 10:25 AM | Show all posts
Kisah Parasuraman (Rama dgn Kapak (Parusu)) itu adalah satu contoh bahawa Caste (jati) yg kita ada sekarang ini adalah konsep yg korup.

Ibu bapa Parasuraman itu sendiri merupakan pasangan yg kahwin bercampur-kasta. Ayahnya (Sage Jamadagini) merupakan seorang pendeta (Brahmin), manakala ibunya (Renuka) merupakan seorang Puteri Raja (golongan Kyastria). Oleh itu, empat anak lelaki dilahirkan dan tiga antara mereka mengikuti sifat ayahnya yg sentiasa tenang dan aman sentosa sementara Parasurama pula mengikut sifat ibunya (seorang Kyastria).

Oleh itu, boleh dikatakan bahawa agama Hindu tidak menentang perkahwinan antara Caste and menunjjukan bahawa anak yg dilahirkan oleh pasangan sedemikian akan mengikuti satu antara dua sifat (samada sifat ayah ataupun ibu). Oleh itu, seorang Brahmin yg berkahwin campur masih menghasilkan zuriat yg mengikut sifatnya juga.

Golongan Brahmin yg asal tidak sepatutnya menpunyai harta benda yg banyak. Mereka sepatutnya hidup secara sederhana serta menperhambakan diri mereka kpd Tuhan (dan menjadi contoh kpd golongan yg lain akan apa itu Spiritualism). Ini adalah contoh seorang Brahmin yg tulen.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2013 03:39 PM | Show all posts
Zaman sekarang ini, aku meragui adanya brahmana menurut kepada agama lagi. Kaliyugam banyak syaitan dan penipuan sahaja. Malang lah nasib terjelma lagi dalam yugam sial ini. Zaman ini, kalau kamu nampak pun orang Brahmana... Mungkin juga pada dharmanya itu dah jadi tama (tercemar) dan jatuh ke syudra. Nak menjalankan vandanam pun terperangkap dengan kehidupan yang "konon" nya moden pergi pejabat balik pejabat....
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2013 07:07 PM | Show all posts
Boleh tau, kenapa thaipussam disambut? Perayaan itu adalah sempena apa?

Kenapa perlu angkat Kavadi dan membawa susu?

Lepas tu nak tanya lagi, kenapa kuil2 hindu di dalam national geographic semuanya nampak seperti banyak tikus, monyet, serta persekitaran pula agak tercemar terutama di sungai ganges yang penuh dengan mayat terapung.

ada lagi, saya pernah mendaki masuk ke dalam Batu Caves, teringin jugak nak tengok ada apa di dalam... maybe kuil di Malaysia agak sedikit bersih berbanding India, rupa-rupanya sama sahaja, penuh dengan ayam... tahi ayam pula ada di merata-rata tempat. Kesian kami lihat golongan-golongan yang bertandang tanpa memakai selipar, terpijak tahi ayam lalu tidak tahu dimana untuk membasuhnya berikutan di dalam gua tiada air paip.

Kenapa ini berlaku ya?

Jangan marah ya, sila jawab dengan penuh professional walaupun soalan saya ini nampak bodoh tapi hampir semua orang tertanya-tanya...

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2013 10:03 AM | Show all posts
genot posted on 26-1-2013 03:39 PM
Zaman sekarang ini, aku meragui adanya brahmana menurut kepada agama lagi. Kaliyugam banyak syaitan  ...

Kalau kamu hanya bersungut dgn apa yg kamu tak dapat, kamu akan kehilangan semua yg kamu bakal dapat nanti.

Zaman kali bukannya "sialan" spt apa yg kamu katakan. Ianya hanyalah satu zaman antara empat zaman lain, sama spt kamu menbahagikan 24 jam kpd empat bahagian. Dari pagi sampai 12 tengahari - satu zaman (Satya) di mana matahari tak terik sangat dan manusia mula menbangun. Dari tengahari sampailah petang (6.00 PM) - satu zaman dimana matahari menjadi terik dan akhirnya menyejuk. Dari tengahari sampai tengah malam - bila matahari lesap dan hanya bulan dan bintang shj kelihatan. Dan akhirnya, dari tengahmalam sampai subuh - Kali Yugam bila makluk2 kegelapan dan kejahatan akan bermaharajalela dan manusia tak ada sebarang pengetahuan akan kebenaran.

Jadi, berhentilah kamu bersungkut mengenai kegelapan dan asyik tidur je dlm katil kamu itu (dgn leka), kerana subuh akan menjelang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2013 11:55 AM | Show all posts
aku nak tanya....ada kah hindus seperti  syahdu mengambil candu ...

adakah mereka dpt wahyu atau tengok tuhan dengan ambil dadah atau candu??

dkt india...kalau sampai sivarathi (bulan 3) ....kerajaan india benarkan syadhu mengambil candu ....

macam ini pun ada kah???

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2013 11:06 AM | Show all posts
Truth.8 posted on 22-3-2013 11:55 AM
aku nak tanya....ada kah hindus seperti  syahdu mengambil candu ...

adakah mereka dpt wahyu atau  ...

Apa benda kau merepak?

Mana ada dlm agama Hindu (mana2 kitab) yg mengatakan bahawa seseorang penganut boleh mengambil candu? Itu semua perbuatan setengah golongan shj, bukan kaitan dgn agama Hindu.

Agama Hindu berkaitan dgn kitab Veda dan Bhavagad Gita serta cara hidup yg dibenarkan dlm kedua2 kitab tersebut SAHAJA. Faham?
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 04:26 PM | Show all posts
SISTEM KASTA MASIH DIPRAKTIKKAN DI INDIA SEBABNYA APABILA RAKYAT INDIA YANG BERKURSUS ATAU BELAJAR DI SINI MASIH MEMBEZAKAN TARAF MEREKA DENGAN KAUM INDIA RAKYAT MALAYSIA...MEREKA SANAGAT SENSITIF DARI HAL HIDANGAN MAKANAN UNTUK MEREKA..MEREKA MASIH MEMANDANG RENDAH KAUM INDIA DISINI....MESTI SAMA TARAF..
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2013 09:52 AM | Show all posts
uniq61 posted on 21-8-2013 04:26 PM
SISTEM KASTA MASIH DIPRAKTIKKAN DI INDIA SEBABNYA APABILA RAKYAT INDIA YANG BERKURSUS ATAU BELAJAR D ...

Kawan, tulis dgn huruf biasa dan bukan dgn huruf yg dicapitalkan. Sakit mata menbaca huruf capital.

Yeah, memang betul bahawa Orang2 India di India memang masih memegang konsep Kasta. Di Malaysia pun ada tetapi perbezaan yg nyata antara orang India di India dan orang India di Malaysia adalah, orang India di sini menpraktikan sistem kasta di empat penjuru rumah mereka sendiri. Mereka berwas2 dgn siapa masuk rumah mereka dan dgn siapakah anak2 mereka bergaul. Ada juga penentangan terhadap perkahwinan campur antara kasta di Malaysia (sekurang2nya ada yg saya pernah saksikan) tetapi tak adalah sampai tahap bunuh menbunuh. Ada seorang Manager di tempat kerja saya yg kahwin dgn wanita yg luar kastanya dan keluarga kedua2 mereka mengenepikan mereka, sampai bila manager itu mati, tak ada pihak dari kaum lelaki datang menjenguk. Ini adalah pengalaman periabdi saya sendiri.

Tetapi di India, sistem kasta diperbesar-besarkan sampai sudah keluar dari empat penjuru rumah. India ada parti berasas kasta (terutamanya di Tamil Nadu). Di Malaysia, kita tak ada macam ini. Kalau ada pemimpin kaum India kata dia kasta tinggi dan akan hanya menerima undi kaum kastanya sendiri, mampuslah dia nanti.

Di India juga, perniagaan restaurant tak lah macam di Malaysia di mana orang2 Malaysia (tanpa kira kaum) boleh pergi makan di restaurant Melayu, China dan India tanpa segan silu. Di sana, murid2 diajar bawa makanan dari rumah dan tidak digalakan makan makanan orang lain. Hanya restaurant2 tahap "tinggi" spt Mac Donalds, Pizza Hut and KFC boleh dilihat di bandar2 besar (agaknya orang India masih memegang konsep orang Barat lebih tinggi kastanya dari orang India itu sendiri. ).

Kena ingat - konsep Kasta spt ini tak wujud dlm agama Hindu dan ianya tidak juga diikuti oleh orang India beragama Hindu semata2nya. Ada juga mereka2 yg beragama lain (terutamanya Kristian) yg masih mengikuti konsep kasta ini.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:15 AM GMT+8 , Processed in 0.100698 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list